Kembara seorang hambaNYA tidak akan pernah berhenti. Langkahan yang terkadang laju terkadang perlahan. Meranduk segala duri ranjau sepanjang perjalanan. Mengutip setiap mutiara hikmah buat bekalan. Iman yang kerapkali turun naik, bukti diri insan yang lemah. Dipimpin teman-teman cerminan diri, penghibur hati dikala suka duka menghiasi tabir kehidupan seorang hamba. Selagi ajal belum menjemput, selagi itu perlu berjuang. Demi ALLAH dan RasulNYA, perjuangan ini wajib diteruskan.
Melangkah ke minggu ke 5 pembelajaran. Otak disumbat dengan segala macam ‘penyakit’ untuk ditelaah. Sangat ‘semput’ saat ini. Huhu.. Masih berbaki 3 minggu kuliah sebelum 1 minggu ulangkaji dan 3 hari peperiksaan. Sesungguhnya, diri ini tidak sabar menanti saat itu.
Kaki melangkah tanpa penat. Hati dikendong dengan ikhlas. Demi setitis ilmu dari lautan ilmuNYA yang belum diterokai. Walau lelah digagahi bersama. Walau jatuh, bangun semula. Kerana ini sunnah orang berjuang. Meskipun mehnah yang merintangi setiap langkahan ini membantutkan semangat yang hanya tinggal baki. Chaiyok2! Yakin boleh! Biiznillah..inshaALLAH. Sekadar menyedapkan resah hati.
Kurang setahun lagi bakal menjejakkan kaki ke mustasyfa. Tahun ke3 didedahkan dengan suasana yang akan ditempuh tidak lama lagi. Jadi, dengan sangat excitednya memilih ‘clinical instrument’ yang bakal mendampingi diri sepanjang bergelar tholibah at-tibb ini.
Menarik kan semuanya? Rambang mata jadinya mahu memilih yang mana satu.
Jumaat ini bakal menduduki ‘mini test’ untuk block ini. Jadi, ana pohon kepada semua yang menyinggah atau tersinggah ke teratak ini doakan kejayaan ana dan sahabat-sahabat yang lain ya. Moga najah dunia akhirah milik kita semua. inshaALLAH. Barakallahu fikum..
Wassalam.
“ Sahabat2 sekalian, moga menjadi muslim mukmin professional, bersama membantu menegakkan deenNYA di atas muka bumi singgahan sementara ini. Walau perjuangan ini diiringi kepahitan, namun yang PASTI ganjaran syurgaNYA menjanjikan kemanisan! ”
Cetusan rasa,
Ummu ‘Iffah