Ceritera 123  

Posted by Ahlia 'Ammar in

Ceritera 1

Suhu internal makin meningkat dengan kadar kelajuan yang medium. Allahuakbar. Telah diperintahkan oleh Allah untuk segala proses dan fungsi fizikal badan ini dihadkan atas asbab demam datang melanda secara tiba-tiba. Signal awalnya sakit tekak. “Ohh..dah tahu, nak demam la ni~” Moga saja ianya kafarah dosa-dosa yang lalu. InshaAllah.

Malam kian berarak perlahan. Menjengah ke sepertiga malam di mana sebahagian besar populasi di sini mungkin sedang tidur dengan lenanya. Indah kan kalau bangun tengah-tengah malam tengok tempat wudhu sesak dengan ramai orang sedang beratur panjang menunggu giliran mengambil wuduk. Semuanya berlumba-lumba untuk bersemuka dengan kekasih agung. Ditambah pula malam saiyyidul ayyam yang mulia. Andai saja begitu..

Sambil menunggu waktu subuh, sengaja dilabuhkan badan di atas tilam empuk sekadar merehatkan sendi-sendi yang sedang agresif menekan-nekan tuannya. Perit menanggung perut yang hanya berisi angin, nak makan tidak berselera, menyanyi-nyanyi minta simpati sang tuan untuk diisi sedikit makanan sekadar buat alas. Kepala pula semakin rancak berdenyut, meraikan sang demam yang datang bertandang. Ohh, silalah pulang dengan segera incik demam, tidak tertanggung rasanya derita ini~ [tak baik mengeluh.should say Alhamdulillah!] ‘Aala kulli hal wa nikmah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah! Sambil-sambil tu, sempat berblog seketika.~
                                    
*********************
Ceritera 2

26 January 1989, lahir seorang lagi khalifah ke dunia. Lahirnya disambut syukur oleh kedua walidainnya. Puteri sulung yang diberi nama “kemasyhuran”. Moga saja ianya menjadi seorang hamba dan khalifatullah yang ‘masyhur’ di sisi Allah dan menjadi bualan penghuni langit sana. Biiznillah wa inshaAllah.

Bibit perkenalan bermula sewaktu hari pertama menjejakkan kaki ke cenfos [center for foundation studies IIUM] Hari pertama mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar yang bakal menginjak kealam pre-adult [universiti]

Sebelum bertolak , terfikir dan terbayang siapakah agaknya sahabat-sahabat baru kelak memandangkan semua teman baik tidak dijodohkan untuk terus setia di sisi hingga ke menara gading [tapi tetap kekal di hati selamanya] And the journey begin on the next day.

Usai urusan pendaftaran, diajak umi abi mencari bilik sambil mengangkut barang-barang yang amatlah banyaknya ke bilik. Dan orang pertama merangkap roommate pertama yang saya kenal adalah dia. Roommate yang lain, tidak ditemui lagi. Berkenalan seketika sebelum menghantar umi abi pulang. [sedih sangat waktu ni.]

Sepanjang minggu orientasi, kami berempat [roommates] sangatlah rapat. Pergi mana-mana mesti berempat. Namun jodoh dengan fini tak lama, dia menerima tawaran ke maktab perguruan. Tinggal kami bertiga. Dan bilik kami betul-betul menghadap abc! [ohh, banyak la dosa mata kami waktu tu]

Pernah sekali tu dia tiba-tiba mengambil keputusan bertukar ke usim atas sebab mendapat tawaran dentistry di sana. Namun, tidak lama kemudian dia kembali ke uia. Mungkin sebab Allah dah takdirkan jodoh antara kami ni panjang. Alhamdulillah.

Lama bersahabat dengannya, mula mengenali perwatakan dirinya yang happy-go-lucky itu. Seronok dan senang sangat bersahabat dengan dia. Bila dengar dia bercerita, pasti ada saja yang akan membuat saya tertawa. Mula mengenali keluarganya. Dan sememangnya dia sangat sayangkan keluarganya. Factor utama dia ambik medic pun sebab mak ayahnya. Moga cita-citamu tercapai sahabatku.

Dia seorang yang ceria. Mudah masuk dengan semua orang. Suka sangat dengar dia ketawa =) dia sangat-sangat berharap dapat medic. Harapan menggunung tinggi kedua mak ayahnya. Dan Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaannya.

Banyak sangat nak cerita and describe pasal dia namun tak tertulis di sini. Sangat kagum dengannya. Walaupun dia sering merasakan dirinya tak matang. Hehe.. dia selalu melaksanakan apa yang mak ayahnya pesan. Selalu tengok dia solat dhuha. Kalau tak silap sebab ayahnya yang selalu pesan agar sentiasa murah rezeki. Selalu tengok dan dengar dia baca quran[quran ke eh, lupa dah] kecik warna gold dan hafal. Dan selalu dan kerap berdoa pada Allah. Ingat lagi dia cakap, “kt selalu bayang Allah pandang kt, senyum kat kt, kalau kt buat salah, kt rasa Allah jauh dengan kt”  [ayat diubah suai sebab da tak ingat.huhu..] Ayat ni ingat sampai sekarang dan kadang-kadang selalu fikir dan apply macam ni jugak bila rasa jauh dengan Allah, rasa macam nak Allah ada dekat dengan diri selalu supaya rasa tenang.

Sepanjang di cenfos tu, hanya sekali saja pernah keluar dengannya dan elina[rumet sorang lagi] ke midvalley. Tu pun dan final sem. Keluar sekadar makan-makan. Sebab selalunya setiap hujung minggu dia akan pulang ke rumahnya di klang. Family adalah yang pertama. Dan selamanya dia akan mengutamakan family. Moga Allah memberkati dirimu kerana sering mendahulukan keluargamu sahabatku.

Dan mula kenal mak ayahnya, adik-adiknya yang perangai pun hampir serupa semuanya. Hehe.. ‘solok’, ‘cacat’ antara perkataan baru yang dipelajai darinya. Hehe..kelakar kan. Ayahnya yang mencadangkan perkataan tu supaya digantikan perkataan yang kasar atau kurang elok. Bila tanya apa maksud solok, dia pun tak tahu. Sekarang baru saya tahu solok tu apa, ianya sejenis makanan yang dimakan dengan nasi kerabu, solok lada! Ohh, memalukan setelah 20 tahun baru saya kenal benda solok ni.huhu..

Pernah sekali tu, dia ada mengajak kawan-kawan termasuk saya ke rumahnya. Mulanya nak ikut tapi atas asbab yang sekarang dah lupa sebabnya, saya tak ikut. Menyesal jugak tak ikut waktu tu. Entah bila lagi agaknya berpeluang untuk ke rumahnya. Mungkin lepas ni kalau nak ziarah kena gerak ke muar sebab dia akan berpindah ke sana. inshaAllah, ada rezeki sampai jugak nanti. Teringin nak jumpa mak ayahnya lagi. Last jumpa waktu daftar di kuantan ni tak silap.

Waktu sem last di cenfos, dia ada mengkhabarkan bahawa dia akan ke ardhul kinanah, mengambil jurusan tibb di sana. Antara sebabnya adalah dia ingin menggunakan arab sebagai bahasa percakapan harian. Dia minat sangat-sangat dengan bahasa arab. Dan dia sangat terer arab. Selalu baca blog dia, ada quote arab dan al-quran, kagum dengannya. Saya juga minat bahasa arab namun atas sebab belajar separuh jalan, hanya sedikit saja yang saya tahu perkataan arab ni. *Shiro, nanti kita kecek arab sokmo deh dalam kelas. Hehe..

Waktu dia cakap dia nak pergi mesir tu, saya sedih sangat-sangat. Rasa macam akan hilang seorang kawan yang sangat rapat dengan saya. Sayang sangat ukhuwwah yang terbina antara kami. Tapi takkan la nak halang dia dari kejar cita-citanya kan. Saya hanya mampu doakan moga yang terbaik buatnya.  Andai ada jodoh dan dengan izin Allah, inshaAllah akan jumpa lagi kemudian hari. Percaturan Allah Maha Hebat. Dia tidak jadi ke bumi anbiya’ itu lalu meneruskan pengajian di uia. Alhamdulillah, mungkin itu yang terbaik buat dirinya. inshaAllah.

Dia merupakan antara sahabat yang saya sayang sangat-sangat. Sayang kerana Allah. Allah yang pertemukan hati-hati ini dan tautan ukhuwwah yang terjalin moga ianya kekal hingga ke Syurga. Aminn.. Teringat lagi dia pernah cakap, “ Kalau ada orang yang buat awak sedih, kt akn marah dia” Dia sahabat saya dunia akhirat. Dia seorang yang ‘unik’. Bersyukur sangat diberi peluang mengenali dirinya. Moga ukhuwwah ini kekak Abadan abada.

Shiro, kt minta maaf kalau ada buat shiro terluka atau terasa hati. Kt minta maaf juga sebab shiro terpaksa pendam dan simpan rahsia kt. Dah lama shiro simpan kan. Kt minta maaf sangat. inshaAllah, tak lama lagi dah tak payah simpan dah. Doakan kt ye.  Maafkan salah silap kt. Halalkan segala yang kt pernah ambik atau makan –kopok tamtam dll-

Moga ukhuwwah kita kekal hingga ke Jannahnya. Tariklah kt kembali andai kt leka dengan dunia. Sekarang dah mula faham tujuan kt hidup. Moga kita dihimpunkan bersama golongan muttaaqin akhirat kelak. inshaAllah. Uhibbuki fillah ukhti mahbubah.


Sanah helwa ya jamilati. SHAHIRA ISMAIL! ^__^

*******************

Ceritera 3

Cuti raya cina. Debaran makin terasa...~

Wassalam.



Sahabatmu,
Ummu ‘Izzah
0537

This entry was posted at Friday, January 28, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 nasihat dari sahabat

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ