Update! update!  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahirrahmanirrahim.... Dah lama saya tidak meng'update' blog kesayangan saya ni..dah kembali bersawang blog ni..sebelum ni pun,saya tinggalkan blog ni bersawang untuk beberapa bulan..kemudian, saya tinggalkan lagi untuk beberapa minggu..kesian dia..huhu..maaf ya blogku sayang..sebenarnya,saya pun tidaklah punyai sebarang idea untuk dikongsikan di sini..sekadar ingin menjenguk sambil membersihkan sawang-sawang di sini.. :) Hari ini 1 Muharram 1431H..Perginya 1430H meninggalkan kita semua dengan bermacam suka duka menghiasi tabir kehidupan kita semua..Pelbagai mehnah yang saya terpaksa hadapi sepanjang tahun lalu..Namun, dengan kehadiran insan-insan yang saya sayangi yang senantiasa di sisi saya ,memberi saya kekuatan untuk terus tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini..hari ini 1431H..adakah saya masih lagi akan diberi peluang olehNYA untuk menanti kehadiran 1432H kelak? wallahu a'lam....segalanya telah tercatat di Lauh Mahfuz...YA ALLAH... ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu....... Hari ini, tiada aktiviti yang saya rancangkan..jadi, untuk mengisi kekosongan ini, saya penuhi dengan menziarahi blog sahabat2..baru sahaja selesai membaca blog seorang ukhti di sini...beliau baru sahaja kehilangan bayi sulungnya..beberapa hari sebelum ini saya ada menerima mesej tentang seorang bayi telah kembali ke rahmatullah..puncanya?? wallahua'alam...dengar cerita, kejadian tersebut berlaku di nursery..apa yang berlaku, saya kurang pasti...moga ummi dan abi bayi tersebut diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yang berat ini..siapa sangka, hari ini kita gembira membelikan pakaian, mainan untuk si comel kita..kemudian keesokannya, dia pergi meninggalkan kita terlebih dahulu...pergi buat selamanya....buat ummi dan abi bayi tersebut, anak kalian sedang menanti kalian di sana..berbahagialah kalian kerana hanya insan yang terpilih sahaja yang diberi dugaan sebegini rupa mampu menghadapinya dengan tabah..kuatkan hati, Allah bersama kalian.....rupanya,bukan satu sahaja kes sebegini berlaku..saya ada terbaca beberapa lagi blog yang lain..kisahnya hampir serupa..kehilangan bayi sulung yang belum pun mencecah usia setahun...Allah ingin menguji kalian.....Moga kalian tabah menghadapi mehnah 'anugerah'NYA.... Rasanya, setakat itu sahaja yang ingin saya kongsikan...sebenarnya, niat di hati hanya sekadar ingin 'membersihkan sawang-sawang' di sini..tapi lain pula jadinya..huhu..akhir kalam, salam maal hijrah 1431H....

"tiada lagi hijrah selepas hijrah ke Madinah melainkan jihad dan niat!"

This entry was posted at Friday, December 18, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 nasihat dari sahabat

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ