cebisan memori  

Posted by Ahlia 'Ammar in ,

Bismillahirrahmanirrahim Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW Alhamdulillah, baru saja usia melihat result block 4. Hanya lafaz setinggi kesyukuran yang mampu diungkapkan. Selesai sudah perjuangan di tahun satu. 4 tahun masih lagi menanti di hadapan. InshaALLAH.. Sekilas perjalanan hidup sebagai tholibah kulliyyah at-tibb. Satu tahun pembelajaran yang memenatkan. Namun disulami dengan segala macam suka duka menghiasi tabir kehidupan. Moga perjalanan ini dalam redhaNya. Masih lagi segar di ingatan ketika mendapat ‘offer letter’ meneruskan pengajian dalam jurusan perubatan. Hati berbelah bagi. Antara terima ataupun tidak. Antara minat dan keluarga. Harapan ummi dan abi ingin sekali melihat salah seorang anaknya menjadi doctor. Namun lain pula kata hati. Minat diri tidak menjurus ke arah itu. Keputusan akhir diambil. Teruskan saja. “ Kalau orang lain boleh berjaya, takkan aku tak boleh. Cuba dulu. Moga pertolonganNya sentiasa mengiringi. insyaALLAH..” Dibulatkan tekad hati. Ingin menjadi penawar bukan saja kepada jasadi malah rohani. Doktor yang mampu merawat luaran dan dalam masa yang sama mampu memberi syifa’ kepada qalbun. Teringat kata-kata hikmah zaujah muallim yang pernah mengajarku suatu ketika dahulu. “Jadi doctor ni bagus. Bila nak berdakwah senang. Orang mudah nak terima sebab orang dengar cakap doctor ni. Ada kawan makcik dia ni doctor. Pesakit dia datang jumpa dia bukan setakat nak ubat luaran tapi nakkan juga penawar dalaman..” Kata-kata itu digenggam erat. Moga dengan pertolongan dariNya, diriku mampu begitu. Dengan izinNya, ujian pertama menimpa tatkala diri baru ingin menyesuaikan diri. Fail exam yang pertama terus mematahkan semangat yang baru ingin dibina. Terasa tidak layak untuk bersama teman-teman lain. Dilema dalam diri. Mahu diteruskan ataupun tidak. Kemudian, bertemu dengan Dr. Azarisman. Diberi pilihan samada mahu meneruskan perjuangan atau tukar ke jurusan lain. Doctor bagi tempoh beberapa minggu. Pulang ke bilik, segera menghubungi ummi dan abi. Abi hanya menyerahkan segalanya kepadaku. Abi tidak akan menghalang kehendakku. Abi sokong saja. Jauh dalam hati, aku tahu abi mahu diriku kekal dalam jurusan ini. Sahabat-sahabat turut berterusan memberi semangat. Langkah diteruskan. Membina kembali semangat yang kian menghilang. Meraih kembali ruhul jihad agar perjuangan ini tidak mati. “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya..” ( Al-Baqarah : 216) Block-block seterusnya, Alhamdulillah. Berkat pertolongan dan kasih sayangNya, langkah diatur dengan kemas. Walaupun kadang tersadung, jatuh dan bangun namun kesemuanya sudah menjadi alah. Dalam berjuang mustahil sekali jika tidak ada mehnah yang merintangi. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta." (Al-Ankabut : 2-3) Kembara ini diteruskan. Selesai sudah satu tahun. Berbaki 4 tahun. Mehnah yang bakal mendatangi kelak moga dengan izinNya, dapat diterima dengan tabah dan sabar. Perjalanan ini masih lagi jauh. Selagi maut belum menjemput, selagi itu perlu berjuang. Perjuangan menegakkan ad-deenul haq. Kerana pasti ISLAM akan tertegak suatu hari nanti. Itulah janjiNya. Secebis memori sepanjang kembara ini sebagai bekalan ke dunia sana. Moga segala yang baik-baik itu menjadi asbab ke SyurgaNya. Terus melangkah dan melangkah.. Akhir kalam, wassalam.. p/s: kawan2, chaiyok2!! Moga jadi muslim dan mukmin professional! ^_^ Cebisan memori, Ummu ‘Iffah

Cubaan Pertama  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah, masih lagi bernyawa hingga saat ini. Masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam. ‘Ala kulli hal, Alhamdulillah. Segala puji selayaknya hanya untuk Dia.

Hari ni berpeluang menyediakan kek batik buat keluarga tercinta. Cubaan pertama. Walaupun rupanya tidaklah seelok mana tapi Alhamdulillah rasanya tetap ada. Kalau tak menjadi langsung tu memang parah la kan. Hehe..

Bagi yang ingin mencuba, bolehlah cuba resepi ini. Rasanya memang umphh.

Bahan-bahan

1 butter cup

2 packet biskut Marie

1 tin susu cair/susu sejat

1 tin susu pekat manis

½ cawan serbuk koko + 1 cawan milo + 1 sudu nescafe + 1 cawan air panas

1 cawan nestum

Cara-cara

1. Patahkan biskut kepada dua.

2. Buka tin kedua-dua jenis susu.

3. Panaskan kuali dan masukkan buttercup.

4. Kacau, biar buttercup cair tetapi bukan berminyak.

5. Masukkan campuran koko milo, susu pekat dan susu cair. Kacau rata dan masukkan nestum.

6. Bila mendidih masukkan biskut marie. Kacau rata dan tutup api.

7. Masukkan dalam bekas kek dan tekan dengan senduk biar rata.

8. Sejukkan.

credit to google

Senang saja kan? Perlu diingatkan disini bahawa blog ini bukanlah blog resepi @ masakan. Akan tetapi entri ini hanyalah sekadar ‘sharing’ semata. Dan juga disebabkan kekeringan idea untuk menulis hari ini. Jadi, kongsi resepi pun cukuplah kan daripada tak kongsi apa-apa langsung. (Azam baru, update blog tetiap hari. Padahal dah tengah tahun dah pun.huhu..) Ilmu itu luas, tidak hanya berkisar kepada permasalah ummah saja. Memasak pun perlukan ilmu. Kalau tidak ada ilmu memasak, tunggang langgang lah dapur gamaknya.huhu..

Yang menulis@manaip,

Ummu ‘Iffah

Sekitar Pelancaran IKRAM  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahirrahmanirrahim Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah, masih lagi diberi keizinan olehNya untuk terus bermusafir di atas muka bumi singgahan sementara ini. Masih lagi diberi quwwah untuk terus menggenggam takhlifat khalifahNya dan hambaNya yang hina. Masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam hingga saat ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji selayaknya hanya untuk Dia.

Kembara seorang musafir diteruskan lagi. Kali ini berpeluang menghadiri majlis pelancaran penubuhan IKRAM bertempat di MIECC, Seri Kembangan 20 Jun 2010 bersamaan 8 Rejab 1431H. Bertemakan ‘ukhuwwah teras kegemilangan’, pelancaran yang julung-julung kalinya itu mendapat sambutan yang hebat. Dengan kehadiran lebih 5000 orang perwakilan dari setiap negeri memenuhi setiap inci ruangan dewan.

Sedikit tentang IKRAM. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia dengan motonya “Ukhuwwah Teras Kegemilangan”. Walaupun Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merupakan satu nama baru dalam persada negara, tetapi keahliannya merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Ia menggabungkan kematangan orang berpengalaman dengan ketangkasan orang muda untuk melangsungkan misi penghayatan Islam secara syumul dan syamil.

Walaupun telah muncul lagi satu gerakan dakwah yang bermatlamat sama seperti apa yang diperjuangkan oleh gerakan-gerakan yang sedia ada, setiap jiwa yang memahami apa itu sebuah perjuangan seharusnya menerimanya dengan terbuka. Jauhilah persengketaan atau segala macam sifat mazmumah yang seumpamanya. Setiap antara kita perlu berganding bahu demi memastikan kemaslahatan Islam sendiri. Tuntasnya, walaupun wasilah yang digunakan berbeza, kita tetap bermatlamat yang sama dibawah naungan Tuhan yang sama, di bawah langitNya, diatas bumiNya yang kesemuanya sama. Paling utama, berpaksikan aqidah yang sama. Namun begitu, saya bukanlah orangnya yang ahli dalam membicarakan akan hal ini. Wallahu’alam..

P/s : buat teman-teman seperjuangan sejak dari pusat asasi, saya masih bersama kalian.

Sekitar Pelancaran IKRAM

Ribuan yang hadir

Ust Hasanuddin (sukarelawan misi LifeLine4Gaza)

Tokoh agung. Sheikh Ahmad Ar-Rashid. Pengarang buku Muntolaq.

Tetamu dari luar. Sheikh Muntolaq(kanan) bersama wakil Palestin (kiri)

Lambaian seorang pejuang

Kumpulan Saff-one ketika menasyidkan lagu tema IKRAM

Barisan pimpinan

Tetamu VIP

Ustzh Khadijah bersama teman-temannya

*credit to maktabahhadith.blogspot.com

sanah helwa ummiku sayang!  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat iman dan islam hingga saat ini. 15 jun lalu merupakan ulangtahun hari lahir ummi tersayang. Genap sudah usia ummi 46 tahun. Kebetulan 15 jun itu, baru sahaja selesai kertas terakhir ‘end block examination’. Lantas, perancangan disusun sebaik saja tiba ke kampung halaman. Bersama dengan seorang teman, kami tiba di terminal bas lewat pagi itu. Hari yang sama, bergegas mencari kedai yang menjual kek sementara menanti ketibaan ayah datang menjemput pulang ke rumah. Susah benar nak cari kedai kek di situ. Terpaksa berjalan kaki hampir 2 km ( betol ker?huhu..tak kisah la) baru ketemu sebuah kedai kek. Kecik jer kedainya. Pilihan kek pun tidaklah sebanyak mana. Segera memilih sebiji kek coklat lantaran mengejar waktu. Dengan tidak malunya laju saja meminta pekerja di situ tuliskan ucapan di atas kek itu. Dan siap!

Sanah helwa ya ummi mahbubah!

Sayang mak sangat2!

Ini gambar ummi saya yang cantik dan comey. Sebab itu anak-anak ikut muka ummi dan abi yang cantik dan hensem. :D

anakmu yg nakal,

kakak :)

perginya husnul khatimah..insyaALLAH..  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahirrahmanirrahim.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat olehNya untuk terus menghirup udara di atas muka bumi tempat persinggahan sementara ini. Masih lagi dikurniakan nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam. Alhamdulillah. Idea untuk menulis kali ini timbul apabila terkenangkan arwah adik junior yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah 16 jun lalu. Masih lagi terngiang-ngiang suaranya tika dirinya tinggal berhadapan dengan bilikku ketika di pusat asasi. Orangnya sangat periang. Gemar sekali mengusik teman-temannya. Dialah orangnya yang kerapkali menghidupkan suasana dengan gurauan yang pasti tidak kering dek gusi saat bersamanya. Masih lagi segar di ingatan dua tahun yang lalu menerima SMS darinya meminta sekeping gambar untuk simpanannya. Sengaja diri ini tidak segera memenuhi permintaannya lantaran ketika itu cuti semester. Sengaja ditunggu sehingga pulang semula ke asrama, baru akan dipenuhi permintaannya. Tawaku pecah saat membaca mesejnya yang akan menuntut janjiku itu. “nanti ‘gigi biru’ ye kak.owg tuntut nnt..” Pulang sahaja ke kampus, sengaja diriku mendiamkan sahaja akan hal itu. Berharap dia sudah terlupa. Tetapi tidak. Terkejut diriku saat disergah olehnya ketika sedang khusyuk menonton tv di ruangan tv. Mahu tidak mahu, terpaksa juga kupenuhi permintaannya. Hehe.. memang tak boleh lari darinya. Kami kerap solat berjemaah bersama di surau level 2. Tiap kali masuknya waktu solat, masing-masing saling tolak-menolak menyuruh mengimami solat. Hehe..last2 yantie jugak yang jadi imam. Kami semua menjadi makmum. Ada suatu masa, sengaja diriku melewatkan diri ke surau saat ternampak dirinya sudah bergerak ke surau. Dengan harapan dapat berimamkan dia. Hehe..menjadi jugak planku itu. Usai saja solat, mulalah sesi usik-mengusik, peril-memperli ( manja2 saja.hehe..) sambil beriringan ke bilik kami yang berhadapan. Itulah dirinya. Seorang yang sangat periang, ceria, penghibur suasana. Perkenalan kami hanyalah singkat. Dirinya kukenal sebagai seorang adik yang tinggal berhadapan dengan bilikku. Kami tidaklah serapat mana. Cuma biasa-biasa saja. Tetapi kenangan dengannya masih segar di ingatan. Dua semester tinggal se‘level’, sudah kenal benar akan sikapnya. Setahun di main campus, sebarang khabar berita sudah tidak sampai ke pengetahuanku. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Sehinggalah suatu hari, terbaca status teman rapatnya di facebook mengatakan dirinya kemalangan. Terkejut juga saat mengetahui akan hal itu. Namun, apa yang berada di fikiranku dia mungkin kemalangan biasa-biasa sahaja. Segera berdoa moga dirinya tidak apa-apa dan cepat sembuh. Pagi 16 jun, satu sms diterima daripada temanku Elina menyatakan bahawa dia sudah tiada. Tersentak diriku saat itu. Hanya Allah yang tahu. Tidak sangka dia pergi dahulu. Air mataku menitis mengenangkan dirinya yang sudah pergi. Sedang perjalanan diriku masih jauh, tidak diketahui bila akan tiba ke penghujungnya. Allahu Allah.. Beberapa hari kemudian, blog teman-teman rapatnya ada menceritakan peristiwa yang berlaku sepanjang dirinya di hospital. Tidak kusangka keadaannya yang sedahsyat itu. Dia koma. Tengkorak kepalanya retak. Wajahnya dipenuhi wayar-wayar. Lebam –lebam sana-sini. Jika diikutkan ilmu perubatan, sekiranya kecederaan melibatkan kepala dan organ dalamannya (otak), peluang untuk hidup sangat tipis. Ini kerana, otak merupakan pusat yang mengawal seluruh system di dalam badan termasuk system pernafasan. Akan tetapi, tidak ada mustahilnya sekiranya dengan izin Allah, peluang untuk hidup itu tinggi. Akan tetapi, Allah sangat sayangkan hambaNya itu, Dia rindukan hambaNya itu hinggakan Dia tidak sanggup membiarkan hambaNya itu menderita menanggung kesakitan itu. InsyaAllah, dia pergi dalam husnul khatimah. Bertuah sungguh dirinya menjadi tetamu Allah dalam bulan yang mulia ini. Adikku, ganjaranNya menanti dirimu disana. Setelah apa yang kau perjuangkan di sini, akan mendapat ganjaran yang setimpal dariNya. Berbahagialah dirimu di sana bersama ibumu. Akak tahu, dirimu seorang yang sangat hebat. Kau perjuangkan agamaNya dengan sebenar-benar perjuangan. Dirimu yang senantisa berusaha mengejar kebaikan, mengamalkan apa yang kau kutip sepanjang kembaramu di dunia yang singkat ini. Langkahmu sudah selesai. Rehatlah di alam sana adikku. Perjuanganmu akan kami teruskan. Moga dengan izinNya kita bersua di SyurgaNya kelak adikku. InsyaAllah.. Al-Fatihah.. nota hati, seorang teman

langkah bermula  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah. Sudah lama jari-jemari ini tidak menari di papan kekunci. Merehatkan diri untuk suatu jangka waktu yang lama. 5 bulan lamanya! Ditambah pula ketiadaan 'mood' untuk ber'blogging'. Juga disebabkan terlupa password blog ini. haihh, cuai betul! Alhamdulillah, dengan tiba-tiba, kembali bersemangat untuk meneruskan niat awal terjun ke dunia blogger ini. Ditambah pula password blog ini yang sudah kembali ke dalam ingatan. Niat di hati pada awalnya nak jadikan blog sebagai salah sebuah medium untuk berdakwah. Akan tetapi, atas kesibukan mengejar silibus ditambah dengan mini research yang perlu disiapkan dalam tempoh lima minggu menjadi asbab utama untuk 'melarikan diri' dari berdakwah. Astaghfirullahal'azim.. Alfu syukran diucapkan kepada pemilik teratak haruman mawar kerana melalui blog anti, diri ini mendapat kembali quwwah untuk meneruskan kembara yang masih panjang ini. Setiap coretan anti membekas di hati. Meraih kembali semangat yang kian menghilang. Menyubur ruhul jihad yang mulai pudar. Kini kembali berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan Baginda. Menjadi jillul penyambung rantaian da’wah yang Baginda tinggalkan untuk kita teruskan. Alhamdulillah,segala puji hanya kepadaNya. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Jauh sudah perjalanan kita. Merentasi 3 alam. Bermula dengan alam roh yang penuh dengan misteri jua rahsia yang hanya dalam pengetahun Sang Khaliq. Disusuli pula dengan alam rahim di mana kita semua ditatang dengan limpahan kasih sayang dari wanita mulia yang bergelar ibu. Pastinya kita tidak mengetahui kondisi ketika mana kita berada di alam tersebut, namun wanita mulia itu mampu merasainya. Setiap tendangan dari kaki kecil yang membentuk ombakan pada permukaan perut sang ibu mengundang bahagia di hatinya. Tika tiada pergerakan aktif dari sang anak mengundang resah sang ibu. Terhibur hati tika membaca kerisauan hati ummi , seorang ibu muda yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Tersenyum membayangkan betapa bahagianya dirinya yang bakal bergelar ummi, bakal menjadi murabbiah kepada sang anak. Diri ini bila lagi? Wallahu'alam.. Seterusnya, pengembaraan ke alam dunia. Pentas bermacam lakonan dari pelbagai watak yang semestinya mempunyai bermacam jenis ragam. Alam ini jambatan ke alam yang seterusnya yakni alam barzakh sementara menanti perbicaraan agung di padang mahsyar kelak. Subhanallah, bergetar hati apabila mengenangkan diri yang bakal mengadap Allah saat perbicaraan bermula. Mahkamah akhirat yang bakal menentukan taqdir yang abadi, tidak bisa diubah lagi. SyurgaNya atau NerakaNya? Allah..Allah..sudah cukupkah bekal yang kita kumpul selama ini. Bekal yang bakal dibawa untuk mengadap Dia kelak. Segala amalan yang bakal menjadi saksi atas setiap satu perbuatan kita selama kita bergelar hambaNya di atas muka bumi ini. Adakah segala amalan kita selama ini diterimaNya ataupun hanya sia semata. Wal iyazubillah..tepuk dada tanya iman.

Hidup ini bagaikan roda yang senantiasa berputar seirang dengan perjalanan waktu yang kian hari kian menghampiri penamatnya. Perjalanan yang teramat jauh. Makin banyak pengalaman yang dikutip tika bertatih menelusuri kembara yang teramat panjang ini. Banyak sudah duri jua ranjau yang merintangi kembara ini. Hingga suatu tika,diri ini rebah dalam perjalanan. Dikelilingi duri yang teramat tajam penuh bisa. Hanya air mata yang mampu dihamburkan menangisi akan kekhilafan pada diri. Jasad yang kotor terpalit lumpur-lumpur dosa. Qalbu yang kian dilitupi warna kegelapan menutupi gemerlap cahayanya. Kini kian suram, kelam. Aduhai, jiwaku yang meronta-ronta minta dilepaskan dari segala cengkaman kemungkaran, terjahlah pintu kejahilan ini! Teroboslah dinding kekhilafan yang kian menebal mendindingi setiap inci dalam qalbu. Ayuh jiwaku! Kutahu kamu kental! Mujahadahlah!

Nota hati, Ummu 'Iffah

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ