Selamanya kita Hamba  

Posted by Ahlia 'Ammar

Salamun ‘ala manittaba’al huda.

Dah lama sangat blog ini tidak berupdate. Makin usang, kusam malah bersawang memenuhi segenap ruang. Huhu. Maaf ya incik blog kerana tidak sempat nak ‘dating’ denganmu. Urusan lain yang lebih awla perlu diutamakan [alasan semata =.=] Bukan hanya setakat tidak diupdate malahan terus diprivate atas asbab tertentu.

Alhamdulillah, dengan izinnya, teratak ini juga sudah bertukar rupa. Pinkish! My fevret color. Sudah jatuh hati padanya dan ditakdirkan mempunyai chemistry yang kuat dengannya sejak azali lagi [mungkin. Wallahu’alam]. ^_^

Header di atas juga adalah hasil titik peluh diri sendiri. Alhamdulillah. Beberapa hari cuba untuk memahami dan mengaplikasikan adobe photoshop dengan pelbagai versi  dan cara tersendiri. Cuba dengan sedaya upaya untuk tidak berputus asa dan hasilnya Alhamdulillah sudah pandai sikit-sikit mengendalikan photoshop.  Agak ketinggalan zaman, orang lain dah master adobe kot mungkin juga dah PhD. Huhu.. 

Dan di malam yang sepi ditemani titis hujan yang lebat sekali dicurah oleh langit di atas sana menenangkan hati, mendamaikan jiwa lantas membawa ‘raja’ yang memerintah anggota badan ini supaya kembali bertafakur kepada pencipta agung. Muhasabah diri.



Mari menjadi hamba. Sejauh manakah kita yang hakikatnya hanyalah hamba kepada Dia menyedari peranan tugas dan tanggungjawab seorang hamba kepada Tuannya.  Taatkah kita sebagai hamba? Patuhkah kita? Apakah segala perintah Tuan sudah kita laksanakan dengan sempurna?

“ Apa maksud rasa kehambaan ya?”-A-

“ Hmm..Mungkin rasa kita ni mempunyai tuan di mana tuan kita berhak seluruhnya ke atas hambanya..Dan seorang hamba perlu patuh dan taat kepada tuannya..”  -B-

Teringat kakak naqibah menerangkan perbezaan antara rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Nampak macam hampir sama namun di manakah titik perbezaannya?
Rasa kehambaan adalah apabila seorang hamba itu merasakan dirinya teramat hina di mata Tuhannya. Hinggakan sang hamba itu merasakan dirinya teramat kerdil lagi hina dista di sisi Tuhannya.

Rasa bertuhan pula adalah rasa memiliki Tuhan yang senantiasa mengawasi gerak geri kita saban waktu, tiap detik tiap ketika. Rasa inilah yang membawa kepada pengabdian kepada Tuhan dengan melaksanakan segala perintah dan suruhanNYA lantas berusaha menjauhkan diri sejarak yang mungkin daripada melakukan perkara yang boleh membawa kepada kemurkaanNYA.

Namun, apabila ditanya kepada seorang sahabat yang lain pula, jawapannya adalah sama namun terbalik antara dua itu.

Menurutnnya, rasa kehambaan membawa kepada ketaatan kepada Tuhan. ‘Hadapkan dirimu pada agama yang mulia’. Rasa bertuhan adalah rasa takut dan sentiasa merasakan Tuhan sentiasa ada bersama kita.

Setelah di'google', akhirnya bertemu dengan artikel tulisan Ustaz Pahrol yang menerangkan maksud rasa kehambaan dan rasa bertuhan.

Rasa kehambaan ;
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah.


Firman Allah: “Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah: “…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.


Rasa bertuhan ;


Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.


Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”
                                                     
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
 Firman Allah: “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.


Agaknya, rasa kehambaan yang ada pada diri kita belum lagi mencapai maksud sebenarnya. Mungkinkah kita lebih berlagak tuan berbanding hamba? Rasa riak, ujub, bangga, takbur menguasai diri ibarat kita maha hebat lagi agung atas kelebihan dan kemampuan yang pada hakikatnya hanyalah pinjaman dariNYA. Sedang hakikat sudah jelas nyata bahawa kita hanyalah hamba.

Apakah kita sudah mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan para sahabat (radhialluhu anhum)? Subhanallah! Jelas ketara perbezaan kita dengan mereka sedang mereka sudah dijanjikan Syurga sedang kita masih terumbang ambing dengan pelayaran hidup dunia yang tidak memastikan arah tuju yang nyata. Tersekat antara dua. Syurga atau Neraka?  Mereka juga hamba, begitu juga kita. Namun yang membezakan adalah darjat keimanan kepada Tuan Pemilik kekal jasad dan ruh.

Berusahalah mengislahkan diri menjadi seorang hambaNYA yang ‘hebat’. Bukan pada amalan yang hanya terkadang saat iman di takuk paling tinggi dikerjakan habis-habisan dengan harapan mendapat nilaian Allah. Saat iman tersungkur menyembah bumi semuanya ditinggalkan habis-habisan dengan alasan backbone sudah ‘hancur’.

Kita hamba. Dan selamanya menjadi hamba. Namun, kita hamba yang sangat istimewa. Kita diangkat menjadi khalifatullah. Kita ditaklif dengan suatu jawatan yang maha berat tanggungannya. Kita adalah hamba yang berstatus khalifah.  Pada kita ianya seperti suatu jawatan yang hebat sedang hakikatnya ia suatu tanggungan yang maha berat, sudah pasti dipersoalkan kelak tentang amanah ini. Agaknya, apa jawapan kita saat dihitung amalan kita di depan Allah Rabbul Jalil nanti ya? Telah sempurna dilaksana atau sebesar zarah pun tidak tertunai? Allahu Allah..

“ Ya Tuhanku, sesungguhnya aku hambaMU yang sangat hina lagi kerdil di sisiMU, kupohon maghfirah dariMU atas segala khilafku sepanjang aku bergelar hamba dan khalifah MU hingga suatu waktu yang aku tidak tahu bila kan kutemu garis penghujungnya...”  


Hamba hina,
Ummu 'Izzah
0211

This entry was posted at Wednesday, January 26, 2011 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 nasihat dari sahabat

wan.........kt menages baca post awak=")
terima kaseh..sgt2 terima kase

February 1, 2011 at 1:54 AM

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ