Ar-Rumaisa  

Posted by Ahlia 'Ammar in


Namanya Ar-Rumaisa bt Milhan. 
Juga dikenali sebagai Ummu Sulaym. Walaupun sebelum kedatangan Islam ke Madinah, Rumaisa sudah dikenali kerana perwatakannya yang baik, kebijaksanaannya, dihiasi pula dengan kecantikannya dan pemikirannya yang luas dan tersendiri. Tidak hairanlah kelebihannya ini mendorong sepupunya, Malik b Nadhir untuk menikahinya dan beliau kemudiannya melahirkan Anas bin Malik radiallahu anhu, seorang sahabat baginda Rasulullah yang terkenal.
Apabila cahaya Islam mula terbit, orang-orang yang sihat akal & lurus fitrahnya bersegera memeluk Islam. Umm Sulaym termasuk di kalangan orang-orang pertama dari kalangan Ansar yang menerima dakwah ini daripada Mus’ab bin Umair, utusan Rasulullah yang pertama untuk berdakwah ke Madinah. Umm Sulaym juga adalah salah seorang dari 3 wanita yang terlibat dalam Perjanjian Aqabah II.
.
Yakin
Halangan besar yang pertama buat dirinya adalah kemarahan suaminya, Malik bin Nadhir. Malik yang baru pulang dari permusafiran amat terkejut dan baran dgn keislaman Umm Sulaym. Malik berkata dengan kemarahan yang memuncak,
“Apakah engkau murtad dari agamamu?!”
Tanpa gugup Umm Sulaym menjawab, “Tidak, bahkan aku telah beriman.”
Lagi-lagi menambahkan kemarahan Malik adalah tindakan Umm Sulaym yang ketika itu juga mengajarkan anaknya, Anas untuk bersyahadah. Anas yang masih kecil itu menurut ucapan ibunya, `Ashhadualla ilahaillAllah, wa ashhaduanna Muhammadar Rasulullah.`
“Jangan engkau merosakkan dia!“ tengking Malik.
“Aku sama sekali tidak merosakkan anakku.“ tegas Umm Sulaym. Malik kemudian meninggalkannya dan diceritakan telah dibunuh oleh musuhnya tidak lama selepas itu.
Tidak mungkin seorang perempuan yang ragu-ragu, lemah dan mudah terpengaruh akan mampu untuk berdiri dengan sabar, tenang & yakin seperti Umm Sulaym di hadapan suaminya, insan yang dicintai tetapi enggan menerima seruan dakwah Islam. Keimanan yang bukan ikut-ikutan, tetapi didasari kesedaran & kefahaman.
.
Bonda mithali
Umm Sulaym kemudian menumpukan sepenuh tenaganya mendidik Anas. Dia bertekad untuk tidak berkahwin lagi, melainkan dipersetujui oleh Anas. Umm Sulaym menyerahkan Anas kepada Rasulullah saw untuk berkhidmat kpd baginda setiap masa. Beliau juga mengajar Anas supaya menjaga segala rahsia baginda, walaupun terhadap diri Umm Sulaym sendiri. Hasilnya, jadilah Anas bin Malik r.a seorang sahabat Rasulullah yang begitu arif dalam ilmu-ilmu islam dan sangat banyak meriwayat hadith. Apabila Anas pulang, beliau pasti menanyakan Anas apa yang dipelajarinya dari Rasulullah hari itu. Umm Sulaym…. pastilah dia bukan calang-calang ibu.
.
Mahar Termahal
Berita tentang Umm Sulaym yang keseorangan telah sampai ke pengetahuan Abu Talhah, seorang bangsawan kacak & hartawan, menjadi kegilaan wanita-wanita Madinah. Selain merupakan seorang yang mahir dengan kuda & pemanah yang handal, dia juga berasal dari suku yang sama dengan Umm Sulaym, Banu Najjar. Abu Talhah ingin meminang & dia begitu yakin Umm Sulaym tidak akan menolaknya.
“Lelaki sepertimu, Abu Talhah… tidak mudah untuk ditolak. Tetapi aku tidak akan berkahwin denganmu kerana engkau tidak beriman.”
Menyangka Umm Sulaym menolaknya kerana sudah menemui seseorang yang lebih kaya dan berpengaruh dari dirinya, Abu Talhah berkata,
“Apa sebenarnya yang menghalangmu dari menerimaku? Emas & perak?“
“Emas & perak?” kecewa dgn tekaan Abu Talhah, Umm Sulaym bernada sedikit sinis. “Demi Allah, jika engkau memeluk Islam, aku sudi menerimamu sebagai suamiku, tanpa sebarang emas & perak. Maharku hanyalah keislaman dirimu.”
Abu Talhah diam. Dia mengerti maksud ucapan Umm Sulaym. Fikirannya melayang mengenang berhala-berhalanya. Peluang dakwah terbuka di depan mata, Umm Sulaym meneruskan bicara,
“Tidakkah engkau perhatikan, berhalamu itu tumbuh dari bumi? Tidakkah merasa sia-sia menyembah bagian pokok, yang engkau ukir sendiri dan selebihnya engkau bakar pula untuk membuat roti? Tinggalkan kepercayaan karut itu dan jika engkau beriman kepada Allah, aku sudi menerimamu sebagai suamiku dan aku tidak mahu apa-apapun pemberian melainkan keislamanmu.”
Abu Talhah meninggalkan rumah Umm Sulaym dan berfikir sedalam-dalamnya kata-kata wanita itu. Dia tahu Umm Sulaym bukan wanita yang sengaja suka bermain merayu kemewahan. Dia kembali dengan wajah yang cerah sekali.
“Aku berada di atas apa yang engkau yakini. Ashhadualla ilahaillAllah, wa ashhaduanna Muhammadar Rasulullah!” Pernikahan mereka berlangsung dan Anas begitu senang hati. Muslimin Madinah lantas berkata, “Kami tidak pernah dengar mahar yang lebih mahal & berharga dari Umm Sulaym, kerana dia telah menjadikan Islam maharnya.“
.
Sungguh keimanan Umm Sulaym tidak dapat ditawar-menawar. Dia bukan seorang wanita yang cinta dunia & meminta kemewahan dari lelaki yang mendekatinya. Padahal ketika itu ia seorang ibu tunggal dan tidak punya apa-apa. Rupanya keteguhannya itulah yang menjadi perantara hidayah bagi Abu Talhah.
.
Sayap dakwah seorang suami
Cabaran tidak habis di situ. Ketika Abu Talhah memeluk Islam, pastilah Umm Sulaym yang lebih faham tentang Ad-Deen. Abu Talhah seorang Muallaf. Dengan keteguhan iman yang dimiliki, dia membimbing suaminya, hingga Abu Talhah menjadi seorang yang begitu taat kepada Rasulullah, salah seorang yang terlibat dalam Bai’ah Aqabah II, dermawan yang menafkahkan hartanya untuk dakwah dan menyertai kesemua peperangan besar Islam. Mampukah menjadi seperti Umm Sulaym? Isteri yang meniupkan ruh jihad dan menyuburkan iman suaminya. You don’t meet such woman everyday!
.
Isteri Mithali
Satu lagi kisah yang terkenal tentang Umm Sulaym……..
Suatu ketika Abu Talhah keluar berperang dan ketika itu anak mereka Abu Umair yang sakit meninggal dunia. Umm Sulaym berpesan kepada anggota keluarganya, Janganlah kalian menceritakan kepada Abu Talhah hingga aku sendiri yang menceritakan kepadanya.” 
Ketika Abu Thalhah kembali, Ummu Sulaim menyeka air matanya, kemudian dengan semangat menyambut suaminya. Apabila ditanya keadaan Abu Umair, dia menjawab seperti biasa, “Dia dalam keadaan tenang.” .Abu Thalhah menyangka bahwa anaknya sudah sihat, sehingga dia bergembira. Dia tidak mahu mendekat karena khuatir mengganggu ketenangannya. Kemudian Umm Sulaym bersolek lebih cantik daripada hari-hari sebelumnya dan memakai wangi-wangian, kemudian keduanya pun berbuat sebagaimana layaknya suami isteri. Tatkala di akhir malam beliau berkata kepada suaminya,
“Wahai Abu Thalhah, bagaimana pendapatmu seandainya ada suatu kaum meminjamkan barangnya kepada suatu keluarga kemudian suatu ketika mereka mengambil semula pinjaman tersebut, maka bolehkah bagi keluarga tersebut tidak mengizinkan?”
Abu Thalhah menjawab, Tentu saja tidak boleh.” 
Ummu Sulaym berkata, Sesungguhnya anakmu adalah pinjaman dari Allah dan Allah telah mengambilnya kembali, maka tabahkanlah hatimu dengan pemergian anakmu.” 
Abu Thalhah tidak kuasa menahan amarahnya. Esoknya beliau pergi menghadap Rasullah saw dan menceritakan semuanya. Rasulullah saw memuji Umm Sulaym dgn bersabda, “Semoga Allah memberi barakah kepada malam kalian berdua.” Mulai hari itulah Ummu Sulaim mengandung seorang anak yang akhirnya diberi nama Abdullah oleh Rasulullah. Seorang sahabat berkata,“Aku melihat Abdullah memiliki 7 orang anak yang kesemuanya hafiz Quran.”
.
Lihat bagaimana Ummu Sulaim melaksanakan kewajibannya terlebih dahulu, mengawal perasaannya dengan melayani suaminya di hari pertama pulang perang. Umm Sulaym yang romantik dan tenang. Tidak mungkin perilaku-perilaku terpuji itu dilakukan oleh perempuan-perempuan yang kurang “mengenal” Rabbnya! Sungguh dia boleh bersabar, memahami kepenatan suaminya, tidak langsung menceritakan hal-hal buruk yang terjadi di rumah sebaik suaminya pulang “kerja”.
.
Berani
Umm Sulaym juga tidak kalah darihal keberaniannya. Dia ikut serta dalam perang Uhud, mengubat tentera yang luka di medan, menyisipkan pisau di celahan bajunya dan turut mempertahankan Nabi di saat-saat nyawa baginda terancam. Begitu juga ketika perang Ahzab, walaupun ketika itu Umm Sulaym sedang sarat mengandung, dia siap dengan pisau, yang diniatkan untuk membunuh musuh dan sesiapa yang lari dari medan jihad. Begitulah, Ummu Sulaim memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Rasulullah saw. Baginda sering menziarahi rumah keluarga itu, kadangkala solat & tidur di sana.
.
*~*~*~*~*~*
Ah….. Rumaisa. Seandainya aku dan muslimah lain bisa meneladaninya, betapa rumahtangga kami adalah syurga! Wanita yang faham sungguh peranannya sebagai da’ie, isteri dan ibu. Dari rahim wanita seperti itulah lahir benih-benih peradaban. Umm Sulaym perempuan yang hanif dan menghanifkan, teguh dan meneguhkan, cerdas dan mencerdaskan. Da’ie yang berfikiran tajam & confident, kekasih yang istimewa, ibu mithali malah pejuang yang berani. Bukan calang-calang perempuan. Seorang sahabiyah Rasulullah yang akrab dan cemerlang dalam sirah. Selamat buatmu Rumaisa. Semoga masih ada Umm Sulaym-Umm Sulaym hari ini. Moga kita menjadi salah satunya….. Ameen.

Apa Ertinya Saya Menjadi Doktor  

Posted by Ahlia 'Ammar


** sedang mencari-cari kemana menghilangnya kekuatan jasadi dan rohani dalam menempuh perjalanan yang masih panjang dan berliku. Dengan izinNYA, bertemu dengan teratak 'Halwa Hati' yang menghidupkan kembali ruhul jihad untuk terus melangkah berjuang dan bermujahadah. InshaAllah.

** artikel ini diambil dari sana. [Halwa Hati] Semoga bermanfaat. Celik mata hati.

A&EMalam kian pekat. Saya meneruskan langkah yang semakin longlai. Perut juga menyanyi kelaparan, berperang dengan mata yang minta ditutup (nak makan vs nak tidur). Otak memang letih, setelah berjam-jam diperah dan stressmemikirkan rawatan dan tindakan pantas yang sesuai untuk pesakit yang datang bertubi-tubi ke pintuAccident & Emergency. Emosi? Susah kot nak senyum selepas habis oncall. Itu mungkin satu jihad. Oncall di bahagian Accident & Emergency sungguh memenatkan, kerana  kita perlu sentiasa bersedia. Anything can walk in that door,  walaupun mungkin keadaannya tidaklah se-dramatik seperti yang digambarkan dalam drama bersiri ER (Emergency Room).
.
Apabila kepenatan, bisa saja hilang motivasi dan lemah semangat. Hati tidaklah terlalu senang gembira melayan kerenah jururawat, selain dari ragam pesakit yang pelbagai. Tidak sedikit bilangan doktor yang sekali-sekala menyesali dan TERsebut ‘kenapalah dulu aku amik medic..’.Blaja susah, keje pun susah. Di celah-celah kesibukan dan stress doktor bekerja, atau bagi medical students yang sedang bergelumang dan hampir lemas dalam timbunan kitab-kitab medic, untuk mencari semula semangat yang hilang tidak mudah.
.
Namun, saya merasakan untuk merenung diri, mengingatkan, meluruskan dan memperbetulkan semula nawaitu dalam setiap amal adalah sangat penting.
“Setiap amal itu bergantung kepada niat.” (Hadith riwayat Bukhari&Muslim)Kerana di situlah letaknya nilaian Allah, keredhaan Allah. Kalau kita cuma siapkan semua perkara itu seperti robot dan mesin, alangkah rugi. Dengan nawaitu yang benar, hendaknya kita akan lebih mengerti kenapa kita di sini, dan menaikkan kembali motivasi kita untuk meredah jalan yang masih panjang.
.
Ingatkah kita kepada malam-malam yang hening, ketika kita bersujud panjang dan airmata kita membasahi sejadah…
Kita sangat berdoa Allah mengurniakan kita result SPM yang cemerlang, agar kita boleh meneruskan cita-cita.
Kemudian kita menyambung berharap tanpa putus kepada Allah, penuh terharu, supaya Allah izinkan kita untuk dapat pergi oversea, untuk dapat biasiswa, untuk dapat fly, dan nak sangat dapat masuk Medical School, nak sangat-sangat… dan kita solat hajat penuh syahdu memohon setiap hari.
Pada satu ketika yang lain pula, kita menangis dalam doa-doa kita, kita panjatkan tawakal kepada Allah setinggi angkasa, penuh cemas dan takut, agar Allah meluluskan kita dalam peperiksaan tahun akhir pengajian perubatan kita, agar akhirnya dapat bergelar Dr!
.
Maha Suci Allah yang telah mengabulkan kesemuanya! Janganlah kita lupa saat-saat itu, dan bersyukurlah sepanjang masa kepadaNya. Kita belajar/kerja ini untuk Allah. Lillahi Taala. Kita buat semua ini untuk Islam. Maka kita mestilah bersemangat selalu, motivated selalu, energeticselalu, dedicated selalu, dalam melaksanakan amanah Allah yang kini tersandang di bahu kita. Kerja itu ibadah. Study itu ibadah. Dan kita mahu menjadi hamba Allah yang senantiasa dalam ibadah, mahu menjadi ‘Ibadurrahman. Kan?
.
accountantSungguh seruan keimanan terbuka seluas-luasnya dalam kerjaya ini. Bukankah nilai sihat hanya dapat difahami oleh orang yang sakit? Maka belajarlah dari mereka yang sakit, mudah-mudahan itu akan membuka pintu hati kita untuk merendah diri bermuhasabah atas nikmat-nikmat Allah, supaya hati yang angkuh ini tunduk kepada Tuhannya dalam syukur.
.
doctorDoktor tidak bekerja dengan mesin seperti engineer, bukan juga dengan dokumen-dokumen seperti setiausaha atau bekerja dengan duit seperti akauntan. Tetapi doktor bekerja dengan manusia, perhatiannya kepada manusia, ilmunya tentang manusia, menghadapi sakit peningnya, keluhannya, keluarganya,hidup matinya. Ia fardhu kifayah, dan harusnya semua itu meninggalkan kesan kepada jiwa, membawa kita lebih hampir kepada Allah. Seandainya tidak, seandainya hati ini sudah mengeras seperti batu, seandainya kita sudah menjadi lali, sudah terlalu biasa tengok orang sakit dan orang mati hingga sukar mendetikkan keinsafan, maka doalah supaya hati itu digantikan saja dengan hati yang lain!
..
ECGDalam kesibukan kita bekerja, ambil darah, mentafsir ECG, memasukkan tiub, ‘berperang’ dengan radiologist, menulis ubat, inject orang, janganlah sampai jiwa kita ini kering dari makna. Ingin saya ingatkan para doktor/medical students tentang keistimewaan sunnah Rasulullah yang  sebenarnya selalu kita laksanakan, iaitu sunnah menziarahi orang sakit.
Sesungguhnya seorang Muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit akan berada di dalam kebun buah-buahan syurga sehinggalah ia pulang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a.:
“Apabila seorang muslim itu menziarahi saudaranya yang sakit pada waktu pagi, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke petang. Dan apabila dia menziarahinya pada waktu petang, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke pagi, dan akan dikurniakan kepadanya sebuah taman di syurga.” (Hadith Riwayat Abu Dawud & Tirmidzhi)
..
hatiSelain dari merawat jasad yang tidak sihat, kita juga punya tanggungjawab merawat jiwa dan ruh yang sakit. Sering terjadi, orang yang dalam kesusahan mudah untuk disentuh hatinya, untuk disuntikkan dengan mesej-mesej keimanan pada saat-saat yang sesuai . Namun ‘kerja extra’ yang tidak bergaji ini hanya akan dilaksanakan oleh doktor yang berjiwa da’ie, yang niat asalnya menjadi doktor memang untuk membawa risalah Islam. Kerjaya doktor dipilih supaya diri ini dapat menjadi agent yang menjayakan misi Islam dalam masyarakat. Ini bukan hidden agenda. Kita memang berniat menyeru manusia kepada Allah, dengan sengaja, dengan usaha. Bukan kebetulan, bukan sambilan. Saya menulis dengan terang dan jelas - kerjaya doktor ini hendaklah dijadikan alat untuk dakwah.
.
Kesimpulannya, bestkan kerja doktor ni? Bersemangatlah! Kerjaya ini banyak sahamnya di akhirat…huhu… kalau ikhlas.

Majmak Fiqh isu Ghazzah  

Posted by Ahlia 'Ammar

Adalah menjadi kewajipan syarak yang dipikul golongan ulama di kalangan ummat Islam iaitu menerangkan kebenaran terhadap sekalian ummah mengenai situasi dan kesulitan sebenar yang dihadapi rakyat Gaza. Diharamkan menyembunyi hakikat tersebut, kerana Allah telah menyatakan janjinya ke atas para alim ulama, serta mengingatkan mereka dari menyembunyikannya atau bermudah dalam menjelaskannya, kerana firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah, ayat 140


"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan."

Firman Allah Taala lagi, ayat 159-160

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

Penjelasan hukum dari ayat ini mengandungi perintah am ke atas yang menyembunyikan ilmu, wajib menjelaskannya. 

International Fiqh Academy

Pertama, kewajipan membantu sepenuhnya penduduk Palestin dengan setiap wasilah yang dapat dicapai, maka menjadi wajib ke atas orang-orang Islam seluruhnya, menawarkan apa yang jua bentuk bantuan menurut kemampuan masing-masing. Ini adalah suruhan wajib yang jatuh di bahu setiap orang-orang Islam di mana sahaja berada, mereka adalah satu ummah yang disatukan akidah Tauhid, diikat dengan syariat dan kiblat yang satu. Dan mereka diumpamakan satu jasad, apabila sakit salah satu anggotanya, maka seluruh anggota turut merasainya (Sahih Muslim, no: 2580). 

Dalam sebuah sabda baginda, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim lain. Beliau tidak boleh menzalimi dan menyusahkannya. Sesiapa yang mahu memenuhi hajat saudaranya, maka Allah pun akan berkenan memenuhi hajatnya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan kepada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan salah satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti.” (Sahih Muslim, no: 2586)

Kedua, keperluan mendesak dalam usaha membebaskan bumi yang dijajah disamping mengelak sebarang keganasan terhadap ummat Islam melalui setiap cara yang boleh dicapai, kerana situasi mereka (iaitu penduduk Palestin) ialah penjajahan berterusan regim Zionis ke atas wilayah tanah Palestin. Maka di sini, wajiblah agar kita tidak mudah melupakan kekejaman dan keganasan mereka, maka satu usaha wajib dilakukan bagi membolehkan rakyat Palestin menubuhkan sebuah negaranya yang merdeka dimana Jerusalem menjadi ibu negerinya, iaitu bermaksud membebaskan kiblat pertama, serta Masjid Mulia keTiga, serta tempat Nabi Muhammad dalam peristiwa Israk lalu dimikraj ke langit syurga.

Ketiga, satu tugas wajib terhadap kerajaan Negara Islam menggerakkan setiap usaha yang termampu dari sudut undang-undang antarabangsa, hubungan diplomatik, ekonomi dan sebagainya agar menyekat keganasan / atau permusuhan (Rejim Zionis Yahudi) dalam waktu segera. Selain menyekat sokongan luar yang diterima musuh dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan. Di samping itu, meneroka segenap percubaan untuk mengadili perbuatan penceroboh yang sewenang-wenang melakukannya dengan sikap angkuh. 

Keempat, Sesungguhnya hak penduduk Palestin agar membebaskan dari penjajahan serta mempertahankan diri dengan jalan-jalan yang diizinkan, dan satu kemuliaan bagi seorang Muslim dengan ganjaran besar dari Allah apabila mati di atas jalan Allah kerana mempertahankan diri, agamanya, Negara, kemuliaan dan hartanya.

Inzar Ma'an. Mati itu Pasti.  

Posted by Ahlia 'Ammar

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat...

Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.

yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah lori.

Dan darahku membasahi jalan..


******************************************************************************


Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat sesak menghimpit dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....



Abang!! Bukakan mataku!!

Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta?

Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara tu?

Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

*******************************************************************************


"Yassin.......".  

Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.


"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.

"Panas,dahaga,haus,panas........".

tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek............".


Mari cu... ikut nenek..
"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,
kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".

''Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah.......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......".
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".

manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".

Cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.

AKULAH SAKARATUL MAUT!!!

Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!

Tubuhku seakan ditarik dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".
 Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.


Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. 

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.

rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.

Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.


"Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".

"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu.....malu......!!!!!!".


Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.

Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.  

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!


“Memadailah Kematian Sebagai Nasihat” Wallahualam.. 



* dipetik dari facebook

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ