:)  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahi manittaba'al huda

Hari ini sudah hari ahad. Dalam seminggu, hari ahad adalah hari yang paling menyedihkan kerana terpaksa berpisah sementara dengan zauj. Sedihnya tidak terkata. Terasa hilang semangat seketika kerana pemberi semangat tiada di sisi. :'(

Inilah yang dikatakan lumrah dalam hidup. Perpisahan sementara dengan pasangan itu juga suatu ujian. Menguji tahap cinta kita kepadanya, adakah ianya melebihi tahap cinta kepadaNYA? Rindu-rinduan memberi seri kepada sebuah hubungan halal yang dibina atas dasar iman dan taqwa. Indah sungguh rasa itu. Cinta, kasih, sayang, rindu dan ditambah rajuk dan pujuk menjadikan ianya suatu pengalaman yang amat istimewa.

Petang tadi seperti kebiasaannya zauj akan menghantar ke asrama terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah dan emak mertua pula akan menghantar zauj ke terminal bas. Tiap kali bersalaman dengannya, hati sentiasa menitipkan doa agar dirinya sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa. Biarpun dimana dia berada, moga Allah melindungi dirinya terutamanya iman hatinya. Doa diutus saban waktu tanpa jemu.

Dan seperti biasa, hari yang ditunggu-tunggu adalah hari rabu. Kerana zauj akan pulang semula hari rabu memandangkan tiada kelas hari khamis dan jumaat. Berpisah 3 hari je pun. Hehe.. 3 hari tu pun ibarat 3 tahun tau. Cuba lah rasa sendiri. Berpisah 1 saat pun dah terasa rindu yang amat sangat. Huhu.. Inilah hikmahnya cinta selepas pernikahan. Rasa cinta dan rindu yang bersemi kian merendang tiap hari menjadikan ianya makin utuh dalam perjalanan menuju negeri yang abadi dan pemilik cinta yang utama, Allahu Rabb.

Soalan paling femes sekarang ialah bila nak dapat baby? Errr.. Kelu lidah nak menjawab. Seperti biasa hanya mampu senyum dan ketawa sebagai jawapan kepada soalan yang diaju. Siapa yang taknak anak kan? Tambah lagi bila tiap-tiap hari tengok orang bersalin, sentuh baby yang baru lahir, dengar tangisannya, mimik mukanya, gerak tubuhnya yang baru sesaat menjengah dunia, terasa ya Allah diriku juga inginkan zuriat. Tapi Allah lebih tahu. PerancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan. Walau sedaya upaya kita berusaha namun jika belum waktunya tetap kan tiada hasilnya. Apa yang mampu dilakukan hanyalah memanjatkan doa saban waktu agar permintaan kami dikabulkan. Jika bukan sekarang, mungkin kelak.

Tambahan pula zauj dan saya tinggal berjauhan. Seorang di Kuantan, seorang lagi di KL. Bila difikir sekiranya Allah menhadiahkan zuriat itu sekarang, banyak perancangan kami yang kami terpaksa susun semula. memandangkan saya tinggal di asrama, mungkin jika saya pregnant, saya terpaksa tinggal di luar, di rumah mertua mungkin. Sebagai persediaan bila baby sudah lahir tidaklah kelam kabut nak cari rumah. Takkanlah nak bawa baby tinggal di asrama kan? Mau terganggu roomate2 saya nak study nanti. Hehe..

Teringat seorang sahabat yang sempat menjadi tetamu Allah waktu cuti dulu, dia ada mendoakan agar saya dikurniakan anak dengan cepat. Allah.. Terharu sangat. Semoga doamu itu dimakbulkan Allah sahabat yang kucintai.

Apapun, hidup ini penuh cabaran, ujian, dugaan. Tak lengkap hidup andai tiada batu yang menghalang perjalanan yang panjang ini. Andai kita jatuh dan rebah, ketahuilah Dia setiasa ada untuk membantu hambaNYA. Tanpa jemu. Setiap yang indah dalam hidup itu hargailah dengan jiwa yang penuh syukur dan redha. Terima seadanya setiap aturanNYA dengan ikhlas. InshaAllah hari-hari yang kita lalui walau sesukar mana pun, kita akan mampu tersenyum kerana kita ada Dia. Senyumlah :)

This entry was posted at Sunday, October 02, 2011 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 nasihat dari sahabat

Assalamualaikum, May Allah Bless You :)

November 16, 2011 at 1:46 PM

salam alaik, kak wan ... ade bakat lah dalam menulis . try lah buat cerita novel.mesti best .hehe...

January 3, 2012 at 2:14 PM

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ