Showing posts with label muslimah. Show all posts

C.A.N.T.I.K  

Posted by Ahlia 'Ammar in ,


Muslimah identity. Which one is yours?

Semuanya cantik-cantik belaka [gambar di atas]. Namun, mana satukah yang sering menjadi pilihan hati jua diredhai Ilahi? Sejauh manakah penghayatan nilai kecantikan itu dihayati dan diaplikasi seiring dengan kehendak Rabbi. Disebalik sebaris perkataan 'C.A.N.T.I.K' terselit beribu tafsiran. Definisi 'cantik'?


Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.



Wanita itu fitrahnya sukakan kepada kecantikan. Telah dikatakan bahawa lelaki itu nafsunya satu iaitu hanya kepada perempuan manakala perempuan itu nafsunya sembilan dan antaranya adalah suka kepada kecantikan.

Menjadi cantik dan suka kepada sesuatu yang cantik itu bukan merupakan suatu kesalahan. Sedangkan Allah itu cantik dan juga sukakan kecantikan.

"Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan."

Namun, kecantikan yang sebenar pada diri seorang muslimah itu seharusnya tersimpan rapi. Wanita merupakan makhluk istimewa diciptakan Allah dengan kelembutan dan dihiaskan oleh Allah dengan kecantikan.

Tanpa mengenepikan peranan lelaki, perempuan memang diciptakan istimewa oleh ALLAH, sejarah  bercerita bahawa saat akan menciptakan perempuan, ALLAH mengambil lingkaran bulan purnama, lenturan ranting pohon anggur, goyangan rumput yang ditiup angin, mekarnya bunga, kelangsingan dari buluh galah, sinar dari matahari, titiss embun dan tiupan angin.
ALLAH  juga mengambil rasa takut dari arnab dan rasa sombong dari merak, kelembutan dari dada burung dan kekerasan dari intan, rasa manis dari madu, panas dari api dan dingin dari salju, nyanyian dari burung bul-bul, kepalsuan dari burung bangau dan kesetiaan dari ibu singa.
Boleh disimpulkan,  perempuan diciptakan dari semua keunikan ciptaan ALLAH.

Jadi, apa gunanya jika cantik tetapi harus disembunyikan?
Sememangnya bukan menjadi suatu kesalahan untuk tampil cantik. Tetapi batasan syara' yang telah ditetapkan. 
Seorang isteri boleh tampil cantik dan menawan di depan suaminya. Dengan sedemikian, suami akan tenang dan senang memiliki isteri yang cantik pada pandangan matanya seiring dengan lafaz doanya saban waktu. Qurratul 'Aini [ penyejuk mataku ]. Jelas sekali, Islam tidak menghalang seorang wanita itu untuk tampil cantik namun harus berlandaskan hukum syar'ie yang telah sedia tetap.
Namun, hakikatnya cantik yang sebenarnya adalah cantik akhlak. Bilamana cantik dalaman itu terserlah maka secara automatiknya luaran akan turut terkena biasan kecantikan itu.
Tidak guna andai kini wajah yang dimiliki bak bidadari, rupa yang senantiasa menjadi pujaan ramai namun hakikat akhlak yang dimiliki tidak secantik lahiriah. Kerana yang pasti suatu hari nanti, segala kecantikan fizikal yang menjadi kebanggan itu akan pasti dimamah usia dan akan kembali ke tanah.
" Sesungguhnya wanita itu merupakan perhiasan dan seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah. "

Cantik itu ibarat mawar yang indah. Wardah yang seharum semerbak menghiasi alam sekeliling. Terang warna membaluti rupa. Namun dikelilingi duri yang tajam melindungi. 

Jadilah mawar yang memagari dirinya dengan duri. Selangkah melewati kawasan larangan akan pasti mengundang bahaya. Terluka dek tusukan duri nan bisa. 


Duhai mawar agama sekalian, hunuskan durimu! Kerana yang cantik itu sentiasa melindungi!

selingan : comel sangat..!! geram!! ^_~ [terjumpa gambar budak comel ni di fb sapa ntah]




Rujukan :  ada kata-kata yang dipetik dari laman Ukhti Jie dan ukhti syaeirah



Ummu Fathi
2106 pm
10 ZulQaeda 1431H

~Buat yang bergelar muslimah~  

Posted by Ahlia 'Ammar in

by: iinssyirah_balqish
Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari. Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran: "Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53..... RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH....

~MoDeL MusLiMaH SoLeHaH~  

Posted by Ahlia 'Ammar in



Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan kearah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personality wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w. dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.”- (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.


Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah, serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.


Khadijah pula adlah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa ragadan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah s.a.w.


Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali dalam setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah kea lam perkahwinan

~10 wasiat Rasulullah untuk puterinya Fatimah~  

Posted by Ahlia 'Ammar in

Salam…ukhuwwah itu indah…(^_~) buat ukht yang kusayangi sekalian…ari nie kebetulan ana terbaca nie...jadi,ingin dikongsi bersama ukht sekalian…
10 wasiat Rasulullah kepada putrinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliausampaikan merupakan mutiara yangtermahal nilainya, bila kemudiandimiliki oleh setiap istri sholehah.Wasiat tsb adl:
1. Ya Fathimah, kepada wanita yangmembuat tepung untuk suami dananak-anaknya, Allah pasti akanmenetapkan kebaikan baginya dari setiapbiji gandum, melebur kejelekan danmeningkatkan derajat wanita itu.
2. Ya Fathimah, kepada wanita yangberkeringat ketika menumbuk tepunguntuksuami dan anak-anaknya, niscaya Allahmenjadikana dirinya dengan neraka tujuhtabir pemisah
3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yangmeminyaki rambut anak-anaknya lalumenyisirnya dan mencuci pakaiannya,melainkan Allah akan menetapkan pahalabaginya seperti pahala memberi makanseribu org yang kelaparan dan memberipakaian seribu orang yang telanjang.
4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yangmenahan kebutuhan tetangganya,melainkanAllah akan menahannya dari minum telagakautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fathimah, yang lebih utama dariseluruh keutamaan di atas adalahkeridhoaan suami terhadap istri.Andaikata suamimu tidak ridho kepadamu,maka aku tidak akan mendoakanmu.Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahansuami adalah kemurkaan Allah.
6. Ya Fathimah, apabila wanitamengandung, maka malaikat memohonkanampunan baginya, dan Allah menetapkanbaginya setiap hari seribu kebaikanserta melebur seribu kejelekan. Ketikawanita merasa sakit akan melahirkan,Allah menetapkan pahala baginya samadengan pahala para pejuang di jalanAllah. Jika dia melahirkankandungannya,maka bersihlah dosa-dosanya sepertiketika dia dilahirkan dari kandunganibunya. Bila meninggal ketikamelahirkan, maka dia tidak akan membawadosa sedikitpun. Didalam kubur akanmendapat pertamanan indah yangmerupakanbagian dari taman sorga. Dan Allahmemberikan pahala kepadanya sama denganpahala seribu orang yang melaksanakanibadah haji dan umrah, dan seribumalaikat memohonkan ampunan baginyahingga hari kiamat.
7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yangmelayani suami selama sehari semalamdengan rasa senang serta ikhlas,melainkan Allah mengampuni dosa-dosanyaserta memakaikan pakaian padanya diharikiamat berupa pakaian yang serba hijau,dan menetapkan baginya setiap rambutpada tubuhnya seribu kebaikan. DanAllahmemberikan kepadanya pahala seratuskaliberibadah haji dan umrah.
8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yangtersenyum di hadapan suami, melainkanAllah memandangnya dengan pandanganpenuh kasih.
9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yangmembentangkan alas tidur untuk suamidengan rasa senang hati, melainkan paramalaikat yang memanggil dari langitmenyeru wannita itu agar menyaksikanpahala amalnya, dan Allah mengampunidosa-dosanya yang telah lalu dan yangakan datang.
10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yangmeminyaki kepala suami dan menyisirnya,meminyaki jenggot dan memotongkumisnya,serta memotong kukunya, melainkan Allahmemberi minuman arak yang dikemas indahkepadanya yang didatangkan dari sungai2sorga. Allah mempermudah sakaratul-mautbaginya, serta kuburnya menjadi bagiandari taman sorga. Dan Allah menetapkanbaginya bebas dari siksa neraka sertadapat melintasi shirathal-mustaqimdengan selamat.
Ya akhowat…. uhibbuki fILLAH..(^_^)

~pesona wanita solehah~  

Posted by Ahlia 'Ammar in

“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w. dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.”-( Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragaman. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.”-( Riwayat Abdullah ibn Humaid)
“….perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah….” ( An-Nisa:34)
“ Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan ramadhan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana sahaja pintu Syurga menurut kehendaknya.”-( Riwayat Imam Ahmad)
“Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)
“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.”-(Riwayat Al-Tausi)

~Cantiknya Seorang Muslimah~  

Posted by Ahlia 'Ammar in

Anda ingin lebih cantik dan menarik ??? # Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih. # Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis. # Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman. # Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan. # Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan. # Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah. # Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian" # Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

~LeMbArAn HidUp WaNiTa SolEhaH~  

Posted by Ahlia 'Ammar in

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah, Hartanya diperjuangkan fisabilillah, Penawar hati kekasih Allah, Susah senang rela bersama..... Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah? Isteri Rasulullah yang bijak, Pendorong kesusahan dan penderitaan, Tiada sukar untuk dilaksanakan…. Mengalir air mataku melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah, akur dalam setiap perintah, taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang, tiada memiliki harta dunia, layaklah dia sebagai wanita penghulu Syurga….. Ketika aku marah, inginku intip serpihan sabar, dari catatan hidup Siti Sarah…. Tabah jiwaku, setabah ummi nabi Ismail, Mengendung bayinya yang masih merah, Mencari air penghilang dahaga, Di terik padang pasir merah, Ditinggalkan suami akur tanpa bantah, Pengharapannya hanya pada Allah, Itulah wanita bernama Siti Hajar….. Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman, Bersinar harum tersebar, Bagai wanginya pusara masyitah….

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ