Sekitar Pelancaran IKRAM  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahirrahmanirrahim Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah, masih lagi diberi keizinan olehNya untuk terus bermusafir di atas muka bumi singgahan sementara ini. Masih lagi diberi quwwah untuk terus menggenggam takhlifat khalifahNya dan hambaNya yang hina. Masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam hingga saat ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji selayaknya hanya untuk Dia.

Kembara seorang musafir diteruskan lagi. Kali ini berpeluang menghadiri majlis pelancaran penubuhan IKRAM bertempat di MIECC, Seri Kembangan 20 Jun 2010 bersamaan 8 Rejab 1431H. Bertemakan ‘ukhuwwah teras kegemilangan’, pelancaran yang julung-julung kalinya itu mendapat sambutan yang hebat. Dengan kehadiran lebih 5000 orang perwakilan dari setiap negeri memenuhi setiap inci ruangan dewan.

Sedikit tentang IKRAM. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia dengan motonya “Ukhuwwah Teras Kegemilangan”. Walaupun Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merupakan satu nama baru dalam persada negara, tetapi keahliannya merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Ia menggabungkan kematangan orang berpengalaman dengan ketangkasan orang muda untuk melangsungkan misi penghayatan Islam secara syumul dan syamil.

Walaupun telah muncul lagi satu gerakan dakwah yang bermatlamat sama seperti apa yang diperjuangkan oleh gerakan-gerakan yang sedia ada, setiap jiwa yang memahami apa itu sebuah perjuangan seharusnya menerimanya dengan terbuka. Jauhilah persengketaan atau segala macam sifat mazmumah yang seumpamanya. Setiap antara kita perlu berganding bahu demi memastikan kemaslahatan Islam sendiri. Tuntasnya, walaupun wasilah yang digunakan berbeza, kita tetap bermatlamat yang sama dibawah naungan Tuhan yang sama, di bawah langitNya, diatas bumiNya yang kesemuanya sama. Paling utama, berpaksikan aqidah yang sama. Namun begitu, saya bukanlah orangnya yang ahli dalam membicarakan akan hal ini. Wallahu’alam..

P/s : buat teman-teman seperjuangan sejak dari pusat asasi, saya masih bersama kalian.

Sekitar Pelancaran IKRAM

Ribuan yang hadir

Ust Hasanuddin (sukarelawan misi LifeLine4Gaza)

Tokoh agung. Sheikh Ahmad Ar-Rashid. Pengarang buku Muntolaq.

Tetamu dari luar. Sheikh Muntolaq(kanan) bersama wakil Palestin (kiri)

Lambaian seorang pejuang

Kumpulan Saff-one ketika menasyidkan lagu tema IKRAM

Barisan pimpinan

Tetamu VIP

Ustzh Khadijah bersama teman-temannya

*credit to maktabahhadith.blogspot.com

This entry was posted at Saturday, June 26, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 nasihat dari sahabat

salam wan ...terima kasih atas p/s yang menyentuh hati..uhibbuki ya ukhty..tak kira walau di mana kita berada, kita sentiasa bersama selagi kita menegakkan agama Allah..teruslah mengembara wahai musafir.

June 29, 2010 at 4:00 PM

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ