Malam kian pekat. Saya meneruskan langkah yang semakin longlai. Perut juga menyanyi kelaparan, berperang dengan mata yang minta ditutup (nak makan vs nak tidur). Otak memang letih, setelah berjam-jam diperah dan stressmemikirkan rawatan dan tindakan pantas yang sesuai untuk pesakit yang datang bertubi-tubi ke pintuAccident & Emergency. Emosi? Susah kot nak senyum selepas habis oncall. Itu mungkin satu jihad. Oncall di bahagian Accident & Emergency sungguh memenatkan, kerana kita perlu sentiasa bersedia. Anything can walk in that door, walaupun mungkin keadaannya tidaklah se-dramatik seperti yang digambarkan dalam drama bersiri ER (Emergency Room).“Setiap amal itu bergantung kepada niat.” (Hadith riwayat Bukhari&Muslim)Kerana di situlah letaknya nilaian Allah, keredhaan Allah. Kalau kita cuma siapkan semua perkara itu seperti robot dan mesin, alangkah rugi. Dengan nawaitu yang benar, hendaknya kita akan lebih mengerti kenapa kita di sini, dan menaikkan kembali motivasi kita untuk meredah jalan yang masih panjang.
Sungguh seruan keimanan terbuka seluas-luasnya dalam kerjaya ini. Bukankah nilai sihat hanya dapat difahami oleh orang yang sakit? Maka belajarlah dari mereka yang sakit, mudah-mudahan itu akan membuka pintu hati kita untuk merendah diri bermuhasabah atas nikmat-nikmat Allah, supaya hati yang angkuh ini tunduk kepada Tuhannya dalam syukur.
Doktor tidak bekerja dengan mesin seperti engineer, bukan juga dengan dokumen-dokumen seperti setiausaha atau bekerja dengan duit seperti akauntan. Tetapi doktor bekerja dengan manusia, perhatiannya kepada manusia, ilmunya tentang manusia, menghadapi sakit peningnya, keluhannya, keluarganya,hidup matinya. Ia fardhu kifayah, dan harusnya semua itu meninggalkan kesan kepada jiwa, membawa kita lebih hampir kepada Allah. Seandainya tidak, seandainya hati ini sudah mengeras seperti batu, seandainya kita sudah menjadi lali, sudah terlalu biasa tengok orang sakit dan orang mati hingga sukar mendetikkan keinsafan, maka doalah supaya hati itu digantikan saja dengan hati yang lain!
Dalam kesibukan kita bekerja, ambil darah, mentafsir ECG, memasukkan tiub, ‘berperang’ dengan radiologist, menulis ubat, inject orang, janganlah sampai jiwa kita ini kering dari makna. Ingin saya ingatkan para doktor/medical students tentang keistimewaan sunnah Rasulullah yang sebenarnya selalu kita laksanakan, iaitu sunnah menziarahi orang sakit.“Sesungguhnya seorang Muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit akan berada di dalam kebun buah-buahan syurga sehinggalah ia pulang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
“Apabila seorang muslim itu menziarahi saudaranya yang sakit pada waktu pagi, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke petang. Dan apabila dia menziarahinya pada waktu petang, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke pagi, dan akan dikurniakan kepadanya sebuah taman di syurga.” (Hadith Riwayat Abu Dawud & Tirmidzhi)
Selain dari merawat jasad yang tidak sihat, kita juga punya tanggungjawab merawat jiwa dan ruh yang sakit. Sering terjadi, orang yang dalam kesusahan mudah untuk disentuh hatinya, untuk disuntikkan dengan mesej-mesej keimanan pada saat-saat yang sesuai . Namun ‘kerja extra’ yang tidak bergaji ini hanya akan dilaksanakan oleh doktor yang berjiwa da’ie, yang niat asalnya menjadi doktor memang untuk membawa risalah Islam. Kerjaya doktor dipilih supaya diri ini dapat menjadi agent yang menjayakan misi Islam dalam masyarakat. Ini bukan hidden agenda. Kita memang berniat menyeru manusia kepada Allah, dengan sengaja, dengan usaha. Bukan kebetulan, bukan sambilan. Saya menulis dengan terang dan jelas - kerjaya doktor ini hendaklah dijadikan alat untuk dakwah.Adalah menjadi kewajipan syarak yang dipikul golongan ulama di kalangan ummat Islam iaitu menerangkan kebenaran terhadap sekalian ummah mengenai situasi dan kesulitan sebenar yang dihadapi rakyat Gaza. Diharamkan menyembunyi hakikat tersebut, kerana Allah telah menyatakan janjinya ke atas para alim ulama, serta mengingatkan mereka dari menyembunyikannya atau bermudah dalam menjelaskannya, kerana firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah, ayat 140
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan."
Firman Allah Taala lagi, ayat 159-160
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
Penjelasan hukum dari ayat ini mengandungi perintah am ke atas yang menyembunyikan ilmu, wajib menjelaskannya.
International Fiqh Academy
Pertama, kewajipan membantu sepenuhnya penduduk Palestin dengan setiap wasilah yang dapat dicapai, maka menjadi wajib ke atas orang-orang Islam seluruhnya, menawarkan apa yang jua bentuk bantuan menurut kemampuan masing-masing. Ini adalah suruhan wajib yang jatuh di bahu setiap orang-orang Islam di mana sahaja berada, mereka adalah satu ummah yang disatukan akidah Tauhid, diikat dengan syariat dan kiblat yang satu. Dan mereka diumpamakan satu jasad, apabila sakit salah satu anggotanya, maka seluruh anggota turut merasainya (Sahih Muslim, no: 2580).
Dalam sebuah sabda baginda, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim lain. Beliau tidak boleh menzalimi dan menyusahkannya. Sesiapa yang mahu memenuhi hajat saudaranya, maka Allah pun akan berkenan memenuhi hajatnya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan kepada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan salah satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti.” (Sahih Muslim, no: 2586)
Kedua, keperluan mendesak dalam usaha membebaskan bumi yang dijajah disamping mengelak sebarang keganasan terhadap ummat Islam melalui setiap cara yang boleh dicapai, kerana situasi mereka (iaitu penduduk Palestin) ialah penjajahan berterusan regim Zionis ke atas wilayah tanah Palestin. Maka di sini, wajiblah agar kita tidak mudah melupakan kekejaman dan keganasan mereka, maka satu usaha wajib dilakukan bagi membolehkan rakyat Palestin menubuhkan sebuah negaranya yang merdeka dimana Jerusalem menjadi ibu negerinya, iaitu bermaksud membebaskan kiblat pertama, serta Masjid Mulia keTiga, serta tempat Nabi Muhammad dalam peristiwa Israk lalu dimikraj ke langit syurga.
Ketiga, satu tugas wajib terhadap kerajaan Negara Islam menggerakkan setiap usaha yang termampu dari sudut undang-undang antarabangsa, hubungan diplomatik, ekonomi dan sebagainya agar menyekat keganasan / atau permusuhan (Rejim Zionis Yahudi) dalam waktu segera. Selain menyekat sokongan luar yang diterima musuh dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan. Di samping itu, meneroka segenap percubaan untuk mengadili perbuatan penceroboh yang sewenang-wenang melakukannya dengan sikap angkuh.
Keempat, Sesungguhnya hak penduduk Palestin agar membebaskan dari penjajahan serta mempertahankan diri dengan jalan-jalan yang diizinkan, dan satu kemuliaan bagi seorang Muslim dengan ganjaran besar dari Allah apabila mati di atas jalan Allah kerana mempertahankan diri, agamanya, Negara, kemuliaan dan hartanya.



Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!





