* Entri ini hanyalah ringkasan, jadi memang sangat pendek. Jika punya ruang waktu, akan diolah dengan lebih lengkap lagi inshaAllah :)
Ramai sahabat2 yg bertanyakan ttg tips kawin awal/kawin sewaktu belajar. Halangan utama adalah drpd ibu bapa sendiri. Halangan yg sama juga pernah saya dan suami hadapi suatu ketika dahulu. Namun, berkat kesabaran dan doa yg berterusan, hati ibu bapa kami dilunakkanNYA. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.
Kami bertunang 2 bulan dan di hari pertunangan, saya sendiri tiada di rumah, masih di universiti. Maka, saya tak perlu menyiapkan sebarang persiapan utk bertunang spt baju, hantaran, hias bilik dll. Hanya sebentuk cincin ditinggalkan oleh pihak lelaki kpd ibu saya. Setelah saya pulang sebulan kemudian, baru berpeluang menyarung cincin tunang itu. Dan berita pertunangan ini hanya dua keluarga ini shj yg tahu. Ringkas dan tiada belanja dikeluarkan.
Selepas 2 bulan bertunang, terus dilangsungkan pernikahan kami tanpa kami sangka secepat itu ianya berlaku. Semuanya adalah kuasa Allah. Sekiranya DIA menetapkan ia akan berlaku, maka berlakulah ia. Kun fayakun. Tiada belanja besar. Hanya majlis yg simple namun dihadiri ramai tetamu memandangkan ramai kenalan ayah dan emak dijemput. Tetamu pun tak dapat nak detect mana satu pengantinnya sbb simple sgt :P
Dan kini Alhamdulillah, perjalanan cinta kami bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata yg dinanti-nanti tidak lama lagi. Moga mujahid/mujahidah ini menjadi pembela adDeen kelak. Dan untuk pengetahuan semua, saya dan suami masih lagi belajar sekarang dan tiada sebarang masalah berlaku dalam study kami. Rezeki pula makin mencurah-curah datang tanpa henti. Semuanya kurniaan Ilahi.
Sesungguhnya kawin muda ini sungguh OSEM!!! Terpelihara segalanya. Hati, jasad, dakwah makin laju bergerak di atas landasan yang benar. ^^,
Tahu tak tu gambar apa? It's a 7 weeks baby in a mummy's tummy! ^_^
Subhanallah! Comel kan? Indah kan ciptaan Allah? Baru 7 minggu, belum sempurna lagi penciptaannya sudah comel rupanya. Apatah lagi apabila baby ini mula menjengah ke alam dunia. Setiap satu ciptaanNya punyai keindahan yang tersendiri. Segala puji atas segala kebesaran Allah yang Maha Menciptakan sesuatu menurut kehendak dan aturanNya.
P/s : Alhamdulillah, diberi peluang untuk menjadi bakal ibu. InshaAllah, andai dengan izinNya, maka akan lahirlah seorang lagi khalifahNYA kelak. :)
Di kala sepi menemani diri, maka terciptalah lirik bisu menterjemah segala gundah rasa yang bermain di jiwa. Tika tiada siapa yang mampu memahami rentak hati yang acapkali menjadi rahsia sukma, maka kepada Dia jiwa yang hampir kehabisan sumbu cahaya akan kembali berpaling, berlari laju mencari Dia. Kepada Dia ingin dirembeskan segala tangis hiba. Allahu rabbi. Hanya Dia yang ada di sisi di kala manusia lain sibuk me'lari'kan diri.
Namun, saat kaki goyah melangkah, Dia hadirkan insan sebagai 'ganti' Nya untuk menghiburkan jiwa yang kerap lara. Dihadiahkan rasa cintaNYA melalui insan itu. Disalurkan rasa kasihNYA melalui insan itu. Segalanya adalah kerana Dia tidak ingin melihat hamba yang Dia kasihi gundah gulana rebah di dunia persinggahan. Dia masih mahu hambaNYA untuk terus kuat melangkah sekalipun langkahan itu teramat perlahan untuk tiba ke perhentian yang paling akhir. Dia tidak jemu membantu dan menyalurkan cintaNYA. Tanpa jemu. Dia sentiasa ada. Dan dia hadiahkan 'dia' adalah untuk menemani hari-hari sepi agar subur kembali ruhul jihad yang hampir layu.
Allah. Ingin kukata betapa aku ingin sekali bertemuMU, bertemu kekasihMU. Ingin sekali. Namun apakah layak untuk bertemu. Allah..
Perit menaggung pahitnya rasa kembali dimanisi dengan adanya 'hadiah'NYA itu. Sesekali terjatuh, ada tangan yang sudi menghulur membawa bertatih menuju pengakhiran. Sekalipun banyak kali tergelincir namun Dia tetep menanti di hujung sana. Menanti dengan 'senyuman' untuk hambaNYA. Akan kuteruskan rentak langkah yang kian perlahan agar tetap tiba ke hujung sana sekalipun banyak tersungkur. Bersama 'dia' hadiah daripada Dia. Terima kasih Tuhanku.......
C-I-N-T-A. Mengeja lima huruf tadi ternyata tidak semudah mendeskripsikan wujudnya. Definisi etimologi, terminologi, maupun historikal sekalipun tidak dapat menghindarkan adanya multi tafsir atas eksistensinya. Idealnya, semua orang pasti pernah merasakan cinta, entah kepada siapa cinta itu ditujukan dan dari sudut mana kita menafsirkan cinta itu.
Cinta dalam Islam bukan sekadar nafsu yang diaktualisasikan dalam hal-hal yang berhubungan dengan fizikal. Lebih dari itu, cinta adalah pertemuan antara ruh dengan ruh, kerinduan jiwa dengan jiwa, bukan fizikal dengan fizikal. Kemudian mengalirlah sebuah perasaan yang suci, bagai glasier yang cair dari pergunungan ais.
Cinta bukan satu-satunya sumber kebahagiaan, tapi tanpa cinta adalah sumber kemalangan dan kesengsaraan. Cinta dalam konteks kebahagiaan tidak akan dapat terwujud kecuali di dalam hati seseorang itu terdapat perasaan redha dan ikhlas dalam menghadapi setiap “ujian” cinta. Kenapa ujian? Kerana tidak ada satupun cinta yang tidak diuji. Ujian itu bukan sebagai rintangan, tapi lebih sebagai alat pengukur untuk mengetahui seberapa dalam cinta dan seberapa besar pengorbanan yang dapat dia berikan untuk seseorang yang dia cintai. Analogi yang secara nyata ditunjukkan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-NYA yang mencintai-NYA iaitu akan senantiasa diuji dan diuji. Semoga Allah menunjukkan kita cinta yang haqiqi.
Demikian dimuliakannya cinta dalam Islam bahkan Allah S.W.T. memberikan apresisasi yang sangat tinggi kepada insan-insan yang saling mencintai karena-NYA. Rasulullah bersabda “Sesungguhnya di surga terdapa pilar-pilar dari yakut, di atasnya ada kamar-kamar dan zamrud. Kamar-kamar ini memiliki pintu yang terbuka dan bersinar seumpama mutiara." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah penghuninya?" Beliau menjawab, "Orang-orang yang saling mencintai karena Allah, orang-orang yang duduk bersama karena Allah dan orang-orang yang bersua karena Allah." (Riwayat Al-Bazzar, dilemahkan oleh Al-Albani dalam At-Targhib dan di-hasan-kan oleh para pen-tahqiq At-Targhib).
Mengapa Allah S.W.T. memberikan kedudukan yang tinggi bagi orang-orang yang mencintai karena-NYA? Karena cinta seperti itu sangat sulit dilakukan kecuali orang-orang yang bersih jiwanya, ikhlas dan mampu melihat keredhaan Allah di setiap aspek kehidupannya. Dunia ini penuh dengan kefanaan yang siap menerkam siapa saja yang menjadikan nafsu sebagai budaknya. Hati-hati, karena nafsu dapat merubah raja menjadi budak dan sebaliknya, budak menjadi raja.
Apakah yang dikatakan dengan cinta? Pada buah fikiran saya, inilah yang dapat saya rungkaikan :
1) Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.
2) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.
3) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia dapat mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.
4) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya.
5) Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia dapat hidup senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.
6) Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu sentiasa menemaninya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan dan kecintaan serupa itu adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat.
maksudnya : “ wahai Tuhanku, aku memohon pada-MU cinta-MU, jua cinta orang yang mencintai-MU, jua amal perbuatan yang akan mendekatkan diriku pada cinta-MU.” (hadith riwayat Imam Ahmad)
Artikel ini tulus untuk semua pembaca,dan menjadi peringatan yang terakhir dan keramat untuk penulis sendiri.Hubungan itu bukanlah sesuatu yang boleh diperlakukan dengan main-main,kerana pengakhiran hubungan yang menanti adalah ikatan perkahwinan yang membawa hingga ke akhirat.WaAllahualam...


