Menjadi Bidan  

Posted by Ahlia 'Ammar


* entri ni adalah entri lama sebelum saya pregnant lagi. Baru berkesempatan untuk menyiapkannya. Dan akan diupdate mengikut 'timeline' inshaAllah ;)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, akhirnya tergerak juga hati kecil ini untuk meluahkan rasa melalui mata pena. Biar tanpa bicara yang nyata, moga maksudnya tetap sampai kepada semua atas izin Allah(biiznillah).

Memandangkan saya baru saja selesai posting Obstretic & Gynaecology (sakit puan), banyak benda baru yang saya pelajari dan fahami. Hari-hari melihat kelahiran secara live di dewan bersalin, melihat betapa sukarnya seorang ibu itu yang sepertinya sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak kecil tiada noda itu. Sukarnya tidak terkata. Diri yang melihat terasa ‘azab’ yang amat sangat apatah lagi si ibu yang menanggungnya.

Setiap kali melihat proses kelahiran itu yang pastinya berbeza bagi tiap individu membuatkan diri terfikir akan kebesaran Yang Maha Mencipta. Ada ibu yang mengambil masa sekejap saja untuk melahirkan anaknya, ada juga ibu yang terpaksa mengambil masa berjam-jam lamanya. Malah ada juga ibu yang hampir saja berputus asa. Semuanya situasi yang berbeza yang pastinya ada kisah yang berbeza disebaliknya.

Memandangkan requirement kami Medical Student terpaksa menyambut 10 kelahiran bayi setiap seorang dengan bantuan jururawat, banyak pengalaman yang dikutip. Pengalaman menyambut bayi orang amatlah seronok walaupun gugup kerana berhadapan dengan 2 nyawa. Kami terpaksa menguruskan semunya A to Z dengan sendiri.

Bermula dengan menjaga pesakit yang sudah ada tanda-tanda hendak bersalin seperti : air ketuban pecah, perut mengeras (baca:contraction pain) dan keluar ‘show’ (bendalir+darah). Bila sudah ada salah satu tanda atau semua tanda ni, nurse atau doctor akan mula memeriksa ‘jalan’ (baca:cervical os) si ibu. Sekiranya sudah terbuka, si ibu akan dibawa masuk ke dewan bersalin. Selalunya untuk ibu yang anak pertama akan mengambil masa yang amat lama untuk jalannya buka sepenuhnya (bukaan penuh=10cm), selalunya 1 cm satu jam. Bagi ibu yang anak kedua dan atas, 1cm dalam setengah jam. Tapi berbeza mengikut pesakit. Ada yang walaupun anak pertama cepat saja jalannya terbuka. Hikmah kenapa ditunggu jalan buka sepenuhnya adalah untuk mengelakkan pendarahan teruk kepada si ibu akibat terkoyak dan mempermudahkan bayi keluar tanpa obstruction(halangan).

Sepanjang menjaga pesakit di dalam dewan bersalin, kami dikehendaki mengira contraction pain (baca:time contraction). Selalunya bila sakit mengeras tu sudah tiga kali dalam tempoh masa 10 minit dan frekuensinya lebih daripada 40 saat untuk sekali sakit , maka tandanya si ibu sudah hampir untuk bersalin. Berjam-jam jugalah kami terpaksa menjaga si ibu, menunggu sehingga bukaannya penuh dan sakit mengeras makin kerap. Selalunya kami berborak saja dengan si ibu sambil berkongsi pengalaman. Harus diingati sakit mengeras tu dating sekali sekala saja, bila semakin hampir waktunya, sakit mengeras tu pun akan semakin kerap (3 kali sakit dalam tempoh 10 minit) Selalunya bila dah makin kerap sakit tu, si ibu lebih suka berbaring mengiring. Sepanjang tempoh itu juga ada alat dipasang di perut ibu bagi me’monitor’ degupan jantung si anak dalam perut. 

Bila jalan sudah buka sepenuhnya(10cm) dan si ibu sudah terasa hendak meneran(rasa macam ada something nak keluar), kami akan bergegas menyiapkan segala alatan untuk menyambut kelahiran. Selalunya kami akan dibantu oleh nurse. Kena marah sokmo tu sudah menjadi kebiasaan bagi kami (sabor je la tadah telinga.Niat belajar.huhu.. ) Alhamdulillah, berkat bimbingan dan tunjuk ajar daripada kakak-kakak nurse dan midwives, saat pertama menjadi ‘bidan tak rasmi’ adalah suatu saat saya bertanya pada diri, ‘benarkah aku yang menyambut kelahiran bayi tadi? Benarkah tanganku ini yang menyentuh dan menarik keluar si bayi dari laluan keluarnya, benarkah tangan ini yang memotong tali pusatnya dan benarkah tangan ini yang melakukan segala-galanya tadi dengan bantuan nurse?’ Allahuakbar, terasa kekerdilan diri saat semuanya berlaku dengan pantas. Allahurobbi Tuhan sekalian alam yang menjadikan sesuatu itu penuh dengan ceriteranya tersendiri.



Setelah bayi keluar dengan selamat, kini giliran si ibu untuk dijahit tempat keluarnya bayi tadi. Mulanya bidan akan memeriksa tahap luka, jika koyaknya sikit maka sikitlah jahitannya nanti. Jika koyaknya banyak, maka terpaksa ‘menderitalah’ si ibu buat beberapa tika saat dijahit koyak itu nanti. Untuk kami, requirement untuk menjahit juga ada, tapi memandangkan ianya adalah pengalaman pertama saya menyambut bayi, maka saya belum mampu rasanya untuk menjahit luka itu. Menjadi assistant kepada midwives, saya melihat proses menjahit koyakan itu dari A to Z. Saat dibenamkan jarum ke dalam kulit, si ibu menjerit kesakitan. Allah! Lebih sakit dari proses melahirkan. Begitulah kata kebanyakan orang, begitu juga kata ibu saya, sakit dijahit itu lebih dahsyat dari sakit melahirkan. Saya hanya mampu memegang tangan si ibu, memberi kata-kata semangat agar si ibu terus kuat menahan ‘bisanya’. Setelah beberapa ketika, proses menjahit selesai dan saya lihat wajah si ibu terukir senyuman penuh makna. Saya tersenyum sendirian. Memikirkan bagaimana agaknya nasib saya nanti. :)

Siap segalanya, maka tugas saya menukar pakaian si ibu yang berlumuran dengan darah tadi kepada pakaian yang bersih. Setelah selesai, saya ke pantry untuk menyiapkan secawan milo panas untuk si ibu yang pasti dahaga sejak sebelum proses kelahiran lagi. Diberi kepada si ibu untuk dihirup beberapa teguk. Siap menyempurnakan hak si ibu, saya mula membasuh segala peralatan yang digunakan dari awal proses kelahiran tadi. Bermain dengan darah sudah perlu menjadi kebiasaan untuk kami. Selesai segalanya. Saya menapak ke luar labour room untuk melihat si kecil yang  baru menjengah ke dunia tadi. Mengelus pipinya yang lembut membuatkan naluri keibuan membuak-buak. Terasa ingin ada anak kecil saat itu juga. Tenang sekali melihat wajah sucinya. Selamat datang ke dunia sayang! Selamat memikul amanah seorang hamba dan khalifahNYA.

Sedang leka melihat si manja yang sedang dalam tidurnya yang tenang, nurse meminta saya mendukung si bayi untuk dibawa kepada si ibu supaya diberi susu. Alamak! Saya tak pandai nak dukung bayi sekecil ini tapi digagahkan juga. Practise2, nanti nak ada anak sendiri pula ;) Si kecil saya bawa kepada si ibu di dalam LR dan diletakkan di sebelah si ibu. Kelihatan ibunya tersenyum melihat anak yang dikandung selama 9 bulan di sisi. Selesai segalanya, saya meminta izin dari si ibu untuk menapak pergi memandangkan banyak komitmen lain lagi ditambah kepenatan yang teramat sangat. Saat mendengar si ibu mengungkapkan ucapan terima kasih, hati rasa terharu sangat. Terasa dihargai walaupun diri bukanlah doctor, hanya student yang mengejar requirement yang perlu dilengkapkan. Alhamdulillah, tangan si ibu saya saya capai, ucapan tahniah saya ucap, pipi si comel saya kucup dan usap. Menapak pergi dari LR dengan seribu satu rasa. Allahurobbi, Engkaulah saja yang tahu apa yang ada di dalam hati saat itu. Pengalaman pertama yang amat berharga. Menjadi memori buat selamanya.

Satu selesai, 9 lagi menanti. Chaiyok2!

Alhamdulillah wa biiznillah, selesai posting O&G setelah dua bulan lebih berhempas pulas melengkapkan logbook. Bermulanya cuti. Saat untuk bertemu suami tercinta yang sabar dan sentiasa memberi dorongan buat si isteri yang kerapkali ‘jatuh’. Abang, terima kasih atas segalanya. Cintamu memberikanku kekuatan untuk terus melangkah. Syukr Allah atas cinta ini. Alhamdulillah!



## Dalam hati, mula memasang doa dan harapan. Semoga menjadi kenyataan kelak :)


Blogwalking :)  

Posted by Ahlia 'Ammar


Allah.. Lama rasanya tak menjenguk blog kesayangan ni. Rindu yang teramat sangat nak menarikan jemari memainkan mata pena manzahirkan rahsia sukma di pentas maya ni. Rindu... Rindu yang teramat sangat...
Alhamdulillah, sekarang sudah hampir 20 minggu usia kandungan saya. Sudah separuh perjalanan si kecil di dalam sana. Teringin nak tahu apa yang si kecil tengah buat kat dalam sekarang. Tengah main-main dengan jari jemari kot. Hehe. Teringat pernah tengok satu video ni dekat youtube dengan zauj, vid tentang perjalanan seorang bayi sepanjang 9 bulan dalam kandungan ibunya. Antara aktivitinya kat dalam sana main-main dengan tali pusat, jari, kaki, berenang. Comel je tengok. Tapi dah terlupa title vid tu,  kalau tak boleh letak link kat sini kan kan :P

Sebenarnya, sepanjang 3 bulan pertama pregnant, banyak la pengalaman pahit getir masam manis yang terpaksa ditempuhi. Sampaikan nak update blog ni pun tak mampu (err..alasan :P) InshaAllah jika mampu, teringin juga nak kongsi pengalaman yang dirasai dekat blog ni. Mana lah tahu bila dah tua2 nanti, boleh baca balik kenangan zaman muda2 ni kan, nostalgia :P

Hari ni gagahkan diri blogwalking, dah lama rasanya tak blogwalking ziarah sambil ceduk2 ilmu dari blog sahabat2 maya. Rindu sangat. Dulu rajin blogwalking tapi sekarang hanya mampu curi2 masa nak blogwalking. Kebetulan semua blog yang sempat diziarah hari ni adalah blog mereka2 yang hebat pada kaca mata saya. Serius! Saya rasa jika saya diuji macam mereka, agaknya saya tak mampu. Mereka sangat tabah dan kuat. Allah beri ujian yang amat berat namun mereka masih mampu jalani kehidupan seharian seperti biasa, masih mampu mengukir senyum bahagia walaupun jauh di dasar hati saya tahu mereka menderita.

Mereka yang saya maksudkan adalah para isteri  yang diuji kehilangan suami tika usia perkahwinan masih muda. Kakak2 ini memang sangat hebat. Bertuah kerana menjadi insan yang dipilih Allah untuk diuji dengan ujian yang seberat itu. Bayangkan hidup si isteri yang baru bergelar isteri kepada suami yang tercinta, baru mula merasa manisnya cinta dan kasih yang dicurah suami, namun semuanya hanya seketika saja. Allah jemput suami yang tercinta pulang menemuiNYA sedangkan Dia tahu si isteri amat memerlukan si suami namun Dia lebih tahu perancanganNYA itu adalah yang terbaik untuk hambaNYA. Diuji hambaNYA tanda cintaNYA.

Dah lama saya follow blog kakak2 ni. Setiap seorang antara mereka punya kisah yang berbeza namun diuji dengan ujian yang sama. Allah, tabahnya mereka... Setiap kali baca kisah2 mereka yang meruntun hati, air mata pasti mengalir membasahi pipi. Sungguh, hati saya mudah tersentuh. Kadang saya terfikir, agaknya kalau saya diuji sebegitu (na’uzubillah), saya tak mampu nak teruskan hidup. Suami saya adalah orang yang paling saya cinta setelah Allah, Rasul dan mak ayah. Bila terfikir, pantas airmata mengalir laju menidakkan fikiran saya. Kerana jauh di dasar hati, saya tidak mampu hidup tanpa dia di sisi. Dia yang merupakan teman rapat saya. Dia yang merupakan imam saya. Dia yang merupakan ayah bagi anak2 kami. Sungguh saya cintakan dia sepenuh jiwa. Cinta yang Allah titipkan dalam hati untuk dia. Cinta seorang isteri kepada suaminya. Allah.. betapa mendalamnya cinta terhadap dia. Tidak mampu saya ungkap dengan kata2. Hanya Dia saja yang tahu. Tidak terbayang rasanya apa yang kakak2 hebat itu sedang hadapi. Betapa kuatnya hati mereka, tabah menjalani dan meneruskan hidup apatah lagi terpaksa membesarkan zuriat yang ditinggalkan suami untuk dibesarkan seorang diri. Allah.... kakak2, kalian memang hebat.... Semoga Allah mengurniakan ganjaran Syurga dan dipertemukan semula di Sana kelak.

Ok, hati dah mula sebak, empangan pun dah mula nak pecah, maka dengan ini saya berundur dulu. :’)

OSEM! :)  

Posted by Ahlia 'Ammar

* Entri ini hanyalah ringkasan, jadi memang sangat pendek. Jika punya ruang waktu, akan diolah dengan lebih lengkap lagi inshaAllah :)

Ramai sahabat2 yg bertanyakan ttg tips kawin awal/kawin sewaktu belajar. Halangan utama adalah drpd ibu bapa sendiri. Halangan yg sama juga pernah saya dan suami hadapi suatu ketika dahulu. Namun, berkat kesabaran dan doa yg berterusan, hati ibu bapa kami dilunakkanNYA. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. 


Kami bertunang 2 bulan dan di hari pertunangan, saya sendiri tiada di rumah, masih di universiti. Maka, saya tak perlu menyiapkan sebarang persiapan utk bertunang spt baju, hantaran, hias bilik dll. Hanya sebentuk cincin ditinggalkan oleh pihak lelaki kpd ibu saya. Setelah saya pulang sebulan kemudian, baru berpeluang menyarung cincin tunang itu. Dan berita pertunangan ini hanya dua keluarga ini shj yg tahu. Ringkas dan tiada belanja dikeluarkan.

Selepas 2 bulan bertunang, terus dilangsungkan pernikahan kami tanpa kami sangka secepat itu ianya berlaku. Semuanya adalah kuasa Allah. Sekiranya DIA menetapkan ia akan berlaku, maka berlakulah ia. Kun fayakun. Tiada belanja besar. Hanya majlis yg simple namun dihadiri ramai tetamu memandangkan ramai kenalan ayah dan emak dijemput. Tetamu pun tak dapat nak detect mana satu pengantinnya sbb simple sgt :P

Dan kini Alhamdulillah, perjalanan cinta kami bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata yg dinanti-nanti tidak lama lagi. Moga mujahid/mujahidah ini menjadi pembela adDeen kelak. Dan untuk pengetahuan semua, saya dan suami masih lagi belajar sekarang dan tiada sebarang masalah berlaku dalam study kami. Rezeki pula makin mencurah-curah datang tanpa henti. Semuanya kurniaan Ilahi.

Sesungguhnya kawin muda ini sungguh OSEM!!! Terpelihara segalanya. Hati, jasad, dakwah makin laju bergerak di atas landasan yang benar. ^^,

Alhamdulillah :)  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahi walhamdulillah..



Tahu tak tu gambar apa? It's a 7 weeks baby in a mummy's tummy! ^_^

Subhanallah! Comel kan? Indah kan ciptaan Allah? Baru 7 minggu, belum sempurna lagi penciptaannya sudah comel rupanya. Apatah lagi apabila baby ini mula menjengah ke alam dunia. Setiap satu ciptaanNya punyai keindahan yang tersendiri. Segala puji atas segala kebesaran Allah yang Maha Menciptakan sesuatu menurut kehendak dan aturanNya.


P/s : Alhamdulillah, diberi peluang untuk menjadi bakal ibu. InshaAllah, andai dengan izinNya, maka akan lahirlah seorang lagi khalifahNYA kelak. :)

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ