Aku minta...  

Posted by Ahlia 'Ammar

Aku, kamu, dia, mereka. Semua kita punyai impian, harapan, kesulitan, kepayahan yang tersendiri. Terselit seribu hikmah di sebalik tiap satu caturanNYA. Pastinya, hanya kepadaNya kita meminta, memohon dipermudahkan segala payah, dikabulkan segala impian. Kerana, hanya Dia yang mengetahui rahsia disebalik tiap satu hikmah berlakunya sesuatu kejadian itu..

Saudara Seaqidah  

Posted by Ahlia 'Ammar

Lewat kebelakangan ini, saya sering disajikan dengan kisah-kisah daripada mereka yang baru (mungkin juga sudah lama) bergelar saudara baru. Subhanallah! Sangat kagum dengan ketabahan yang dimiliki oleh mereka. Meskipun kerapkali diuji keyakinan dan keimanan kepada qada’ dan qadarNya, mereka terus kuat. Melangkah dengan cekal mengharungi segala badai yang menghempas pantai sebuah kehidupan. Dengan keyakinan yang bernama IMAN, mereka terus patuh kepada Yang Satu.

Kisah 1

Kisah ini baru saja berlaku dalam bulan lepas. Seorang sahabat yang dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki bas ekspres dengan taqdirNya dipertemukan dengan saudara baru ( waktu tu belum lagi bergelar mualaf ). Kebetulan di dalam bas, mereka duduk bersebelahan. Sahabat ini menerima panggilan daripada temannya ketika itu. Nada ‘ringtone’ yang digunakan adalah bertajuk ‘Always be with you’ oleh Maher Zain. Saudara baru tersebut tertarik dengan nada ‘ringtone’ tersebut lalu meminta sahabat saya ‘bluetooth’ kepadanya. Selesai itu, dengan asyik sekali saudara itu menghayati tiap bait lirik yang terkandung dalam lagu tersebut. Dengan izinNya, saudara itu meminta sahabat saya menerangkan bagaimana hendak masuk Islam? Allahuakbar! Tergamam sahabat saya. Lantas diajarnya kalimah syahadah. Walau bertatih saudara baru tersebut menyebutnya, dengan izin Yang Maha Kuasa, dia kini bergelar Muslim Mualaf. Hidayah itu milik Allah. Hidayah itu berhak untuk sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan izinNya, hidayah itu milik ‘Ammar Bee Hin bin Abdullah. Saudara kita itu turut berazam untuk meng ‘Islam’ kan kakaknya. Sama-sama kita doakan. Moga hidayah Allah milik mereka.

Kisah 2

Alhamdulillah, dengan izinNYA, saya bertemu dengan sebuah blog ini. Subhanallah! Pemilik blog itu juga seorang Muslim Mualaf. Kisah bermula ketika beliau masih lagi di bangku persekolahan. Kisah ini saya ringkaskan daripada kisah hidup yang dibaca daripada blognya. Ketika itu usianya baru 13 tahun. Agama asalnya adalah Kristian. Beliau bersekolah di sekolah yang majoritinya Muslim. Setiap hari jumaat, pelajar Muslim akan sama-sama mengalunkan zikr asma ul-husna ketika perhimpunan harian. Dengan kuasaNya, berlaku satu peristiwa yang membawa kepada pengIslaman dirinya. Pagi Jumaat seperti kebiasaannya , pelajar muslim yang lain tenggelam dalam alunan zikir asma ul-husna yang syahdu, beliau memandang-mandang ke sekeliling sementara menantinya alunan zikir berakhir. Langit ketika itu cerah. Namun, satu keajaiban berlaku. Dengan izinNya, gumpalan-gumpalan awan bergabung membentuk beberapa objek. Kelihatannya seperti manusia-manusia yang seakan-akan sedang dihukum di atas sana. Bersama mereka kelihatan gerakan bibir yang turut sama mengalunkan bacaan zikir asma ul-husna. Wajah mereka di dalam kesedihan. ( peristiwa ini di‘translate’kan daripada kisah yang dibaca. Mohon maaf andai ada kesilapan daripada proses men ‘translate’ kerana kisahnya ditulis dalam bahasa Ingeris) Beliau yang pada asalnya tidak mempercayai apa yang dilihat oleh matanya merasakan ianya mungkin mainan perasaan sahaja atau mungkin juga kesan daripada memandang langit terlalu lama. Segera ditundukkan kepala buat seketika dan kembali didongak memandang langit seketika kemudian. Subhanallah! ‘mereka’ masih wujud di atas sana. Sama-sama mengalunkan zikir bersama pelajar-pelajar di bawah sini. Kelibat ‘mereka’ hilang usai saja alunan zikir tamat. Peristiwa itu menjadi asbab kepada bermulanya kemahuan beliau untuk mendalami Islam. Alhamdulillah, dengan izinNya, beliau memeluk Islam ketika berusia 18 tahun. Kini, sudah dua tahun beliau memeluk Islam. Bermacam mehnah yang beliau terpaksa harungi. Tanpa pengetahuan ibu bapanya, beliau terpaksa beribadah secara bersembunyi. Hinggakan terpaksa melilit tubuhnya dengan selimut untuk dijadikan telekung buat pakai untuk solat. Baru-baru ini, beliau menjelaskan kepada ibu bapanya akan pengislaman dirinya hingga membawa kepada kemarahan bapanya yang memutuskan hubungan kekeluargaan dengannya hingga kini. Tabahnya dirimu wahai da’ie muda. Kamu seorang yang hebat! Lebih hebat daripada kami yang Muslim atas asbab keturunan. Semoga Allah sentiasa meneguhkan pendirianmu. Sesungguhnya Allah bersamamu duhai saudaraku!

Kisah 3

Bersambung…. =D

Pertemuan Antara Kita  

Posted by Ahlia 'Ammar

Melewati lingkaran waktu yang kian berlalu. Menelusuri kembara sebuah kehidupan seorang hambaNYA. Sejenak waktu itu, dipertemukan dengan mereka yang amat istimewa. Mereka yang sangat kukasihi keranaNYA. Memori bersama mereka masih tersemat utuh di dalam ingatan. Secebis memori itu memberi kemanisan yang sangat indah. Sungguhku rindukan mereka semua. Ya Allah, andai masih punya waktu, temukan kami semula dalam ruangan rindu. Mereka adalah teman-teman baikku sejak di sekolah itu. Bersama berkongsi ceritera kehidupan, suka duka, gelak tawa. Asmah, Pinat, Fasha, Hanis, Sara, Rushda, Intan, Mira.

Asmah. Orangnya putih, macam cina. Cantik. Teman baikku sedari umur 6 tahun hingga kini. InshaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat, biiznillah. Pertemuan pertama ketika di prasekolah. Waktu itu, memang kami sudah berkawan rapat. Dalam gambar pun, duduk sebelah-sebelah. Teringat satu peristiwa, ada pertandingan kawin-kawin. Hehe..lawak plak. Mulanya watak pengantin perempuan dipegang olehku tetapi aku menangis sungguh-sungguh tak mahukan watak tu. Asmah pulak kena masuk pertandingan menyanyi. Lagu “bapakku pulang dari kota…” Hehe comel betol. Jadi, cikgu pun tukarkan kami. Asmah jadi pengantin, aku jadi penyanyi. Kecik-kecik dah kawin dan menyanyi. Hehe.. dan seterusnya. Sehingga darjah 6, kami satu kelas sebab memang ada satu kelas saja pun. Huhu.. Nakal sungguh waktu kecik-kecik dulu. Masuk sekolah menengah, kami satu sekolah dan satu kelas jugak. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Masuk tingkatan 4, kami mintak mrsm ( saja2 mintak, tak harap pun dapat ). Alhamdulillah, kami sama-sama dapat mrsm beseri. Nun jauh di utara. Masuk mrsm, kami dapat kelas yang sama lagi. Hehe.. Jodoh panjang. Sampai lah tingkatan 5. Dari prasekolah hingga tingkatan 5 kami didalam kelas yang sama. 11 tahun. Lama kan? Lepas spm, kami terpisah. Bukan kehendak hati namun takdir Ilahi. Asmah ke matrik perak dan aku ke matrik uia. Alhamdulillah, walaupun tidak lagi sama tempat, tapi tautan hati kami masih erat. Masih kukuh meniti perjalanan waktu. Sekarang , asmah di RCMP, Perak. Bakal doctor ni, inshaAllah. Asmah, moga terus thabat atas jalan juang dan dakwah yang dipilih. Moga terus kuat meniti arus kehidupan. Walau mehnah merintang, teruskan melangkah dengan cekal. Sebagai seorang hamba dan khalifahNYA. Aku sayang hang lillahi ta’ala!

Pinat. Orangnya cantik! Anak mami. Hehe.. Perkenalan kami bermula di mrsm. Kami sama kelas. Teringat lagi waktu minggu orientasi, semua freshie dibahagikan kumpulan mengikut kelas masing-masing. Pinat la ketua kelas kami.hehe.. Sebab dia mempunyai sifat kepimpinan. Awal tu, kami tidak kenal sangat. Bila dah masuk kelas, pinat nak duduk sebelah asmah. Pinat cakap asmah cantik sebab asmah putih. Hehe.. pastu dia nak ajak nadia duduk sekali. Sebab meja susun tiga-tiga. Nadia satu sekolah dengan dia dulu. Tapi aku cakap nak duduk sekali, dan bermula dari situ terjalinlah ukhuwwah antara kami. Ke mana-mana, pasti bertiga. Tidak lengkap kalau kurang seorang. Sehinggakan cikgu-cikgu menggelar kami kembar tiga dan tiga serangkai. Teringat waktu tingkatan empat, subjek bahasa melayu komsas. Cikgu kavitha yang mengajarnya. Cikgu suruh aku berlakon drama yang ada dalam buku komsas tu! Waa.. Pegang watak jiwang pulak tu. Huhu.. Kenangan betol. Pinat ni ahli Badan Wakil Pelajar, memegang biro Puteri. Hebat ni. Hehe..Macam-macam kenangan kami bersama. Pinat sakit. Dulu aku selalu tengok pinat makan ubat. Kesian dia. Tapi Alhamdulillah baru-baru ni, pinat dah operate. Moga sihat sepenuhnya ya pinat. Lepas spm, pinat masuk pasum. Kadang-kadang aku pergi tido di bilik dia di UM tu. Hehe.. Dia ni bakal doctor jugak, inshaAllah. Pinat, moga terus kuat. Moga hang berjaya menjadi cardiologist macam yang selalu cerita dulu. InshaAllah, hang dah dekat dengan impian hang tu. Teruskan melangkah dengan tabah. Hadapi hidup yang penuh liku ini dengan cekal. Moga terus thabat dengan jalan juang yang hang pilih. Aku sayang hang!

Fasha. Orangnya cantik, hitam manis gitu. Hehe.. Pertemuan kami bermula ketika kami di tingkatan 1 lagi. Tapi masa tu, kami tidaklah serapat mana. Kebetulan, tingkatan 4 kami dapat mrsm yang sama. Bersemangat kami merancang bersama. “ Kita try la 2, 3 bulan dulu duk sana. Kalau tak best, kita patah balik la..” hehe. Almaklum, kami semua tidak pernah tinggal di asrama. Tingkatan 4, fasha kelas lain, aku kelas lain. Teringat lagi, fasha ni hebat berbahas. Sedari tingkatan 4 lagi, fasha dah sertai kelab bahas dan pertandingan bahas. Wakil maktab ni. Hehe.. Dan fasha pun merupakan salah seorang ahli Badan Wakil Pelajar a.k.a MPP. Hebat jugak ni.. Fasha pegang biro Kebudayaan (betol ka ek?ke biro lain? Lupa dah sebenornya pasal biro-biro ni.huhu..) Waa.. rupanya aku berkawan dengan orang-orang yang hebat. Bangga kejap. Hehe.. Dulu, selalu jugak pergi melepak di bilik fasha sambil sembang-sembang. Kalau lepas cuti, mesti serbu bilik semua orang. Almaklum, masing-masing bawak balik makanan yang sedap-sedap dari rumah. Teruk betol perangai. Hehe.. kalau hari yang ada pasar malam mesti semua makan sama-sama kat tengah court. Waa.. rindu pasar malam kat beseri! Huhu. Lepas spm, fasha dapat matrik perak, sama dengan asmah. Terpisah di situ. Dan sekarang fasha di usm. Fasha, moga berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak yang solehah. Moga fasha berjaya mencapai segala impian fasha. Sama-sama kita mengejar akhirat, nescaya dunia akan mengejar kita. Kalau nak kawin nanti, jemput taw! Chop jadi pengapit! ( habis semua orang, aku chop nak jadi pengapit..hehe) Sayang fasha!

Hanis. Orangnya pendiam sedikit. Suka study. Kuat betol study. Dean list ni. Huhu.. Perkenalan bermula sejak dari tingkatan 1. Kami sama kelas. Hanis ni kembar fasha. Di mana, ada fasha, di situ ada hanis dan begitulah sebaliknya. Hehe.. Lepas pmr, kami sama-sama masuk mrsm. Hani dapat kelas j, aku kelas k. Jiran la ni. Hehe.. Di mrsm kami sebilik. Memang tak sangka lah boleh dapat sebilik. Hehe.. Dalam bilik, katil aku sebelah katil hanis. Hanis ni anak mak. Almaklum, seorang saja perempuan dalam family. Hehe.. teringat satu peristiwa ni. Waktu tu, tengah spm. Kami duduk di blok f. Junior-junior semua dah balik kampong bercuti. Tinggal kami saja 8 orang dalam blok tu. Kawan2 dari blok b pun datang tidur di blok f. Satu malam, terdengar perbualan budak lelaki. Kedengaran seperti mereka hendak memecah masuk ke blok kami. Dengan sangat takut, kami semua berkumpul dalam satu bilik. Kunci semua pintu. Segala batang penyapu kami kutip buat senjata. Risau kalau-kalau kami ‘diserang.’ Huhu.. dalam keadaan yang kalut, penuh debaran itu, kami tersedar hanis tiada! Rupanya hanis sedang study di bilik utility. Huhu.. berani betul hanis duduk sorang-sorang di situ sedang kami yang lain tangah kecut perut dah. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang buruk berlaku. Rasa kelakar pulak bila teringat balik. Macam-macam peristiwa yang berlaku. Blok f tu kiranya dah jadi port melepak kami. Hehe.. teringat masing-masing bila study, macam-macam ragam. Tersengguk-sengguk study sambil tahan mengantuk yang amat. Huhu.. Moga Berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Terus melangkah dan melangkah selagi bernyawa demi mencari redhaNYA. Sayang hanis!

Rushda. Orangnya kecil molek. Comel sangat. Perkenalan kami bermula ketika masuk ke mrsm. Kami sebilik. Sejak itu kami bersahabat. Rushda baik orangnya. Dalam bilik, suka betol tido. Ada masa, mesti tido. Hehe.. sama macam shud, rumetku yang seorang lagi. Rushda suka bergaduh dengan shud. Ada-ada saja yang tak kena antara mereka. Aku dan hanis menjadi pemerhati yang setia. Sabar saja sambil menahan tawa melihat pergaduhan mereka. Hehe.. rushda2. Waktu pemilihan BWP, rushda antara yang terpilih untuk manifesto sebelum berlakunya proses buang undi. Walaupun gagal menjadi BWP, rushda terpilih menjadi ahli Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) a.k.a pengawas sekolah. Rushda seorang LDP yang sangat bagus! Berdisiplin! Hehe.. Rushda ni suka menyanyi. Dalam bilik suka betol dia menyanyi. Nasib baik suara hang sedap. Hehe.. lagi satu, rushda ni kuat makan! Nampak saja fizikal kecik, tapi perut tong! Segala jenis makanan dia boleh sumbat dalam satu-satu masa. Kalau di bilik sudah kehabisan makanan, pasti dia akan merantau ke bilik-bilik lain untuk mencari makanan. Hehe.. lawak rushda ni. Kalau pergi ke pasar malam, benda wajib yang rushda akan beli adalah tengkorak ayam ( oppsss..rangka ayam laa..hehe) Dari situ la, aku mula berkenalan dengan tengkorak ayam tu. Rushda ni bakal cikgu. Tengok gambar dia di facebook dengan anak-anak murid dia, sama tinggi saja cikgu dengan anak murid. Hehe.. comel betol. Rushda, moga menjadi seorang cikgu yang berjasa besar terhadap bangsa dan agama. 2 pekerjaan yang mulia di sisi Allah adalah pendidik dan doctor. Sama2 kita mencari redhaNYA, inshaAllah. Teruskan melangkah dengan tabah dan cekal mengharungi kembara yang masih panjang. Sayang rushda!

Sara. Orangnya teramatlah cun. Tinggi lampai, putih berseri. Ramai peminat ni. Hehe.. Perkenalan antara kami bermula di tingkatan 5. Hujung tingkatan 4, kami sama-sama diberi amanah sebagai ahli LDP. Sama-sama memegang tanggungjawab sebagai pengawas sekolah yang pastinya teramat dibenci oleh sesetengah golongan kot. Huhu.. Awal tingkatan 5, ditakdirkan kami sebilik kerana sama-sama memegang amanah sebagai ahli Jemaah Pengurusan Pelajar(JPA). Mulanya, tidaklah serapat mana. Sara pula mulanya agak pendiam. Aku pun. Hehe.. tapi, lama-lama makin kamcing. Aku selalu usik sara. Sara selalu cakap aku nakal. Hehe.. Sara kelas L, sebelah kelas aku. Kadang-kadang bila bosan, kami (aku dan asmah) selalu pergi ke kelas sebelah sambil kacau-kacau sara dan kinah( rumet asmah ) hehe.. Nakal kan kami? Kat bilik, katil sara depan katil aku. Atas katil sara, ada bantal tweety. Intan berkenan sungguh dengan bantal tweety kuning yang comel tu. Petang-petang bila sampai waktu makan, laju saja kami bersiap nak pi makan kat ds tu. Hehe.. Serlum saja tudung putih tu. Tudung p kelas , tudung prep, tudung riadhah, tudung p makan semua tudung putih tu. Almaklum, tudung kami wajib berjahit. Jadi, senang sangatlah kalau nak cepat especially waktu makan. Laju saja. Hehe.. Bila berborak, ada saja gossip-gosip hangat yang kami bualkan. Memang hot lah semua gossip-gosip tu. Yang paling terbaru semua kami tahu. Hehe.. Sekarang sara kat usm. Terpisah lepas spm. Sara, moga Berjaya dalam pelajaran dan juga kehidupan di dunia dan akhirat. Sama-sama kita belajar dan kelak bekerja di samping mencari redhaNYA. Sayang sara!

Intan. Orangnya cantik. Cun gitu. Perkenalan kami bermula di mrsm. Intan intake lewat sikit dari kami semua. Kebetulan kami satu homeroom. Sekali dengan mogobja. Hehehe.. Mogobja tu pres homeroom kami.Kenapa nama mogobja? Sebab mukanya sebijik macam mogobja, orang asli dalam buku literature tu. Bukan kami yang gelarkan dia, tapi budak-budak lelaki lain yang mulakan. Sampai memang dah sebati dan jadi nama dia. Aku pun dah lupa nama betul ja apa. A’ah la, nama betul mogobja apa ek? Lupa betol-betol ni. Huhu.. Kami selalu gosipkan intan dengan mogobja. Mogobja malu-malu meow pulak bila kami sengaja kenenkan dia dengan intan. Intan pulak selambe rock relax saja. Hehe.. lawak pulak bila teringat balik. Comel betol intan dengan mogobja. Jangan main-main dengan intan taw. Dia ni pandai bersilat. Memang kamcing la dengan ustaz manzur, sifu silat dia. Macam bini nombor dua ustaz pulak. Hehe.. Pinat, intan, asmah JPA blok B. Bilik sebelah rumah ustaz manzur. Depa selalu curi-curi dengar ustaz borak-borak dengan ustazah. Kadang-kadang ustaz pulak yang curi-curi dengar depa borak. Sampai kantoi. Ustaz dehem-dehem saja. Sebabnya, bilik tu riuh sangat. Bila gelak, satu mrsm tu boleh dengar. Bilik tu selalu jadi tempat lepak kami jugak. Satu masa tu, intan bawak walkman. Kebetulan masa tu, tengah femes lagu peterpan. Apa lagi, kami gilir-gilir pinjam walkman intan dengar lagu peterpan. Siap hafal semua lagu lagi. Mula la melalak dalam bilik tu. Ustaz konfem dengar. Hehe.. Nakal betol kami waktu zaman jahiliyyah dulu. Sekarang intan kat penang. Bakal cikgu jugak ni. Intan, moga terus tabah melalui liku-liku hidup penuh mehnah. Moga jadi cikgu yang berjasa pada agama. Terus thabat atas jalan juang yang dipilih. Sayang intan!

Mira. Orangnya kecil molek. Pipi sangat tembam. Comel sungguh! Perkenalan kami bermula sejak dari tingkatan 4. Kami sama homeroom. Mulanya, kami tidaklah serapat mana sebab mira lebih rapat dengan syikin, homeroomku yang seorang lagi. Bila syikin keluar, kami jadi rapat. Bila intan masuk, kami bertiga menjadi adik-beradik homeroom yang sangat kamceng. Sekepala lagi. Hehe.. Dulu aku selalu melepak kat bilik mira. ( huhu..semua bilik jadi tempat lepak aku..maap ya kawan2 selalu menyemak kat bilik hampa semua..) Sambil borak-borak pasal senior homeroom kami dan memerah otak untuk menggosipkan intan dan ja. Hehe.. Teringat lagi waktu jamuan homeroom kat rumah mama homeroom, ramai kawan-kawan yang mintak tolong kami kirimkan salam kepada senior homeroom kami a.k.a abang kami. Sebabnya dia hensem kot. Jadi, ramailah peminatnya. Kami gelak saja. Nak bagitau betol-betol memang cari nahas la kot. Dah la BADA. Sekali dapat tazkirah free dari dia pulak. Huhu.. Lepas spm, mira masuk pasum. Dekat sangatlah dengan aku. Sebelah saja. Selalu jugak aku pergi UM tu dan tido di bilik mira. Bilik mira kat kolej12 best. Jeles aku. Dah la duduk dua orang saja dalam bilik, katil single lagi. Huhu.. kami selalu ber‘sms’ sambil-sambil tu mulalah agenda utama kami. Gosip! Hehe.. Kaki gossip. Eh, bukan-bukan.. kami hanya bercerita tentang perkara yang benar lagi sahih dan sah. Bukan hanya gossip kosong lagi penuh dusta dan fitnah belaka. Baik kan kami? Hehe.. Sekarang, mira kat uthm, nun jauh di selatan sana. Mira, aku doakan hang moga bertemu jodoh yang baik. Ajal, maut, jodoh, pertemuan sudah ditetapkan sejak dari azali dan diturunkan ke baitul izzah di langit dunia pada malam Al-Qadar saban tahun. Moga terus kuat dan cekal menghadapi ranjau kehidupan. Semuanya terselit seribu hikmah atas asbab berlakunya sesuatu itu. Sayang hang sis!

Putaran waktu mengembalikan diri ke alam nyata. Keberadaan jasad di bumi yang sedia tampak di depan mata. Hanya roh yang melayang merentasi perjalanan waktu kembali ke suatu masa yang amat kurindui. Tergamit-gamit hati merintih sayu memendam rindu. Alam jadi saksi. Hamba kerdil lagi hina memohon dengan penuh pengharapan yang tertinggi kepada Yang Maha Kuasa . Menantikan berlakunya pertemuan itu. InshaAllah, tidak lama lagi. Biiznillah ( dengan izin Allah ). Moga tautan hati kita tetap utuh walau masa mencemburui setiap detik pertemuan kita. Sayang kalian! Uhibbukunna lillahi ta’ala. Ukhuwwah fillah wa mahabbah lillah abadan abada..

Jangan Menghukum!  

Posted by Ahlia 'Ammar

Tiap orang punyai sifat yang berbeza. Tiap individu itu punyai perwatakan yang berbeza. Tiap yang bernama insan itu punyai ragam yang berbeza. Jadi, mengapa perlu menghukum atas ketidaksempurnaan seseorang itu. Perlukah?

Ada orang yang peramah. Ada juga yang pendiam. Salahkah?
Ada orang yang hyperactive. Ada juga yang 'latent'. Juga salahkah?
Ada orang yang ceria. Tidak kurang juga yang serius. Salahkah begitu dan begini?
Jangan menghukum kerana ketidakpuasan hati terhadap sifat yang ditonjolkan seseorang. Ada sebab di sebaliknya. Mengapa perlu disalahertikan. Atas sebab terlalu berpandukan fatwa hati masing-masing. Ingatlah. Kita tidak layak untuk menghukum. Kita hanya hamba hina yang menanti masa saja untuk kembali kepadaNYA!

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ