Puteriku Sayang  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillah. Kalam hamba dimulakan dengan lafaz memuji keagungan Rabbul ‘Alamin. Subhanallahi wa bihamdih. Subhanallahil ‘Azim.

Melangkah ke hari ke5 Ramadhan. Terasa baru sahaja semalam hati ini begitu merindui kedatangan Shahrul Kareem ini. Benarlah. Akhir zaman ini, masa berlalu dengan sangat pantas. Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Semoga kita bukan tergolong di dalam golongan yang rugi itu. Biiznillah wa inshaAllah.

Sebentar tadi, baru saja usai meninjau-ninjau facebook rakan-rakan. Sudah lama hal ini disimpan jauh di lubuk hati. Seakan tidak mampu lagi untuk dipendam. Minal qalbi ila qalbukunna. Dari hati ke hati. Untukmu akhawat yang kusayangi.

Ya Allah! Sungguh aku sayangkan ukhti-ukhtiku itu. Sayang yang teramat sangat.. Walau siapa pun antunna, ana sayangkan antunna atas nama aqidah yang satu ini. Walau kita tidak pernah bersua muka, walau kita hanya bertemu di taman maya, sungguh ana cintakan antunna sekalian. Lillahi ta’ala..

Tatkala mata tertancap pada wajah-wajah kalian yang terpamer indah di laman maya ini, ana terpegun. Subhanallah, antunna semua memang sangat-sangat cantik. Allah jadikan kalian dengan seindah-indah ciptaanNya. Segala puji kepadaNya di atas kurniaan yang amat berharga ini buat kita yang bergelar muslimah.

Namun, terdetik kekesalan di dalam hati. Harta yang berharga harus disimpan rapi. Agar ianya tidak akan dinodai oleh nafsu-nafsu liar yang tiap masa memburu mangsanya. Begitu juga dengan anugerah wajah dan tubuh antunna yang sangat cantik. Peliharalah ia daripada menjadi tatapan liar ajnabi. Peliharalah ia dengan sifat malu yang tinggi. Peliharalah ia dengan keazaman yang kuat. Agar ianya tidak akan menjadi ‘harta hina’.

Sesungguhnya kalian adalah permata yang sangat berharga. Kalian kebanggaan agama. Kalian muslimah mukminah harapan Deen tercinta. Kalian puteri-puteri yang amat dicintai Rasulullah, kekasihNya. Kalian itu kita! Tegakah hati melihat kekasih yang begitu mencintai diri kita menangis mengenangkan puteri-puteri kesayangannya ternoda?! Na’uzubillahi min zalik. Semoga kita dalam lindunganNya sentiasa.

Akhawat yang kucintai, antara kalian, pasti ada yang sangat-sangat arif dalam hal-hal agama. Antara kalian, pasti ada yang memelihara wajahmu yang indah dengan secebis kain kecil penutup muka. Niqob. Ana sangat menghormati antunna. Kerana antunna bermujahadah untuk melindungi sebahagian wajah daripada pandangan liar ajnabi. Subhanallah! Kalian wanita solehah yang sangat hebat! =) Namun, masih ada kekesalan tatkala melihat ada antara kalian ( bukan semua ) mempamernya di laman-laman maya. Kisah benar. Sudah banyak kali terjumpa facebook wanita yang berniqob yang sengaja ( mungkin jugak tidak sengaja. Maaf sekiranya tersalah mentafsir ) meletakkan gambar wajah berniqob bersama mata yang dihiasi celak yang tebal, menaikkan seri wajah yang sedia terselindung. Mata yang menarik jua cantik itukah yang ingin dijadikan tarikan? Kalian sangat cantik! Ana akui. Cantik sangat! Maha suci Allah yang telah menganugerahkan keindahan pada diri-diri antunna. Tapi alangkah indahnya jika kalian turut selindungkan terus wajah kalian daripada tatapan umum. Harapan ana besar sekali mungkin? ( perlu diingatkan di sini, focus ana bukan SEMUA. Hanya sebahagian kecil sahaja. Kerana ada dikalangan antunna tidak berniat sebegitu. Ada dikalangan antunna tidak memfokuskan bahagian yang menarik untuk dipertontonkan. Mungkin sekadar pengenalan diri. Mungkin juga sebagai hijab bagi menghalang mereka-mereka yang nakal dari mendekati antunna. diulang. BUKAN SEMUA!)

Ana tidak menafikan akan keinginan diri setiap antara kita untuk turut sama meletakkan gambar di laman-laman maya. Agar mudah dikenal pasti oleh teman-teman. Agar mudah dijejaki sekiranya sudah lama tidak bersua. Mungkin ianya jalan paling mudah untuk kembali ‘jejak kasih’. Tapi tidak salah bukan , sekiranya gambar yang ingin diletakkan itu adalah gambar secara beramai-ramai. Bersama teman-teman, keluarga, suami isteri. Tidaklah kita akan menjadi focus utama orang yang melihatnya. Pokok pangkalnya, cubalah jauhkan diri daripada menjadi ‘tumpuan utama’. Tak susah bukan? =)

Bagi yang pernah mendengar atau terbaca akan artikel berkenaan facebook menggunakan gambar-gambar muslimah yang kemudiannya diedit sehingga tidak berpakaian atau bermacam lagi lakuannya, moga ianya menjadi asbab utama menghalang diri daripada ‘menyerah diri’ kepada mereka (Yahudi). Pernah melihat dengan mata sendiri, betapa dahsyatnya fitnah yang mereka timbulkan. Mangsanya siapa? Kita! Yang bergelar muslimah. Yang menghijabi diri menuruti tututan syarak. Yang melindungi diri seiring dengan arahan daripadaNya. Moga kita sekalian dalam lindungan Rabbul ‘alamin. inshaALLAH..

Akhawat yang kucintai keranaNya, jagalah diri antunna dengan sebaik-baiknya. Allah amanahkan sedikit kecantikanNya kepada kita untuk dijaga dengan rapi. Bukanlah untuk ditayang agar mendapat balasan puja dan puji. Kerana segala-galanya adalah milik mutlaqNya. Kita tidak punyai apa-apa. Kita tidak miliki sebarang harta berharga. Semua yang kita miliki sekarang hanyalah pinjamanNya semata. AmanahNya WAJIB kita jaga. Dengan hati kita jaga. Dengan tekad kita jaga. Dengan yakin kita jaga. Kerana ini amanah dari Allah yang kita cinta!

Luahan ini hanyalah sekadar koreksi diri seorang hamba yang hina. Semoga ianya mendapat nilaianNya. Moga ianya bekalan saham untuk ke sana. inshaALLAH. =)

Puteriku Sayang

Album : Keizinan Mu Munsyid : Hijjaz

Aduhai puteriku sayang Aduhai puteriku sayang Puteriku sayang Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti Lembutmu kan hiasan Bukan jua kebanggaan Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati Disebalik bersih wajahmu Disebalik tabir dirimu Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi Berpegang pada janji mengabdikan diri ( ulang 1 ) Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama Tiada siapa yang akan boleh merampasnya Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya Wahai puteriku sayang Kau bunga terpelihara Mahligai syurga itulah tempatnya Aduhai puteriku sayang Kau bunga kebanggaan Aduhai puteriku sayang Kau bunga idaman

Nota hati,

Ummu 'Iffah

This entry was posted at Sunday, August 15, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 nasihat dari sahabat

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ