sanah helwa ummiku sayang!  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat iman dan islam hingga saat ini. 15 jun lalu merupakan ulangtahun hari lahir ummi tersayang. Genap sudah usia ummi 46 tahun. Kebetulan 15 jun itu, baru sahaja selesai kertas terakhir ‘end block examination’. Lantas, perancangan disusun sebaik saja tiba ke kampung halaman. Bersama dengan seorang teman, kami tiba di terminal bas lewat pagi itu. Hari yang sama, bergegas mencari kedai yang menjual kek sementara menanti ketibaan ayah datang menjemput pulang ke rumah. Susah benar nak cari kedai kek di situ. Terpaksa berjalan kaki hampir 2 km ( betol ker?huhu..tak kisah la) baru ketemu sebuah kedai kek. Kecik jer kedainya. Pilihan kek pun tidaklah sebanyak mana. Segera memilih sebiji kek coklat lantaran mengejar waktu. Dengan tidak malunya laju saja meminta pekerja di situ tuliskan ucapan di atas kek itu. Dan siap!

Sanah helwa ya ummi mahbubah!

Sayang mak sangat2!

Ini gambar ummi saya yang cantik dan comey. Sebab itu anak-anak ikut muka ummi dan abi yang cantik dan hensem. :D

anakmu yg nakal,

kakak :)

This entry was posted at Friday, June 25, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 nasihat dari sahabat

"Ya Allah,berkatilah kedua ibubapaku dan sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku sejak aku kecil."

Terlalu banyak jasa mereka kepada kita. Hargailah mereka sementara mereka masih hidup. Hadiah yang paling besar buat ibubapa kita ialah menjadi anak yang solehah.
InsyaAllah.

Sampaikan salam buat ummi akak ya.=)

June 26, 2010 at 3:35 PM

aminn ya Rabb..

betul tu dik. tanpa mereka, kita xkan lahir di atas muka bumi ni. xkan merasa segala nikmat kurniaan Ilahi. nikmat iman dan islam.

InsyaAllah, sama2 menjadi anak yg solehah. aminn.

insyaAllah dayah. sampaikan salam buat ummi dayah jgak..=)

June 27, 2010 at 12:31 AM

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ