Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Sedang ana mengembara di alam maya ini.. terjumpa pula dengan artikel ni..macam menarik pulak..hmm.. lagipun dah lama ana x post entri.. sementara ada masa terluang,ana pun post la entri nie..huhu... selamat membaca ok..erk..tiada kena mengena antara yang masih hidup atau yang sudah tiada.. =)

Yang sentiasa haus dengan ilmu yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya yg tak gentar berkata benar
Yang tidak pernah takut untuk melawan nafsu.
Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Yang dunia baginya adalah sementara menunggu akhirat
Lelaki acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah saw
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki acuan Al-Quran tidak pernah membuang waktu
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang tidak pernah terpesona dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan syurga di situlah rumah impiannya bersama wanita pilihan Al-Quran....
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Rupa-rupanya iman kita pun ada musim...

Musim Panas Sang suria menyinar terik. Menyuntik nur buat siang yang makin panjang.Teruja insan melambai perpisahan kepada kesejukan musim semalam. Kain menyaluti tubuh kian singkat. Pesta riang ria bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gelak ketawa bagai tiada noktahnya. Hanyalah kebahagian fana yang bersemayam di jiwa. Alpa.
Musim Luruh Rendang pohon mula kekuningan.Gugur akhirnya menyembah bumi. Entah apa nasibnya? Di jalanan menjadi mangsa derapan kaki.Atau di sungai mengalir entah ke mana penghujungnya. Bayu bersuara lagi. Daunan terus terpisah dari perdunya.Tinggal hanya ranting sepi tiada seri. Tandus.
Musim Salju Air semalam mengalir deras. Namun kini, membeku bagai tida nyawa. Sapaan malam tiba lebih awal dan pertemuan kali ini lebih lama. Insan lebih tega berselimut melayan lena. Sunyi sepi. Hanya desiran angin menjadi halwa telinga. Dingin.
Musim bunga.Kuntum demi kuntum bunga tumbuh memekar. Warna – warni menghiasi laman hijau. Lebih membelai hembusan bayu membawa aroma bunga. Selamat tinggal kesuraman semalam. Keceriaan kali ini disulami kicauan burung dan rama – rama berterbangan. Jua hilai tawa si cilik bermain diulit kegembiraan. Tersusup ketenangan.
Iman dan musim – musimnya Iman di hati jua mampu bertukar musim. Bukan cuaca menjadi punca. Namun bagaimana kita membajanya. Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas dalam lubuk hati. Curilah sejenak masa dari usiamu. Nilailah imanmu. Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas? Atau seperti musim luruh; gugur satu persatu dan akhirnya tandus? Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan sepi? Atau indah mewangi bak musim bunga? Tepuklah dada, tanyalah iman!
Jika hari ini imanmu musim bunga. Esok lusa mungkin bertukar rupa. Namun, mari kita sentiasa berusaha, ke arah memastikan iman kita sentiasa di musim bunga. Amin!

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
TERASA KASIHNYA YANG MAHA ESA,
DALAM SUJUD KEHENINGAN PAGI,
MENAGIH KEAMPUNAN ILAHI..
BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
MENGIMBAU AKAN DOSA DAN NODA,
ADAKAH MASIH ADA PELUANG UNTUKKU,
KEMBALI KE JALANMU YA ALLAH...
BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
TERASA KERDILNYA DIRI,
LAHIR DARI SARIPATI YANG HINA,
MENGABDIKAN DIRI KEMBALI KE PANGKUANMU...
BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
HAMBAMU INI BERDOA KEPADAMU,
TETAPKANLAH IMAN HAMBAMU INI,
BERILAH PETUNJUKMU yang AGUNG,
AGAR BISA DIRI INI TAAT KEPADAMU....
BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
HATI INI MERINTIH KEHINAAN,
MASIHKAH ADA JIHAD DALAM DIRIKU,
SAAT SAUDARAKU DIROBEK KEKEJAMAN,
ADAKAH aku HANYA MAMPU MELIHAT....
SEBELUM DAHIKU BERTEMU SEJADAH,
SUJUD MENGHARAP KEAMPUNANMU,
HAMPARKANLAH NUR HIDAYAHMU,
LUNTURKANLAH KEHINAAN HAMBAMU INI,
AGAR BISA KU BERDIRI DIHADAPANMU KELAK,
DENGAN PENUH rasa BANGGA MENJADI HAMBAMU YANG KAMIL...........
