nota sepi khadam Ilahi  

Posted by Ahlia 'Ammar

adik alya yang dirindui... T_T

Di kala sepi menemani hari. Di kala rindu menjengah relung hati. Maka lahirlah bait-bait sepi diungkapkan melalui pena menghiasi suram jiwa seorang hamba. Dipamer kemas di teratak kesayangan. Bukan untuk meraih simpati. Jauh sekali berbangga diri. Mungkin melahirkan kekesalan yang telah tersimpan kemas sudah sekian lamanya jauh di lubuk sanubari. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Dia bersamaku setiap detik jantungku berdegup. Dia yang Maha Esa tetap bersama KITA, hamba hinaNYA.

Rindu yang berlabuh di pangkalan hati membawa bersama deruan angin kencang. Ombak tinggi menggulung-gulung menghempas pantai jiwa yang dipenuhi noda. Allah..rindunya. Kuatkan jiwa hamba hinaMu ini. Thabatkan diri dalam jalan juangku. Walau bermacam mehnah membadai, kupohon Kau pinjamkan kekuatanMU untukku terus melangkah. Sebagai seorang khadam jua khalifah taklifanMu.

Rindu pada sosok itu makin menggunung setinggi langit ketujuh. Rindunya pada mereka. Umi, abi dan adik-adik tercinta. Namun, sosok kecil itu paling kurindui. Alya! Kakak merinduimu Alya. Apa khabar hendaknya kamu di sana. Sudah pandai berjalan atau belum. Aliyah Maisarah nama diberi kepada si cilik yang sangat comel lagi tembam itu! Tersangatlah geram tatkala terpandang wajah suci yang montel milik alya. Kali terakhir pulang ke kampung hampir sebulan yang lepas. Terasa kaki sangat berat untuk melangkah meninggalkan alya comel di rumah. Seperti ingin dibawa lari pulang ke sini melewati hari-hari bersama,menemani diri yang sepi.

eyoww..eyoww..opsss..assalamualaikum..syapa tu??^_^

Rindu ini sekadar untuk menutupi kekesalan hati. Segala keluh kesah jiwa dipendam sarat dalam ruangan hati yang paling dalam. Akhirnya, keputusan ini dipilih setelah beberapa kali dipertimbangkan. Saya mungkin memilih untuk tidak lagi turut serta bersama mereka. Beberapa kali terluka dengan mereka. Salah diri saya akui. Kerap kali saya tidak menyertai mereka. Saya ada alasan yang tersendiri. Bukan bermakna saya lari dari perjuangan. Tidak pernah sama sekali. Kerana berjuang itu jalan yang saya pilih setelah sekian lamanya. Perjuangan itu wasilah yang telah Dia taqdirkan untuk saya lalui dalam usaha membantu agamaNya. Ini adalah amanah dariNya kepada diri hina ini.

Pernah beberapa kali terserempak dengan mereka. Niat hati ingin bertegur sapa, bermanis muka kerana sesungguhnya jauh di lubuk hati paling dalam saya sangat merindui mereka. Terluka hati tatkala ada yang memalingkan muka. Sebaris senyuman yang saya harapkan langsung tidak kelihatan. Lantas, saya hanya berdiam diri memendam rasa. Mungkin kerana sudah lama tidak bersua atau mungkin kerana kerapkali saya kelihatan bersama teman yang berlainan fikrah. Apa yang pasti, saya masih memilih wasilah yang sama. Tidak pernah berubah walaupun saya jarang bersama kalian. Harapan di hati besar sekali ingin melihat semua antara kita yang berlainan fikrah bersatu memperjuangkan agamaNya. Usahlah timbul perasaan tidak selesa dalam diri, semangat assabiyyah yang tinggi kerana kita adalah hamba hinaNya,tidak layak memiliki sifat yang sedemikian rupa. Bersama bersatu berganding bahu menegakkan ad-deenul haq di atas muka bumi singgahan sementara ini.

Perjuangan ini akan saya teruskan. Walau saya bersendirian buat masa ini. Kata orang, mustahil dakwah bersendirian akan mendatangkan hasil. Setiap antara kita perlu memiliki wasilah yang tersendiri dalam merealisasikan matlamat perjuangan. Benar. Saya tidak bersendirian selamanya. Apa yang pasti, saya sudah punyai agenda yang tersendiri. Tidak lama lagi barangkali. Langkah ini akan saya teruskan. Langkah seorang da’ie. Langkah seorang khadam Ilahi. Menelusuri likuan kembara penuh ranjau. Terkadang rebah. Terpalit lumpur noda. Mehnah yang merintangi sepanjang kembara ini bukan asbab melunturkan semangat juang dalam diri. Kerana perjuangan ini perjuangan yang hakiki. Siapa lagi yang bisa meneruskan langkahan ini jikalau bukan kita wahai jilul harapan agama! Kitalah rantai-rantai yang menyambung perjuangan Baginda S.A.W! kerana apa yang pasti, perjuangan ini tidak akan mati!

" Perjuangan bukan mengukur kekuatan, bukan juga pentas mempamer kebijaksanaan. Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati dalam menyebar risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi.. "

Nota hati,

Ummu ‘Iffah

This entry was posted at Tuesday, July 27, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 nasihat dari sahabat

Anonymous  

inshallah....sabar adalah titik iman...bersabarlah saudari...kelak satu hari nanti,kwn2 saudari akan mengerti n insafi diri mreka...

salam perjuangan dari hambaNYA yg hina...selamat bersabar...=)

July 27, 2010 at 10:40 PM

syukran 'alaik anonymous..

inshaAllah..apa yg pasti,saya tidak tujukan ini pada sesiapa.. bkn teman2 saya jua bukan sesiapa.. sekadar nota hati untuk insafi kekhilafan diri hina...

bersama kita perbaharui iman kita yang kerap terumbang-ambing dalam lautan kembara penuh mehnah...

Allah ma'ana..innAllaha ma'as sobirin...=)

July 27, 2010 at 11:00 PM

salamualaik wan...

kadang diri tersadung sendiri. Yang nyata masih ada insan lain yang berdiri di sisi. Insan lain yang masih merindui setiap gerak geri wan... Rindu untuk terus bersua dan meneruskan perjuangan kita. usah kecil hati pada yang tidak peduli. Lihatlah insan yang sentiasa menanti.. Yang akan terus menanti untuk bersama-sama di perjuangan ini... Ada yang masih memahami... Walau jauh di mata, Wan tetap di hati kami.. Insyallah, sahabt2 yang lain masih menunggu Wan. mungkin satu hari nanti. Tangan kami masih terbuka untuk seorang daie....

July 28, 2010 at 12:05 AM

wslm'alaik ukhti habibati..

inshaAllah ana..bkn brkecil hati pd yg tdk peduli..bkn tu asbabnya.. syukran pd yg masih menanti.. :)

inshaAllah, sama2 mengatur langkah terus berjuang menegakkan agamaNya.. :)

July 28, 2010 at 1:20 AM

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ