~ADAB MAKAN~  

Posted by Ahlia 'Ammar in ,





Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a katanya daripada Nabi saw, bahawa baginda telah bersabda, “Orang kafir itu makan dengan tujuh usus, sedangkan orang mukmin makan dengan satu usus” (HR Bukhari dan Muslim)

Makanan adalah benih kepada tindakan dan tingkah laku manusia, apabila makanan yang masuk adalah halal, maka ia keluar dalam keadaan halal, apabila ia masuk dalam keadaan haram, maka ia keluar dalam keadaan haram dan apabila ia masuk dalam keadaan syubhat, maka ia keluar dalam keadaan syubhat.”

Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Tapi ramai yang makan sebelum lapar, berhenti kenyang. Malah ada yang lebih teruk lagi, makan sebelum lapar, berhenti setelah puas, biarpun kenyang, selagi makanan itu belum dapat memuaskan nafsunya, dia akan terus makan.

Lalu, muncullah sindrom malas…
Kerana terlalu kenyang.

Ketika menghadap rezeki, kita selalu lupa kepada orang lain jauh sekali untuk mengingati Allah yang memberi nikmat kepada kita semua. Sedarlah, tanpa bantuan Allah dan rahmat Allah, kita takkan dapat nikmati rezeki sepertimana yang kita dapat hari ini.

Ingatlah orang lain yang mungkin kelaparan di tempat lain. Kita hidup ini di dunia ini sebagai saudara. Jangankan kita kenyang, tapi saudara kita yang lain menanggung kelaparan.

Cuba bayangkan, kita berada di tempat mereka yang tidak punya rezeki yang mencukupi.

This entry was posted at Friday, December 12, 2008 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 nasihat dari sahabat

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ