10 Jenis Air Mata  

Posted by Ahlia 'Ammar

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis 1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati. 2) Menangis kerana rasa takut. 3) Menangis kerana cinta. 4) Menangis kerana gembira. 5) Menangis kerana menghadapi penderitaan. 6) Menangis kerana terlalu sedih. 7) Menangis kerana terasa hina dan lemah. 8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. 10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis. "..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka." Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan. Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua. Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis diwaktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam." "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya." "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering." Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua : 1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat. 2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. 3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka. Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara. 1) Apabila dahi nya berpeluh. 2) Airmatanya berlinang. 3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus. kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu

Pesan dari Bumi  

Posted by Ahlia 'Ammar

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas Bin Malik r.a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara. 1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku,tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak. 2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku. 3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku. 4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku. 5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku. 6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku 7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku. 8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita. 9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku. 10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku. Wallahualam...

Bicara Seorang Bayi dengan Tuhannya  

Posted by Ahlia 'Ammar

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ." Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia" "Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara." "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" " Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa" "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya" "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu" Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?" "Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU " Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.... Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sajak Buat Isteri Seorang Pejuang  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamu'alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Khas buat isteri-isteri para pejuang jua bakal-bakal isteri pejuang..sangat menyentuh hati...penuh makna... Isteriku... Apabila kusentuh telapak tanganmu...Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras....Apabila kurenung wajahmu....Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....Apabila ku tersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing....Aku terpana dek munajatmu yang syahdu. Isteriku... Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu....Hanyasanya untuk Islam...Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...Pelbagai hiasan yang indah...Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...Kau umpama ladang ummah...Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitanIslam... Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba...Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama..Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa... Isteriku... Bukan aku tidak mampu membelikan barang dan hiasan-hiasan tersebut... Tetapi isteriku... Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku....Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat..."..Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam. ...Aku termangu sendirian...Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah?Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulitBonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...Atau honeymoon di Kota Paris kah?..Katakan... Aku mampu memberikan....Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...Akhirnya...Arghhh... Permintaanmu itu...Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...Dengan penuh keyakinan kau berkata.."Saudara, Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang kedua saudara?....Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?...Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?...Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?..Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?...Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api....Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak....Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada saudara kerana perjuangan saudara.... Dan... mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?...Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu..Jiwamu kosong dari syurga dunia...Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..Bukannya kau yang diubah oleh dunia... Isteriku... Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...Susah senang kita tempuh bersama...Aku terharu dengan segala kebaikanmu.. .Kau jaga akhlakmu...Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung....Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan anakku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam....Malah, kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini....Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman kemenangan.. . Isteriku... Tangkasnya engkau selaku suri...Biarpun kau jua sibuk bersama mengembleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku....Kau jaga teratak kita dengan indahnya...Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu....Cekalnya engkau mendidik anak-anak...Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait serta para pejuang Islam...Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah...Kau asuh mereka membaca Al Quran...Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelangnya peperiksaan. Isteriku... Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Al Khomeini...Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandiIslam...SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU.... (moga diriku mampu menjadi seperti ini suatu hari nanti..InsyaAllah..demi Islam tercinta..!!)

Solat dan Penemuan Sains  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamu'alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Solat

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.Tetapi kenapa? Dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 dan 9, Allah SWT manjelaskan, "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka....Dan mereka yang memelihara solat mereka" Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardhu. Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama.

Nabi pernah bersabda "Solat itu tiang agama,sesiapa yang meninggalkannya ibarat dia meruntuhkan agama" Solat dan Penemuan Sains Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia. Mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Meditasi mampu meredakan stress dan menjadikan seseorang lebih tenang dan ceria. Tambahan pula, mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman.

Solat yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan sebagai meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk, memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi yang biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimah-kalimah dalam solat adalah pilihan Allah SWT dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang diperolehi adalah ketenangan kurniaan Allah SWT. Lebih daripada itu, mereka yang bersolat akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Solat dan Yoga,ada orang yang mengatakan solat ialah yoga. Sebenarnya solat bukanlah senaman ataupun yoga. Bagi orang Islam, solat lebih agung daripada sebarang senaman termasuk yoga. Solat ialah zikir yang paling mulia. Berhubung dengan yoga, yoga mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu yang dikenali sebagai asanas. Ketika mengamalkan yoga, seseorang akan duduk pada kedudukan tertentu dengan melafazkan kalimat-kalimat mantra yang tertentu di samping bernafas secara teratur. Salah satu kedudukan yoga atau asanas yang terpenting ialah Sirshasana (headstand). Ia dikenali juga sebagai King of Yoga.

Di kedudukan ini, seorang pengamal yoga akan meletakkan kepalanya ke bumi dan diperingkat kemuncaknya akan meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Sayangnya kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Jika dilihat secara menyeluruh, memang terdapat beberapa unsur yoga di dalam solat. Solat merupakan ibadah yang merangkumi "jasad, roh dan akal". Ia mempunyai kedudukan serta gerak hati yang sentiasa ikhlas kepada Allah dan ini dikaitkan dengan rukun qalbi. Ia juga mempunyai kalimat-kalimat tertentu yang perlu dilafazkan dan ini dikaitkan dengan rukun qauli serta zikir.

Salah satu kedudukan yang terpenting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di kedudukan ini, darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah sekali. Berbeza denagn sirshasana, sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang. Namun solat ialah lebih daripada yoga kerana ia ialah ibadah yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin kerana ia terikat dengan waktu. Seseorang yang hendak bersolat mestilah menyucikan jiwanya terlebih dahulu. Tekanan jiwa atau stress sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakannya. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir dan zikir jika diamalkan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati.

www.iluvislam.com pink_solehah editOr: n13@m

~Melayan Kerenah Si Kecil~  

Posted by Ahlia 'Ammar

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركته
Alhamdulillah,cuti semester sudah bermula..Setelah seminggu lebih berhempas pulas untuk menghadapi minggu peperiksaan yang mahadahsyat hebatnya..Macam-macam peristiwa yang berlaku sepanjang minggu tersebut..Ujian..Alhamdulillah, selesai jugak menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sememangnya sangat 'menggerunkan'..huhu..dah cuba yang sebaik mungkin..Tinggal tawwakkal'alAllah...Moga beroleh kejayaan yang diharapkan..insyaAllah.. Hmm..berbalik kepada tajuk entri ni, ingin saya kisahkan sedikit pengalaman saya menjadi 'ibu' buat si comel ni..huhu..Letih jugak kan melayan kerenah si kecil..Pilu bila mengenangkan ibu yang banyak bersabar dalam melayan kerenah kita suatu ketika dulu..Entah macam mana la kan nakalnya saya waktu tu..Maafkan anakandamu ini duhai bonda...
Font size Si comel yang sangat nakal..!! ^_^
Kali ni, saya berpeluang merasa bagaimana letihnya menjadi seorang 'ibu' dan menjaga si kecil..! Menjaga permata hati ibu saudara saya yang bertugas sebagai guru.. Amin Husaini namanya.. Masih kecil tapi nakalnya MasyaAllah..! Macam-macam yang ingin dibuatnya..Lagi dilarang lagi dibuatnya..Hai..!! pening dibuatnya..Lagaknya seperti orang dewasa..Mahu mencuba segala perkara..tekan itu tekan ini...buka itu buka ini..ambil itu ambil ini..Penat juga nak menghalang..Akhirnya saya biarkan sahaja..teringat akan kata Abu Saif ketika membaca artikel di lamannya, anak-anak kecil ini sentiasa inginkan perhatian..mereka akan melakukan apa sahaja demi meraih sedikit perhatian orang dewasa..Hmm..betul juga..Lalu saya biarkan sahaja..Malah turut sama bermain bersamanya..mengawasi sekiranya ada tingkah yang mungkin berbahaya buat dirinya..Semalam ada saja benda yang dibuatnya sehingga kekadang menimbulkan kemarahan..Namun tidak patutlah untuk dimarahi akan si kecil ini kan...Usia sebegini adalah usia baginya untuk mempelajari sesuatu..Usia sebeginilah yang sepatutnya bagi ibu bapa manfaatkan dengan menanam benih ISLAM dalam diri anak-anak..Membajai dengan kasih sayang yang sememangnya anak-anak dambakan..Agar bisa tumbuh menjadi seorang mujahid dan mujahidah suatu hari kelak..InsyaAllah..Huhu..rasa tidak layak pula ingin membicarakan soal keibubapaan disini kerana diri belum lagi berpeluang untuk menjadi seorang isteri dan ibu.. Belum sampai masanya.. InsyaAllah suatu hari nanti..
apalah yang dibuatnya tu..^_^
Hari ni,ada lagi perkara yang dilakukan Amin untuk menarik perhatian kami..Menghiburkan..Sikecil ni sangat pintar..!! Terhibur saya dengan telatahnya..Ada sahaja yang dilakukannya untuk menceriakan hari-hari kami..hari ini sikecil ni bermain dengan kucing pula..comel..!! huhu..Dengan tuturnya yang saya tidak faham walau sebutir..dia berbicara dengan si kucing.. Entah apa yang didiskusikan oleh mereka pun tidak diketahui.. Dunia si kecil.. Penuh dengan keindahan..Mulianya si kecil ini.. Andai bijak dicorak pasti bakal menjadi pejuang Islam suatu hari nanti..Hmm..Letih melayan tetapi telatah jua kerenahnya yang membuatkan diri tidak terasa akan bahang letih itu..Alhamdulillah..Pengalaman menjadi 'ibu' hari ini sebagai bekalan untuk menjadi ibu di hari muka..Moga dapat menjadi ibu yang mithali buat anak-anak tercinta kelak..!!insyaAllah.. Moga suatu hari nanti dikurniakanNYA dengan baitul muslim yang sakinah..usrah mahabbah wa rahmah..jua permata hati Qurratul'ayun..InsyaALLAH..
"Ya Tuhanku, kurniakanlah aku (seorang anak) daripada golongan orang-orang yang soleh" (As-Soffat : 100) "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan yang menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa."

~uKhUwWaH fiLLaH wA mAhaBbaH LiLLaH~  

Posted by Ahlia 'Ammar in ,

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله و بركته

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Indahnya ukhuwwah kerana ALLAH..!! Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Hanya hati mampu berbicara.Moga ukhuwwah kita kekal selama-lamanya.InsyaALLAH fid dunya wal akhirah..

bersama sahabat2 seperjuangan tersayang..(^_^)

Kenangan bersama kalian akan sentiasa kukuh tersemat di hati. Tidak mungkin luput dari memori ini. Indahnya jalinan ini bersulamkan taqwa kepadaNYA...

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,ayuh kita teruskan mujahadah kita..! Kita bakal menapak ke lapangan yang lebih luas..Walau pelbagai mehnah jua tribulasi yang telah, sedang serta bakal kita hadapi,yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita.Usah kita bimbang walau seberat mana tugas yang kita pikul, nilai ganjaranNYA kelak lebih kita dambakan.Ingatlah bahawa kita adalah penyambung mata rantai-mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W...

bersama roomate tersayang...(^_^) [maaf..sengaja dikaburkan dan dikecilkan..]

Buat roomateku, Shahira dan elina[sori,ter'capub' nama kalian..(^_~)] kenangan sepanjang kita bersama tidak akan dilupakan. Segala pahit manis suka duka kita kongsi bersama. Kalian roomate yang kusayang. Buat Shahira, walaupun kita tak dapat jumpa lagi lepas ni, memori kita tetap abadi di hati selamanya.Syukran kathiran atas segala-galanya.Teruskan perjuanganmu di bumi anbiya'.Moga bakal menjadi seorang thobibah yang berjasa kelak.InsyaAllah. Buat elina, sama-sama kita teruskan perjuangan kita di 'maincamp' lak.Chaiyok2!!~ jua syukran atas segala-galanya. Kalian adalah yang 'terbest'..!! Moga ukhuwwah yang terjalin ini kekal selama-lamanya.

Buat sahabat-sahabat lain, yang tidak dapat di'mention'kan disini nama kalian,terutama sahabat-sahabatku di mrsm dulu, kalian adalah sahabat yang tak mungkin kulupakan selama-lamanya.Memori kita bersama masih tersemat kukuh di hati.Kerana Allah kita bertemu dan keranaNYA jua kita terpisah..Rindunya dengan kalian...Moga dengan izinNYA kita kan bertemu lagi..insyaALLAH..


~UkHuWwAh iTu InDaH AnDaI BeRsULaM TaQwA kePadaNYA~

Kenapa Mahu Jadi Doktor??~jika kerja jadi ibadah~  

Posted by Ahlia 'Ammar in , ,

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمةالله وبركته


Persoalan mengenai masa depan sering menghantui diri.Adakah saya patut pilih jalan ini.Apakah saya mampu??Seringkali saya memikirkan hal ini.Kerapkali juga air mata menitis lantaran memikirkan akan ketidakpastian ini.KepadaNYA jualah diri ini berserah.Bukan kerana memikirkan soal kerjaya.Tetapi juga memikirkan akan tugas sebagai da'ie jua insan-insan yang ada dalam hidupku serta bakal hadir dalam hidupku suatu hari nanti.Bagaimana saya mampu membahagiakan mereka sedangkan diri mungkin dibebani tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi beratnya.Adakah saya mampu menghadapi semua ini.Namun kini saya sudah jelas.Nyata dengan perencanaan yang sudah Dia tetapkan.Syukur Alhamdulillah,segala yang berlaku sepanjang perjalanan hidupku selama ini ada hikmah disebaliknya.Baru saya mengerti kenapa DIA meletakkan saya dalam situasi-situasi sebegini. Moga segala yang sedang jua bakal berlaku adalah yang terbaik untuk hidupku jua keluargaku tersayang serta insan-insan yang bakal hadir dalam hidupku kelak(suami dan anak-anak).Tugas ini tidak akan menghalang diriku dari menjalankan tanggungjawabku sebagai anak yang solehah buat ibu bapa yang kusayang, kakak buat adik-adikku yang dikasihi,isteri buat suami tercinta jua ibu buat anak-anak tersayang kelak.Lantas sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini.Semoga semua ini adalah suatu ibadah kepadaNYA.insyaALLAH...
Artikel ni dipetik dari saifulislam.com (artikel yang memberi lautan kesedaran kepada diri ini..Syukran Ustaz Hasrizal @ Abu Saif)


“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.
Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.
“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.
Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.
“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.
“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.
Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.
Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.
Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.
Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.


PERSOALAN NILAI
Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.
Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.
Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT
Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.
Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.
Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

jadidoktor2.jpg
NILAI - HARGA - KORBAN
Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.
Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.
Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘�Begin With the End in Mind‘�. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.


TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN
Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.


PROVOKASI DEMI MASA DEPAN
Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.
jadidoktor3.jpg
JIKA KERJA JADI IBADAH
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ