Saudara Seaqidah  

Posted by Ahlia 'Ammar

Lewat kebelakangan ini, saya sering disajikan dengan kisah-kisah daripada mereka yang baru (mungkin juga sudah lama) bergelar saudara baru. Subhanallah! Sangat kagum dengan ketabahan yang dimiliki oleh mereka. Meskipun kerapkali diuji keyakinan dan keimanan kepada qada’ dan qadarNya, mereka terus kuat. Melangkah dengan cekal mengharungi segala badai yang menghempas pantai sebuah kehidupan. Dengan keyakinan yang bernama IMAN, mereka terus patuh kepada Yang Satu.

Kisah 1

Kisah ini baru saja berlaku dalam bulan lepas. Seorang sahabat yang dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki bas ekspres dengan taqdirNya dipertemukan dengan saudara baru ( waktu tu belum lagi bergelar mualaf ). Kebetulan di dalam bas, mereka duduk bersebelahan. Sahabat ini menerima panggilan daripada temannya ketika itu. Nada ‘ringtone’ yang digunakan adalah bertajuk ‘Always be with you’ oleh Maher Zain. Saudara baru tersebut tertarik dengan nada ‘ringtone’ tersebut lalu meminta sahabat saya ‘bluetooth’ kepadanya. Selesai itu, dengan asyik sekali saudara itu menghayati tiap bait lirik yang terkandung dalam lagu tersebut. Dengan izinNya, saudara itu meminta sahabat saya menerangkan bagaimana hendak masuk Islam? Allahuakbar! Tergamam sahabat saya. Lantas diajarnya kalimah syahadah. Walau bertatih saudara baru tersebut menyebutnya, dengan izin Yang Maha Kuasa, dia kini bergelar Muslim Mualaf. Hidayah itu milik Allah. Hidayah itu berhak untuk sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan izinNya, hidayah itu milik ‘Ammar Bee Hin bin Abdullah. Saudara kita itu turut berazam untuk meng ‘Islam’ kan kakaknya. Sama-sama kita doakan. Moga hidayah Allah milik mereka.

Kisah 2

Alhamdulillah, dengan izinNYA, saya bertemu dengan sebuah blog ini. Subhanallah! Pemilik blog itu juga seorang Muslim Mualaf. Kisah bermula ketika beliau masih lagi di bangku persekolahan. Kisah ini saya ringkaskan daripada kisah hidup yang dibaca daripada blognya. Ketika itu usianya baru 13 tahun. Agama asalnya adalah Kristian. Beliau bersekolah di sekolah yang majoritinya Muslim. Setiap hari jumaat, pelajar Muslim akan sama-sama mengalunkan zikr asma ul-husna ketika perhimpunan harian. Dengan kuasaNya, berlaku satu peristiwa yang membawa kepada pengIslaman dirinya. Pagi Jumaat seperti kebiasaannya , pelajar muslim yang lain tenggelam dalam alunan zikir asma ul-husna yang syahdu, beliau memandang-mandang ke sekeliling sementara menantinya alunan zikir berakhir. Langit ketika itu cerah. Namun, satu keajaiban berlaku. Dengan izinNya, gumpalan-gumpalan awan bergabung membentuk beberapa objek. Kelihatannya seperti manusia-manusia yang seakan-akan sedang dihukum di atas sana. Bersama mereka kelihatan gerakan bibir yang turut sama mengalunkan bacaan zikir asma ul-husna. Wajah mereka di dalam kesedihan. ( peristiwa ini di‘translate’kan daripada kisah yang dibaca. Mohon maaf andai ada kesilapan daripada proses men ‘translate’ kerana kisahnya ditulis dalam bahasa Ingeris) Beliau yang pada asalnya tidak mempercayai apa yang dilihat oleh matanya merasakan ianya mungkin mainan perasaan sahaja atau mungkin juga kesan daripada memandang langit terlalu lama. Segera ditundukkan kepala buat seketika dan kembali didongak memandang langit seketika kemudian. Subhanallah! ‘mereka’ masih wujud di atas sana. Sama-sama mengalunkan zikir bersama pelajar-pelajar di bawah sini. Kelibat ‘mereka’ hilang usai saja alunan zikir tamat. Peristiwa itu menjadi asbab kepada bermulanya kemahuan beliau untuk mendalami Islam. Alhamdulillah, dengan izinNya, beliau memeluk Islam ketika berusia 18 tahun. Kini, sudah dua tahun beliau memeluk Islam. Bermacam mehnah yang beliau terpaksa harungi. Tanpa pengetahuan ibu bapanya, beliau terpaksa beribadah secara bersembunyi. Hinggakan terpaksa melilit tubuhnya dengan selimut untuk dijadikan telekung buat pakai untuk solat. Baru-baru ini, beliau menjelaskan kepada ibu bapanya akan pengislaman dirinya hingga membawa kepada kemarahan bapanya yang memutuskan hubungan kekeluargaan dengannya hingga kini. Tabahnya dirimu wahai da’ie muda. Kamu seorang yang hebat! Lebih hebat daripada kami yang Muslim atas asbab keturunan. Semoga Allah sentiasa meneguhkan pendirianmu. Sesungguhnya Allah bersamamu duhai saudaraku!

Kisah 3

Bersambung…. =D

This entry was posted at Tuesday, October 05, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 nasihat dari sahabat

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ