Imtihan Mode  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahi walhamdulilah..

Sejenak menjengah ke teratak maya, teman berkongsi rasa, luahan bicara sepanjang perjalanan penuh getir di dunia singgahan sementara. Bertatih kaki melangkah, mengutip bekal buat kehidupan yang abadi di dunia sana.
Sekadar mengisi kekosongan teratak yang suram tanpa sebarang entri. Singgah sebentar.
InshaALLAH imtihan kurang seminggu saja lagi. Mohon teman-teman doakan kami moga najah imtihan kali ini. Moga berkat doa di dalam Bulan Rahmat ini dimaqbulkanNYA. aminnn.. aminn.. aminn Ya Rabb..
Exam mode + berusaha mengejar 10 malam terakhir Shahrul Kareem. Fastabiqul khairat! Jom! ^_^
pemilik teratak,
Ummu 'Iffah

Puteriku Sayang  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillah. Kalam hamba dimulakan dengan lafaz memuji keagungan Rabbul ‘Alamin. Subhanallahi wa bihamdih. Subhanallahil ‘Azim.

Melangkah ke hari ke5 Ramadhan. Terasa baru sahaja semalam hati ini begitu merindui kedatangan Shahrul Kareem ini. Benarlah. Akhir zaman ini, masa berlalu dengan sangat pantas. Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Semoga kita bukan tergolong di dalam golongan yang rugi itu. Biiznillah wa inshaAllah.

Sebentar tadi, baru saja usai meninjau-ninjau facebook rakan-rakan. Sudah lama hal ini disimpan jauh di lubuk hati. Seakan tidak mampu lagi untuk dipendam. Minal qalbi ila qalbukunna. Dari hati ke hati. Untukmu akhawat yang kusayangi.

Ya Allah! Sungguh aku sayangkan ukhti-ukhtiku itu. Sayang yang teramat sangat.. Walau siapa pun antunna, ana sayangkan antunna atas nama aqidah yang satu ini. Walau kita tidak pernah bersua muka, walau kita hanya bertemu di taman maya, sungguh ana cintakan antunna sekalian. Lillahi ta’ala..

Tatkala mata tertancap pada wajah-wajah kalian yang terpamer indah di laman maya ini, ana terpegun. Subhanallah, antunna semua memang sangat-sangat cantik. Allah jadikan kalian dengan seindah-indah ciptaanNya. Segala puji kepadaNya di atas kurniaan yang amat berharga ini buat kita yang bergelar muslimah.

Namun, terdetik kekesalan di dalam hati. Harta yang berharga harus disimpan rapi. Agar ianya tidak akan dinodai oleh nafsu-nafsu liar yang tiap masa memburu mangsanya. Begitu juga dengan anugerah wajah dan tubuh antunna yang sangat cantik. Peliharalah ia daripada menjadi tatapan liar ajnabi. Peliharalah ia dengan sifat malu yang tinggi. Peliharalah ia dengan keazaman yang kuat. Agar ianya tidak akan menjadi ‘harta hina’.

Sesungguhnya kalian adalah permata yang sangat berharga. Kalian kebanggaan agama. Kalian muslimah mukminah harapan Deen tercinta. Kalian puteri-puteri yang amat dicintai Rasulullah, kekasihNya. Kalian itu kita! Tegakah hati melihat kekasih yang begitu mencintai diri kita menangis mengenangkan puteri-puteri kesayangannya ternoda?! Na’uzubillahi min zalik. Semoga kita dalam lindunganNya sentiasa.

Akhawat yang kucintai, antara kalian, pasti ada yang sangat-sangat arif dalam hal-hal agama. Antara kalian, pasti ada yang memelihara wajahmu yang indah dengan secebis kain kecil penutup muka. Niqob. Ana sangat menghormati antunna. Kerana antunna bermujahadah untuk melindungi sebahagian wajah daripada pandangan liar ajnabi. Subhanallah! Kalian wanita solehah yang sangat hebat! =) Namun, masih ada kekesalan tatkala melihat ada antara kalian ( bukan semua ) mempamernya di laman-laman maya. Kisah benar. Sudah banyak kali terjumpa facebook wanita yang berniqob yang sengaja ( mungkin jugak tidak sengaja. Maaf sekiranya tersalah mentafsir ) meletakkan gambar wajah berniqob bersama mata yang dihiasi celak yang tebal, menaikkan seri wajah yang sedia terselindung. Mata yang menarik jua cantik itukah yang ingin dijadikan tarikan? Kalian sangat cantik! Ana akui. Cantik sangat! Maha suci Allah yang telah menganugerahkan keindahan pada diri-diri antunna. Tapi alangkah indahnya jika kalian turut selindungkan terus wajah kalian daripada tatapan umum. Harapan ana besar sekali mungkin? ( perlu diingatkan di sini, focus ana bukan SEMUA. Hanya sebahagian kecil sahaja. Kerana ada dikalangan antunna tidak berniat sebegitu. Ada dikalangan antunna tidak memfokuskan bahagian yang menarik untuk dipertontonkan. Mungkin sekadar pengenalan diri. Mungkin juga sebagai hijab bagi menghalang mereka-mereka yang nakal dari mendekati antunna. diulang. BUKAN SEMUA!)

Ana tidak menafikan akan keinginan diri setiap antara kita untuk turut sama meletakkan gambar di laman-laman maya. Agar mudah dikenal pasti oleh teman-teman. Agar mudah dijejaki sekiranya sudah lama tidak bersua. Mungkin ianya jalan paling mudah untuk kembali ‘jejak kasih’. Tapi tidak salah bukan , sekiranya gambar yang ingin diletakkan itu adalah gambar secara beramai-ramai. Bersama teman-teman, keluarga, suami isteri. Tidaklah kita akan menjadi focus utama orang yang melihatnya. Pokok pangkalnya, cubalah jauhkan diri daripada menjadi ‘tumpuan utama’. Tak susah bukan? =)

Bagi yang pernah mendengar atau terbaca akan artikel berkenaan facebook menggunakan gambar-gambar muslimah yang kemudiannya diedit sehingga tidak berpakaian atau bermacam lagi lakuannya, moga ianya menjadi asbab utama menghalang diri daripada ‘menyerah diri’ kepada mereka (Yahudi). Pernah melihat dengan mata sendiri, betapa dahsyatnya fitnah yang mereka timbulkan. Mangsanya siapa? Kita! Yang bergelar muslimah. Yang menghijabi diri menuruti tututan syarak. Yang melindungi diri seiring dengan arahan daripadaNya. Moga kita sekalian dalam lindungan Rabbul ‘alamin. inshaALLAH..

Akhawat yang kucintai keranaNya, jagalah diri antunna dengan sebaik-baiknya. Allah amanahkan sedikit kecantikanNya kepada kita untuk dijaga dengan rapi. Bukanlah untuk ditayang agar mendapat balasan puja dan puji. Kerana segala-galanya adalah milik mutlaqNya. Kita tidak punyai apa-apa. Kita tidak miliki sebarang harta berharga. Semua yang kita miliki sekarang hanyalah pinjamanNya semata. AmanahNya WAJIB kita jaga. Dengan hati kita jaga. Dengan tekad kita jaga. Dengan yakin kita jaga. Kerana ini amanah dari Allah yang kita cinta!

Luahan ini hanyalah sekadar koreksi diri seorang hamba yang hina. Semoga ianya mendapat nilaianNya. Moga ianya bekalan saham untuk ke sana. inshaALLAH. =)

Puteriku Sayang

Album : Keizinan Mu Munsyid : Hijjaz

Aduhai puteriku sayang Aduhai puteriku sayang Puteriku sayang Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti Lembutmu kan hiasan Bukan jua kebanggaan Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati Disebalik bersih wajahmu Disebalik tabir dirimu Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi Berpegang pada janji mengabdikan diri ( ulang 1 ) Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama Tiada siapa yang akan boleh merampasnya Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya Wahai puteriku sayang Kau bunga terpelihara Mahligai syurga itulah tempatnya Aduhai puteriku sayang Kau bunga kebanggaan Aduhai puteriku sayang Kau bunga idaman

Nota hati,

Ummu 'Iffah

Diari Pre-Ramadhan  

Posted by Ahlia 'Ammar

Melewati angka 12. Bebola mata masih lagi segar-bugar.Tiada tanda-tanda mahu melabuhkan kelopaknya. Tapi bila di dalam kelas, rajin pulak dia nak tutup ye.aduhai.. T_T Seluruh sendi mula menunjukkan rasa tidak puas hati lantaran tiada kesempatan untuknya berehat hari ini. Dari pagi hinggalah saat ini, masih lagi terpaksa mengerah keringat untuk tuannya ini. Jangan sampai menunjukkan ‘demonstrasi yang melampau’ dah la hingga tuan yang penyayang ini tidak mampu untuk meneruskan rutin esoknya kesan dari protes kalian.

Suram malam ditemani sahut-sahutan makhlukNya yang sibuk memuji kebesaran Sang Khaliq. Subhanallah alhamdulillah wa laa ilaa haillallah allahukbar! Suasana sepi menambah shahdu di kala qalbi mula merintih rindu. Datangnya tanpa sebarang undangan. Hadirnya di kala jiwa hamba dambakan cinta Tuhannya. Rasa yang bertandang membuatkan jiwa keluh kesah. Allah.. Sungguh aku ternanti-nanti akan kedatangannya. Sungguh aku berbesar hati diizinkan untuk menjadi tamuMu di kala hadirnya kali ini. Hanya yang bertuah saja menjadi pilihanNya untuk terus ditarbiyyah di madrasah mulia ini sementara masih dalam izinNya sebelum berangkat ke alam sana. Madrasah yang hanya kunjung tiba setahun sekali. Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk melaksanakan ibadah wajib tetapanNya. Masih diizinkan langkahan seorang hamba hina menapak di bumi tua ini. Selagi belum masanya, selagi itu perlu berkejar melakukan amal yang baik. Fastabiqul khairat!

Baru saja tadi usai pelancaran program Ihya’ Ramadhan di bumi tarbiyyahku ini. Seakan tidak sabar rasanya menantikan ketibaan Shahrul Kareem yang sangat dirindui. Terkenang peristiwa tadi. Bukan sekali malah berkali-kali ianya berlaku sedemikian. Bukan saja di sini malah di mana-mana saja. Golongan terawal yang tiba di tempat kejadian adalah kami. Terpaksa menunggu sejam lamanya sebelum bermulanya majlis ilmu tersebut. Inikah yang dinamakan janji Melayu mungkin?? Dikatanya sedemikian dan sedemikian tapi yang berlakunya sebaliknya pula. Hati saja yang mampu berkata-kata menunjukkan rasa ketidak puasan hati tahap maksima, mulut hanya mampu terkunci rapat menghalang terukir bicara.huhu.. Penakutkah? Mungkin ya,mungkin tidak. ~_~

Ramadhan Shahrur Rahmah. Ramadhan Shahrul Quran. Sambil jemari rancak menari, hati pula rancak mengalunkan bait-bait lagu fevret dengan ceria. Dua dalam satu. ^_^ Sambil-sambil tu, agenda jelajah teratak-teratak maya diteruskan. Singgah ke teratak maktabahhadith untuk ‘mencuri’ (setelah mendapat izin) artikel dia dan mempamer di sini. Hihi.. Aasif jiddan ya pemilik teratak. Kongsi ilmu tak salah kan?^_~

Ramadhan. Ahlan wasahlan Ramadhan Kareem. Carilah Bekal Akhiratmu di Bulan yang penuh Berkah! Para pembaca rahimakumullah, semoga Allah Subhanallahu wa Ta’ala memudahkan kita semua dalam melaksanakan semua perintah-perintah-Nya, termasuk dalam menunaikan ibadah puasa Ramadhan tahun ini. Bulan Ramadhan adalah suatu kesempatan emas bagi kaum muslimin untuk meraih berbagai pahala, kerana di bulan Ramadhan banyak ibadah yang dapat dilaksanakan disamping ibadah puasa itu sendiri. Di sisi lain, di bulan Ramadhan kaum muslimin diberi kemudahan oleh Allah Subhanallahu wa Ta’ala untuk melaksanakan berbagai ibadah, kerana para syaitan keparat pada bulan ini dibelenggu, khususnya yang sangat derhaka. Sehingga nampak meriahnya berbagai kebaikan, dan sebaliknya kejelekan berkurang. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Apabila Ramadhan telah tiba, maka dibukalah pintu-pintu Al Jannah (syurga), dan ditutup pintu-pintu An Nar (neraka), serta para syaitan dibelenggu.” (HR. Muslim) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda: “Telah datang kepada kalian Ramadhan iaitu bulan yang diberkati, pada bulan tersebut Allah mewajibkan atas kalian puasa, pada bulan tersebut dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam serta dibelenggu para syaitan yang derhaka, di bulan ini juga Allah mempunyai satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak mendapatkan kebaikannya maka telah diharamkan (kebaikan baginya).” (HR. An Nasa’i)

Amalan-amalan ibadah di bulan Ramadhan

Banyak ibadah yang diperintahkan atau dianjurkan untuk dilaksanakan di bulan Ramadhan. Di antara ibadah-ibadah tersebut adalah: 1. Shaum (puasa) Puasa adalah salah satu rukun dari rukun-rukun Islam. Sehingga tidak sepatutnya seorang muslim melalaikan apalagi meninggalkannya. Puasa juga mengandungi sekian keutamaan bagi siapa yang melaksanakannya dengan ikhlas dan sesuai dengan tuntunan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam. Dia juga seharusnya teliti dalam meneladani syarat-syarat dan adab-adabnya. Di antara keutamaan puasa adalah: 1. Sebagai sebab diampuninya dosa yang telah lalu. Hal ini sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam: “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala hanya dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Al Bukhari dan Muslim) 2. Shaum (puasa) membentengi pelakunya dari An Nar (Neraka) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya Shiyam (puasa) sebagai benteng, dengannya seorang hamba dapat membentengi dirinya dari An Nar (neraka). Dia (puasa itu) untukku dan Aku yang akan membalasnya.” (HR. Ahmad no. 14727) 3. Shaum menghantar (pelakunya) ke dalam Al Jannah (Syurga) Shahabat Abu Umamah radliyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam: “Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu amalan yang dengan amalan tersebut aku dapat masuk Al Jannah (surga)!” Beliau ` bersabda: “Wajib bagimu untuk berpuasa, (kerana) tidak ada yang sebanding dengannya.” (HR. An Nasa`i, Ibnu Hibban dan Al Hakim) 4. Orang yang berpuasa akan mendapat pahala dari Allah Subhanallahu wa Ta’ala tanpa hisab (perhitungan) 5. Orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan iaitu bahagia ketika berbuka dan ketika bertemu Allah diakhirat. 6. Bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah Subhanallahu wa Ta’ala daripada aroma misk (kesturi) Hal tersebut di atas sebagaimana yang dijelaskan dalam hadits Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu, ia berkata: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Setiap amalan Bani Adam dilipatgandakan. Satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kali kebaikan sampai dengan tujuh ratus kali lipat. Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman: “Kecuali shaum (puasa). Maka sesungguhnya ia (puasa) untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya; dia (hamba) meninggalkan syahwat dan makannya kerana Aku. Dan bagi orang yang puasa ada dua kebahagiaan iaitu ketika berbuka dan bertemu Rabbnya. Dan sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada aroma misk.” (HR. Muslim no. 1945) 7. Shaum (puasa) dan Al Qur’an memberi syafa’at (dengan izin Allah) bagi pelakunya Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam: “Shiyam (puasa) dan Al Qur`an keduanya memberi syafa’at bagi hamba pada hari kiamat. Shaum berkata: “Wahai Rabbku aku telah mencegahnya dari makan dan syahwat di siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafa’at padanya.’ Dan Al Qur`an berkata: “Aku telah mencegahnya dari tidur di waktu malam, maka izinkanlah aku memberi syafa’at padanya. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam melanjutkan: “Maka keduanya (shaum dan Al Qur`an) diizinkan untuk memberi syafa’at.” (HR. Ahmad no. 6337) 8. Pintu Al Jannah (syurga) “Ar Rayyan” dikhususkan bagi orang-orang yang berpuasa. Termasuk salah satu keutamaan shaum (puasa) Ramadhan, Allah Subhanallahu wa Ta’ala jadikan bagi mereka yang berpuasa pintu khusus untuk mereka di Al Jannah (syurga) yang diberi nama Ar Rayyan. Hal ini sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dalam hadits yang diriwayatkan dari shahabat Sahl bin Sa’d radliyallahu ‘anhu, beliau ` bersabda: “Sesungguhnya di Al Jannah (syurga) ada sebuah pintu yang disebut Ar Rayyan. Pada hari kiamat kelak orang-orang yang berpuasa akan memasuki Al Jannah melalui pintu ini. Tidak seorang pun selain mereka masuk melalui pintu ini. Dikatakan (kepada mereka): ‘Di mana orang-orang yang berpuasa?’, maka mereka bangkit (dan masuk). Tidak seorang pun selain mereka masuk melalui pintu ini. Ketika mereka telah memasukinya, ditutuplah pintu tersebut, maka tidak seorang pun dapat memasukinya.” (HR. Al Bukhari no. 1763 dan Muslim no. 1947) 2. Shalat Tarawih Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa menegakkan shalat (Tarawih) di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala hanya dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Al Bukhari dan Muslim) Dan yang lebih utama, shalat tarawih dilaksanakan secara berjamaah menurut majoriti ulama, seperti Al Imam Asy Syafi’i, Al Imam Abu Hanifah, Al Imam Ahmad, sebahagian ulama Malikiyah, dan yang lainnya. (Lihat Syarah Shahih Muslim). Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya barangsiapa mendirikan shalat bersama imam (secara berjamaah) hingga selesai ditulis baginya seperti shalat semalam suntuk.” (HR. At Tirmidzi) 3. Qira’atul Qur’an (membaca Al Qur’an) Hendaknya orang yang sedang menunaikan ibadah puasa menyibukkan dirinya dengan ibadah-ibadah yang lainnya, seperti dzikir, qira’atul Qur’an, shadaqah, dan berbuat baik kepada orang lain. Demikianlah yang dicontohkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa Sallam, sebagaimana dikisahkan oleh Ibnu ‘Abbas radliyallahu ‘anhuma: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam adalah manusia yang paling bersemangat terhadap kebaikan. Dan (beliau Shalallahu ‘alaihi wa Sallam) lebih bersemangat ketika Malaikat Jibril ‘alaihissalam datang menemuinya di bulan Ramadhan. Dan Malaikat Jibril ‘alaihissalam biasa menemui beliau Shalallahu ‘alaihi wa Sallam di setiap malam selama bulan Ramadhan hingga akhir bulan. Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam membacakan kepadanya Al Qur`an. Maka ketika Jibril ‘alaihissalam menemuinya, Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam lebih bersemangat terhadap kebaikan (lebih kencang) daripada angin yang berhembus.” (HR. Al Bukhari no. 1769) Bulan Ramadhan disebut juga Syahrul Qur’an (bulan Al Qur’an), kerana di bulan tersebut Al Qur’an diturunkan. Maka perbanyaklah membaca Al Qur’an sambil merenungi kandungannya, serta tanamkan di hati bahawa dirinya sedang membaca Kalamullah (firman Allah Subhanallahu wa Ta’ala). 4. Memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa Kaum muslimin rahimakumullah, seorang muslim yang diberi keutamaan oleh Allah Subhanallahu wa Ta’ala dari sisi rezeki hendaklah memanfaatkan kesempatan yang baik ini untuk membantu saudaranya yang kekurangan, walaupun sekadar memberi makanan berbuka untuk mereka, kerana keutamaan memberi makanan berbuka orang yang berpuasa sangat besar nilainya di sisi Allah Subhanallahu wa Ta’ala. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam: “Barangsiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut.” (HR. At Tirmidzi dan Ibnu Majah) Semoga Allah Subhanallahu wa Ta’ala menerima amalan-amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita semua. Amin Ya Mujibas Sailin.

Secara tuntas, jom sama-sama kejar saham untuk akhirat. Bila? Ramadhan ni inshaALLAH..jommm! ^_^

Corat-coret,

Ummu ‘Iffah

kembara hambaNYA  

Posted by Ahlia 'Ammar

Kembara seorang hambaNYA tidak akan pernah berhenti. Langkahan yang terkadang laju terkadang perlahan. Meranduk segala duri ranjau sepanjang perjalanan. Mengutip setiap mutiara hikmah buat bekalan. Iman yang kerapkali turun naik, bukti diri insan yang lemah. Dipimpin teman-teman cerminan diri, penghibur hati dikala suka duka menghiasi tabir kehidupan seorang hamba. Selagi ajal belum menjemput, selagi itu perlu berjuang. Demi ALLAH dan RasulNYA, perjuangan ini wajib diteruskan.

Melangkah ke minggu ke 5 pembelajaran. Otak disumbat dengan segala macam ‘penyakit’ untuk ditelaah. Sangat ‘semput’ saat ini. Huhu.. Masih berbaki 3 minggu kuliah sebelum 1 minggu ulangkaji dan 3 hari peperiksaan. Sesungguhnya, diri ini tidak sabar menanti saat itu.

Kaki melangkah tanpa penat. Hati dikendong dengan ikhlas. Demi setitis ilmu dari lautan ilmuNYA yang belum diterokai. Walau lelah digagahi bersama. Walau jatuh, bangun semula. Kerana ini sunnah orang berjuang. Meskipun mehnah yang merintangi setiap langkahan ini membantutkan semangat yang hanya tinggal baki. Chaiyok2! Yakin boleh! Biiznillah..inshaALLAH. Sekadar menyedapkan resah hati.

Kurang setahun lagi bakal menjejakkan kaki ke mustasyfa. Tahun ke3 didedahkan dengan suasana yang akan ditempuh tidak lama lagi. Jadi, dengan sangat excitednya memilih ‘clinical instrument’ yang bakal mendampingi diri sepanjang bergelar tholibah at-tibb ini.

macam2 warna ada. sgt tertarik dgn warna pink! sgt cumil..^_^
yang ni lagi mahal dr yg atas. takda warna pink laa.. T_T
white coat. kalau tak pakai ni boleh tak ye??

Menarik kan semuanya? Rambang mata jadinya mahu memilih yang mana satu.

Jumaat ini bakal menduduki ‘mini test’ untuk block ini. Jadi, ana pohon kepada semua yang menyinggah atau tersinggah ke teratak ini doakan kejayaan ana dan sahabat-sahabat yang lain ya. Moga najah dunia akhirah milik kita semua. inshaALLAH. Barakallahu fikum..

Wassalam.

“ Sahabat2 sekalian, moga menjadi muslim mukmin professional, bersama membantu menegakkan deenNYA di atas muka bumi singgahan sementara ini. Walau perjuangan ini diiringi kepahitan, namun yang PASTI ganjaran syurgaNYA menjanjikan kemanisan! ”

Cetusan rasa,

Ummu ‘Iffah

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ