Alhamdulillah  

Posted by Ahlia 'Ammar



Setelah sekian lama merindui teratak 'hati' ini, berpeluang seketika menjengah walau sebentar cuma. Alhamdulillah.

Exam minitest baru saja usai dua hari yang lepas. Dan hari ini, resultnya sudah ditampal di tempat kebiasaannya. Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu terucap jauh di dasar hati yang mengecil.

Hari ini diuji lagi. Alhamdulillah. Tiap hari.

Saat dan ketika ini masih lagi diberi peluang untuk terus menghirup molekul-molekul udara yang menampung hidup dengan izinNYA. Alhamdulillah.

Sayup-sayup terngiang persis pesan seorang ibu dan ayah buat anaknya yang merantau jauh demi menimba sezarah cuma ilmu daripada lautan ilmuNYA. Alhamdulillah. Masih punya mereka.

Hamparan rindu kian menggila pada sosok kecil itu. 'Aliyah. Ya Allah. Rindunya.. Pada tawa manjanya yang dibarisi gigi yang dua batang cuma. Pada bahasa dari alam kecilnya, pada lenggok dan cara percakapanya yang tidak difahami walau sebutir kata. Pada laju lariannya merangkak ke celah-celah kerusi meja. Pada wajah montelnya yang mengundang rasa geram yang amat sangat! Alhamdulillah. Masih dikurniakan rasa rindu itu.

Lautan rindu jua ingatan buat sahabat-sahabat lama yang amat disayangi fillah. Alhamdulillah. Telah diizinkanNYA untuk diri meneguk secangkir madu hasil ukhuwwah indah dengan mereka. Suatu ketika dahulu.

Meniti hari dan waktu dalam setiap langkahan sepanjang perjalanan menujuNYA di dunia sana yang abadi. Pengalaman dikutip buat pedoman. Mematangkan akal dan mata hati yang sentiasa mantafsir. Alhamdulillah. Atas izinNYA untuk merasai jauhnya sebuah kembara di dunia.

Dan. Untuk segala-galanya yang masih dalam jutaan rahsia, tersisip kemas di lubuk hati ini. Alhamdulillah. Bersyukur padaMU..

'Ala kulli hal. Syukran ya Rabb..




* Salam Saiyyidul Ayyam, penghulu segala hari..

[ someone says : i really wanna speak but i can't. i just let my heart speak on behalf of myself although people surrouding cant hear it.
comment : hmm..so do i. =) ]



Ummu Fathi
0406
21 ZulQaedah 1431H

Mohon SABAR dan Mati dalam IMAN  

Posted by Ahlia 'Ammar

gambar hiasan semata-mata :)



Kadang-kadang, lewat kembara yang tidak diketahui penghujungnya ini, kita seringkali diuji dengan mehnah yang sentiasa merintangi perjalanan seorang hamba sepanjang bermusafir di persinggahan (dunia) sementara. Kita hampir rebah tidak berdaya. Hilangnya sabar yang selama ini menunjang diri.

Dan kita juga tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita kelak. Husnul khatimah atau sebaliknya?  Bimbang andai saat izrail datang mengunjungi untuk menjalankan tugas amanah dariNYA adalah saat ketika kita sedang leka diulit nikmat dunia penuh dusta. Wal 'iyazubillah.

Dalam ayat 126 dalam Surah al-A’raf :

رَبَّنَا اَفرِغ عَلَينَا صَبرًا وَتَوَفَّنَا مسلِمِينَ

Maksudnya : Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah sepenuh hati kepadaMU)


Keterangan Ayat

Allah SWT menggunakan perkataan ‘limpah’ laksana air. Sabar berperanan seperti air yang menjadi agen pembersih dan ketenangan. Sepertimana air membersihkan kekotoran, demikian juga sabar membersihkan dosa. ( Tafsir al-Baidhawi, tafsir ayat 216, surah al-A’raf )

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tabari dalam tafsirnya, ayat ini menceritakan tentang tabahnya iman ahli sihir terhadap Allah sesudah meyakini perutusan Nabi Musa a.s. Walaupun mereka takut kepada Firaun yang berkuasa menzalimi mereka tetapi mereka memilih mati syahid demi mempertahankan aqidah mereka.

Ahli-ahli sihir yang rancak mempamerkan tipu daya mereka pada sebelah pagi bertukar menjadi mujahid di jalan Allah SWT pada sebelah petangnya. ( Jami’ al-Bayan li al-Tabari, tafsir ayat 126, surah al-A’raf )


Khasiat dan Kaifiat Beramal

Pengajaran penting menerusi ayat ini adalah kita wajar mencontohi iman dan keyakinan Mukmin seperti ini. Walaupun kita beriman kepada Allah, kadangkala iman boleh tergugat apabila berhadapan dengan tipu daya dunia. Maka awasilah iman dengan cara beramal dengan ayat ini supaya dapat menikmati iman “ahli-ahli sihir” yang dipilih Allah untuk menjadi para “syuhada”.


Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar! Sungguh Allah itu sangat baik!




Rujukan : 101 Doa Para Nabi dan Rasul dalam Quran : Khasiat dan Kaifiat beramal, Ustaz Zahazan Mohamed, Telaga Biru.




Ummu Fathi
0117 am
14 ZulQaeda 1431H

Warna-warni  

Posted by Ahlia 'Ammar


Subhanallah! Cantiknya.

Warna-warni. Tenang sekali mata yang memandang apatah lagi andai dapat berada di tempat itu. Membuatkan kita terlupa kepada segala permasalahan dunia.

Begitulah warna-warni kehidupan. Setiap yang indah itu pasti ada kepahitan. Setiap yang cantik pasti ada cacat cela. Setiap yang sempurna pasti wujud kekurangan. Kerana kita hanyalah insan biasa.

Dunia ini ibarat sebuah pentas lakonan. Menempatkan pelakon-pelakon handal yang terdiri daripada kita semua. Jurinya adalah Allah Yang Esa.

Dunia ini adalah sebuah persinggahan. Singkat atau lama persinggahan kita hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Tiada siapa yang mampu menjamin mati kita nanti atas sebab sakit atau usia. Tiada!

Indah kan caturan hidup yang diaturkan oleh Allah? Kehidupan sebagai seorang hamba kepadaNYA. Diselang selikan  kesenangan itu dengan kesusahan, keindahan itu dengan kepahitan. Kerana semuanya akan mendidik kita menjadi seorang HAMBA! 

Indahnya tarbiyyahNYA!




p/s : xda idea utk menulis sebenarnya. isi pun berterabur. Motif asal sekadar nak berkongsi gambar tu sahaja. ampunnn ya.  =P

C.A.N.T.I.K  

Posted by Ahlia 'Ammar in ,


Muslimah identity. Which one is yours?

Semuanya cantik-cantik belaka [gambar di atas]. Namun, mana satukah yang sering menjadi pilihan hati jua diredhai Ilahi? Sejauh manakah penghayatan nilai kecantikan itu dihayati dan diaplikasi seiring dengan kehendak Rabbi. Disebalik sebaris perkataan 'C.A.N.T.I.K' terselit beribu tafsiran. Definisi 'cantik'?


Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.



Wanita itu fitrahnya sukakan kepada kecantikan. Telah dikatakan bahawa lelaki itu nafsunya satu iaitu hanya kepada perempuan manakala perempuan itu nafsunya sembilan dan antaranya adalah suka kepada kecantikan.

Menjadi cantik dan suka kepada sesuatu yang cantik itu bukan merupakan suatu kesalahan. Sedangkan Allah itu cantik dan juga sukakan kecantikan.

"Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan."

Namun, kecantikan yang sebenar pada diri seorang muslimah itu seharusnya tersimpan rapi. Wanita merupakan makhluk istimewa diciptakan Allah dengan kelembutan dan dihiaskan oleh Allah dengan kecantikan.

Tanpa mengenepikan peranan lelaki, perempuan memang diciptakan istimewa oleh ALLAH, sejarah  bercerita bahawa saat akan menciptakan perempuan, ALLAH mengambil lingkaran bulan purnama, lenturan ranting pohon anggur, goyangan rumput yang ditiup angin, mekarnya bunga, kelangsingan dari buluh galah, sinar dari matahari, titiss embun dan tiupan angin.
ALLAH  juga mengambil rasa takut dari arnab dan rasa sombong dari merak, kelembutan dari dada burung dan kekerasan dari intan, rasa manis dari madu, panas dari api dan dingin dari salju, nyanyian dari burung bul-bul, kepalsuan dari burung bangau dan kesetiaan dari ibu singa.
Boleh disimpulkan,  perempuan diciptakan dari semua keunikan ciptaan ALLAH.

Jadi, apa gunanya jika cantik tetapi harus disembunyikan?
Sememangnya bukan menjadi suatu kesalahan untuk tampil cantik. Tetapi batasan syara' yang telah ditetapkan. 
Seorang isteri boleh tampil cantik dan menawan di depan suaminya. Dengan sedemikian, suami akan tenang dan senang memiliki isteri yang cantik pada pandangan matanya seiring dengan lafaz doanya saban waktu. Qurratul 'Aini [ penyejuk mataku ]. Jelas sekali, Islam tidak menghalang seorang wanita itu untuk tampil cantik namun harus berlandaskan hukum syar'ie yang telah sedia tetap.
Namun, hakikatnya cantik yang sebenarnya adalah cantik akhlak. Bilamana cantik dalaman itu terserlah maka secara automatiknya luaran akan turut terkena biasan kecantikan itu.
Tidak guna andai kini wajah yang dimiliki bak bidadari, rupa yang senantiasa menjadi pujaan ramai namun hakikat akhlak yang dimiliki tidak secantik lahiriah. Kerana yang pasti suatu hari nanti, segala kecantikan fizikal yang menjadi kebanggan itu akan pasti dimamah usia dan akan kembali ke tanah.
" Sesungguhnya wanita itu merupakan perhiasan dan seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah. "

Cantik itu ibarat mawar yang indah. Wardah yang seharum semerbak menghiasi alam sekeliling. Terang warna membaluti rupa. Namun dikelilingi duri yang tajam melindungi. 

Jadilah mawar yang memagari dirinya dengan duri. Selangkah melewati kawasan larangan akan pasti mengundang bahaya. Terluka dek tusukan duri nan bisa. 


Duhai mawar agama sekalian, hunuskan durimu! Kerana yang cantik itu sentiasa melindungi!

selingan : comel sangat..!! geram!! ^_~ [terjumpa gambar budak comel ni di fb sapa ntah]




Rujukan :  ada kata-kata yang dipetik dari laman Ukhti Jie dan ukhti syaeirah



Ummu Fathi
2106 pm
10 ZulQaeda 1431H

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ