26
Apr
Blogwalking :)
Allah.. Lama rasanya tak menjenguk blog kesayangan ni. Rindu
yang teramat sangat nak menarikan jemari memainkan mata pena manzahirkan rahsia
sukma di pentas maya ni. Rindu... Rindu yang teramat sangat...
Alhamdulillah, sekarang sudah hampir 20 minggu usia
kandungan saya. Sudah separuh perjalanan si kecil di dalam sana. Teringin nak
tahu apa yang si kecil tengah buat kat dalam sekarang. Tengah main-main dengan
jari jemari kot. Hehe. Teringat pernah tengok satu video ni dekat youtube
dengan zauj, vid tentang perjalanan seorang bayi sepanjang 9 bulan dalam
kandungan ibunya. Antara aktivitinya kat dalam sana main-main dengan tali
pusat, jari, kaki, berenang. Comel je tengok. Tapi dah terlupa title vid
tu, kalau tak boleh letak link kat sini kan
kan :P
Sebenarnya, sepanjang 3 bulan pertama pregnant, banyak la
pengalaman pahit getir masam manis yang terpaksa ditempuhi. Sampaikan nak
update blog ni pun tak mampu (err..alasan :P) InshaAllah jika mampu, teringin
juga nak kongsi pengalaman yang dirasai dekat blog ni. Mana lah tahu bila dah
tua2 nanti, boleh baca balik kenangan zaman muda2 ni kan, nostalgia :P
Hari ni gagahkan diri blogwalking, dah lama rasanya tak
blogwalking ziarah sambil ceduk2 ilmu dari blog sahabat2 maya. Rindu sangat.
Dulu rajin blogwalking tapi sekarang hanya mampu curi2 masa nak blogwalking. Kebetulan
semua blog yang sempat diziarah hari ni adalah blog mereka2 yang hebat pada
kaca mata saya. Serius! Saya rasa jika saya diuji macam mereka, agaknya saya
tak mampu. Mereka sangat tabah dan kuat. Allah beri ujian yang amat berat namun
mereka masih mampu jalani kehidupan seharian seperti biasa, masih mampu
mengukir senyum bahagia walaupun jauh di dasar hati saya tahu mereka menderita.
Mereka yang saya maksudkan adalah para isteri yang diuji kehilangan suami tika usia
perkahwinan masih muda. Kakak2 ini memang sangat hebat. Bertuah kerana menjadi insan
yang dipilih Allah untuk diuji dengan ujian yang seberat itu. Bayangkan hidup
si isteri yang baru bergelar isteri kepada suami yang tercinta, baru mula
merasa manisnya cinta dan kasih yang dicurah suami, namun semuanya hanya
seketika saja. Allah jemput suami yang tercinta pulang menemuiNYA sedangkan Dia
tahu si isteri amat memerlukan si suami namun Dia lebih tahu perancanganNYA itu
adalah yang terbaik untuk hambaNYA. Diuji hambaNYA tanda cintaNYA.
Dah lama saya follow blog kakak2 ni. Setiap seorang antara
mereka punya kisah yang berbeza namun diuji dengan ujian yang sama. Allah,
tabahnya mereka... Setiap kali baca kisah2 mereka yang meruntun hati, air mata
pasti mengalir membasahi pipi. Sungguh, hati saya mudah tersentuh. Kadang saya
terfikir, agaknya kalau saya diuji sebegitu (na’uzubillah), saya tak mampu nak
teruskan hidup. Suami saya adalah orang yang paling saya cinta setelah Allah,
Rasul dan mak ayah. Bila terfikir, pantas airmata mengalir laju menidakkan
fikiran saya. Kerana jauh di dasar hati, saya tidak mampu hidup tanpa dia di
sisi. Dia yang merupakan teman rapat saya. Dia yang merupakan imam saya. Dia
yang merupakan ayah bagi anak2 kami. Sungguh saya cintakan dia sepenuh jiwa.
Cinta yang Allah titipkan dalam hati untuk dia. Cinta seorang isteri kepada
suaminya. Allah.. betapa mendalamnya cinta terhadap dia. Tidak mampu saya
ungkap dengan kata2. Hanya Dia saja yang tahu. Tidak terbayang rasanya apa yang
kakak2 hebat itu sedang hadapi. Betapa kuatnya hati mereka, tabah menjalani dan
meneruskan hidup apatah lagi terpaksa membesarkan zuriat yang ditinggalkan
suami untuk dibesarkan seorang diri. Allah.... kakak2, kalian memang hebat....
Semoga Allah mengurniakan ganjaran Syurga dan dipertemukan semula di Sana
kelak.
Ok, hati dah mula sebak, empangan pun dah mula nak pecah, maka dengan ini saya berundur dulu. :’)
Ok, hati dah mula sebak, empangan pun dah mula nak pecah, maka dengan ini saya berundur dulu. :’)
This entry was posted
at Thursday, April 26, 2012
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.