~sayapku dibahu kirinya~  

Posted by Ahlia 'Ammar in

“assalamualaikum ustazah”. Ustaz Wajdi menegurku.“waalaikumussalam” aku menjawab dengan nada serendah mungkin namun harap dia masih mendengarinya.“ustazah buat apa kat sini” mungkin dia sedikit hairan melihat aku keseorangandi tepi tasik. Entah kenapa gemar benardia membahasakan diriku ustazah. Pelik tapi benar. Kekadang aku jadi tidakselesa mendengarkan perkataan yangkeluar dari mulutnya itu. Aku tahu semuasahabiahnya diberi panggilan sebegitutapi rasanya belum tergapai untuk akumiliki gelaran sebegitu Jantungku pulaberdegup kencang. Aku bimbangkehadirannya menimbulkan fitnah.Cepat-cepat aku bangun dari kerusi danbergerak sedikit menjauh.“Saja. Sahabat ana tunggu di café. Anapergi dulu. Assalamualaikum.” Ringkasdan kosong jawapanku malah turutmenamatkan perbualan. Aku berlalu pantasmeninggalkan dia yang masih di situ.Alhamdulillah aku berjubah seluar,senang aku nak lari. Bisikku dalam hati.Bukan aku takut pada dia dan bukan jugaaku tidak percayakannya tapi aku tidakmahu ada ‘orang’ ketiga hadir antarakami. Lagipun pandangan Allah itu lebihaku ambil kira. Kekadang aku hairanmelihat Ustaz Wajdi. Dia amat sempurnabagi aku. Muslimin yang layak dijadikansuami. Sebut saja namanya, rata-ratapelajar mengenalinya lebih-lebih lagimuslimat. Jangan terkejut kalau akunyatakan dia pernah dirisik olehmuslimat dari fakulti kejuruteraankerana itulah kenyataannya.Mungkin agak janggal bila muslimat yangbertindak terlebih dahulu tetapibukankah itu perkara yang pernah berlakupada sirah Rasulullah S.A.W. Padamulanya aku sedikit kecewa apabila diamenolak. Dia menolak sahabatku yang amataku yakini begitu sesuai dengan dirinya.Bagi aku, dia telah menolak sebutirpermata yang amat terpelihara kesuciannya.Nurul Husnina merupakan sahabat yangpaling rapat dengan aku. Memang kamibukan dari fakulti yang sama tetapiusrah dan jemaah telah menemukan kami.Alhamdulillah Allah pertemukan akudengan insan sebaik dia. Dia yang banyakmembuka jalan kepadaku untuk mengenaliapa itu jemaah. Walaupun dia merupakanamirah namun sedikit pun tidak pernahdia meninggi diri dengan ilmu danjawatan yang disandangnya. Bertudunglabuh, berjubah dan mempunyai raut wajahyang amat sejuk dipandang mata, bagikusesiapa saja lelaki yang terpandangpasti terpikat. Tetapi yang menjaditanda tanya kepadaku, mengapa UstazWajdi tidak mempertimbangkannya terlebihdahulu sebelum menolak? Butakah dia?Entahlah. Mungkin aku saja yang kalutberfikir tentang itu sedangkan aku lihatHusnina tenang dan redha dengankeputusan Ustaz Wajdi.Aku tahu Husnina menyembunyikankesedihannya namun sifat tawakal yangdimilikinya membuatkan aku makinmenghormati dirinya. Malah dia masihboleh berlagak professional apabilaberada dalam jemaah yang mana amirnyaadalah Ustaz Wajdi sendiri.Kadang-kadang terasa aku yang nak gilaapabila melihatkan mereka berdua. Darimana datangnya kekuatan merekamengasingkan hubungan perasaan dan tugasatas nama agama. Cukup besar jihadmereka. Kan seronok kalau aku pun macamtu. Mungkin aku belum sampai ke tahapdiorang. Tapi sekarang aku sedangberlatih. Aku nak jadi muslimah sejatimacam Husnina tu.Cuma satu je masalah aku sekarang. Akumasih belum dapat tarik Rusydan ikutjemaah. Dia masih macam dulu. Tetapdengan geng motornya. Kami kenal sejakaku sekolah menengah. Dulu, aku memangsukakan dia sebab dia hensem, sebab dia‘caring’, anak orang kaya, pandai pulaktu malah aku terpikat pun disebabkan diaketua dalam geng motornya. Tapi sekarangitulah perkara yang paling aku benci.Kalau boleh aku nak dia berhenti darikerja-kerja tak berfaedah tu. Tapi macammana? Aku bimbang betul. Aku memangsayangkan dia. Dari dulu tak pernahberubah walaupun mungkin gaya hidup akukini sudah semakin menunjukkan perubahanketara.Termanggu aku berfikir sendirian.Benarkah cinta Rusydan dan akubenar-benar berpaksi atas kecintaan-Nya?Itu yang aku inginkan tapi Rusydan?Benarlah sabda Rasulullah: "Sesungguhnya dunia akan diberikan kepadaorang yang Dia cintai atau tidak.Tapiagama ( Ad Deen ) hanya akan diberikankepada orang Dia cintai".Bukan daya aku nak mengatur carahidupnya. Aku hanya mampu berdoa supayahatinya terbuka sebagaimana hati akuterbuka menerima cara hidup muslimahsebagai gaya hidup yang sebenar. Tenturamai yang tak percaya jika aku nyatakanyang aku pernah hanyut dengan gaya hidupdi luar batas seorang muslimah. Malahtak ramai rakanku di kolej yangmengenaliku sebagaimana Husninamengenaliku. Aku ceritakan segalanyakepada Husnina. Namun Husnina sedikitpun tidak memandang sinis terhadapdiriku, dari situlah aku mula kagumdengan dirinya. Aku mula berjinak-jinakdalam usrah dan sekarang aku dilamaruntuk menjadi exco da’wah dan tarbiyyahdalam jemaah. Terasa amat kerdil untukaku menerima jawatan tersebut namunkeyakinan dan semangat dari Husninamembuatkan aku berani menerima lamarantersebut demi mencari keredhaan-Nya.Sudah hampir 3 tahun aku berusahamemperbaiki diri dan memantapkan diridalam jemaah. Sudah pelbagai dugaan yangterpaksa aku hadapi. Terutamanya dalammenjaga hubungan aku dengan Rusydan.“Abang rasa Widad dah banyak berubah”suatu hari Rusydan datang berkunjung kerumah aku. Kehadirannya sememangnyadiketahui oleh kedua orang tuaku.Lagipun kawasan kejiranan kami tidakterlalu menitik beratkan tentang bataspergaulan antara lelaki dan perempuan.Masing-masing sibuk dengan kerjamasing-masing. Maklumlah, mereka semuaberpangkat dan berkerjaya. Tiada masauntuk berkenalan dengan jiran tetangga.“Apa yang berubahnya? Widad macam nijugak. Widad dah gemuk ek?” aku cubaberjenaka sambil tanganku menarik-narikpipiku. Wajahnya agak mendung hari itu.Lagipun pada kali ini aku tidakmembenarkan dia masuk ke rumah sepertisebelum ini kerana kedua orang tuakuberada di luar Negara atas urusan kerja.Malah dia hanya duduk di atas motorkesayangannya dan pagar menjadi pemisahantara kami berdua.“Widad pun tentu faham maksud abang.Kenapa kita dah tak boleh jadi macamdulu? Kenapa sekarang Widad seolah-olahcuba menjauhkan diri dari abang? Kenapadulu kita boleh keluar ke sana ke maritapi bila Widad dah masuk universiti,kita jadi macam ni?”Panjang lebar pertanyaannya. Memangsudah aku jangka dari mula persoalan ituyang akan diutarakannya. Mungkin sudahsampai masanya untuk aku berterus terangtentang kegiatan aku di kolej. Aku harapdia memahami keadaanku.“Widad tetap macam dulu. Yang bezanyacuma pemahaman Widad. Widad nak jadiisteri abang yang paling baik. Widad nakjadi isteri solehah. Cara kita yang dulutu salah di sisi agama. Kita belum adasebarang ikatan bang. Kita tak bolehbergelumang dengan dosa.”Sukar untuk aku menyatakan bahawa kiniaku sudah bergiat aktif dalam jemaahmalah punya jawatan penting di dalamnya.Aku tak nak dia semakin menjauhkan diridari aku.“Tapi abang tak suka macam ni. Abanglebih sukakan Widad yang dulu. Abangrindu masa kita yang dulu. Masa kitasama-sama keluar gi panggung wayang,duduk-duduk kat taman bunga. Sekarangabang macam takde makwe. Kawan-kawanabang selalu perli. Abang malu tau tak.Ada makwe tapi macam takde.”Wah pedas sekali luahan rasanya.Kata-katanya seperti belum cukupmengerti dengan perubahan pakaian dantudungku. Sepatutnya dia sudah bijakmeneka dengan cara aku berpakaian danbatas yang aku jaga.“ Abang malu dengan siapa? Abang lebihmalu dengan kawan-kawan abang berbandingAllah? Widad tak nak lagi kita terjeratdengan godaan syaitan. Widad harap abangfahamlah bang. Agama kita Islam dansepatutnya gaya hidup kita juga mengikutsaranan Islam (“Hai orang-orang yangberiman, masuklah kamu ke dalam Islamkeseluruhannya, dan janganlah kamu turutlangkah-langkah syaitan. Sesungguhnyasyaitan itu musuh yang nyatabagimu”(Al-Baqarah: 208) . Bukan sepertiyang pernah kita lakukan dulu. Widad taknak bang.”Hampir aku menangis mengenangkan kisahpercintaan kami. Menangis kerana terlalusedih dengan kejahilan dan kebodohanmengikut rentak syaitan. Masih terasahangatnya sentuhan Rusydan tatkala kamiberpegangan tangan dan di saat diamembelai rambutku dahulu. Disaat ituhanya kebahagiaan yang aku rasai. Namunyang aku rasa kini adalah panas dosa danbayangan azab neraka-Nya. Aku bertaubatYa Allah. Aku bertaubat. Ampunkankejahilan hamba-Mu ini. Aku terleka dandibuai bisikan syaitan.“tapi abang janji, kita akan kahwin.Widad tetap akan jadi milik abang. Apalagi yang Widad risaukan. Abang tetapakan jadi suami Widad.”Rusydan…Rusydan..bagaimana nak akukatakan dan secukup mana lagi nak akuterangkan bahawa hubungan kita tetaphubungan terlarang walaupun beribualasan kau berikan.“ Berapa kali Widad nak terangkan padaabang. Hubungan kita tetap tidak sah danberdosa selagi kita belum berumahtangga. Selagi kita belum jadi suamiisteri. Widad tak nak kita sama-samadiazab dalam api neraka nanti. Widadsayangkan abang. Sebab tu Widad tak nakkita sama-sama terjun ke dalam perangkapsyaitan. Percayalah bang. Andai benarabang yakin antara kita telah diciptakanuntuk bersama, lalu untuk apa abangbimbangkan pertemuan dan perpisahankita. Walaupun abang tak selalu di sisiWidad tapi Widad tetap yakin denganaturan Yang Maha Esa. Widad akan cubauntuk setia selagi abang sayang dansetia pada Widad. Dan jikaditakdirkan-Nya, antara kita tiadajodoh, kita kena sama-sama redha. Keranaitu mungkin yang terbaik. Abang kenapercaya dengan janji Dia keranajanji-Nya pasti benar. Kalau abangbetul-betul sayangkan Widad, abang kenaterima Widad seadanya.”Panjang sekali hujah aku pada petangitu. Seingat aku itulah kali kedua kamibertemu setelah masing-masingmelangkahkan kaki ke menara gading. Padakali pertama kami bertemu, dia ternyatasedikit terperanjat dengan perubahanku.Kalau dulu aku tidak bertudung, kini akusudah berjinak-jinak dengan tudung,kalau dulu aku tak pernah bersarung kakitapi kali ini kakiku bertutup kemas,kalau dulu bajuku sama ukurannya denganbadanku tapi sekarang besarnya bukanmain lagi. Aku sudah mengenali sarunglengan, tudung labuh dan jubah tetapiaku belum cukup kuat untuk mengenakannyadi tubuhku. Mungkin kerana memikirkanilmu yang masih cetek di ketika itu. Diahanya memandangku dengan pandangan yangkaku dan mungkin juga kurang senangdengan penampilan baru aku itu namuntiada persoalan yang diutarakannya. Akupula terasa malu yang teramat apabilabertemu dengannya. Seolah-olah aku bukandiriku yang dulu lagi. Kalau dulu akumampu bermanja dan bergurau senda tapikali ini semuanya kaku. Seperti barumengenali antara satu sama lain. Pelikbenar perasaan ini.Cuma satu perkara yang tak aku lupakan,pertemuan pertama yang aku anggap kakuitu mengundang perbalahan antara kami.“kenapa dah lama tak mesej abang? Abangmesej pun Widad jarang balas. Abangcall, Widad selalu saja ada kerja. Waktucuti pun ada kerja”soalnya sambil memandang tepat kewajahku. Lidahku kelu bukan kerana tiadajawapan tetapi segan. Rasa malu.“ Maaf bang. Widad memang ada kerja.Widad tak tipu. Maaf ye”itu saja yang mampu aku luahkan sebagaialasan. Sedangkan sebenarnya aku cubamenjaga batas antara kami. Sejak akumengikuti ceramah yang sering dianjurkanoleh pihak masjid, banyak ilmu yang akudapat dan ternyata setiap ceramah itumenusuk hingga ke qalbuku. Malah Husninajuga pernah menegurku kerana terlalulama bergayut di telefon sehinggamelewatkan waktu solat. Pada mulanyamemang agak sukar untuk aku berubahtetapi lama kelamaan, aku mula menilai diri.“betul ke? Susah abang nak percaya. AtauWidad dah ada orang lain?”berpeluh dahiku apabila aku dituduhcurang sedangkan dari dulu lagi diamengenali hati budiku.“kenapa tuduh Widad macam tu. Abang dahtak percayakan Widad?”aku tidak mahu mengeruhkan suasana.Seboleh mungkin aku mengawal perasaan.“Abang bukan menuduh tapi itu yang abangrasa. Entahla. Abang sendiri ragu-ragudengan cinta Widad. Abang rasa macamWidad dah buang abang dari hidup Widad.”Buang dia dari hidup aku? Tidak tahukahdia siang malam aku berdoa supaya diaadalah jodohku dan aku mengimpikan rumahtangga bahagia bersamanya?“jauhnya abang berperasangka terhadapWidad sedangkan siang dan malam Widadselalu doakan kita dapat hidup bersamadunia akhirat.”“syukurlah kalau macam tu tapi kalausebaliknya, abang tak nak buang masaabang dengan menunggu buah yang tak gugur”panas telingaku mendengar ayatterakhirnya. Hubungan kami seperti inginsampai ke hujungnya. Bagai tak dapatuntuk diselamatkan lagi. Aku terusberlalu pergi. Air mataku tumpah lagihanya kerana seorang adam. Bodohnya aku.Tapi aku ternyata terlalu lemah di saatitu untuk berpura-pura tabah. Tiadasiapa tempat untuk aku meluah rasakecuali kepada Husnina. Sepanjang malamdia melayan panggilanku, mendengartangis esakku dan menenangkan hatiku.Benar katanya, hanya kalam Allah sahajayang mampu mententeramkan kembalihatiku. Terasa bagai semua masalahterbang berselerakan dan yang tinggalhanya aku dengan jiwa yang tiada lagirasa kecewa. Memang sakit untuk akumelepaskan dan mengatakan redha tetapijika benar dia berpaling dan tidak lagimilikku, maka aku akan belajar untukmenerima. Itu janjiku pada diriku sendiri.Tapi sebelum subuh lagi telefon bimbitkutelah melagukan lagu dendangan In-Team,Ku Serah Cinta. Sudah ku agak panggilanitu datangnya dari Rusydan. Tak dapataku nafikan hatiku begitu girangmelihatkan namanya yang tertera di skrintelefon bimbitku namun hatiku bergelora.Ternyata dia ingin hubungan kamidipulihkan segera. Katanya tiada niat dihatinya untuk menyakiti hatiku cumarindunya yang kuat terhadapku membuatkandia hilang punca dan tenggelam dalamamarah. Manis kata-kata yangdiungkapkannya membuatkan kami kembaliberbaik dan membina janji untuk salingsetia dan mempercayai antara satu samalain. Dari situ juga dia mula menjagabicaranya apabila bertemu. Dia jarangmahu menyebut tentang ketidakpuasanhatinya. Aku tahu dia sudah banyakbersabar dengan cara hidupku kini tapiinilah yang selayaknya untuk kita...“ ana dengar enti dah ada buah hati ye?”tiba-tiba Jauharah teman sekuliahmerangkap sahabat sejemaah bertanya.Akhir-akhir ini memang cerita tentangdiriku agak riuh diperkatakan dalamjemaah. Semuanya gara-gara Rusydan yangsering datang melawatku di sini. Telahbanyak kali aku berpesan agar diaberhenti dari datang menemuiku di kampustapi ternyata dia begitu keras. Katanya,dia hanya ingin melihat keadaanku. Akuterpaksa mengajak Husnina setiap kalibertemu dengannya. Aku kasihankanHusnina tapi tiada teman lain yang lebihaku percayai melainkan dia.“ Insya Allah, ada jodoh adalah”jawabku tanpa berselindung. Tidakterdaya lagi untuk aku sembunyikankenyataan. Biarlah mereka puas mendengarjawapan yang terbit dari bibirku itu.“ apa yang ana dengar, dia bukan darijemaah kita kan?”rupanya mereka masih belum tahu yangRusydan tu kaki motor. Pasti bertambahkencang jika mereka tahu pilihan hatikubukan sama jemaah malah tiada fikrahserupa denganku. Tapi apakan daya, akuhanya menyayanginya. Walaupunperangainya sebegitu tapi solat fardhutak pernah dia tinggal cuma mungkinsolatnya hanya di rumah. Aku tahu apayang dibimbangkan oleh jemaah. Merekabimbang jika aku bersuami nanti, akuakan terus jauh dari tanggungjawabseorang da’ie. Kekadang itu jugalah yangbermain di fikiranku. Bagaimana nantijika Rusydan tidak memahami kedudukankudalam jemaah. Adakah dia mampu menerimaaku jika dia tahu siapa diriku yangsebenar. Aku sendiri tidak mampu untukmeneka. Biar Allah sahaja yangmenentukan. Jika jodohku bersamanyapastinya itulah yang terbaik dalamperancangan Tuhan. Aku akan cubaberusaha sedaya mungkin membimbingnyawalaupun aku tahu tugas itu selayaknyaperlu diserahkan kepada seorang suami.Namun bukankah menjadi tanggung jawabkujuga untuk membantu mereka yang masihmencari.( “ dan orang lelaki danperempuan (yang beriman) sebahagianmereka (adalah) penolong bagi sebahagianyang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan)yang ma’ruf dan mencegar yang munkar.”At-Taubah : 71)“ Enti dah fikir betul-betul untukjadikan dia sebagai teman enti duniaakhirat?”pertanyaan dari Husnina membuatkan akuterdiam. Bagaimana untuk aku berkata akuyakin sedangkan segalanya masih lagikabur. Aku masih kurang jelas denganhati aku. Memang aku cintakan Rusydantapi cintaku pada Allah lebih utama. Akutelah memilih jalan dakwah dan takmungkin aku sanggup berpaling daripadahidayah Allah ini. Namun adakah denganhanya menerima Rusydan, segalanya ituakan hilang dari diri aku? Aku cubasedapkan hati. Aku cuba pujuk hati inisupaya sentiasa berfikiran positif.Sedikit demi sedikit aku cuba untukmeyakinkan diri aku bahawa Rusydan akanberubah walaupun masanya bukan sekarang.“ Enti dah buat solat sunat Istikharah?”persoalan kedua timbul setelah aku agakberat untuk menjawab pertanyaan pertama.“ Ana takut.” Itu sahaja yang mampu akuzahirkan. Sememangnya aku bimbang denganjawapan istikharah ku nanti. Aku takutperkara di luar kehendakku berlaku.Namun bukankah jalan kehidupan ini harusmengikut aturan dan kemahuan Yang MahaEsa? Ya Allah!“Apa yang enti bimbangkan. Kalau benarjodoh enti bersama dia, Insya Allahtakkan ke mana. Ana tau hati enti masihberbolak balik. Banyak yang enti perlufikirkan sebelum mengambil keputusanmuktamad. Tapi dengarlah nasihat ana.Enti akan lebih tenang setelah bertanyakepada Dia. Hanya dia yang mampu memberijawapan kepada setiap perkara di hadapankita. Dia lebih mengetahui.” Betul jugacakap Husnina. Aku kuatkan diri. Sejakdari hari itu aku penuhkan sepertigamalam ku dengan solat sunat istikharah.Sabar aku menunggu jawapan dari YangMaha Esa. Dalam masa yang sama tanpa akuduga, Ustaz Wajdi sudah merisik khabartentangku daripada Husnina. Terasagementar sebentar jasadku. Apa agaknyaperasaan Husnina apabila insan yangdicintainya mencintai insan yangbergelar sahabat baiknya sendiri. YaAllah. Dugaan apakah lagi yang bakal akutempuhi ini. Tak pernah sedikit punterlintas di hatiku untuk memiliki UstazWajdi. Dia hanya sepadan dengan Husnina.Husnina masih terjaga kesuciannya.Sedangkan aku pernah disentuh lelakiyang bukan muhrim. Walaupun sekadarberpegangan tangan tetapi itu sudahcukup untuk membuat aku berasa berdosayang teramat. Seboleh mungkin aku inginmelupakan zaman remajaku yang penuhdengan kegembiraan palsu itu. Tidaktahukah dia tentang itu semua? Kinimemang aku sudah berubah. Memang akusudah berjubah, bertudung labuh, malahmenjadi antara orang terpenting di dalamjemaah tetapi untuk mengatakan bahawaaku layak untuk dirinya, jauh samasekali. Aku bukan berniat untuk menolakcinta seorang insan yang sedemikiantetapi di samping memikirkan kedudukandi sisinya, aku masih dihantui bayanganRusydan. Tak mungkin aku mampumelupakannya dengan sekelip mata. Akutak sanggup digelar perempuan curang.Malah aku tak nak dia semakin jauh danberanggapan serong terhadap muslimahseperti kami. Ya Allah tunjukkan akujalan sebenar aturan-Mu supaya aku bisabelajar untuk bersyukur dengan ketentuan-MU.“ Apa abang buat ni. Kenapa ramai sangatorang?” terkejut aku melihat Rusydanmembawa semua geng motornya. Rasa macamnak pengsan di situ juga. Mahu saja akumeninggikan suara dan berlalu dari situ.Tapi aku sekarang bukan aku yang dululagi yang terlalu mengikut perasaan.Mungkin jika dulu, aku akan berbanggamempunyai kekasih yang berpengaruhseperti itu tapi sekarang rasa amarahdan benciku membuak-buak. Allah sajayang tahu betapa aku malu diperlakukansebegitu. Suasana kampus menjadi bisingdengan bunyi enjin motorsikal mereka.Membingitkan telinga dan memanaskan hatiaku. Malah menjadi perhatian ramai. Akuhanya mampu beristighfar.“ Saja. Kenapa? Tak boleh?”Alahai Rusydan…Kenapa perangaimu takpernah berubah? Kenapa dari dulu hinggasekarang kau tak pernah mahu menerimadan menghormati prinsip yang aku pegang?Aku penat dengan semua ni. Aku muakmelihat perilakumu yag kian menjadi-jadisejak kita semakin hampir menggenggamsegulung ijazah. Tak mampukah kaubersabar untuk beberapa bulan lagi.Cubalah belajar untuk bersabar Rusydan.Mahu saja aku suarakan ketidakpuasanhati aku namun cuba kutahan. Aku takmahu keadaan menjadi semakin parah.Tambahan pula sekarang dia berada didalam kawasan kolej aku. Berpuluh pasangmata menyaksikan pertemuan kami.Berpuluh pasang telinga jua mendengarperbualan kami. Aku makin tidakmemahamimu Rusydan. Berjuta kali akuberikan peluang namun tak pernah kauhargai. Berpuluh kali aku nyatakankesetiaan namun kau tak pernahmempercayai malah beratus kali akumengharapkan pengertian darimu namuninilah natijahnya yang aku terima. Akusudah tak mampu lagi Rusydan!“ Kenapa ni bang? Jangan buat macam ni.Nanti jadi fitnah. Abang balik dulu,nanti kita bincang” aku cuba merendahkansuara agar tak didengari pelajar lainnamun jawapannya menggegarkan satu kampus.“ Fitnah? Engkau ingat aku tak tau keyang sekarang kau tengah bercinta denganustaz mentah tu? Dah panas telinga akuni tau tak. Tu bukan fitnah lagi kenamanya ha. Sedarlah diri tu sikit. Kauingat kau layak untuk seorang ustaz??!!Wajahnya merah menyala bagai udang kenapanggang. Wajah aku usah ditanya. Memangdah hangit rasanya. Kalau diikutkanhati, mahu saja aku menangis dan meraungdi situ juga. Mujur Allah masih menjagahati aku agar tidak terlalu mengikutrentak Rusydan. Sayang benar dia padaku.Cinta benar dia denganku dan cemburubenar dia dengan Ustaz Wajdi. Tapiternyata caranya salah. Ruang hatikuyang dulu aku sediakan sedikit untukdiisi oleh cintanya kini telah tertutuprapat, terkambus dalam. Jika beginicaranya dan jika begitu sikapnya, akurela Ya Allah. Aku rela lepaskan dia.Aku lepaskan dia kerana-Mu.“ Kalau itu yang abang fikir. Kalau ituanggapan abang pada Widad, Widad takmampu nak cakap apa lagi. Dari dulusampai sekarang abang sendiri tahu siapaWidad. Tapi sayangnya, abang tak dapatterima Widad seadanya. Daripada kitaberdua berterusan macam ni, Widad rasaeloklah kita ikut haluan masing-masing.Telah banyak peluang Widad berikan padaabang, bukan sekali dua tapi dahberatus-ratus kali. Bukan sehari duatapi dah hampir 3 tahun. Widad dah penatdengan cemburu buta abang. Jika abangrasa Widad perlu berubah kerana abang,abang salah. Widad bahagia dengan apayang Widad ada sekarang. Walaupun tanpacinta abang atau cinta sesiapa sekalipunWidad tetap mampu hidup tapi Widad takmampu hidup tanpa cinta Dia. LepaskanWidad dan benarkan Widad pilih jalanhidup Widad sendiri.”Entah dari mana keberanian itu datang.Kuasa Allah saja yang mampu menjawabnya.Malah sedikit pun aku tidak merasa takutditampar olehnya. Husnina hanya diammembisu. Aku lihat ada linangan air matadalam kelopak matanya. Terima kasihsahabatku. Dari mula hingga akhir diatetap setia di sisiku.“ Dah berani ye sekarang. Ok. Aku harapkau bahagia. Tapi jangan lupa! Tak adasiapa yang mampu membahagiakan kaumelainkan aku!”Ancamankah itu? Rusydan…Rusydan…Entahkenapa begitu sekali kau melampauibatas. Benarlah pesan Rasulullah,sayangilah seseorang itu seadanya keranamungkin akan sampai suatu ketika kauakan membencinya dan bencilah sesuatuitu seadanya kerana mungkin satu ketikananti kau akan menyayanginya. Ya Allah.Banyaknya yang sudah aku pelajari dariujian-Mu. Namun aku harap aku tidaktertewas dengan ujian-Mu di kali ini.Rusydan terus berlalu dengankumpulannya. Bunyi bising enjin motormereka menggamatkan persekitaran kampus.Aku terus memeluk Husnina. Air matakumengalir laju di pipi tapi bukan lagikerana kesedihan aku melepaskan seorangyang amat aku cintai tapi tanda gembiraaku kerana telah melepaskan dia keranaAllah. Indahnya perasaan ini Ya Allah.Namun aku perlukan sokong bantu-Mu. Akutak terdaya berpijak di atas duri dugaanini tanpa petunjuk dari-Mu.“ Kenapa enti selalu larikan diri dari ana?”tersentak aku dari lamunan. Ustaz Wajdidi hadapanku. Dia terus melabuhkanpunggung di kerusi bertentangan denganHusnina. Agak jauh namun suaranya masihjelas kedengaran. Tanpa salam sepertiselalu, dia terus menyapa aku. Apalahjawapan yang mampu aku berikan. Tidaktahukah dia aku terlalu malu dengankejadian beberapa hari lepas. Aku maluteramat. Untuk menatap wajahnya pun akutak mampu. Apatah lagi untuk berbicaradan memberitahu perasaan aku di saatini. Aku memandang wajah mulus Husnina.Dia hanya tersenyum dan mengangguk.Mungkin mahu aku menjawab soalan UstazWajdi. Husnina! Aku bingung dengandirimu. Apakah tiada sekelumit benci punkau pada aku? Kebaikanmu selalumembuatkan aku makin terseksa dan merasacukup bersalah walaupun puncanya bukandatang dari aku. Kenapa Wajdi? Kenapapilih aku? Aku belum mampu menerimasesiapa. Aku belum mampu melupakansejarah hitam yang dulu. Husnina lebihsesuai untuk dirimu! Suntinglah diasebagai sayap kirimu! Hati aku menjeritnamun mulutku terkunci rapat.“ Tak ada apa. Cuma tak nak jadi bahanumpatan orang. Lagipun ana tak selesamacam ni. Apa pulak kata orang tengokamir jemaah duduk dengan muslimat macam ni.”Sengaja aku cuba menyakitkan hatinya.Aku tidak mahu lagi berurusan denganmuslimin jika tiada urusan yangdiharuskan oleh syarak, takut timbulfitnah hati. Biarlah aku sendiri dulubuat masa ni. Aku ingin tumpukanperhatian pada pelajaran dan urusanjemaah. Aku ingin sentiasa dekat denganAllah. Tidak aku nafikan aku cumamanusia biasa dan sudah menjadi fitrahuntuk hidup berpasangan tetapi jikafitrah itu bisa menjadi fitnah, maka akumohon jauhkanlah aku dari jalan-jalan kearah itu.“ Maaf, Widad. Ana yang minta Ustazdatang ke sini. Ana ada benda nakdibincangkan. Jangan risau. Kita ditempat orang ramai dan tiada apa yangmencurigakan. Biarlah ana terus terang.Ana terpaksa letak jawatan dari jemaah.Ana belum ada kemampuan untukmenyuarakannya dalam jemaah. Ana harapUstaz dan Widad faham”Ya Allah, apa lagi ni. Penatnya aku! Dahla aku termalu sendiri dengan UstazWajdi. Tuduh dia yang bukan-bukan.Entah-entah dia kata aku perasan.Alahai, kenapala kau tak cakap awal-awalHusnina? Tebal muka aku. Sabar jela.“Kenapa enti nak tarik diri dari jemaah?”terkejut benar aku lihat wajah UstazWajdi. Sampai terbangun dibuatnya. Darisinar matanya aku nampak harapannyaterhadap Husnina dalam jemaah terlalutinggi. Tapi ada sinar yang membawamaksud lebih dari itu. Adakah sinarcinta? Entahlah. Aku sendiri tidak pastikenapa tiba-tiba aku mampu membaca suarahatinya.“ Bukan macam tu. Ana bukan tarik diridari jemaah. Tapi ana cuma nak letakjawatan. Ana dah cuba untuk bertahanuntuk satu sem lagi tapi ana tak cukupkuat. Tak lama lagi ana ada praktikal diluar, jadi ana rasa elok jika kitamencari pengganti sekarang. Ana tak nakapa yang telah kita rancang nantitergendala disebabkan oleh kesibukanana. Lagipun dah sampai masanya kitaserahkan tanggungjawab ni kepada pelapiskita nanti supaya mereka dapat belajar.”Tenang saja suara Husnina mengeluarkanpendapatnya. Terlerai kejutan yangmelanda sebentar tadi.Sekurang-kurangnya aku tahu sebab danpuncanya bukan berkaitan dengan aku. Akupun setuju juga dengan cadangan Husnina.Lagipun Husnina sekarang memangbetul-betul sibuk. Kadang-kadang kesianjuga aku tengok dia. Terkejar sanaterkejar sini. Tapi keputusanpeperiksaan dia tak pernah pulak jatuh.Dah memang genius orangnya, kurniaanAllah. Bertuah badan.“ Alhamdulillah kalau sebabnya begitu.Ana Cuma tak nak ada sebab atau masalahdalam jemaah yang membuatkan enti ambiltindakan macam ni. Jadi pada pandanganenti, siapa yang layak?”Amboi senyum lebar mamat ni bila Husninacerita kedudukan sebenar. Tadi sampaitak senang duduk. Indahnya ukhwah atasdasar mardhatillah. Sekarang baru akumengerti maksud sebenar sebuahpersahabatan. Apatahlagi jika terbinanyaatas tujuan membangunkan agama-Nya. Akumemang punya ramai teman baik di sekolahtak kiralah lelaki mahupun perempuantapi dalam bersahabat, masing-masingmasih menyimpan iri hati dan cemburudengan kejayaan rakan-rakan yang lain.Tapi dalam jemaah, suasananya berbeza.Masing-masing berusaha memperbaiki manayang kurang dan tak pernah mengharapkanbalasan. Aku ingat lagi ketika pertamakali menyertai program tamrin yangdiadakan oleh jemaah. Memangmenyeronokkan. Kalau sebelum ni, mataaku tak pernah mahu celik di kala pukul3 pagi, tapi di sini aku diajar untukbangun menunaikan tahajud. Kalau dulumakan mesti dalam pinggan tapi di sini,makanku di dalam talam bersama ahlijemaah muslimat yang lain. Manisnyakenangan yang banyak merubah jalancerita hidupku. KalaulahRusydan…Astaghfirullah..cepat-cepat akukembali ke alam nyata.“ Enti dengar tak apa yang Ukhti Inacakap tu?”tiba-tiba aku mendengar soalan darisuara ala-ala Mi Inteam tu. Apa yangHusnina cakap? Aku terpinga-pinga.Mataku bulat merenung Husnina. Husninahanya menundukkan wajahnya.“ Apa yang enti cakap?”aku mengulangi persoalan kepada Husnina.“Nama enti akan dicadangkan dalam majlissyura akan datang.” Balas Ustaz Wajdisebelum sempat Husnina bersuara. Nakmampos! Aku dicalonkan? Aduh apa laginih. Hampir tidak berkelip matakumemandang Ustaz Wajdi. Kenapalah aku.Aku cuma mencari ilmu dan pengalamanbukan ingin memegang apa-apa jawatandalam jemaah. Tugas sebagai exco birodakwah dan tarbiyyah pun tunggangterbalik aku kerjakan. Inikan pulaksebagai amirah. Aku tersedar darilamunan apabila Ustaz Wajdi menundukkanpandangannya. Mungkin tikaman matakumembuatkan dia malu. Aku juga tertundukmalu.“ Maaf. Ana belum cukup layak. Lagipunbuat masa sekarang, macam-macam ceritayang ana dengar tentang diri ana. Antadan enti tentu faham. Bukan menolaktetapi ana rasa elok serahkan pada yangbenar-benar hak.”Aku tidak mahu bersembunyi di sebalikkebenaran. Aku sendiri cukup kenal dantahu tahap mana kemampuanku.“ kenapa perlu meletakkan pandanganmanusia sebagai keutamaan sedangkanberibu kali ana tegaskan bahawapandangan Allah itu lebih penting. Apayang berlaku, dah berlaku. Yang lepasbiarkan lepas. Allah beri kita masauntuk berubah dan menginsafi diri.Sepatutnya enti bersyukur kerana entiadalah di kalangan mereka yang terpilihuntuk merasai hidayah tu. Dan sekarangmungkin Allah mahu enti buktikankeihklasan enti dalam memajukan ummah.”Wajdi...Wajdi...benarkah kau telahmengetahui satu persatu kisah silamku?Yakinkah kau aku mampu membimbingmuslimat yang lain sedangkan mungkinilmu mereka melebihi apa yang aku ada.Apa pandangan mereka terhadap amirahyang pernah terjerumus dalam kemurkaanAllah ini? Banyak persoalan yang perluaku fikirkan. Bukan sekadar menyandangjawatan malah melaksanakan amanah. KataImamGhazali, yang paling berat di duniaini adalah memegang AMANAH (Maksud ayat72,Surah Al Ahzab). Tumbuh-tumbuhan,binatang, gunung, dan malaikat semuatidak mampu ketika Allah SWT memintamereka untuk menjadi khalifah (pemimpin)di dunia ini. Tetapi manusia dengansombongnya menyanggupi permintaan AllahSWT, sehingga banyak dari manusia masukke neraka kerana ia tidak mampu memegangamanahnya.Ya Allah takutnya aku apabilamengingatkan maksud ayat dari Surah AlAhzab itu. Termampukah akumelaksanakannya? Jika bukan aku selakusenior dalam jemaah, lalu siapa lagiyang sanggup memikul tanggungjawab danamanah ini. Ya Allah berikan aku kekuatan.Segalanya aku rasakan begitu pantasberlalu. Kini aku di tahun akhir danbakal menamatkan pengajianku dalam masabeberapa bulan lagi. Cabaran dalam‘Internship’ telah berjaya aku lalui,Alhamdulillah. Memang agak sukar apabilaterpaksa berhadapan dengan alampekerjaan namun aku yakin, segalanyaakan dipermudahkan Allah jika niat kitabelajar dan bekerja kerana Dia semata-mata.Selama itu juga aku kuatkan semangatuntuk menolak segala permintaan daripadaRusydan. Siapa sangka selepas kejadianmengaibkan di kampus, dia denganbangganya menobatkan aku sebagaitunangnya di majlis ‘reunion’ untukpelajar sekolah berasrama penuh yangkami adakan baru-baru ini. Walaupun akuagak terperanjat dengan kenyataannya itunamun aku cuma mampu berdiam diri danmembiarkan saja apa yangdiperkatakannya. Aku sudah penat melayankerenahnya. Biarlah dia dengan caranya.Jika dia gembira dengan tindakannyamemalukan aku itu, aku redha. Biarlahdia bahagia.Ustaz Wajdi pula sudah berura-ura untukmenghantar rombongan meminang kerumahku. Entahlah. Apa lagi yang perluaku pertikaikan tentang kekurangannya.Dia serba sempurna dan lebih daripadalayak untuk dijadikan sebagai seorangsuami namun aku pula yang merasa terlalurendah diri apabila berganding bahudengannya di pentas dakwah. Aku serahkansaja keputusan dan jawapan kepada ibudan ayahku. Aku tahu Rusydan pastinyamenjadi pilihan mereka tetapi jika UstazWajdi jodoh aku, maka Rusydan bukanpenghalangnya. Ustaz Wajdi sudah jarangberurusan denganku. Maklum sajalah, diajuga sedang sibuk menyiapkan projektahun akhir bagi melayakkan dirinyabergelar seorang guru. Bukan mudah untukdicari seorang pendidik lelaki padazaman sekarang. Kebanyakannya lebihcenderung bekerja di dalam bidangpentadbiran, perniagaan dan pertahanan.Itu yang membuatkan hati aku menjaditertarik dengan pandangan danpemikirannya. Ingin jadi murabbi katanya.Ustaz Wajdi, jika aku sebaik Husnina,pastinya telah lama aku terima lamarandari pihakmu tapi aku sedar di manalayak tempat aku berdiri. Hanya insansebaik Husnina sahaja yang layakberiringan di sisimu. Akhir-akhir iniaku jarang berfikir tentang itu semua.Segala keringat yang ada, aku kerahkandalam medan ilmu dan tugas sebagaiseorang dai’e. Malah aku tenang denganapa yang aku miliki kini.Tapi sepucuk surat bersampul ungu sampaike tanganku tanpa aku ketahui siapapemiliknya membuatkan tidur malamkukekadang tidak senyeyak dulu. Rasaterharu, bersalah dan bermacam lagi.Surat itu menuliskan kenapa Ustaz Wajdimenolak risikan Husnina. Malahan Husninasendiri tahu sebabnya. Cuma aku yangbuta dan tidak mampu melihat agenda danpengorbanan mereka terhadap aku. Yangpastinya Husnina bukan bertepuk sebelahtangan. Malah Ustaz Wajdi turutmenyimpan perasaan terhadapnya. Namunperhubungan mereka tidak diteruskankerana aku.Kerana aku??? Berulang kali aku membacaayat itu. Aku beristighfar sendiriansebelum menyambung bacaan ke ayatseterusnya. Sebenarnya Husnina jugadirisik oleh rakan muslimin iaitusahabat Ustaz Wajdi. Aku kenal orangnya.Memang amat sesuai jika digandingkandengan Husnina. Malah ilmunya dalamagama amat luas jika dibandingkan dengansahabat jemaah yang lain. Cuma dia tidakmemegang jawatan yang terlalu penting didalam jemaah di kolej kami kerana diaada misinya tersendiri. Aku sendirikurang mengerti dengan sikapnya. Dalammasa yang sama Ustaz Wajdi dan ahlijemaah yang lain bimbang apabilamengetahui aku sudah mempunyai buah hatiyang berlainan fikrah. Jadi untukmenyelamatkan aku dari tersalah membuatpilihan, Ustaz Wajdi sanggup menjadikanaku isterinya.Terkesima aku membaca surat tersebut.Dalam diam aku bersyukur keranadiketemukan dengan sahabat-sahabat yangterlalu mengambil berat dan amatberpegang pada tunjang agama. Pernah akumendengarkan kisah hijrah penduduk Mekahke Madinah. Di mana kaum Ansar danMuhajirin bersatu. Ukhwah danpersaudaraan yang terjalin amat kukuhdan erat. Malahan harta sanggupdikongsi. Bukan itu sahaja, suami jugasanggup menceraikan isteri untukmemberikan peluang kepada musliminMuhajirin membina sebuah keluarga.Pengorbanan yang amat besar bagi seorangmanusia biasa bergelar suami dan isteri.Mampukah kita di zaman yang penuh dengansifat mementingkan diri sendiri inimelakukan pengorbanan sebesar itu?Sedangkan isu poligami juga menjadi isuyang terlalu besar di kalangan muslimatsekarang. Bagi aku, tiada apa yangsalahnya dengan amalan poligami tetapiyang membuatkan poligami itu tercemarpengertiannya adalah kerana tindakansuami yang tidak mampu berlakuadil,niatnya semata-mata kerana nafsudan tiada tolak ansur di kalanganmadu-madu. Jika seorang muslimin itubenar-benar memahami tanggungjawabmereka dalam poligami, pasti tidakseorang lelaki pun yang berani dansanggup mengamalkannya kerana amanahyang dipikul bukannya kecil malah akandipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Muslimat juga harus ingat, jika diamempunyai seorang suami yang benar-benarbertanggungjawab, adil dan mempunyaialasan yang kukuh untuk dirinyaberisteri lebih dari satu maka,janganlah menjadi seorang insan yangterlalu tamak dan merasakan si suamiadalah milik mutlak seorang isteri. Akuyakin, setiap suruhan dan larangan yangtelah Allah catatkan dalam Al-Quranpastinya mempunyai hikmah yang kekadangtak mampu dicapai akal manusia. AllahMaha Pegasih dan Penyayang. Maka takkandiciptakan sesuatu itu untuk menyakitihamba-Nya.Itu yang sering aku ingatkan padahatiku. Jangan jadi wanita yang tamakkerana apa yang dimiliki bukannya hakaku, segalanya hanya pinjaman danpastinya kekadang perlu dikongsi. Kataorang, cakap memang mudah tapi bila dahkena atas batang hidung sendiri, barutahu langit tu tinggi ke rendah. MogaAllah kuatkan semangatku dan berpegangdengan apa yang aku katakan. LagipunAllah akan uji sedalam mana kebenarankata-kata yang manusia lafazkan. Jikaaku diuji maka janganlah kiranya Engkaubolak balikkan hati hamba-Mu ini Ya Allah.Teguhkanlah hatiku dalam menempuhmehnah-Mu, Ya Allah. Dakwah ini luasruang legarnya, bukan sekadarmempelajarinya, tapi perlu jugadiamalkannya. Kerana itulah kemanisanjiwa apabila segalanya dilakukanberlandaskan Al-Quran dan sunnah. Rasarindu terhadap Husnina semakin harisemakin tak terbendung. Susah benaruntukku cari sahabat berhati bersihseperti dia. Kebanyakan yang aku temuisemuanya bersahabat atas dasarkepentingan diri. Tidak ramai yangmengerti dan mengamalkan ukhwah keranaAllah. Baru-baru ini aku ada berbualdengannya melalui telefon tentang suratyang aku terima. Lebih membuatkan hatikusebak dan bagai diruntun-runtun apabiladia menangis memohon maaf dariku keranamerahsiakan semuanya. Sedikit pun akutidak pernah marah kepadanya. Malahakulah sepatutnya yang berterima kasihdan memohon ampun darinya. Dia korbankansegalanya. Pangkat dan juga kemahuanhatinya semata-mata ukhwah kerana Allah.Sejak dari hari itu hubungan kamibertambah rapat. Tidak lama lagi diaakan melangsungkan majlis pertunangan.Selepas menamatkan pelajaran, dia akanmenjejakkan kaki ke alam rumah tanggadan bergelar seorang isteri kepadaseorang lelaki yang halal dirinya serahsegala.

“Kenapa anak ummi nangis ni?”tanya aku kepada anak sulungku, AmranAliuddin. Anak kecil berusia 3 tahun itucuma memelukku dan terus menangis.“Abi cuwit”comelnya dia mengadu. Memang ayahnyabegitu, suka benar bermain hinggakekadang menangis Amran dibuatnya.“Nanti ummi puk abi, ek”lembut aku membelai belakang Amranmembuatkan tangisannya semakin reda.“Berani ye ummi nak puk abi”tiba-tiba Wajdi datang menepuk lembutjemariku. Aku hanya tersenyum melihatAmran kembali didukung abinya dantangisnya tadi hilang begitu sahajadibawa bersama deruan enjin keretaWajdi. Allah menetapkan jodohkubersamanya walaupun berliku halanganuntuk kami bersatu. Janji Allah, lelakiyang baik untuk perempuan-perempuan yangbaik dan begitulah sebaliknya.Seringkali aku bertanya pada diri, cukupbaikkah aku untuk menjadi permaisuri ditakhta pemerintahannya? Cukup padankahaku jika dibandingkan dengan semangatjihadnya. Namun aku bersyukur kepadaIllahi kerana diizinkan untuk malayarkanbahtera ini bersama dengannya.Ngeri apabila aku memikirkan Rusydan.Bagaimana agaknya jalan dakwahku jikaditakdirkan Rusydan yang kupilih.Mungkin hidupku hanya dipenuhi rutinharian. Disibukkan dengan kerjaya danrumah tangga semata-semata. Mungkintiada lagi agenda usrah, ziarah,tazkirah dan rehlah sebagaimana yang akunikmati kini. Tiga kali pinangan UstazWajdi ditolak oleh kedua ibu bapaku.Segalanya kerana fitnah yang ditaburkanoleh Rusydan. Namun Ustaz Wajdi takpernah jemu dan enggan melepaskan aku.Akhirnya kedua ibu bapaku bersetujumenyerahkan tanggungjawab untukmenjagaku kepada dia setelah kebenaranterbongkar. Ustaz Wajdi bukan seorangmilitan! Dakwaan Rusydan langsung tidakberasas dan aku sendiri hairan bagaimanakedua ibu bapaku mempercayai kata-kataRusydan. Memang suamiku pernah ditahankerana dikatakan menjadi ketua padasebuah gerakan, berjanggut, kekadangberjubah dan berserban namun itu bukanbermakna dia seorang pelampau. Aku kenalsiapa dia.Hampir 3 tahun kami ditarbiyah di bawahjemaah yang sama, pernah juga bergandingbahu di dalam satu lujnah, mustahil akumasih tidak memahaminya. Bagiku UstazWajdi hanyalah seorang hamba kepadaIllahi, seorang guru biasa yang inginmelihat anak didiknya berjaya di duniadan akhirat, seorang pendakwah bebasyang berusaha melaksanakan amanahnyasebagai khalifah di muka bumi, ayahkepada Amran Aliuddin dan suami kepadaJannatul Widad.Namun jika ditakdirkan dia punya tugasyang lebih besar dari itu, siapalah akuuntuk menghalang, apa lah hak aku untukmenidakkan amanah yang telah terpikul dibahunya, dia bukan milik mutlakku, bukanjuga kepunyaan anakku tapi hak milikkekal Pencipta Alam Semesta, maka akuakan setia menjadi sayap kirinya dilangit jihad dan tiram kepadamutiara-mutiara kebanggaannya di duniadan akhirat! Doktor Yusof al Qardhawidalam bukunya Jil an Nasri al Mansyudberkata: " Yang diharapkan dari seorangwanita ialah menjadi seorang ibu yangmenggalakkan anaknya untuk syahid,seorang isteri yang meransang suaminyauntuk berjihad, dan melakukanpengorbanan, seorang mukminah yangmewaqafkan diri dan usahanya untuk jalanAllah dan seorang wanita alim menghafazal Quran dan Hadis serta melaksanakanapa yang dipelajari untuk Amr Ma'ruf Nahyu Munkar!

~air mata malam pertama~  

Posted by Ahlia 'Ammar in

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali; pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hib

a oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul. “Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti. “Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud ke jari manisku.

“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. “Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana ke pangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah be

rpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu. Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

**********

“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”. Ayah memu

lakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.

“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka. “Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.” “Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. “Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membi

ncangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian. “Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah sekian lama membisu. “Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi.

“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa. “Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”; “Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. “Ahhhhgggg…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

**********

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. “Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.” “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.” Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman.

Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. “Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. “Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. “Abang nak ke mana tu?” Soalku. “Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya. “Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan. “Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. “Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja. ” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.” “Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku. “Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. “Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. “Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum. “Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.” “Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat. “Ish..Gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.

Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. “Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. “Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. “Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku. “Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

“Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. “Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. “Ana ikut aje ke mana abang nak bawa.” “Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya. “Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. “Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda. “Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. “Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?” “Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. “Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.” “Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. “Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil. “Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan. “Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.” “Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. ” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. “Habis tu apa yang sayang menungkan ni?” Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. ” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.

” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. ” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

**********

“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. ” Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. ” Pasal peminangan tu.” Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. ” Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. “Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. ” Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. ” Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu. ” Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.

**********

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. ” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. ” Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. ” Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

“Bang….”Seruku. “Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. “Malam ni abang nak…..nak…..”Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… ” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum. “Ah..abang ni…”Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. “Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku. ” Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.” Rasulullah bersabda: “Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.” Rasulullah bersabda: “Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.

Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. “Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. “Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. “Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. “Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.

Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. “Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya. ” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..” “Zul sakit ke?” Tanya ayah. “Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.”Jawabnya. “Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak. “Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. “Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk. “Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.” ” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.” “Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.” “Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. “Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. “Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea” “Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan. “Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.

Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

**********

” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ