Demi Masa!  

Posted by Ahlia 'Ammar

[ Attention : This article is a reflection of mine. For me to think wisely later on and learn from my previous mistakes ]

" As a doctor later on, punctuality is very very very important. Or else your patient might be die because of your bad attitude "

Seringkala kedengaran rungutan, luahan, teguran daripada doktor-doktor atas sikap kebanyakan kami pelajar perubatan. Mungkin atas asbab itu doktor-doktor terutamanya doktor muda, HO dan MO amat mudah sekali melakukan kesalahan yang mungkin boleh membawa kepada penyesalan tidak berkesudahan.


Perkara yang paling penting bagi seorang yang bergelar doktor adalah masa. Hinggakan Allah sendiri menurunkan ayat suci berkenaan dengan masa ;

 "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." ( Al-'Asr : 1-3 )

Begitu juga di dalam hadith Nabi daripada Ibnu 'Abbas r.a :
" Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara : mudamu sebelum tuamu, sihatmu sebelum tuamu, kekayaanmu sebelum kemiskinanmu, waktu lapangmu sebelum waktu sibukmu dan hidupmu sebelum matimu." (Hadis Riwayat Al-Hakim, Kitab Al-Mustadrak, Juz. 4, m/s306)

Subhanallah! Atas alasan apa lagikah yang mampu menidakkan kebenaran yang sedia terbentang. Kalamullah sudah menerangkan. Begitu juga panduan daripada Habibullah.

Selama bergelar pelajar perubatan yang baru saja setahun lebih, ketepatan masa adalah masalah utama pelajar-pelajar di sini. Mungkin juga di tempat yang lainnya. Sehinggakan doktor-doktor terpaksa berulang kali mengingatkan, memberi teguran akan permasalahan yang sentiasa berulang-ulang ini. Bukan saja doktor malahan teman-teman sebatch turut berulang kali mengingatkan perihal yang sama. Bukan kerana hendak tunjuk baik, tetapi ini adalah demi kebaikan bersama kerana jalan yang dipilih ini bukanlah jalan yang biasa-biasa dan boleh dipandang sambil lewa. Ianya  memerlukan komitmen yang sangat tinggi dalam usaha memikul tanggungjawab yang sangat besar ini.

Ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Inilah situasi yang seringkali berlaku. Jika hari ini mendapat teguran daripada para murobbi, mungkin saat di'basuh' itu timbul keinsafan dalam diri. Namun, melangkah keesokannya, perkara yang sama tetap berulang kembali.

Bayangkan, jika diizinkan suatu hari nanti ( inshaAllah ) , kita mula menjalankan tugas sebagai seorang doktor. Disebabkan kebiasaan sifat yang sentiasa tidak menepati waktu, mungkin boleh mengakibatkan kematian atau kecacatan kekal kepada pesakit kita. Memang sudah ditetapkan, ajal dan maut di tangan tuhan. Segala qada qadarNya tidak mampu kita halang. Namun, menjadi tanggungjawab kita sebagai doktor adalah berusaha dengan sedaya mungkin menyelamatkan pesakit kita. Mungkin dengan kelewatan kita 1 saat saja boleh mengakibatkan pesakit kita lumpuh buat selamanya. Ianya seperti suatu penyeksaan kepada si pesakit. Menanti seterusnya, keluarga pesakit pasti tidak teragak-agak hendak menyaman doktor yang sambil lewa dan tidak serius dalam bekerja.

Atas sebab itu, perlu refleksi diri. Muhasabah kembali. Selama ini betulkah masa yang Allah peruntukkan itu digunakan dengan sebaik mungkin. Betulkah nikmat setiap detik itu digunakan untuk tujuan beribadah kepadaNYA. Fokus utama di sini adalah masa. Ya, masa! Sesungguhnya, diri ini terlalu lalai dalam menguruskan masa. Allahu rabbi..





Insan lalai,
Ummu 'Iffah
1522 pm
Kuantan

This entry was posted at Friday, October 15, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 nasihat dari sahabat

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ