Kisah Mawar yang Hebat  

Posted by Ahlia 'Ammar

Wanita amat sinonim sekali dengan mawar. Mawar itu amat cantik dan indah. Harum baunya, menarik si kumbang mendekatinya tanpa rasa ragu. Dirinya dipagari duri-duri yang senantiasa mengawasi sang mawar agar tidak terperangkap dengan jerat dari luar. Hebatnya Allah menciptakan si mawar dengan keunikan yang  indah sekali. Subhanallah, Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan segala suatu tanpa sia-sia.



Kisah mawar yang ingin dicoretkan disini bukanlah kisah yang biasa-biasa. Mawar ini memiliki keajaiban yang luar biasa. Tampak biasa luarannya namun dalamannya siapa yang tahu bukan?

Secara kebetulan dipertemukan dengan mawar-mawar hebat ini tika sedang asyik menjelajah dunia maya. Dari satu teratak maya beralih ke teratak yang lain. Tanpa sedar, menapak ke teratak yang tampak biasa namun tuannya punya ruhiyyah yang luar biasa. Inilah mawar yang ingin dikisahkan di sini. Seorang wanita bergelar mawar.

Mawar nafastari. Mungkin ada sahabat-sahabat yang pernah terjumpa atau memang kenal mawar ini. Siapa sangka wanita manis ini punyai dua orang cahaya mata comel yang masih lagi kecil. Dirinya seorang ibu tunggal yang sedang sabar dengan hebat dan tabah serta cekal demi meneruskan hidup membesarkan buah cintanya dengan suami yang sudah tiada.

“Sabar itu cantik mawar,”kata nafastari. Itu kata-kata oleh nafastari buat mawarnya. Dan sekarang nafastari sudah tiada. Baru saja dia pergi kalau tidak silap. Dan mawar berpegang dengan erat akan kata nafastari agar senantiasa hiasi diri dengan sifat mulia itu. Jika mengikut kefahaman yang diperoleh dari pembacaan di teratak mawarnafastari, nafastari meninggal kerana kemalangan jalanraya. Yang membuatkan diri sebak, mawar menceritakan bahawa dia turut sama dalam kereta yang sama pada hari kejadian. Dan dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan suaminya yang berlumuran darah melainkan menarik keluar suaminya dari kereta yang sudah remuk teruk disamping memastikan dua puterinya selamat.

Mawar adalah gelaran yang diberi oleh nafastari kepadanya. Dan embun serta kekwa merupakan buah cinta mereka. Sekarang mawar sedang tabah menempuh mehnah yang menimpa dengan sabar. Teringat akan salah satu entri mawar yang menyatakan dia amat rindu akan nafastari. Sehingga terbawa dalam mimpi. Namun, mawar terus kuat demi dua puteri. Sememangnya mawar itu akan terus merindui nafastari sehingga mereka dipertemukan di Sana kelak.

*semoga MawarNafastai kan terus sabar dan tabah seperti nasihat nafastari “sabar itu cantik mawar.” [sebak sendiri]

Mawar kedua. Hasyasofea. Terjumpa terataknya tika berjalan entah ke mana. Dia juga mawar yang hebat. Jua seorang wanita manis yang punya seorang puteri yang amat comel. Kisahnya hampir serupa dengan mawar diatas tetapi berbeza. Mawar ini juga sudah ketiadaan suami. Suaminya sudah dipanggil pulang oleh Ilahi atas asbab sakit. Saya tidak pasti sakit apa, kalau tidak silap cancer.

Terbaca kisah hidupnya begitu meruntun hati. Dari kecil lagi dirinya sudah diuji dengan mehnah yang maha hebat. Bagaimana dia masih mampu bertahan menanggung semua itu dengan senyuman yang masih terukir di bibir. Kalau tidak silap, dirinya tidak putus-putus diuji dengan kehilangan orang yang tersayang. Kehilangan kedua ibu bapa tempat bergantung, kemudian suami tempat menumpang kasih menjadikan mawar ini seorang yang amat cekal. Juga pernah beberapa kali keguguran. Subhanallah, hebatnya ujian Allah untuk dirimu mawar. Dan mawar ini juga terus cekal demi buah cinta yang ditinggalkan suaminya itu.

*semoga Mawar manis ini juga terus cekal dan tabah serta sabar.

Dan semestinya, ramai lagi mawar-mawar hebat di luar sana. Yang tidak tertulis disini. Juga tidak tersingkap dek rahsia. Subhanallah, tiap kali baca entri mereka, hati saya pilu kerana saya tidak tahu adakah saya akan sekuat mereka jika diuji sedemikian rupa. Kerapkali saya pohon pada Allah agar tidak diuji dengan ujian yang tidak mampu saya tanggung. Dan Allah pasti tahu sekuat dan sehebat manakah mawar-mawar ciptaanNYA agar disesuaikan mehnah untuk mawar-mawarNYA. Sesungguhnya Allah itu juga tidak mahu mawarNYA menanggung bebanan yang tidak tertanggung oleh mereka.

Dan saya juga mahu jadi mawar yang hebat seperti mereka. Yang terus teguh berdiri walau diasak mehnah yang pelbagai.



BintuYahya
0654 a.m
250711

Jaulah ila Langkawi : Mengagumi kebesaranMU [Part 1]  

Posted by Ahlia 'Ammar

Alhamdulillah, masih punya ruang waktu untuk berkongsi di sini. Bicara iman untuk membangkitkan rasa ketuhanan. Bicara seorang hamba yang terlalu hina. Hakikat hidup seorang yang bergelar insan. Tidak lari dari tugas yang sudah sedia ditaklifkan untuk setiap yang bernyawa, seorang hamba dan juga seorang KhalifahNYA.

Hari ni genap 3 bulan 2 minggu 3 hari saya menjadi suri hidupnya. Oh, cepatnya waktu berlalu. Terasa begitu pantas hingga kita kadang-kadang tidak sedar apa yang telah kita lakukan sedetik waktu yang telah meninggalkan kita. Apakah 1 saat itu mampu menaikkan darjat kita kepada hambaNYA yang beriman atau sekadar mengundang dosa? T_T

Selesai sudah majlis walimah di Kedah 2 Jun yang lepas, saya hanya stay di Kedah. Sebulan lamanya sebelum pulang ke Kuantan. Dan sebelum merancang ke Kuantan, kami merancang untuk jaulah (kembara) ke Langkawi. Bahasa ringkasnya honeymoon lah :P  




Maka bermulalah pencarian saya dengan bantuan Haji Google. Search punya search terjumpa lah pakej Langkawi yang agak murah, sesuailah dengan kami yang tidak ber‘budget’ besar. Boleh tengok di sini ye. Almaklum masih belajar dan secara tidak langsung masih dalam tanggungan ibu bapa :D [yang ni kena cerita di lain entri lah ye tentang pengurusan kewangan dan sumber kewangan untuk yang kawin sewaktu belajar ;)]

Maka, seperti yang dirancang 3 Julai kami bertolak. Kalau ikutkan nak jaulah lagi awal tapi memandangkan hari lahir suami saya pada 5 Julai, maka atas permintaan suami, kami memilih tarikh 3 hingga 5 Julai. Pagi tu ayah hantar ke stesen bas. Dari situ kami ambik bas ke Kangar, dan dari Kangar kami ambik teksi ke Jeti Kuala Perlis. Sampai di jeti 12.10 tengah hari. Bergegaslah kami mencari kaunter tiket. Tercari-cari kaunter kat bahagian menunggu di dalam, tak jumpa pun. Rupanya kat bahagian luar. Huhu. Kami terpaksa ambik tiket pukul 1.30 pm sebab feri sebelumnya pukul 1200 tengah hari. Terlewat 10 minit pulak kami. Oh ye, harga tiket feri untuk dewasa RM18 seorang. 


kaunter tiket


Jam 1.30 pm, kami berkumpul di tempat menunggu. Dekat pukul 2 jugak la feri baru gerak. Dalam hati, dah risau sebab dah janji dengan Kak Ros [ajen pakej yang kami ambik] tapi nasib baik Kak Ros baik. Mengambil berat lagi. Dah lama tak naik feri, dalam hati risau pulak saya akan tidak stabil lalu memuntahkan segala isi perut, jadi awal-awal lagi suami dah sediakan plastic kosong. Hihi :D Prihatin sungguh suami saya ni. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Sepanjang perjalanan, saya cuba untuk tidur namun tak boleh, maka tertontonlah saya akan filem Karak yang dipasang. Sedar ta sedar eh dah sampai rupanya.

Sampai di Langkawi, benda pertama yang saya nampak adalah Burung Helang besar tu. Teruja tu tak tau lah nak kata macam mana kan, first time jaulah dengan suami ni :P Keluar dari jeti, kami segera mendapatkan wakil Kak Ros, bayar baki pakej dan mendapatkan kunci kereta. Suami saya minta kereta auto sebab dia tak mahir kereta manual. Maka, dapatlah kereta ini.

[Nissan Sentra Sport : credit to Google]
Lepas dapat kereta, kami bergegas ke Pantai Chenang. Bukan untuk mandi-manda ye, nak check in. Kami ditempatkan [skemanya :P] di Nadias Inn Resort, dekat dengan Pantai Chenang. Suami saya dah gelabah, macam mana nak pergi ke sana memandangkan kami tiada pengalaman langsung tentang jalan di Langkawi ni. Maka, dengan tak malunya, kami mintak lah peta satu kat sorang kakak ni. 

Tengok peta tu pun dah pening. Suami saya drive sambil saya membelek peta tu. Pusing atas, pusing bawah peta tu tak jumpa pun nama Pantai Chenang. Hai, tak femes ke tempat ni. Takda langsung dalam peta. Mulut membebel kat suami tapi cari tak jumpa-jumpa lagi. Adeh. Last-last suami drive ikut suka hati dia, kan senang :P Laju aje dia drive macam pro tapi tak tahu pun nak tuju ke mana. Hihi. Banyak kali u-turn, asyik salah masuk simpang. Suami drive berpandukan sign board aje. Sign board kat Langkawi tu tulis tempat yang kita nak tuju macam dekat aje padahal jauhhhh lagi rupanya. Huhu. Sambil-sambil tu, kami menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi.

Sambil-sambil borak dengan suami, ada ke dia cakap dia ingat Langkawi ni macam pulau lain. Saya jawab, eh memang la ni pulau. Rupanya suami saya ingat Langkawi ni takda penempatan macam perumahan, kedai2 besar, kampung, bandar, sawah padi  dll. Dia ingat ada hutan dan pantai aje kot. Hihi :P

Dengan berpandukan signboard yang ada, kami sampai ke Pantai Chenang dengan selamat. Banyak resort, motel dan hotel di sepanjang jalan di situ rupanya. Dah jumpa resort kami, kami check in masuk, terus ke bilik letak barang dan solat. Biliknya biasa-biasa aje resort tu. Terus mood suami saya menurun sikit, sikit aje ye, sebab bilik tak best sangat :D

nadias inn comfort


Lepas dah solat dan siap-siap semua, petang tu kami hanya berjalan kaki ke Pantai Chenang yang letaknya bertentangan dengan resort kami. Ambik angin petang. Sampai di pantai, terpegun seketika. MashaAllah, ramainya orang. Semuanya foreigner. Pakaian tu faham-faham lah ye. Terasa macam di oversea seketika. Ye lah kan, kita aje yang melayunya di situ dikelilingi lautan manusia berkulit putih. Kami jalan-jalan kejap aje di situ sambil tengok orang main Banana Boat, Jetski dll. Lepas tu, jalan-jalan kejap di sepanjang deretan kedai cenderamata di situ. Banyak kedai pakaian, spa dan kedai makanan aje kat situ.

Hari pertama tu, kami hanya berjalan sekitar kawasan Pantai Chenang tu aje. Untuk makluman, jarak antara pantai tu dengan Jeti Kuah jauhh ye. Makan masa setengah jam jugak la. Sebab itu, kami mengambil keputusan untuk jaulah sepuas-puasnya keesokan harinya saje. Lagipun suami saya dah letih drive lama sebab asyik sesat kan. Kesian pulak saya tengok. Saya nak tolong drive, tak berani pulak :P Dan kami hanya berehat malam tu. Merancang untuk jaulah keesokan harinya.




*to be continued…

Dakwah Tanpa Henti  

Posted by Ahlia 'Ammar


"Dakwah? Diri sendiri pun tak betul, ada hati nak tegur orang lain? Aku tak mampu lagi la, tunggu la sikit masa lagi."
Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, setiap muslim secara langsung atau tidak, perlu saling nasihat menasihati dan berdakwah antara satu sama lain. Tanggungjawab itu sudah tercatat sedari loh mahfuz lagi. Kita bukan sesiapa untuk menidakkan tugas ini.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Ramai diluar sana yang beranggapan seperti saya. Mungkin mereka tersilap faham akan konsep dakwah yang sebenar. Yelah, mana mungkin mahu berdakwah andai diri sendiri masih saja terumbang-ambing dengan keseronokan duniawi. Bagaimana mahu berdakwah kalau diri sendiri pun sekejap begitu sekejap begini. Namun sekarang,saya sedar bahawa dakwah itu tugas setiap manusia yang diutus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Menurut tafsir Al-Quran, "Khalifah" pada ayat 30 ini bermaksud pengganti, pemimpin atau penguasa. Manusia diutuskan ke muka bumi ini untuk memimpin dalam mencapai keredhaanNya.
Tugas dakwah memang berat. Saya akui kebenarannya. Untuk diri saya yang baru mula bertatih ini, sememangnya kerja-kerja dakwah itu tidak mudah. Kerana bukan semua mampu berfikir seperti mana yang kita fikirkan. Namun, itulah tugas seorang hamba Allah yang bernama Khalifah. Tugas seorang hamba Allah yang perlu sentiasa meningkatkan diri sendiri dan menarik sahabat-sahabat agar bersama-sama berdiri di atas landasan iman yang kukuh.
Seorang yang  berdakwah perlu mengamalkan cara dakwah yang bersifat 'Qudwah hasanah'iaitu Dakwah melalui tauladan yang baik. Sebagai contoh, kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik melalui perbuatan kita sendiri. Salah satu contoh adalah senyum. Senyumlah kerana ia seindah suria. Melalui senyuman, lebih mudah dakwah kita akan diterima dan ukhuwah juga boleh terjalin.
Oleh kerana itu, senyumlah kepada sahabat handai dan saudara mara. Anda tidak akan rugi apa-apa hanya kerana anda senyum. Malah, anda akan bahagia. Namun, perlulah diingatkan, senyumlah pada yang berhak sahaja. Kepada para wanita muslimah senyumlah dengan penuh batasan. 
Selain itu kita perlu bercakap dan berdakwah secara lemah lembut. Akan tetapi lemah lembut yang dimaksudkan bukanlah bermakna bercakap dengan nada mendayu-dayu dengan bukan muhrim . Sekiranya perlu untuk bercakap dengan seseorang yang bukan muhrim, anda perlulah melembutkan cara percakapan tetapi perlu juga tegas menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Muslimah itu perlu mempunyai pendirian yang tegas dan bertutur dengan penuh hikmah.

Ayat 159 Surah Aali-'Imran:
"Maka berkat rahmat Allah, Engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya Engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."

Sahabat, kalau rasa lemah semangat untuk terus berjuang, renung-renungkanlah semula kisah nabi kita , Rasulullah s.a.w. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang baginda hadapi sehinggakan baginda pernah dilemparkan batu oleh kaum Quraisy sehingga terluka. Apalah sangat usaha kita hari ni berbanding kekasih Allah ini? Kuatkanlah semangat kalian!. Saya berharap agar kalian teruskan warisan Rasulullah s.a.w ini iaitu berdakwah ke jalan Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar! InsyaAllah.

Alam Rumahtangga  

Posted by Ahlia 'Ammar


alt
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapanyalah (yang akan membentuk anak-anak itu) menjadi Yahudi, Nasrani atau pun Majusi".
Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri tentang institusi perkahwinan.
Hal ini sudah semestinya mempunyai perkaitan rapat dengan istilah kekeluargaan.
Deskripsi perkahwinan secara umumnya adalah berkenaan penyatuan antara dua jiwa dalam meneruskan kehidupan yang berperanan untuk melahirkan pewaris di masa hadapan.
Dewasa ini, sering kedengaran tentang isu keruntuhan rumahtangga sama ada ia melibatkan golongan dikenali (public figure) mahupun di kalangan masyarakat setempat di sekeliling kita.
Perkataan 'kahwin' merujuk kepada ikatan atau pertalian keluarga yang dijalinkan melalui upacara tertentu dengan melibatkan dua pihak keluarga.
Namun pemahaman tentang institusi kekeluargaan itu sendiri tidak diambil berat menyebabkan pertelingkahan sehingga terputusnya jalinan atau pertalian keluarga. 
Pelbagai ragam dapat kita lihat.
Secara umumnya perkahwinan bermakna pasangan suami dan isteri yang tinggal bersama-sama di bawah satu bumbung dan bersedia untuk berkongsi segala suka-duka yang bakal ditempuhi dalam meneruskan kehidupan.
Namun yang demikian, ada juga pasangan yang sudah berkahwin itu tidak dapat bersama atas masalah-masalah tertentu.
Perihal perkahwinan ini sebenarnya menuntut kita untuk mendalami serta memahami tentang kesungguhan dan kesediaan dalam membina sebuah institusi kekeluargaan.
Pengetahuan dari segi agama dan kemasyarakatan adalah amat penting sebelum sesebuah institusi perkahwinan itu dapat diteruskan dengan berkesan.
Persediaan dari segi rohaniah dan lahiriah adalah perkara asas yang perlu dititikberatkan sebelum seseorang individu itu memulakan institusi keluarga.
Persediaan rohaniah bermaksud pengetahuan tentang hukum-hakam dalam rumahtangga.
Seharusnya setiap individu itu perlu mengetahui dan memahami segenap perkara yang dituntut dan yang ditegah bagi memastikan institusi perkahwinan yang dibina itu terus teguh.
Jika pegangan agama itu kuat, insya-Allah institusi perkahwinan juga akan lebih utuh dan secara tidak langsung mentaliti tentang istilah sebenar dalam membina institusi perkahwinan juga akan lebih difahami.
Berbicara tentang kesediaan dari aspek lahiriah, kecergasan fizikal adalah perkara yang perlu diutamakan.
Kecergasan dari segi fizikal secara umumnya dapat menjamin dari segi kewangan.
Dalam institusi perkahwinan, isu berkaitan kewangan juga adalah suatu perkara yang menjadi faktor dalam aspek pengukuhan.
Dengan kewangan yang kukuh sesebuah institusi kekeluargaan yang dibina itu juga bakal menemui kebahagiaan.
Namun harus diingat, dalam memenuhi tuntutan ini, kita harus peka akan sumber pencarian kita itu diperoleh dari sumber yang benar dan halal.
Jangan terlalu leka dalam pencarian duniawi sehingga melupai hal-hal yang membawa keberkatan.
Mari kita renungi bersama.
Dalam membina sesebuah institusi keluarga yang diredhai, kita harus sedar bahawa kita sebenarnya menjalankan serta menunaikan satu kewajipan berupa amanah daripada Yang Maha Esa.
Pembentukan sesebuah institusi keluarga itu akan terus berkesinambungan dari generasi ke generasi.
Pendidikan tentang membina keluarga yang bahagia harus ditekankan dalam diri anak-anak yang bakal mewarisi perjalan kehidupan ini.
Di sini dapat kita lihat bahawa peranan ibubapa itu amat penting dalam mendidik zuriat kurniaan Ilahi agar mementingkan keutuhan dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
Sekian.
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah S.W.T. telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka, maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah orang yang taat (kepada Allah S.W.T. dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suaminya tiada bersamanya, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya..." - Surah An-Nisa' ayat 34
Syurga bagi isteri itu terletak di bawah telapak kaki suami.


"Tanpa Keberanian, Mimpi Takkan Bermakna".
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

Cerpen : Bersatu semula di SYURGA  

Posted by Ahlia 'Ammar



Desir pantai mengalun ombak, tiupan angin yang menyapa mengurai jilbab hijauku. Kanak-kanak kecil riang berkejaran. Sesekali mengelak ombak yang memikul pantai tanpa diundang.
 Tiba-tiba tangisan sang anak menjerit meminta simpati rakannya,"Istana kita runtuh. Ombak buat" seraya itu, tangannya ditarik sang rakan mengajaknya membuat istana ditempat baru. Jauh sedikit dari gigi pantai. Bendera kecil bewarna merah akhirnya diletakkan di puncak istana . Mereka gembira melompat-lompat bertepuk tangan. Hasil dari usaha tanpa jemu.
Terus merenung ditengah lautan yang luas, Aku mengamati bot nelayan yang menuju ke sisir pantai, dialihkan pada air yang tenang ditengahnya.
"Masih memikirkan apa lagi Nurul?" Sapaan lembut sahabat kesayanganku Insyirah yang memiliki wajah manis anak melayu kacukan jawa dan banjar yang dikenalinya dahulu sejak terlanggar alam tarbiyyah di  universitinya setahun yang lalu.
"Syira , damaikah Syira bercuti di sini? Tenangkah hatimu Syira?" Tanyaku kepada Insyirah dengan tiba-tiba.
"Pasti Nurul, segenap waktu ku selain menikmati keindahan alam dan makan, Syira akan habiskan masa untuk bersama Dia dan membaca. Kenapa Nurul Tanya begitu? Nurul tak tenangkah? Atau ada lagi yang membelenggu dirimu sahabatku?" Tanya Syira kepada ku kembali.
"Syira, Nurul rindukan dia Syira" Terkeluar juga lafaz yang cuba disimpan selama ini.
"Rindu siapa Nurul? Tunang Nurul kah?" Tanya Insyirah lagi cuba untuk menyelami perasaan ku.
"Nurul tahu tidak selayaknya Nurul rasa begitu, tapi ini naluri Syira. Nurul simpan dan Nurul luah hanya pada Dia selama ini." Air mata yang ditahan-tahan tidak mampu disimpan.
"Subhanallah. Sabar Nurul. Jika ada jodoh kau tetap akan bersama dia juga. Perlihara dirimu, lengkapkan dirimu agar Nurul lebih bersedia menjadi pembantu mujahidmu Nurul. Berbincanglah dengannya dan dengan keluarga Nurul untuk percepatkan urusan kalian"Nasihat Insyirah cuba untuk menenangkan.
"Tidak, tidak semudah bicaramu Syira."
" Apa lagi yang kalian fikirkan? Bukankah mempercepatkan ibadah itu lebih mudah urusan dakwah kalian? Lebih terjaga daripada kau terus bermain perasaan? Mengelak fitnah dan masalah hatimu. Syira rasakan walau sesibuk mana Nurul, pasti sukar juga nak melawan fitrah. Kau akan merindui yang tidak halal bagimu Nurul. Maaf jika kasar teguranku"
" Kau takkan faham Syira"
"Ya , aku memang tidak akan faham jika tidak difahamkan Nurul. Aku bukan bomoh atau pawang yang boleh meneka-neka isi hati kau Nurul. Malah aku bukan Tuhan yang Maha mengetahui. "


"Syira, aku cuma pinta kau doakan kami akan bersama" Seraya itu aku meninggalkan Insyirah menuju ke jeti pantai.
Sujud malam itu berbeza sekali. Nurul berasa amat tenang walau air mata laju terus mengalir dipipinya. Kalam Al-Furqan ditatapi namun hanya dibaca ayat yang indah dalam surah Ar-Rad pada ayat yang ke 28.


"Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".
Dibuka lembaran lain ‎"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya'' Al-Fajr :27-28.
___________________________________________________________________________________
" Esok hari bahagiaku Syira. Terima kasih atas segalanya Insyirah. Kau sahabatku dunia dan akhirat." kataku kepada Insyirah semasa sama-sama menghiaskan kamar pengantinku.
" Aku terima nikahnya Nurul Iman Bt Muhammad Abid dengan mas kahwin RM 77.70" Seuntai doa dibacakan sendiri oleh Muhammad Irsyad, suami Nurul Iman. Solat sunat dan sujud syukur dilaksanakan bersama. Kucupan restu di umbut-umbut Nurul diterima dengan tenang sekali.


"Abang akan merahmatimu sayang dan kita akan sama-sama bina keluarga ini sehingga ke syurga, InsyaAllah. Terima kasih kerana sudi menerima abang sebagai suamimu. Bantu abang ke syurga ya" Ujar Irsyad lembut kepada Nurul.
"InsyaAllah abang. Terima kasih juga sebab memilih sayang dalam hidup abang, bimbing sayang juga untuk teman abang di syurga. Redhailah setiap amalan sayang. Sayang akan usaha lahirkan mujahid dan mujahidah impian kita. Nurul sayang abang" itulah kali pertama lafaz sayang yang diluahkan pada seorang muslimin pilihannya yang dipilih atas agama yang dimiliki suaminya sejak awal perkenalan mereka.
Janji mereka yang sentiasa menjadi motivasi tatkala muhasabah bersama untuk meneruskan hidup di alam rumah tangga. Hanya kerana rindu pada Cinta dan syurga Allah. Masing-masing berusaha memainkan peranan sebagai suami isteri yang soleh dan berkerjaya.
                                                                                                   ***
" Walid, Mus'ab lapar. Lama sangat walid tengok kubur ummi. Ummi tak nak keluar pun. Jom balik, Mus'ab nak makan rendang nenek"
 Air matanya disapu
"Sayang, ummi bukan tak nak keluar, Cuma ummi sedang berseronok disana. Nanti walid pun akan ikut ummi, Mus'ab pun akan ikut ummi sayang"
"Ummi ajak Mus'ab sekali ke walid? Wah, Mus'ab mestilah nak jumpa ummi. Nak tenang macam ummi juga. Mus'ab rindu ummi, teringin nak jumpa Ummi nak tengok muka Ummi sama tak macam gambar yang walid tunjuk setiap hari tu"
Untuk yang keberapa juta kalinya entah Irsyad membaca warkah cinta buatnya yang dikirim bersama bayi yang diwariskan untuknya semasa kelahiran Mus'ab.
"Untuk mujahidku sayang, Mohammdad Irsyad,
Abang, tidak ada pujianku selepas Allah dan rasul terhadap makhluk selepasNya dariku padamu. Atas kurniaan Tuhan, sayang miliki suami yang soleh macam abang. Yang adil pada kehidupan dunia dan akhirat.
Zauj ku yang teristimewa, sepanjang bersamamu, begitu bahagianya sayang. Sayang dilimpahi kasih sayang yang luas, sayang tenang dengan perjuangan-perjuangan abang. Kita terlalu banyak merancang kehidupan untuk kita dan anak-anak, malah abang selalu mengingatkan sayang matlamat pernikahan kita yang sebenarnya hanya mengharap Cinta Allah.
Cintaku, sayang ingin memberitahu abang, abanglah manusia paling hebat yang menawan hati sayang sejak sayang terima abang untuk menjadi tunang sayang. sayang simpan dan sayang hanya luah hanya pada Dia selama ini. sayang cemburu dengan gerak kerja abang yang teratur, sayang cemburu pada perjuangan abang. Sayang tekad untuk setia menanti abang.
Abang, sayang ingat lagi, abang berjanji mahu anak dalam kandungan sayang ini menjadi pejuang agama dan negara. Sayang ingat lagi abang dan sayang sama-sama merangka pendidikan anak kita yang akan lahir. Sayang terbayang buku simpanan anak kita yang abang baru daftarkan. Abang seorang suami dan ayah yang hebat.
Abang, sayang masih ingat sayang mengangkat tangan berjanji dengan abang untuk sayang setia membantu abang dan membesarkan mujahid kecil kita yang akan lahir. Sayang akan pastikan dia menjadi seorang hafiz yang cemerlang akedemiknya. Sayang masih ingat janji kita untuk membina sebuah keluarga sakinah mawaddah warahmah. Sayang berjanji dengan abang untuk sama-sama menikmati ibadah di tanah suci. Sayang pegang janji untuk sayang jadi yang solehah untuk abang.
Namun sayangku, ustaz Irsyad yang dicintai. Maafkan sayang kerana sayang bukanlah penjanji yang setia. Kerana janji sayang pada Dia lebih sayang utamakan. Abang, kalau ditakdirkan izrail menjemput sayang, abang janganlah terlalu bersedih hati kerana sayang akan bertemu cinta agung kita yang sering kita idamkan di tahajud kita bersama. Cuma mungkin sayang pergi dulu.
Sayang tinggalkan mujahid kecil ini untuk abang. Sayang mohon abang teruskan perancangan-perancangan kita dahulu. Didik dia menjadi pembantu sayang menuju syuga ya suamiku.
Jika abang dan si mujahid ini memerlukan sang bidadari untuk membantu, sayang sudah sedia merestuinya abang. Halalkan segalanya abang dan sayang mohon maaf sekali lagi kerana sayang bukanlah yang terbaik tapi sayang cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik buat abang dan keluarga.Sekian dahulu dari zaujahmu ,Nurul Iman binti Muhammad Abid. Cintaku padamu selamanya. Semoga bertemu disyurga."
"Walid, nenek panggil makan" laungan mujahid kecil mematikan sedu Muhammad Irsyad.
Isteriku yang solehah, bidadariku disana. Kau syahid kerana mujahid kecil ini sayang. Semoga abadi mu di syurga sana

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ