~melangkah dan terus melangkah......~  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaykum w.b.t.

Sudah sekian lama blog ini saya tinggalkan sepi. Tanpa sebarang perkongsian. Hampir 5 bulan lamanya saya biarkan blog ini sunyi. Satu tempoh masa yang saya kira sangat lama. Sehinggakan sahabat-sahabat ada yang bertanyakan kenapa saya mendiamkan diri kini. Bukan saya tidak menjengah langsung ke blog ini. Kerap juga saya ‘menziarahi’ blog ini. Tapi tiap kali saya berkunjung ke sini, saya hanya mampu memandangnya dengan pandangan yang kosong. Langsung tiada keinginan untuk kembali ‘mengaktifkan’ blog ini seperti sebelumnya. Keinginan untuk berkongsi sesuatu di sini langsung tiada. Lesu. Saya hanya mampu memandangnya dengan hati yang pilu. Sedangkan jauh di sudut hati saya, ianya meronta-ronta minta diisi dengan pengisian-pengisian yang sering saya rindui.

Lama sudah saya tinggalkan bumi cfs, tempat yang saya anggap sebagai bumi tarbiyyah bagi diri saya. Kerana di situlah segalanya bermula. Saya mula mengenal tarbiyyah di situ. Saya dididik di situ. Dan di situ jualah, jiwa saya diperkenalkan lantas diisi dengan santapan-santapan yang menghidupkan rohani yang dahulunya ‘kering’. Sehinggakan saya mula taqarrub kepada Allah, Rabbul ‘Alamin. Saya rindukan bumi itu. Terlalu rindu… Saya rindukan tarbiyyah itu. Terlalu rindu… Saya rindukan teman-teman seperjuangan saya. Terlalu rindu… saya rindukan semuanya! Memori di situ tidak mungkin saya padam dari ingatan. Saya bersyukur kerana menjadi insan pilihanNya untuk menerima tarbiyyah itu. Masakan tidak, dari ratusan malah mungkin ribuan hambaNya di situ, dipilihNya saya untuk diberi hidayahNya, yang tidak ternilai harganya itu. Alhamdulillah. ‘Ala kulli hal

Kini, saya meneruskan perjuangan saya sebagai seorang pelajar tibb di bumi kuantan. Selesai sudah block pertama, kini saya teruskan dengan block kedua. Sepanjang saya berada di sini, saya jauh dari sebarang pengisian rohani. Jiwa saya dibiarkan kehausan. Jujur saya katakan, jiwa saya meronta-ronta minta diisi. Pilu pabila saya memikirkan ianya dibiarkan lesu, sunyi, sepi tanpa sebarang pengisian yang mampu ‘menghidupkannya’ kembali. Jiwa saya hampir saja mati. Teringat saya akan mesej yang saya terima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dari seorang teman suatu ketika dahulu. Masih saya simpan dalam inbox saya.

Tazkirah itu ibarat titisan embun di pagi hari. Menjernihkan kudup-kudup hati yang menanti masa untuk berkembang. Tapi batasannya tetap ada. Tidak mampu membasahi keseluruhan hati. Hanya yang terpilih akan bertuah. Sesegar embun pagi, sesegar diri tersedar dari kealpaan seorang insan. Berbungalah hati menerima peringatan. Sedarlah insan. Cinta Rabbmu tak pernah berkurang…”

Saya rindukan peringatan itu! Saya rindukan tazkirah yang mampu menghidupkan kembali hati saya yang kian hari kian alpa. Leka dengan dunia. Terbuai dengan keindahan yang palsu belaka. Saya merasakan hati saya makin kelam. Suram. Mungkin ianya sudah didominasi dengan titik-titik hitam yang kian hari kian menular dalam jiwa saya. Bahkan mungkin sudah membarah. Apakah masih ada syifa untuknya? Apakah sudah tiada ruang walau sebesar zarah untuk jiwa saya menerima kembali semua yang sudah lama saya tinggalkan itu? Tuhan...aku ingin kembali kepadaMU. Sungguh aku alpa, leka dengan dunia, tempat persinggahan yang sementara ini. Sedangkan aku punyai destinasi pasti. Yang perlu kutuju. Iaitu akhirat yang kekal abadi. Namun, bekalanku sedikit sekali. Atau mungkin tiada?Allah..Allah..Allah hu Rabbi….adakah aku akan dipilih lagi untuk menerima tarbiyyahMU??

Buat sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah,moga tautan-tautan hati kita masih teguh. Erat seperti dahulu. Saat kita berta’aruf hingga saat ini, masih segar dalam ingatan saya. Dia yang mempertemukan kita semua, dan Dia jualah yang memisahkan kita. Pertemuan kita yang sementara itu telah membibitkan rasa cinta,kasih dan sayang yang mendalam terhadap kalian. Saya doakan kalian semua berjaya bukan sahaja di sini tapi jua di sana! insyaAllah. Buat teman-temanku,

“Kita ditemukan satu arah, satu aqidah, satu pegangan. Asalnya terjalin satu ikatan. Ukhuwwah fillah takkan musnah walau badai mendesak. Tautan erat tak mungkin patah. Semoga Allah memberkati ukhuwwah antara kita. Ameen ya Rabbal ‘Alamin….”

This entry was posted at Friday, November 20, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 nasihat dari sahabat

salam.. wan, salam perjuangan. salam imtihan.. Moga Wan terus tabah. Ana faham perasaan wan. course yang wan ambik menuntut wan untuk menutup sebelah mata terhadap perjuangan yang dah sama2 kita llaui. sangat sukar sebenarnya.. Jika ana di tempat wan pun, ana mungkin bertindak yang sama. percayalah wan, Allah masih memberi ruang untuk Wan kembali seperti dulu. mungkin masanya belum tiba. Mohonlah padanya. Semoga Dia memberi yang terbaik untuk kita...

November 25, 2009 at 4:37 PM

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ