Majmak Fiqh isu Ghazzah  

Posted by Ahlia 'Ammar

Adalah menjadi kewajipan syarak yang dipikul golongan ulama di kalangan ummat Islam iaitu menerangkan kebenaran terhadap sekalian ummah mengenai situasi dan kesulitan sebenar yang dihadapi rakyat Gaza. Diharamkan menyembunyi hakikat tersebut, kerana Allah telah menyatakan janjinya ke atas para alim ulama, serta mengingatkan mereka dari menyembunyikannya atau bermudah dalam menjelaskannya, kerana firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah, ayat 140


"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan."

Firman Allah Taala lagi, ayat 159-160

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

Penjelasan hukum dari ayat ini mengandungi perintah am ke atas yang menyembunyikan ilmu, wajib menjelaskannya. 

International Fiqh Academy

Pertama, kewajipan membantu sepenuhnya penduduk Palestin dengan setiap wasilah yang dapat dicapai, maka menjadi wajib ke atas orang-orang Islam seluruhnya, menawarkan apa yang jua bentuk bantuan menurut kemampuan masing-masing. Ini adalah suruhan wajib yang jatuh di bahu setiap orang-orang Islam di mana sahaja berada, mereka adalah satu ummah yang disatukan akidah Tauhid, diikat dengan syariat dan kiblat yang satu. Dan mereka diumpamakan satu jasad, apabila sakit salah satu anggotanya, maka seluruh anggota turut merasainya (Sahih Muslim, no: 2580). 

Dalam sebuah sabda baginda, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim lain. Beliau tidak boleh menzalimi dan menyusahkannya. Sesiapa yang mahu memenuhi hajat saudaranya, maka Allah pun akan berkenan memenuhi hajatnya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan kepada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan salah satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti.” (Sahih Muslim, no: 2586)

Kedua, keperluan mendesak dalam usaha membebaskan bumi yang dijajah disamping mengelak sebarang keganasan terhadap ummat Islam melalui setiap cara yang boleh dicapai, kerana situasi mereka (iaitu penduduk Palestin) ialah penjajahan berterusan regim Zionis ke atas wilayah tanah Palestin. Maka di sini, wajiblah agar kita tidak mudah melupakan kekejaman dan keganasan mereka, maka satu usaha wajib dilakukan bagi membolehkan rakyat Palestin menubuhkan sebuah negaranya yang merdeka dimana Jerusalem menjadi ibu negerinya, iaitu bermaksud membebaskan kiblat pertama, serta Masjid Mulia keTiga, serta tempat Nabi Muhammad dalam peristiwa Israk lalu dimikraj ke langit syurga.

Ketiga, satu tugas wajib terhadap kerajaan Negara Islam menggerakkan setiap usaha yang termampu dari sudut undang-undang antarabangsa, hubungan diplomatik, ekonomi dan sebagainya agar menyekat keganasan / atau permusuhan (Rejim Zionis Yahudi) dalam waktu segera. Selain menyekat sokongan luar yang diterima musuh dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan. Di samping itu, meneroka segenap percubaan untuk mengadili perbuatan penceroboh yang sewenang-wenang melakukannya dengan sikap angkuh. 

Keempat, Sesungguhnya hak penduduk Palestin agar membebaskan dari penjajahan serta mempertahankan diri dengan jalan-jalan yang diizinkan, dan satu kemuliaan bagi seorang Muslim dengan ganjaran besar dari Allah apabila mati di atas jalan Allah kerana mempertahankan diri, agamanya, Negara, kemuliaan dan hartanya.

This entry was posted at Sunday, December 05, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 nasihat dari sahabat

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ