Bidadari Besi  

Posted by Ahlia 'Ammar

Subhanallah! Spontan kalimah yang satu ini terungkap tatkala kagum melihat ketangkasan polis-polis wanita Iran saat mereka menjalani latihan. Walaupun lengkap berjubah dan berjilbab, ini tidak menjadi batu penghalang kepada mereka untuk tangkas dan lincah dalam latihan. Alangkah indah andai kita di Malaysia ini mampu mengamalkan cara berpakaian yang sebegini. Mengikut syari’at Islam yang sebenarnya. Jelas terbukti tatacara berpakaian menutup aurat sebegini langsung tidak menjadi penghalang kepada keberlangsungan sesebuah pekerjaan. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan wanita sebagai hiasan di dunia ini. Sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah. Justeru, tidak hairanlah andai suatu hari nanti akan wujud doktor malaya yang berniqob saat bekerja. Mungkinkah? Tidak mustahil bukan. Segalanya pasti, andai diizinkanNya. Akan ada pencetusnya kelak. InsyaAllah. Ke memang dah ada ek? Wallahua’alam. Ni antara koleksi gambar 'bidadari besi' yang ana ambil dari blog arruhuljadid. Mohon izin dipublishkan disini pula ya.

This entry was posted at Sunday, April 26, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 nasihat dari sahabat

subhanallah..segala puji bg Allah..kagumnya..

May 14, 2009 at 1:44 PM

Subhanallah... sangat kagum..

June 18, 2009 at 1:53 PM

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ