Hebatnya Aturan Allah : Terima Kasih Ummi!  

Posted by Ahlia 'Ammar

Allah... Rindunya nak menulis. Rindu dengan sangat. T_T

Mencari dan tercari-cari waktu dan idea untuk menulis sentiasa dan sentiasa. Bila ada waktu senggang idea dan mood untuk menulis hilang entah ke mana pula. Bila tiada masa, idea mencurah-curah datang mengasak-asak minda untuk diterjemahkan secara penulisan di sini. Err, alasankah?

Sekarang ana sedang posting Obstetric and Gynaecology (O&G) for about 11 weeks. Kemudian akan diikuti pula posting Paediatrics, Surgery dan Internal Medicine. Fuhh.. Baru tau realiti sebenar bila dah mula masuk ward dan clerking patient di samping kejar procedure yang amatlah banyak tu. Perlu banyak kesabaran dan ketabahan hati. [Tu lah, sapa suruh amek kos ni, kan dah rasa macam tak tertanggung 'azab'. =.=" ]

Dah masuk minggu ke 3 posting O&G, mula rasa seronok dan eager nak belajar benda baru. Its really fun and interesting! Its all about menyelamatkan 2 nyawa ; the mom and the baby. Especially bila tengok keadaan labour room yang kalut-kalut padahal kita tak tahu nak buat apa pun. Huu.. Bila tengok orang bersalin, rasa macam Ya Allah macam ni ke sakitnya mak nak melahirkan diriku dulu. Allah, kalau tengok sakitnya orang nak bersalin tu walaupun kita tak merasa dengan sendiri, secara naturally we will feel like tak nak bersalin.  Takut. Takut sebab sakit. Sebab itu lah Rasulullah SAW memuliakan seorang ibu tiga kali lebih dari bapa. Kerana pengorbanan seorang ibu nak lahirkan seorang anak itu amat besar. Melahirkan seorang khalifah Allah itu bukan mudah.

Dan tahukah anda, baby yang keluar dari rahim ibunya adalah dalam keadaan sujud. Subhanallah! Hebat sungguh Allah mengatur setiap satu yang ditadbirNya. Ini adalah kerana posisi tersebut adalah posisi yang berdiameter paling kecil dan memudahkan proses kelahiran. Bila dengar doktor cakap macam ni, secara spontan puji-pujian tanpa henti buat Yang Maha Menciptakan terungkap laju.

Di dalam seorang manusia itu, Allah ciptakan sebuah alam. Alam perantaraan dari alam ruh ke alam dunia. Alam kecil tempat terbentuknya seorang hamba dan khalifatullah di dalam seorang manusia yang bergelar ibu. Hebat kan ciptaan Allah? Subhanallah. Hinalah seorang anak itu andai dirinya tidak menghargai pengorbanan ibunya sedangkan dirinya menumpang di dalam ibunya sebelum dia sampai ke dunia ini. Wal 'iyazubillah.

Banyak sangat kebesaran Allah yang tidak dapat terungkap dek kata. Hanya puja dan puji kepada Yang Maha Esa menzahirkan rasa kagum yang tidak putus-putus atas setiap aturanNYA yang sangat hebat dan indah sekali. Subhanallah, subhanallah, subhanallah.

Emak, terima kasih kerana sudi meminjamkan rahim emak untuk kakak terbentuk dengan elok selama 9 bulan lamanya sebelum kakak lahir ke dunia. Terima kasih juga kerana sanggup menanggung sakit ketika melahirkan kakak pd 23 Sya'aban 6.36am.

'Ala kulli hal, syukrulillah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

This entry was posted at Monday, September 26, 2011 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 nasihat dari sahabat

Dalam keadaan sujud ? Subhanallah. Betapa besarnya kuasa Allah. kalau kecil-2 waktu lahir dulu boleh sujud, kenapa la bile dah besar ade lagi yang liat nak sujud pada Allah. seronok entry ni . =)

September 27, 2011 at 1:22 AM

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ