Jaulah ila Langkawi : Mengagumi kebesaranMU [Part 1]  

Posted by Ahlia 'Ammar

Alhamdulillah, masih punya ruang waktu untuk berkongsi di sini. Bicara iman untuk membangkitkan rasa ketuhanan. Bicara seorang hamba yang terlalu hina. Hakikat hidup seorang yang bergelar insan. Tidak lari dari tugas yang sudah sedia ditaklifkan untuk setiap yang bernyawa, seorang hamba dan juga seorang KhalifahNYA.

Hari ni genap 3 bulan 2 minggu 3 hari saya menjadi suri hidupnya. Oh, cepatnya waktu berlalu. Terasa begitu pantas hingga kita kadang-kadang tidak sedar apa yang telah kita lakukan sedetik waktu yang telah meninggalkan kita. Apakah 1 saat itu mampu menaikkan darjat kita kepada hambaNYA yang beriman atau sekadar mengundang dosa? T_T

Selesai sudah majlis walimah di Kedah 2 Jun yang lepas, saya hanya stay di Kedah. Sebulan lamanya sebelum pulang ke Kuantan. Dan sebelum merancang ke Kuantan, kami merancang untuk jaulah (kembara) ke Langkawi. Bahasa ringkasnya honeymoon lah :P  




Maka bermulalah pencarian saya dengan bantuan Haji Google. Search punya search terjumpa lah pakej Langkawi yang agak murah, sesuailah dengan kami yang tidak ber‘budget’ besar. Boleh tengok di sini ye. Almaklum masih belajar dan secara tidak langsung masih dalam tanggungan ibu bapa :D [yang ni kena cerita di lain entri lah ye tentang pengurusan kewangan dan sumber kewangan untuk yang kawin sewaktu belajar ;)]

Maka, seperti yang dirancang 3 Julai kami bertolak. Kalau ikutkan nak jaulah lagi awal tapi memandangkan hari lahir suami saya pada 5 Julai, maka atas permintaan suami, kami memilih tarikh 3 hingga 5 Julai. Pagi tu ayah hantar ke stesen bas. Dari situ kami ambik bas ke Kangar, dan dari Kangar kami ambik teksi ke Jeti Kuala Perlis. Sampai di jeti 12.10 tengah hari. Bergegaslah kami mencari kaunter tiket. Tercari-cari kaunter kat bahagian menunggu di dalam, tak jumpa pun. Rupanya kat bahagian luar. Huhu. Kami terpaksa ambik tiket pukul 1.30 pm sebab feri sebelumnya pukul 1200 tengah hari. Terlewat 10 minit pulak kami. Oh ye, harga tiket feri untuk dewasa RM18 seorang. 


kaunter tiket


Jam 1.30 pm, kami berkumpul di tempat menunggu. Dekat pukul 2 jugak la feri baru gerak. Dalam hati, dah risau sebab dah janji dengan Kak Ros [ajen pakej yang kami ambik] tapi nasib baik Kak Ros baik. Mengambil berat lagi. Dah lama tak naik feri, dalam hati risau pulak saya akan tidak stabil lalu memuntahkan segala isi perut, jadi awal-awal lagi suami dah sediakan plastic kosong. Hihi :D Prihatin sungguh suami saya ni. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Sepanjang perjalanan, saya cuba untuk tidur namun tak boleh, maka tertontonlah saya akan filem Karak yang dipasang. Sedar ta sedar eh dah sampai rupanya.

Sampai di Langkawi, benda pertama yang saya nampak adalah Burung Helang besar tu. Teruja tu tak tau lah nak kata macam mana kan, first time jaulah dengan suami ni :P Keluar dari jeti, kami segera mendapatkan wakil Kak Ros, bayar baki pakej dan mendapatkan kunci kereta. Suami saya minta kereta auto sebab dia tak mahir kereta manual. Maka, dapatlah kereta ini.

[Nissan Sentra Sport : credit to Google]
Lepas dapat kereta, kami bergegas ke Pantai Chenang. Bukan untuk mandi-manda ye, nak check in. Kami ditempatkan [skemanya :P] di Nadias Inn Resort, dekat dengan Pantai Chenang. Suami saya dah gelabah, macam mana nak pergi ke sana memandangkan kami tiada pengalaman langsung tentang jalan di Langkawi ni. Maka, dengan tak malunya, kami mintak lah peta satu kat sorang kakak ni. 

Tengok peta tu pun dah pening. Suami saya drive sambil saya membelek peta tu. Pusing atas, pusing bawah peta tu tak jumpa pun nama Pantai Chenang. Hai, tak femes ke tempat ni. Takda langsung dalam peta. Mulut membebel kat suami tapi cari tak jumpa-jumpa lagi. Adeh. Last-last suami drive ikut suka hati dia, kan senang :P Laju aje dia drive macam pro tapi tak tahu pun nak tuju ke mana. Hihi. Banyak kali u-turn, asyik salah masuk simpang. Suami drive berpandukan sign board aje. Sign board kat Langkawi tu tulis tempat yang kita nak tuju macam dekat aje padahal jauhhhh lagi rupanya. Huhu. Sambil-sambil tu, kami menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi.

Sambil-sambil borak dengan suami, ada ke dia cakap dia ingat Langkawi ni macam pulau lain. Saya jawab, eh memang la ni pulau. Rupanya suami saya ingat Langkawi ni takda penempatan macam perumahan, kedai2 besar, kampung, bandar, sawah padi  dll. Dia ingat ada hutan dan pantai aje kot. Hihi :P

Dengan berpandukan signboard yang ada, kami sampai ke Pantai Chenang dengan selamat. Banyak resort, motel dan hotel di sepanjang jalan di situ rupanya. Dah jumpa resort kami, kami check in masuk, terus ke bilik letak barang dan solat. Biliknya biasa-biasa aje resort tu. Terus mood suami saya menurun sikit, sikit aje ye, sebab bilik tak best sangat :D

nadias inn comfort


Lepas dah solat dan siap-siap semua, petang tu kami hanya berjalan kaki ke Pantai Chenang yang letaknya bertentangan dengan resort kami. Ambik angin petang. Sampai di pantai, terpegun seketika. MashaAllah, ramainya orang. Semuanya foreigner. Pakaian tu faham-faham lah ye. Terasa macam di oversea seketika. Ye lah kan, kita aje yang melayunya di situ dikelilingi lautan manusia berkulit putih. Kami jalan-jalan kejap aje di situ sambil tengok orang main Banana Boat, Jetski dll. Lepas tu, jalan-jalan kejap di sepanjang deretan kedai cenderamata di situ. Banyak kedai pakaian, spa dan kedai makanan aje kat situ.

Hari pertama tu, kami hanya berjalan sekitar kawasan Pantai Chenang tu aje. Untuk makluman, jarak antara pantai tu dengan Jeti Kuah jauhh ye. Makan masa setengah jam jugak la. Sebab itu, kami mengambil keputusan untuk jaulah sepuas-puasnya keesokan harinya saje. Lagipun suami saya dah letih drive lama sebab asyik sesat kan. Kesian pulak saya tengok. Saya nak tolong drive, tak berani pulak :P Dan kami hanya berehat malam tu. Merancang untuk jaulah keesokan harinya.




*to be continued…

This entry was posted at Tuesday, July 19, 2011 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 nasihat dari sahabat

Kak wan nak kena ni. Datang Perlis tak nak bagitau dayah, boleh dayah p ambil kat stesen bas. :)

July 19, 2011 at 2:47 PM

wanthotho!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!ya allah sangat rindu!rindu!!!!!!!!!!wan!
haha amboi honeymoon haha.wan nak baby!meh kt jaga!=p kemsalam budak kecik ammar!hahaha(ceh perasan besar ni hahaha gelak guling guling)
wan lupa cakap, maap hari tu walimah wan,moyang kt saket kt blk kg,nak meseg tak dan wan..sori sngt2.t bukak blok bawak album ye kt nak tgk.
btw ajak la ammar jalan2 muar,meh datang umah kt ,bole kt jadi tour guide =)

July 21, 2011 at 4:33 PM

@dakwatunnisa : hehe, k.wan segan nak menyusahkan warga perlis ni :p

@shahira ismail : waaa, kt rindu kat shiro jugak..hehe, ala sekali sekala ja jln2 dgn ammar ni,nnt dh bukak blok kena bejauhan..hihi..inshaAllah, kalo kt smpai muar tu nnt, kt p umah shiro eh :)

July 25, 2011 at 8:08 AM

InsyaAllah, tak menyusahkan. Apa yang dapat dibantu akan dibantu.:)

July 26, 2011 at 1:18 PM

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ