Treat the Cause, not the Symptom!  

Posted by Ahlia 'Ammar

Treat the cause, not just the symptoms.

Ia antara konsep asas dalam bidang perubatan. Semua doktor telah ditekankan, dididik sejak awal untuk memahaminya.
.
Jikalau seseorang mengadu sakit dada, maka sudah tentulah tidak memadai dengan memberinya ubat tahan sakit sahaja hingga pesakit itu boleh senyum semula, kemudian menghantarnya pulang. Itu perbuatan doktor tidak bertauliah (akan disembelih oleh Consultant semasa ward round!). Tidak mustahil pesakit itu akan kembali dengan keadaan yang lebih teruk, sakit yang berganda atau mungkin sudah terlewat untuk diselamatkan. Tidak dapat tidak, mestilah disiasat punca kesakitannya – adakah disebabkan oleh masalah jantung(cardiac), atau masalah paru-paru/pernafasan (respiratory), atau berpunca dari tulang/otot di dadanya (musculoskeletal).
.
Untuk mengenalpasti punca, memerlukan pemerincian, kesabaran, kefahaman, cara dan pendekatan yang tepat lagi berhikmah.  Dalam senyuman, doktor itu harus bijak dan peka… ‘membaca’ kerutan di dahi, titisan peluh, gerak-geri, susunan bantal, posisi, pucatnya wajah, panjang pendeknya nafas dan pelbagai lagi perkara yang tidak terucap di bibir pesakit, juga tidak tercerita oleh keluarga. Kita doktor tidak boleh hentam keromo. Jika tidak, kita sepertinya tikus membaiki labu! Apapun, tanggungjawab adalah kewajipan. Tugas adalah amanah. Tenang atau takut, kita mesti berikhtiar sehabisnya. Kita tidak boleh lari lepas tangan. Kalau tak tahu, wajiblah bertanya, minta bantuan dari yang lebih pakar. Allah sedang memerhati usaha kita.
.
Seperti itu jugalah…
Arena dakwah kita yang berdepan dengan masalah umat dan isu-isu dalam masyarakat. Kalau kita baca berita-berita Malaysia mahupun berita dunia, kita jadi serabut dan pening kepala. Kenapalah ada guru merogol pelajar? Kenapa pemuda 15 tahun membunuh yang 13 tahun? Baru-baru ini wujud pula parti yang tanpa segan-silu terang-terangan mengaku sekular. Terasa manusia hari ini semakin gila dan tiada pedoman. Namun bukan kita untuk menuding jari. Kita sebagai intelek muda Muslim yang mempunyai pemikiran dan kesedaran Islam, mesti bijak dan peka, memerhati dan ‘membaca’ dengan neraca Islam. Yang mana teraju, yang mana mangsa keadaan.Yang mana punca, yang mana kesan.
….
Sekiranya ada sahabat yang tidak menutup aurat, barangkali bukan kain tudung dan fesyen yang menjadi soal, bukan sebab cuaca panas, bukan sebab tidak sesuai dengan majlis. Sebenarnya ia soal iman, kefahaman, keyakinan, isu identiti diri dan jatidiri muslim. Menambah fesyen-fesyen dan jenis-jenis kain tudung serta jubah yang cantik, bergaya dan lebih menawan di pasaran bukan satu solusi konkrit. Ia seolah melayan memberi ubat tahan sakit sahaja, kepada pesakit tadi, tanpa mengetahui apatah lagi merawat punca asal penyakit. Benar, semua ini adalah galakan untuk berpakaian lebih sopan, namun masalah masih belum selesai. Jika tiada usaha menanam dan meningkatkan kefahaman tentang hakikat konsep hijab, arus busana muslimah ini akan tercemar dengan perkara-perkara yang tidak sejahtera dan tidak soleh, atau lebih tidak kita ingini, sekadar berlalu pergi seperti mana arus fesyen lain.
.
Saat tanahair yang tercinta dihadapkan dengan krisis buang bayi dan pergaulan bebas, pengedaran kondom percuma yang kononnya untuk mencegah AIDS dan anak luar nikah oleh sesetengah pihak adalah umpama tikus membaiki labu. Pembinaan sekolah khas dan rumah kebajikan untuk ibu mengandung luar nikah adalah satu usaha, tapi ia adalah jangka pendek. Ia ikhtiar murni untuk menampung akibat kerosakan yang telah melanda. Barangkali yang tidak cukup ialah perasaan malu kerana taqwa dari awal, malu untuk berpakaian tidak soleh, malu dengan yang berlainan jantina, malu kalau tidak berakhlak, malu pada manusia dan malu pada Allah... bukan sekadar malu masuk kamera kemudiannya.
.
Kalau pemuda-pemudi yang pandai akademik jurusan itu dan ini, tapi cacat akhlaknya dan amalnya, maka kita harus mengerti bahawa ada title Ustazah bukan jaminan dia mesti solehah. Ada title Dr tidak gerenti dia mesti sihat. Ada title Cikgu tidak bermakna dia pandai didik anak. Kita mesti faham, untuk tidak menuding jari menyalahkan gelarannya sesuka hati. Isunya bukanlah tidak tahu atau tidak cukup ilmu, tapi mungkin tidak faham dan tidak sedar. Itu semua berbeza.
.
Kalau ada muslim yang sudah mengamalkan ibadah asas islamnya, tetapi dia tidak bergerak berdakwah, tidak fikir tentang kesejahteraan iman orang lain, mungkinkah kerana belum merasa kepentingan dakwah? belum mengimani tanggungjawab? tiada kekuatan? tidak semangat? tidak reti? tidak ada sokongan?
.
Kesemuanya adalah kemungkinan yang memerlukan perhatian, pemerincian, kesabaran, cara dan pendekatan yang tepat lagi berhikmah. Apapun, bukan kita untuk cepat melatah. Bukan kita untuk berundur, apatah lagi berputus-asa. Walaupun perit, kita tidak boleh lari, seperti mana seorang doktor yang tidak boleh lari dari pesakitnya. Kerana dia Doktor. Seperti itulah kita tidak boleh lari dari masalah umat kita sendiri. Kerana kita Muslim. Benar, kerja dakwah ini tidak seperti kerja doktor. Tiada orang bayar gaji. Kalau lepas tangan, tidak ada orang saman. Kalau cuai, tidak ada orang mati. Namun yang bakal menanggung akibatnya adalah diri kita sendiri, kaum kita, generasi kita, zuriat kita dan umat kita. Mati bukanlah perkara terburuk. Lebih teruk lagi ialah manusia hidup yang sesat dan rosak, tenggelam dalam lautan keingkaran kepada Allah. Dan kita sebagai Muslim bertanggungjawab ke atas mereka.
.
Treat the cause, not the symptoms.
There is no point of just mopping the wet floor, but leave the roof leaking.
.
Ya Allah, tunjukkanlah kami kebenaran, dan berilah kami rezeki untuk mengikuti kebenaran itu.


Ibu Muda  

Posted by Ahlia 'Ammar

Lina Medina. Cantik kan namanya? Namun, siapa tahu dia pernah mencipta rekod yang pada akal waras manusia biasa adalah sangat mustahil. Namun, kuasa Allah siapa tahu. Segalanya sudah tersurat dengan penuh atur tanpa cela setiap ketentuan dan percaturanNYA adalah yang terbaik buat hambaNYA.

Kisah ini pertama kali saya dengar ketika dalam kelas sewaktu belajar topic ‘disorder of menstrual cycle’.  Rata-rata sahabat dalam kelas turut sama terkejut dan simpati mendengarkan kisah yang diceritakan oleh doctor.

Lina Medina merupakan ibu paling muda yang direkod di dalam sejarah. Namanya tercatat sebagai ‘the youngest mother’ di dalam World Book of Record. Sehingga hari ini tiada lagi yang berjaya memecah rekod ibu muda ini. Agak-agak berapa umur dia ya?

Dilahirkan di Ticrapo Peru, Medina dibawa oleh kedua ibu bapanya ke hospital pada umur 5 tahun atas sebab penambahan bentuk fizikal yang kian tampak berisi. Pada mulanya, doctor hanya mengesyaki di dalam perutnya yang besar itu terdapat tumor, namun kemudian doctor mengesahkan bahawa Lina yang berusia 5 tahun itu sedang sarat mengandung 7 bulan! 

Dr. Gerardo Lozada membawanya ke Lima, Peru untuk mendapatkan pengesahan daripada pakar-pakar yang lain tentang kes itu. Sebulan setengah kemudian, Lina selamat melahirkan seorang bayi lelaki  seberat 2.7kg melalui pembedahan ‘ceasarean section’ dan bayinya diberi nama Gerardo bersempena doctor yang merawatnya.

Antara rekod lain yang dicatat, Lina mula akil baligh (menarche) seawal usia 8 bulan atau dalam catatan lain 2 ½ tahun. Dan seawal usia 4 tahun juga, dia sudah mempunyai perkembangan fizikal seperti remaja perempuan yang lain. Pada usia 5 tahun, Lina turut mengalami ‘pelvic widening’  dan pertumbuhan tulang yang cepat.

Anaknya, Gerardo menyangka bahawa Lina merupakan kakaknya. Pada usia 10 tahun, dia diberitahu bahawa Lina adalah ibunya. Gerardo membesar dengan sihat namun meninggal dunia pada usia 40 tahun. [Doctor cakap sebab sewaktu Lina mengandung, doctor terpaksa menggunakan x-ray untuk mengesahkan kehamilan itu dan effectnya adalah kepada baby, sebab terdedah kepada sinaran radioactive]

Namun, sehingga kini Lina tidak pernah mendedahkan siapakah bapa kepada anaknya itu. Ayahnya pernah ditahan kerana disyaki merogolnya namun kemudiannya dilepaskan atas sebab kekurangan bahan bukti. Dan siapa bapa sebenar kepada bayinya kekal misteri hingga ke hari ini.

Lina bersama Dr. Gerardo dan anaknya berusia 11bulan

Kisah ini saya dapat setelah di ‘google’ ditambah apa yang doctor cerita. Terfikir, kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun sudah mempunyai seorang anak dan dengan izin Allah, anaknya itu dapat membesar hingga dewasa. Kuasa Allah yang menetapkan setiap kejadian itu berlaku diiringi hikmah kemudiannya. Pasti ada asbab musabab Allah takdirkan begitu. Supaya kita yang tahu berfikir dan menggunakan anugerah akal ini berfikir dan mengambil iktibar daripadanya.

Selain Lina, terdapat beberapa lagi ibu muda yang lain yang saya tidak tahu kewujudan kisah mereka. Kebanyakannya hamil adalah akibat dirogol datuk, bapa, jiran, rakan. Kenapa tergamak seorang lelaki memperlakukan seorang kanak-kanak yang belum lagi sedekad hidup di bumi Allah sebegitu. Adakah sebab nafsu yang menggila? Allahu Allah, sedih sangat melihat fenomena sebegini. Kisah rogol, zina, sumbang mahram meruntun hati.

Ditambah situasi zaman sekarang yang kian membarah. Kes-kes buang anak merata-rata. Hampir tiap hari,ada saja bayi-bayi yang ditinggalkan di mana-mana. Sedangkan jasad kecil itu langsung tidak punyai dosa. Yang berdosa menggunung tinggi adalah ibu bapanya yang berzina, membuang anak dan membunuh. Gembira agaknya dapat kumpul dosa banyak-banyak. Nasib baiklah dosa itu tidak berbau. Agaknya, kalau dosa itu berbau, sudah pasti kita dapat membezakan antara mereka yang peribadinya dihiasi sifat mahmudah senantiasa dengan yang sebaliknya.

Berikut antara ibu-ibu termuda direkodkan di dunia. Malaysia pun ada. Sumber disini.

Mother
Age of mother
Father
Location
Notes
5 years, 7 months, 21 days
Unknown
Lima, Peru
1939: Entering precocious puberty at the age of 5; Medina gave birth to a 2.0 kg (4.4 lb) son, named Gerardo, by caesarean section on May 14, 1939 in Lima. Her parents, who assumed their daughter had a tumor, took her to a hospital, where she was determined to be seven months pregnant. Although Medina's father was arrested on suspicion ofchild sexual abuse, he was later released due to lack of evidence, and the identity of who impregnated Medina was never uncovered.[1]
Liza
6 years
Liza's grandfather
Ukraine
1934: 6-year old girl Liza gave birth naturally in 1934 in Ukraine after being impregnated by her grandfather. The baby was stillborn.[2]
Mum-Zi
8 years, 4 months
Unknown
Calabar, Nigeria
Mum-Zi was member of Chief Akkiri's harem on the island of Calabar, Nigeria. Her daughter also gave birth extremely early, making Mum-Zi a grandmother at age 17.[3][4]
Unidentified
8 years, 11 months
Unknown
Huanuco,Peru
2006: A girl from Huánuco, Peru, gave birth to a baby weighing 2 kg (4.4 lb) by caesarean section at a hospital in Lima in December 2006. Her ninth birthday occurred a couple of days later.[5] She became pregnant after being raped by two of her cousins.[6]
Wanwisa Janmuk
9 years
Janmuk's 27-year-old husband; Thai law allows for the arranged marriages of minors by their parents.
Phetchabun,Thailand
2001: Wanwisa Janmuk gave birth in February 2001 to a girl at a hospital in Phetchabun, a northern province of Thailand.[7]
Hilda Trujillo
9 years, 7 months
Trujillo's 22-year-old cousin, who was staying in her family's one-room house at the time, was arrested for rape.
1957: Hilda Trujillo gave birth to a girl weighing over 6 lb (2.7 kg) at a hospital in Lima,Peru in December 1957.[8]
Unidentified
9 years
Unknown
Singapore
2004: A Singaporean girl gave birth to a boy in 2004 after being impregnated by a fellow student at her school. Her mother initially thought she had a urinary tract infection, but, upon taking her to the doctor, learned she was already six months pregnant. The baby was placed for adoption.[9]
Unidentified
9 years
The girl was raped by the family's domestic servant.
2005: A girl gave birth to a baby boy by caesarean section at a hospital in Butare,Rwanda, in December 2005. The child underwent breast development at age six andmenarche at age eight.[10]
Unidentified
9 years
Unknown
Brazil
2006: A girl of the Apurinã, an indigenous people from the Amazon Rainforest in Brazil, gave birth to a baby girl weighing 2.2 kg (4.8 lb) by caesarean section at a hospital inManaus in July 2006. Police are investigating the case.[11][12]
Unidentified
9 years
Unknown
2010: Girl gave birth to a healthy boy weighing 6 lb (2.7 kg) in Changchun, China, February 2010.[13]
Unidentified
9 years
A 14-year-old neighbor
2010: A 9-year-old girl from Penang in Malaysia gave birth to a healthy baby boy in May, 2010. No police report was made by the parents.[14]
10 years, 13 days
Unknown
1834: Sally Deweese of Butler County, Kentucky, was reported by Dr. D. Rowlett to have delivered a baby girl weighing 7.75 pounds (3.52 kg) on April 20, 1834. Deweese allegedly developed breasts within weeks of birth and began menstruating at 12 months.[15]
Unidentified
10 years
Unknown
Indianapolis, Indiana, United States
1979: A girl aged 10 gave birth to twins six weeks premature, both weighing 3 lb 6 oz, at a hospital in Indianapolis. She is thought to have been the youngest mother of twins at the time.[16]
Unidentified
10 years
A 28-year-old was arrested on a charge of rape.
Mother fromBolivia, birth in Argentina
2000: A girl from Bolivia gave birth to a baby girl weighing 2.5 kilograms (5.5 lb) by caesarean section at a hospital in Parque Patricios, Buenos Aires, Argentina on September 25, 2000.[17][18]
Unidentified
10 years
The girl's father
Bolivian girl, birth in Chile
2005: A Bolivian girl living in Calama, Chile, gave birth to a baby boy by cesarean section at a hospital in Antofagasta, Chile on April 13, 2005. The child became pregnant after having been raped by her father at age nine. Her parents, who both came fromBolivia, were jailed.[19][20][21]
Unidentified
10 years
Unknown
Switzerland
2005: A girl gave birth to a baby girl at a hospital in Sion, Switzerland in August 2005. She had immigrated to Switzerland from Cameroon with her siblings when her mother married a Swiss citizen. A 68-year-old man who was in a relationship with the mother admitted to having molested the girl but a DNA test found that he was not the father of the girl's child.[22][23][24]
Unidentified
10 years
The girl was raped by then-26-year-old William Edward Ronca. Ronca admitted to having molested the girl over a two year period and was sentenced to 25 years in prison as a result.
2006: A girl in Abbeville, South Carolina gave birth by caesarean section in 2006. The baby was placed for adoption.[25]
Unidentified
10 years
The father was a then-13-year-old boy who attended the same school as the girl.
Belgium
2006: A girl from Charleroi, Belgium gave birth in 2006. After the child began gaining weight, her mother put her on a diet, but when the girl visited a doctor, it was discovered that she was nine months pregnant. News of the birth did not become publicly known until 2007.[26]
Unidentified
10 years
The girl became pregnant after being raped by a 47-year-old neighbor, who was sentenced to 11 years, 6 months in prison for the crime.
2006: A girl from Jaral del Progreso, Guanajuato, Mexico gave birth naturally to a baby girl weighing 2.3 kilograms (5.1 lb) on April 3, 2006.[27][28]
Unidentified
10 years
Her pregnancy was the result of a rape committed by the 65-year-old landlord of the house which her parents rented. The man was jailed.
San Lorenzo Cacaotepec,Oaxaca, Mexico
2007: A girl from San Lorenzo Cacaotepec, Oaxaca, Mexico gave birth to a baby boy on July 2, 2007.[29][30][31][32]
Unidentified
10 years
37-year-old Guadalupe Gutierrez-Juarez was jailed on one felony count of rape.
St. Anthony, Idaho, United States
2008: In St. Anthony, Idaho, U.S., a girl gave birth to a 6 pounds (2.7 kg) baby at Madison Memorial Hospital.[33]
Elena Chiritescu
10 years
Gheorghe Mecic, the girl's 13-year-old cousin[34]
2010: In Jerez de la Frontera, Spain, a girl of Romanian origin gave birth to a baby.[35]The mother of the girl claimed that giving birth at such a young age was common in Romania.[36]
Unidentified
11 years, 10 months
The girl's stepbrother
Aylesbury, England, United Kingdom
1972: A girl gave birth at the age of 11 years, 10 months at Royal Buckinghamshire Hospital in Aylesbury, England.[37]
Maria Tizziano
11 years
Vincenzo Castro, Maria's 18-year-old boyfriend
Adrano, Sicily
1992: 11-year old Italian girl Maria Tizziano gave birth to her first son. The next year the second came along and she was still only 14 when the third boy was born. Maria, her boyfriend and a father of her sons Vincenzo Castro and their three sons all lived with her mother (who became a grandmother at 29) in a two-room flat.[38]
Unidentified
11 years
The girl was raped by a 75-year-old man, who was arrested on April 17, 2002.
2002: A girl from Bridgeport, Connecticut gave birth.[39]
Bogdana Korenkova
11 years
The girl is suspected to have been impregnated by a 26-year-old neighbor, who fled in the fear of facing prosecution.
2004: Bogdana Korenkova gave birth to a baby boy weighing 8.4 lb (3.8 kg) at a hospital in Kharkov, Ukraine in January 2004.[40]
Nadya Gnatyuk
11 years
The girl's father
2004: Nadya Gnatyuk gave birth in April 2004 after being raped by her own father. In 2005 she got married and in December 2006 she became mother for the second time at the age of 14.[41]
Valentina Isaeva
11 years, 10 months
19-year-old Habibula Patahonov from Tajikistan, who rented a room in a flat where Valentina was living with her grandmother.
Moscow, Russia
2005: Valentina Isaeva gave birth to a girl in Moscow, Russia.[42] The child's father was sentenced conditionally for child abuse but was not jailed because he was willing to support Valentina and their daughter.[43]
Unidentified
11 years
A 37-year-old man was arrested.
Mother from Africa, Birth in London, England, United Kingdom
2006: A girl of African origin gave birth to a baby boy at a hospital in west London, United Kingdom on May 5, 2006.[44]
Unidentified
11 years
An elderly security guard was arrested in connection with rape.
Cape Town, South Africa
2007: A girl from Valhalla Park, Cape Town, South Africa gave birth to a baby boy on July 12, 2007.She agreed to give the baby up for adoption on the condition she could visit him once a month.[45]
Unidentified
11 years
The girl's mother's boyfriend, Michael Chaffer, was sentenced to 28 years in prison on charges of felonious assault and two counts of rape.
Lockland, Ohio, United States
2007: A girl from Lockland, Ohio, gave birth to a child on November 4, 2007. The baby is under the care of relatives.[46]
Kordeza Zhelyazkova
11 years
19-year-old husband Jeliazko Dimitrov, with whom the child was allegedly conceived a week after meeting, now faces up to six years in jail for having sex with a minor.
2009: Kordeza Zhelyazkova, a Roma school girl, gave birth to a healthy daughter in Bulgaria on her wedding day.
Unidentified
11 years
Unknown
Texas, United States
2010: A girl in Texas, USA gave birth without complications to a healthy baby boy. "My daughter and (her) baby are fine, and the baby is absolutely beautiful," said the mother of the 11-year-old girl

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ