Mabrook 'alaykuma!  

Posted by Ahlia 'Ammar

Manusia melahirkan cinta.
Cinta melahirkan manusia.
Gerimis sakinah membawa pasangan meredah lautan mawaddah. Bertemankan rahmah untuk menempuh hari cerah dan mendung hitam, manis madu dan pahit hempedu pada realiti sebuah kehidupan, pasca “Aku Terima Nikahnya”
-petikan ‘Aku Terima Nikahnya 2’ karya Ust Hasrizal-


Baarakallahu lakuma wa baaraka ‘alaykuma wa jama’a bainakuma fi khayr. Alfu mabruk buat sahabat-sahabat yang sudah dan akan mendirikan masjid penuh barakah sepanjang musim cuti persekolahan ini. 


Semoga baitul muslim yang terbina menjadi pemacu untuk terus laju berlari menggapai mardhatillah [redha Allah] dalam kembara penuh lelah ini. Semoga ianya akan menjadi asas dan tapak kepada pembentukan ummah yang diharap-harapkan selama ini di bawah sebuah daulah Islamiyyah yang agung. Semoga Allah redha. Insha-ALLAH.

Ke arah membinanya Baitul Muslim [keluarga Muslim] itu perlu kepada persiapan yang mantap. Agar generasi awlad yang terhasil dapat dicorak dan diukir dengan lukisan yang indah dan berkualiti sehingga membawa kepada pembentukan ummah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam seterusnya tertegaknya sebuah daulah Islamiyyah di bawah naungan dan rahmah Yang Esa.




Mabrook 'alaykum! 

Salam Imtihan!  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahi wal hamdulillah
Salamun 'ala manittaba'al huda

Memandangkan musim peperiksaan sedang melanda dengan hebatnya tika dan saat ini, makanya entri kali ini direka khas untuk kalian yang sedang berperang di medan peperiksaan. Begitu juga untuk diri ini yang akan mula mengangkat senjata kurang dari dua minggu lagi. [ mode : sedih. tak dapat balik raya haji. T_T ]

Ma'an najah fil imtihan. Semoga pertolongan Allah mengiringi jihad kalian kali ini. Sesudah berusaha hendaklah kita bertawakkal kepada Yang Maha Kuasa. Faiza 'azamta fatawakkal 'ala Allah.

Berperang dengan kertas dan pena hanyalah sebahagian daripada jihad kecil. Berjuanglah seikhlas mungkin. Kerana yang menilainya adalah termasuk Dia Yang Maha Tahu bukan hanya examiner sahaja. Menuntut ilmu dengan ikhlas. Mengamalkan ilmu dengan ikhlas.

Bittaufiq wannajah! Gambatte kudasai! Chaiyok2! ^_^




p/s : sila jangan amalkan study last minute!







At-tholibah aidhon,
Ummu Izzah
4 Dzulhijjah 1431H
2056 pm

Bicara Pedusi [ mode : promote ]  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahi wal hamdulillah
Salamun ‘ala manittaba’al huda

Sudah lama rasanya blog ini tidak berupdate. Bukan kerana kekangan waktu atau masa. Barangkali hanya kerana sifat kemalasan yang teramat tinggi tahap petala langit yang ketujuh. Kot. Haihh~

Seperti kebiasaan, di kala senggang waktu yang masih bersisa, misi menjelajah dari satu teratak ke teratak maya yang lain berjalan lancar. Hamdalah. Singgah ziarah di semua teratak yang linknya sempat tercapai dan sengaja dicapai.

Misi utama : mencari cahaya/nur (ilmu itu cahaya) mengisi ruang kosong di dada. Makin suram dan kelam nampak gayanya ni. Misi pencerahan harus diteruskan. Dan. Mission accomplished!

Sedikit demi sedikit terisi dan sedang berisi. Semakin cerah dan berseri-seri penangan ‘cahaya’ biasan Ilahi. Alhamdulillah. [ hope so..]

Ok. Habis intro. Mari masuk ke topic utama. Asyik terpesong jauh, mari pulang ke jalan yang benar. hihi..^_~

Antara teratak maya yang menjadi kegemaran saya hinggakan saya wajib berkunjung ke sana adalah teratak  " Haruman Mawar " . Mungkin kerana gaya penyampaian puan insyirah soleha yang bersahaja dan juga nakal comel. Sempoi!

Dan. Pada kunjungan kali ini, mata saya yang blink2 terpukau pada satu tawaran yang amat menggoda jiwa dan naluri keperempuanan saya. Jeng jeng jeng..

Ni lah tawaran yang saya maksudkan itu. Tadaaa.. ^____^ [ dengan tujuan mem'promote' untuk dana amal ]

Judul : Bicara Pedusi
Harga : LE 23
Terbitan : Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Sinopsis :

Jati diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri memburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai seorang da'ei namun penuh kasih dan sayang dalam meniti silaturrahim sesama manusia. Dia percaya, kebahagiaan hanya akan dikecapi dengan menuai sabar lantas itu jalan sufi yang selalu dipilihnya.

Perjalanan hidup seorang wanita yang merupakan mahasiswa di perantauan. Keberadaannya di negara asing bukanlah halangan untuk terus memelihara maruah dan cara hidup yang berlandaskan syariat. Sahabat baiknya Nafisah juga mahasiswa Timur Tengah, mereka terpisah antara benua demi mengejar impian dalam mencipta kejayaan. Hanya berhubung melalui internet dapat mengubati kerinduan antara mereka dan segalanya dikongsi bersama. Sejarah srikandi dijadikan sandaran bagi Fatinah dalam menelusuri kehidupan seorang muslimah sejati.

Fatinah, seorang gadis yang punya dorongan motivasi diri yang tinggi dalam menilai erti hidup, bijak merencana masa depan dan punya kualiti seorang srikandi.

"Ombak tak jahat. Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana ombak juga aku tahu setiap muslim itu perlu berkongsi. Kerana ombak juga aku tahu Allah menyayangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku..."

Atas kerana inilah, kisah ini menggambarkan bahawa kehidupan dengan berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti akan sentiasa dilindungi oleh Allah biarpun di mana kita berada. Penghormatan dan maruah seorang wanita adalah anugerah paling berharga bagi insan yang bergelar PEDUSI.


Komentar

"Sebuah penulisan yang mempunyai teknik penyampaian yang menarik. Setiap mesej yang diketengahkan sarat dengan nasihat dan makna yang tersirat. Bagi saya ia sebuah karya yang bisa meruntun hati pembaca kerana sudah pasti kita akan tertanya apakah ini realiti kehidupan seorang pedusi. Apa yang pasti kaum Hawa juga mampu melakar sejarah sepertimana kisah lampau yang memartabatkan srikandi Islam dalam menjadi mata rantai perjuangan menegakkan kalimah Allah yang satu." - Zulhafeez Ahmad Zahidi, Pengarah Kem Latihan Penulis (KELAP) '09


"Buku yang diberikan judul 'Bicara Pedusi' ini merupakan satu seni susunan ayat dalam mengisahkan suasana Islam yang diinginkan oleh seorang wanita dan suasana sekelilingnya. Suasana Islam yang damai dan amat bertolak ansur dalam membawa satu-satu method ajarannya. Mengajar seorang wanita khususnya, manusia amnya menilai akan keindahan Islam dalam suasana yang cuba dibicarakan oleh penulis.

Kisah yang amat menarik tidak kurang hebatnya dengan sastera-satera lain yang hebat. Saya kira susunan ayat yang mudah dan jelas oleh penulis ini akan membuatkan para pembaca lebih meminati seni dan sastera kerana keindahan Islam bukan dek kerana khayalan yang dicetuskan sebagaimana penulis-penulis cerpen yang semata-mata beralasan cinta suci." - Shahrizan Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010.
Okeh. Apa yang menariknya ya? Let's see..

Buku itu merupakan hadiah yang ingin diberi kepada pemenang "contest : siapa nak buku?" [klik link] anjuran Puan Insyirah Soleha. Jadi, sahabat-sahabat semua, jangan lepaskan peluang ini. Yukk, ramai-ramai sertai!

Istimewanya, buku ini hanya ada dua buah SAHAJA di Malaysia. Hanya DUA BUAH! Sebuah ada pada adindanya puan penulis dan sebuah lagi ingin dijadikan hadiah contest tersebut. [ sila rujuk link untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat-syarat penyertaan. ]

Tujuan entri ini hanya sekadar mempromosikan novel berkenaan. Mulanya, terniat juga hendak sertai tapi mungkin peluang untuk 'menang' itu tipis memandangkan puan penulis itu memiliki ramai follower yang semestinya berminat untuk menyertainya. Jadi tukang promot pun dah ok. Kot. Hee..^_^

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan satu-satunya 'anak sulung' puan Insyirah, silalah dengan segera menghantar borang penyertaan. Sebelum 14 November ya. Cepat-cepat!

Mengenai dana amal yang dimaksudkan, boleh dilihat disini [klik link] ya.

Novel mini ini pasti punyai jutaan ibroh buat hambaNYA yang diberi pinjam olehNYA untuk memegang status dan gelaran seorang pedusi. Tidak rugi memiliki. [ menyimpan niat untuk memiliki suatu hari nanti andai ianya sudah 'lahir' di Malaysia. Andai. Insha-ALLAH.. ]





Juga seorang pedusi,
Ummu 'Izzah
2 Dzulhijjah 1431H
2302 pm

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ