بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركته
Alhamdulillah,cuti semester sudah bermula..Setelah seminggu lebih berhempas pulas untuk menghadapi minggu peperiksaan yang mahadahsyat hebatnya..Macam-macam peristiwa yang berlaku sepanjang minggu tersebut..Ujian..Alhamdulillah, selesai jugak menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sememangnya sangat 'menggerunkan'..huhu..dah cuba yang sebaik mungkin..Tinggal tawwakkal'alAllah...Moga beroleh kejayaan yang diharapkan..insyaAllah..
Hmm..berbalik kepada tajuk entri ni, ingin saya kisahkan sedikit pengalaman saya menjadi 'ibu' buat si comel ni..huhu..Letih jugak kan melayan kerenah si kecil..Pilu bila mengenangkan ibu yang banyak bersabar dalam melayan kerenah kita suatu ketika dulu..Entah macam mana la kan nakalnya saya waktu tu..Maafkan anakandamu ini duhai bonda...
Kali ni, saya berpeluang merasa bagaimana letihnya menjadi seorang 'ibu' dan menjaga si kecil..! Menjaga permata hati ibu saudara saya yang bertugas sebagai guru.. Amin Husaini namanya.. Masih kecil tapi nakalnya MasyaAllah..! Macam-macam yang ingin dibuatnya..Lagi dilarang lagi dibuatnya..Hai..!! pening dibuatnya..Lagaknya seperti orang dewasa..Mahu mencuba segala perkara..tekan itu tekan ini...buka itu buka ini..ambil itu ambil ini..Penat juga nak menghalang..Akhirnya saya biarkan sahaja..teringat akan kata Abu Saif ketika membaca artikel di lamannya, anak-anak kecil ini sentiasa inginkan perhatian..mereka akan melakukan apa sahaja demi meraih sedikit perhatian orang dewasa..Hmm..betul juga..Lalu saya biarkan sahaja..Malah turut sama bermain bersamanya..mengawasi sekiranya ada tingkah yang mungkin berbahaya buat dirinya..Semalam ada saja benda yang dibuatnya sehingga kekadang menimbulkan kemarahan..Namun tidak patutlah untuk dimarahi akan si kecil ini kan...Usia sebegini adalah usia baginya untuk mempelajari sesuatu..Usia sebeginilah yang sepatutnya bagi ibu bapa manfaatkan dengan menanam benih ISLAM dalam diri anak-anak..Membajai dengan kasih sayang yang sememangnya anak-anak dambakan..Agar bisa tumbuh menjadi seorang mujahid dan mujahidah suatu hari kelak..InsyaAllah..Huhu..rasa tidak layak pula ingin membicarakan soal keibubapaan disini kerana diri belum lagi berpeluang untuk menjadi seorang isteri dan ibu.. Belum sampai masanya.. InsyaAllah suatu hari nanti..
Hari ni,ada lagi perkara yang dilakukan Amin untuk menarik perhatian kami..Menghiburkan..Sikecil ni sangat pintar..!! Terhibur saya dengan telatahnya..Ada sahaja yang dilakukannya untuk menceriakan hari-hari kami..hari ini sikecil ni bermain dengan kucing pula..comel..!! huhu..Dengan tuturnya yang saya tidak faham walau sebutir..dia berbicara dengan si kucing.. Entah apa yang didiskusikan oleh mereka pun tidak diketahui.. Dunia si kecil.. Penuh dengan keindahan..Mulianya si kecil ini.. Andai bijak dicorak pasti bakal menjadi pejuang Islam suatu hari nanti..Hmm..Letih melayan tetapi telatah jua kerenahnya yang membuatkan diri tidak terasa akan bahang letih itu..Alhamdulillah..Pengalaman menjadi 'ibu' hari ini sebagai bekalan untuk menjadi ibu di hari muka..Moga dapat menjadi ibu yang mithali buat anak-anak tercinta kelak..!!insyaAllah..
This entry was posted
at Thursday, March 05, 2009
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.


