Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis diwaktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."
Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas Bin Malik r.a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara. 1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku,tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak. 2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku. 3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku. 4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku. 5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku. 6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku 7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku. 8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita. 9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku. 10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku. Wallahualam...
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... Dia
bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa
besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana
cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia
akan menjaga dan mengasihimu ." Bayi bertanya lagi: "Tetapi
disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah
bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk
berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.
Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih
berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara
kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling
indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan
perhatian.
Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara
kepadaMu ?" " Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu
berdoa" "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa
yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan
mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan
mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun
sesungguhnya
Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara
dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan :
"Tuhan, jika saya
harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut
?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti,
berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya
harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar
dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya
Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Isteriku...
Apabila kusentuh telapak tanganmu...Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras....Apabila kurenung wajahmu....Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....Apabila ku tersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing....Aku terpana dek munajatmu yang syahdu.
Isteriku...
Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu....Hanyasanya untuk Islam...Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...Pelbagai hiasan yang indah...Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...Kau umpama ladang ummah...Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitanIslam...
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba...Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama..Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...
Isteriku...
Bukan aku tidak mampu membelikan barang dan hiasan-hiasan tersebut...
Tetapi isteriku...
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku....Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat..."..Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam. ...Aku termangu sendirian...Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah?Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulitBonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...Atau honeymoon di Kota Paris kah?..Katakan... Aku mampu memberikan....Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...Akhirnya...Arghhh... Permintaanmu itu...Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...Dengan penuh keyakinan kau berkata.."Saudara, Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang kedua saudara?....Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?...Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?...Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?..Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?...Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api....Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam..
Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak....Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada saudara kerana perjuangan saudara....
Dan... mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?...Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu..Jiwamu kosong dari syurga dunia...Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..Bukannya kau yang diubah oleh dunia...
Isteriku...
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...Susah senang kita tempuh bersama...Aku terharu dengan segala kebaikanmu.. .Kau jaga akhlakmu...Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung....Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan anakku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam....Malah, kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini....Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman kemenangan.. .
Isteriku...
Tangkasnya engkau selaku suri...Biarpun kau jua sibuk bersama mengembleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku....Kau jaga teratak kita dengan indahnya...Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu....Cekalnya engkau mendidik anak-anak...Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait serta para pejuang Islam...Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah...Kau asuh mereka membaca Al Quran...Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelangnya peperiksaan.
Isteriku...
Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Al Khomeini...Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandiIslam...SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU....
(moga diriku mampu menjadi seperti ini suatu hari nanti..InsyaAllah..demi Islam tercinta..!!)

