Blogwalking :)  

Posted by Ahlia 'Ammar


Allah.. Lama rasanya tak menjenguk blog kesayangan ni. Rindu yang teramat sangat nak menarikan jemari memainkan mata pena manzahirkan rahsia sukma di pentas maya ni. Rindu... Rindu yang teramat sangat...
Alhamdulillah, sekarang sudah hampir 20 minggu usia kandungan saya. Sudah separuh perjalanan si kecil di dalam sana. Teringin nak tahu apa yang si kecil tengah buat kat dalam sekarang. Tengah main-main dengan jari jemari kot. Hehe. Teringat pernah tengok satu video ni dekat youtube dengan zauj, vid tentang perjalanan seorang bayi sepanjang 9 bulan dalam kandungan ibunya. Antara aktivitinya kat dalam sana main-main dengan tali pusat, jari, kaki, berenang. Comel je tengok. Tapi dah terlupa title vid tu,  kalau tak boleh letak link kat sini kan kan :P

Sebenarnya, sepanjang 3 bulan pertama pregnant, banyak la pengalaman pahit getir masam manis yang terpaksa ditempuhi. Sampaikan nak update blog ni pun tak mampu (err..alasan :P) InshaAllah jika mampu, teringin juga nak kongsi pengalaman yang dirasai dekat blog ni. Mana lah tahu bila dah tua2 nanti, boleh baca balik kenangan zaman muda2 ni kan, nostalgia :P

Hari ni gagahkan diri blogwalking, dah lama rasanya tak blogwalking ziarah sambil ceduk2 ilmu dari blog sahabat2 maya. Rindu sangat. Dulu rajin blogwalking tapi sekarang hanya mampu curi2 masa nak blogwalking. Kebetulan semua blog yang sempat diziarah hari ni adalah blog mereka2 yang hebat pada kaca mata saya. Serius! Saya rasa jika saya diuji macam mereka, agaknya saya tak mampu. Mereka sangat tabah dan kuat. Allah beri ujian yang amat berat namun mereka masih mampu jalani kehidupan seharian seperti biasa, masih mampu mengukir senyum bahagia walaupun jauh di dasar hati saya tahu mereka menderita.

Mereka yang saya maksudkan adalah para isteri  yang diuji kehilangan suami tika usia perkahwinan masih muda. Kakak2 ini memang sangat hebat. Bertuah kerana menjadi insan yang dipilih Allah untuk diuji dengan ujian yang seberat itu. Bayangkan hidup si isteri yang baru bergelar isteri kepada suami yang tercinta, baru mula merasa manisnya cinta dan kasih yang dicurah suami, namun semuanya hanya seketika saja. Allah jemput suami yang tercinta pulang menemuiNYA sedangkan Dia tahu si isteri amat memerlukan si suami namun Dia lebih tahu perancanganNYA itu adalah yang terbaik untuk hambaNYA. Diuji hambaNYA tanda cintaNYA.

Dah lama saya follow blog kakak2 ni. Setiap seorang antara mereka punya kisah yang berbeza namun diuji dengan ujian yang sama. Allah, tabahnya mereka... Setiap kali baca kisah2 mereka yang meruntun hati, air mata pasti mengalir membasahi pipi. Sungguh, hati saya mudah tersentuh. Kadang saya terfikir, agaknya kalau saya diuji sebegitu (na’uzubillah), saya tak mampu nak teruskan hidup. Suami saya adalah orang yang paling saya cinta setelah Allah, Rasul dan mak ayah. Bila terfikir, pantas airmata mengalir laju menidakkan fikiran saya. Kerana jauh di dasar hati, saya tidak mampu hidup tanpa dia di sisi. Dia yang merupakan teman rapat saya. Dia yang merupakan imam saya. Dia yang merupakan ayah bagi anak2 kami. Sungguh saya cintakan dia sepenuh jiwa. Cinta yang Allah titipkan dalam hati untuk dia. Cinta seorang isteri kepada suaminya. Allah.. betapa mendalamnya cinta terhadap dia. Tidak mampu saya ungkap dengan kata2. Hanya Dia saja yang tahu. Tidak terbayang rasanya apa yang kakak2 hebat itu sedang hadapi. Betapa kuatnya hati mereka, tabah menjalani dan meneruskan hidup apatah lagi terpaksa membesarkan zuriat yang ditinggalkan suami untuk dibesarkan seorang diri. Allah.... kakak2, kalian memang hebat.... Semoga Allah mengurniakan ganjaran Syurga dan dipertemukan semula di Sana kelak.

Ok, hati dah mula sebak, empangan pun dah mula nak pecah, maka dengan ini saya berundur dulu. :’)

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ