Malam Merdeka vs Malam AlQadar  

Posted by Ahlia 'Ammar

AWAS! entri ini agak panjang..^_^

Melewati angka sebelas. Sedang tekun mengulangkaji pelajaran sambil telinga disumbat earphone mendengar curahan ilmu jua perkongsian rohani di radio ikim. Dua dalam satu. Boleh masuk ke dua-dua ni? Huhu..InshaALLAH. Satu ke otak, satu ke hati. Ya Allah, permudahkanlah. permudahkanlah.. Allahuma yassir.. Tangan tiba-tiba terasa gatal untuk menulis dikala hati dan otak difokus pada awlawiyyat yang lain. Aduhai diriku yang banyak kerenah.. T_T

Mengimbau kembali memori 31 ogos, 2 tahun yang lepas. Alhamdulillah, ketika itu di petaling jaya. Berpeluang untuk menyertai program ‘Ops Masih Ada Yang Sayang’ ( betul ke? Lebih kurang la kot namanya..^_^) anjuran badan tertentu. Kira macam jadi pencegah maksiat la malam tu.. ^_^ Maka, dengan penuh semangat yang berkobar-kobar kami bertolak dari kampus ke KLCC. Semua yang ikut serta diminta berkumpul di situ. Sampai di sana, MasyaAllah ramai sungguh manusia-manusia di situ. Rupanya ada juga perwakilan daripada setiap kampus area berdekatan. Alhamdulillah, ramai yang turun padang dalam usaha mengembalikan mereka-mereka yang jauh tersimpang (na’uzubillah).

Hampir jam 12 tengah malam, kami semua berkumpul di dalam masjid mendengar taklimat jua pembahagian kawasan-kawasan yang akan ‘digempur’. Semasa pembahagian, ada beberapa kerumitan yang berlaku. Alhamdulillah, selesai taklimat, kami bergerak ke kawasan masing-masing. Kumpulan kami ditugaskan ke kawasan Tasik Titiwangsa.

Tiba di sana, kami menunggu teman-teman yang belum tiba di luar. Jumlah kumpulan kami agak besar. Lebih kurang 30 hingga 40 orang kot.( terlupa sudah..^_~) Sedang menunggu di luar, maka dapatlah diri ini melihat ragam penduduk kota metropolitan itu. Tidak pernah saya keluar malam, mungkin kelihatan agak ‘jakun’ kot melihat suasana malam di kota besar. Kami-kami yang berpakaian pelik mungkin pada pandangan mereka-mereka menyebabkan kami-kami menjadi perhatian ramai anak muda yang berpeleseran di situ. Tersenyum saya melihat ragam mereka. Ada yang pada mulanya ingin masuk ke kawasan itu dengan menaiki motosikal, si penunggang lelaki, si pemboncengnya perempuan (suami isteri kot.husnudzon..) tidak jadi masuk tatkala terpandang kami-kami yang ramai apatah lagi berpakaian ‘pelik’ berjubah, berkopiah. Kelakar pulak. Ramai yang macam tu. Mulanya nak masuk tapi pusing balik. Malam merdeka, jadi ramai yang ingin ‘bersantai’ di situ. Mungkin mereka dah dapat mengagak kami-kami ni siapa. Kami-kami bukan nak tangkap basah, hanya menjalankan tugas memberi peringatan kepada kamu-kamu yang kami-kami jumpa jika dalam berkeadaan mencurigakan bersama teman berlawanan jenis. Sekadar memberi perigatan wahai saudara-saudari seislamku.. ^_^

Kami mula bergerak di dalam kumpulan yang besar menyusuri tasik besar itu. Ikhwah di hadapan dan belakang sekali. Akhawat di tengah-tengah. Dari satu pasangan ke pasangan yang lain kami bertemu. Dari hati ke hati cuba disampaikan pesanan dari Rabb. Kami cuma pengantara. Mesej yang sebenar adalah dari Rabb yang sentiasa rindukan hambaNya agar pulang merintih kepadaNya. Alhamdulillah, ada yang mulai merasai sentuhan mesej dari Tuhan dan ada yang tidak mengambil endah. Moga hati-hati itu terbuka untuk menerima mesej itu. Hidayah milik Allah.

Hampir separuh jalan, kami bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak. MasyaAllah, pilu hati melihat mereka. Cuba dihampiri. Ada yang melarikan diri. Ada yang sedia dihampiri. Mendengar luahan hati adik-adik itu mengundang hiba di jiwa. Masalah keluarga punca segalanya. Ada antara akhawat cuba mententeramkan adik-adik yang mula menangis tatkala meluahkan rasa hati mereka. Ya Allah, mereka itu suci. Kullu mawlud yuladu ‘ala fitroh. Setiap anak-anak itu dilahirkan fitrahnya suci murni. Semoga Allah melindungi mereka dalam naungan rahmat dan maghfirahNYA.

Sedang kami yang dalam kumpulan besar ini cuba beramah mesra dengan adik-adik itu, kedengaran siren kereta polis datang manghampiri. MasyaAllah, terkejut sangat masa tu. Ada dua buah kereta polis. Seorang polis keluar dan dengan menggunakan pembesar suara menyuruh kami semua berkumpul setempat dan jangan lari. Wah, dah jadi tahanan pulak kami.^_^ First time kena tahan dengan polis. Sebelum ni tengok di tv. Tertanya-tanya jugak apa salah kami. Ada wakil dari badan tertentu dalam kumpulan kami, maka dia cuba berunding dengan pihak berwajib berkenaan. Kami disyaki cuba mengadakan demonstrasi di situ. Wahh, demonstrasi apa tengah-tengah malam pulak tu. Kami semua dikumpulkan satu tempat. Dalam hati dah mengomel tidur dalam lokap la nampaknya malam tu, first time pulak tu. ^_^ Lama jugak la menunggu bila la kami-kami yang mnjadi tahanan ini akan dibebaskan. Akhirnya, kami bebas dengan syarat. Kami tidak bersalah. Sekadar mengedarkan risalah kepada mereka-mereka yang kami temui. Syaratnya kami tidak boleh terus berada di situ. Kena halau..T_T Terpaksa pulang ke masjid dengan hati yang teramat-amat hampa.

Keesokan harinya, dikejutkan dengan berita kematian seorang student di kampus. Terjatuh dari bangunan ketika cuba melarikan diri daripada dicekup bersama temannya. Mengurut dada tatkala mendengar berita itu. MasyaAllah, kami berkhidmat di luar, sedangkan di dalam kampus sendiri masih belum terbendung maksiat. Ya Allah, ampunkan kami.. Ampunkan kami.. tiba di kampus, pergi melihat sendiri tempat kejadian. Masih ada kesan darah dan lekuk di longkang berhampiran. Ngeri apabila memikirkannya. Ya Allah, jauhkanlah kami dari penghabisan yang su’ul khatimah.. Matikanlah kami dengan husnul khatimah..aminn..aminn..aminn ya Rabbal’alamin..

Dua tahun sudah berlalu. Sambutan merdeka kali ni jatuh di dalam bulan ramadhan. Adakah sambutannya tetap seperti kebiasaannya? Konsert yang menjadi kewajipan dikala ambang merdeka disambut. Botol-botol arak yang bergelimpangan di sana sini. Maksiat di mana-mana. Allahu Allah. Sedangkan kini ramadhan sudak beranjak ke 10 malam akhirnya. Malam-malam yang di dalamnya tersembunyi satu malam yang penuh barakah. Penuh rahmat. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam di mana malaikat-malaikat turun ke bumi. Malam di mana seluruh alam semesta tunduk menyembah Tuhan Yang Esa. Subhanallah. Ya Allah, temukan kami dengan lailatul QadarMu. Temukan kami dengannya wahai Rabbul ‘alamin..

9 hari saja lagi. Kita akan meninggalkan madrasah tarbiyyah ramadhan ini. Terasa kesedihan mulai menguasai lubuk jiwa. Ramadhan yang kucinta. Apakah aku sudah mendapat tarbiyyah yang cuba Tuhanku sampaikan sepanjang sebulan aku disini. Allahu Allah. Sampaikan kami kepada madrasah RamadhanMu yang seterusnya Ya ALLAH..

Cetusan rasa,

Ummu 'Iffah

This entry was posted at Wednesday, September 01, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 nasihat dari sahabat

Anonymous  

bitawfiq wa najah fi imtihan..=)

September 1, 2010 at 12:59 AM

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ