KetentuanNYA  

Posted by Ahlia 'Ammar

Ya Allah. rindunya.

Tatkala sendiri, fikiran jauh menerewang melangkau sempadan masa dan peristiwa kembali ke dunia yang sebelumnya.
" Kakak, belajar rajin-rajin. Jangan banyak main. "
" Tapi kakak tak nak ambik kos ni. Kakak tak minat."
" Cubalah dulu. Kawan-kawan boleh. Takkan kakak tak boleh."
Mereka memang boleh. Tapi diriku?
Mereka istimewa. Diriku?
Mereka punyai anugerah itu. Aku?
" Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Jagalah hati mereka sebaik mungkin. Jangan sesekali lukakan hati mereka. "
" Tapi.. hati ini bagaimana?"
" Ada hikmah disebalik derita. Kita penuhi harapan mereka. InsyaALLAH, Allah akan sampaikan kita kepada suatu masa yang kita impikan."
" Bagaimana mahu teruskan perjuangan ini andai semangat yang dipunyai sifar? "
" Betulkan niat. Setiap apa yang kita lakukan niatlah demi mencari redhaNYA. Andai sukar yang dirasa, percayalah disebaliknya ada kemudahan yang tidak kita jangka. "
"................"
Perjuangan ini akan diteruskan. Walau langkah mula terlalu perlahan. Melangkah dalam terpaksa. Penuh keterpaksaan.
Moga langkahan penghabisan sekencang larian satria menuju ke suatu penamat yang penuh makna. InshaAllah.
Demi mereka, aku berserah. Segala-galanya kuserahkan padaMu Rabb.
Rindunya.

This entry was posted at Monday, October 11, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 nasihat dari sahabat

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ