Ya Rabb teguhkan hatiku  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillah.
Alhamdulillah masih diberi nikmat nyawa hingga detik ini.

Aasif jiddan buat sahabat-sahabat yang selalu datang menjengah laman ini namun tiada apa yang mampu dikongsi buat penawar jiwa, penawar iman untuk hari ini.

Alhamdulillah, tinggal beberapa hari saja lagi akan memikul taklifat yang baru lagi berat. Moga Allah permudahkan segalanya biiznillah wa inshaAllah.

Semalam dapat satu mesej berbaur nasihat. Tidak pasti dan tidak tahu dari siapa. Yang pastinya ianya menasihatkan sesuatu yang membuatkan hati terkejut. Mungkin ada 'masalah' antara dia dan si dia lalu melibatkan kami seluruhnya.

Benarlah orang cakap, tempoh sekarang ni adalah tempoh yang genting. Andai tiada iman yang memandu diri, sudah lama jatuh ke lumpur noda. Dengan bantuanNYA juga, diri ini mampu bertahan menangkis segala mehnah yang kian mengasak. Alhamdulillah.

Apapun yang pastinya, keteguhan hati terhadap perancangan Allah mengatasi segalanya. Andai ada yang cuba melawan taqdir, andai diizinkanNYA maka jadilah ia. Andai ianya sudah menjadi ketetapan yang tidak dapat disangkal mahupun ditidakkan maka tetaplah ia berlaku dengan kuasa Yang Esa.

Alhamdulillah. Hanya kalimah syukur yang mampu diungkap bibir saat hati mula layu. Hati mula goyah kerana adanya musuhNYA yang tidak pernah putus-putus menarik ke arah kegelapan. Iman yang bersisa masih cuba melawan dan akan terus melawan mempertahankan yang haq.

Apapun senyum saja :) kerana senyuman itu syifa segala duka. Dan DIA sentiasa ada! :)

'Pre' Az-Ziwaaj  

Posted by Ahlia 'Ammar


Alhamdulillah, punyai nikmat masa untuk menjengah seketika ke sini. Dah lama tak update.

Berbicara melalui mata pena adalah lebih baik daripada kata-kata yang diluahkan melalui pancaindera. Kerana terkadang kita tidak sedar bahawa butir bicara kita bisa melukakan hati orang yang mendengarnya. Sesungguhnya pancaindera kita banyak melakukan dosa dalam sedar dan tidak.

Syukran kathir kepada Shahira Ismail dan Nadya Sufia yang telah bertungkus lumus menyiapkan video surprise hari tu. Kelu tatkala melihat hasilnya. Subhanallah, Allah saja yang mampu membalas kebaikan yang banyak kepada kalian.

Syukran yang tidak terhingga juga buat Kak Aishah kerana sanggup ke depan semata-mata hendak mengumumkan ‘berita’ ini. Kata kak aishah, “Demi kekasih hati :)” Juga kepada Adilah yang menemankan kak Aishah di depan. Moga saja Allah membalasnya dengan kebaikan yang melimpah.

Dikisahkan bahawa saat berita ini diumumkan, satu kelas terdiam. Terkejut dan tidak percaya. Kerana semuanya mengharapkan berita gembira dari orang lain. Minta maaf kawan-kawan kerana buat kalian kecewa. Berita gembira yang kalian harapkan belum tiba masanya. Akan tiba. InsyaAllah, suatu saat yang sudah Allah tetapkan, ia pasti akan tiba. Bila? Hanya Dia yang tahu. :)



Nikah sewaktu belajar

“ Memang dah rancang nak kawen waktu belajar ke?” tanya seorang sahabat.

Jawapannya, tidak. Dulu sewaktu di sekolah atau di matrik, langsung tidak pernah punyai angan-angan atau kesempatan untuk terfikir akan perkahwinan di awal usia. 

Namun, apa yang boleh dikatakan di sini, semuanya adalah perancangan Allah S.W.T. Milik mutlak Allah segala perihal yang sudah, sedang dan akan berlaku. Semuanya sudah tercatat di atas sana dengan penuh tertib dan teratur. Dan ‘countdown’ itu sudah bermula.

Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.

Manusia merancang, Allah juga merancang, namun perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan.

“ Kenapa boleh terfikir untuk kawen? Kan tak habis study lagi?” tanya seorang ukhti.

Diri ini tidak punyai jawapan yang khusus untuk persoalan ini. Namun yang pasti ianya adalah soal keyakinan.

Keyakinan yang tinggi atas perancangan yang sudah Allah taqdirkan. Keyakinan yang tinggi akan janji-janji Allah dalam kitab cintaNYA. Keyakinan yang tinggi dengan pilihanNYA untuk diri ini. Segala-galanya berpaksikan kepada keyakinan yang utuh kepada Allah Rabbul Jalil.

Apa itu perkahwinan?

Bak kata Ustaz hasrizal, erti hidup pada memberi.

Perkahwinan adalah untuk memberi, bukan hanya menanti diberi. Memberi kasih sayang, nafkah, perhatian, kebaikan, tanggungjawab. Ianya adalah satu ‘bebanan’ yang berat. Mudah untuk menutur namun susah mempraktikkannya.

Pernikahan itu bukan satu medium untuk menghalalkan hubungan antara seorang rijal wa nisa’ semata. Secara kasarnya, ia adalah untuk menjaga hati, nafsu supaya tidak tunduk pada telunjuk syaitan dan tersasar dari landasan yang benar. Sesungguhnya syaitan amat benci akan perkara yang dihalalkan oleh Allah dan sentiasa punyai muslihat untuk memaling hati hamba-hamba Allah yang taat.

Pernikahan juga merupakan suatu perjanjian yang amat berat. Mitsaqon ghalizho. Ianya memerlukan pengorbanan dan kesanggupan kedua-dua belah pihak untuk sama-sama bahu membahu meneruskan perjuangan agama yang benar, Islam. Si suami gagah dan lantang membela agama, dan si isteri setia di sisi meniup semangat juang ke dalam diri suami.

Ia juga adalah suatu urus niaga akhirat. Usahanya di dunia, dan hasilnya diraih di akhirat sana. Untung atau rugi? Bergantung kepada ‘peniaga’ yang begitu serius dalam ‘berniaga’ atau sekadar main-main saja.

Maratibul amal. Daripada individu Muslim 'dinaikkan pangkat' menjadi keluarga Muslim (perkahwinan). Ianya adalah suatu proses yang rumit ke arah membina kembali empayar Islam dan ummah yang teguh imannya kepada Allah. Dan ianya bukan tingkatan yang biasa-biasa. 


Melalui perkahwinan juga, bakal lahirnya pejuang-pejuang agama yang akan meneruskan perjuangan Baginda Nabi S.A.W. Kerana rantaian perjuangan yang ditinggalkan oleh Baginda akan sentiasa tersambung dengan lahirnya generasi jilul Quran yang hebat. Mencetak generasi itu bukan mudah, namun demi kemaslahatan ummah yang kian melemah kini, mereka yang berkahwin itu sepatutnya sudah punyai mind set ini. Bersedia mewakafkan mujahid mujahidah masing-masing untuk Allah dan RasulNYA.


" Dan diantara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan utkmu daripada jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia jadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.sungguh,pada yg demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yg berfikir"(Ar-Rum:21)


Lain orang, lain pendapatnya tentang erti sebuah pernikahan. Namun semuanya bermatlamatkan sama, berpaksikan tauhid yang satu, menggapai redha Allah pastinya.

Moga ianya salah satu wasilah taqarrab ilallah. 

Kenapa sebelum exam? :)

Adalah mustahil Dia menetapkan untuk sesuatu itu berlaku melainkan ada hikmah tersembunyi dari pengetahuan terhad dan terbatas manusia.

Kenapa pilih tarikh sebelum pro? Secara jujurnya, bukan diri ini yang menentukan dan menetapkan semua itu. Segalanya sudah tercatat lengkap di Luh Mahfuz sana perihal ajal, jodoh, rezeki. Allah sudah menetapkan tarikh tersebut sejak dari ruh ditiup masuk ke dalam jasad pinjaman ini. Dan Dia ‘menyampaikan’ melalui perantaraan ibu bapa.

Hanya Dia yang tahu kenapa. Hanya Dia yang tahu mengapa. Hanya Dia yang tahu segalanya. Tersirat dan tersurat. Jika mahu jawapannya, sila tanya Dia Yang Maha Tahu. :)

Bicara seorang sahabat, “ Mana tahu, nanti masuk exam dalam redha dan berkat doa suami, Allah izinkan kejayaan yang tidak terduga.”

Biiznillah, insyaAllah.

Dan ada juga reason yang lain. Mungkin asbab utama juga.

Mungkin juga kerana doa sahabat yang tidak putus-putus mendoakan saya. Jazakillah sahabatku.

Undangan Walimatul 'Urus


Dijemput semuanya yang mengenali diri ini. Mohon doanya. :)
“ Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan ”

(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)



* First time tulis pasal kawen rasanya. Tinta yang penuh dengan kelemahan dan kesalahan jua kesilapan dari seorang hamba Allah yang hina. Aasif jiddan andai ada tersalah kata. Sekadar suka-suka tanpa sebarang niat. Moga redha Allah bersama kita. :)

* Juga syukran kathir untuk sahabat-sahabat yang berkongsi rahsia sebelum ini. Kepada sahabat baik yang sudah lama memendam rahsia ini, aasif jiddan meletakkan beban ke atasmu. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ