Jawatan Dambaan Wanita Solehah~❤  

Posted by Ahlia 'Ammar

Wasiat Ibu untuk Si Puteri
"Setelah Al-Haris bin Amr, Raja negeri Kandah hendak berkahwin dengan anak perempuan Auf Bin Muhlim Asyaibani, diarahkan utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:
"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya Tetapi! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai Dan pedoman untuk yang berakal Andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya Nescaya tidak perlu bagimu seorang suami Tetapi! Wanita diciptakan untuk lelaki Lelaki dicipta untuk wanita Bercerailah kau dari ayunan buaianmu Meninggalkan teratak tempat besarmu Melangkah menuju ke alam baru Yang belum kau kenal yang belum kau biasa Kau milik suamimu Anggap dirimu sebagai hamba Tentunya suamimu Jadi teman yang paling setia Bawalah wasiat dariku Sepuluh sifat Sebagai bekalan perjalananmu Menuju alam bahagia. Relakan dirimu sekadar yang ada Semoga suci hatimu dengan taat setia Dan hulurkan tanganmu tanda mahu berganding bahu Jauhkan dirimu dari segala yang jelek Yang dihidu atau dipandang mata Juga awasi gerak lakumu Agar tidak sumbang mengguris rasa Sembunyikan suram wajahmu Gantikan ia dengan sinar Secerah suria pagi Dan badan yang semerbak harum Bermandikan bauan Mata berpasak, kening bercelak Itu menambah seri Itu membangkitkan berahi Dan... Air cukup memada Bagi yang tiada Jaga masa makannya Jaga waktu tidurnya Kerana, Perut kosong hilang bicara Mata mengantuk hilang kesabaran di dada Kunci mulutmu Tabahkan hatimu Badanmu terselamat Jiwa temanmu tidak terseksa Simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka Pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira Akibat aksi tidak senada Hilang simpatimu disebab pertama Keruh suasana disebab kedua Hulurkan tanganmu.... Andai kau menghulur sebelah tangan Nescaya dia menghulurkan kedua belah tangan Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan Ketahuilah! Kasihmu tidak sampai kerana Jika hatimu berdua tidak sejiwa Kasih kau, kasihlah dia Benci kau, bencilah dia Allah saja yang menentukan nasibmu..... Kau bawalah wasiatku ini dan sampaikan salamku kepada suamimu"
Begitulah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah mencapai kedudukan yg mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi 7 orang anak lelaki, yang kesemua mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman setelah pemerintahan bapa mereka. Sumber : Panduan Fardhu Ain Lengkap; Abu Al-Baqir .
******
Saudariku… Jawatan Isteri Solehah yang bertaqwa.. adalah yang bisu dari kata-kata yang tak bermanfaat.. Dari perkara lagha dan maksiat.. Yang buta dari melihat perkara mungkar..dan sia-sia.. Yang cacat dari kelakuan yang rendah dri nilai akhlaq dan moralnya… Semoga dirimu menjadi insan yang berguna terhadap insan lain (suami..keluarga..agama dan masyarakat).. insan yang hebat dgn ‘jawatan’ yang hebat! Selamat menjalani kehidupan dengan jawatan ISTERI SOLEHAH!=)

This entry was posted at Thursday, January 21, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 nasihat dari sahabat

Saudariku…
Jawatan Isteri Solehah yang bertaqwa..
adalah yang bisu dari kata-kata yang tak bermanfaat..
Dari perkara lagha dan maksiat..
Yang buta dari melihat perkara mungkar..dan sia-sia..
Yang cacat dari kelakuan yang rendah dri nilai akhlaq
dan moralnya…

Semoga dirimu menjadi insan yang berguna terhadap insan
lain (suami..keluarga..agama dan masyarakat)..
insan yang hebat dgn ‘jawatan’ yang hebat!

Selamat menjalani kehidupan dengan jawatan ISTERI SOLEHAH!=

tersentuh dengan entry ini terutama frasa ini...

March 5, 2010 at 12:45 PM

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ