~MUSIM-MUSIM IMAN~  

Posted by Ahlia 'Ammar in , ,

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Rupa-rupanya iman kita pun ada musim...



Musim Panas Sang suria menyinar terik. Menyuntik nur buat siang yang makin panjang.Teruja insan melambai perpisahan kepada kesejukan musim semalam. Kain menyaluti tubuh kian singkat. Pesta riang ria bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gelak ketawa bagai tiada noktahnya. Hanyalah kebahagian fana yang bersemayam di jiwa. Alpa.

Musim Luruh Rendang pohon mula kekuningan.Gugur akhirnya menyembah bumi. Entah apa nasibnya? Di jalanan menjadi mangsa derapan kaki.Atau di sungai mengalir entah ke mana penghujungnya. Bayu bersuara lagi. Daunan terus terpisah dari perdunya.Tinggal hanya ranting sepi tiada seri. Tandus.

Musim Salju Air semalam mengalir deras. Namun kini, membeku bagai tida nyawa. Sapaan malam tiba lebih awal dan pertemuan kali ini lebih lama. Insan lebih tega berselimut melayan lena. Sunyi sepi. Hanya desiran angin menjadi halwa telinga. Dingin.

Musim bunga.Kuntum demi kuntum bunga tumbuh memekar. Warna – warni menghiasi laman hijau. Lebih membelai hembusan bayu membawa aroma bunga. Selamat tinggal kesuraman semalam. Keceriaan kali ini disulami kicauan burung dan rama – rama berterbangan. Jua hilai tawa si cilik bermain diulit kegembiraan. Tersusup ketenangan.

Iman dan musim – musimnya Iman di hati jua mampu bertukar musim. Bukan cuaca menjadi punca. Namun bagaimana kita membajanya. Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas dalam lubuk hati. Curilah sejenak masa dari usiamu. Nilailah imanmu. Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas? Atau seperti musim luruh; gugur satu persatu dan akhirnya tandus? Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan sepi? Atau indah mewangi bak musim bunga? Tepuklah dada, tanyalah iman!

Jika hari ini imanmu musim bunga. Esok lusa mungkin bertukar rupa. Namun, mari kita sentiasa berusaha, ke arah memastikan iman kita sentiasa di musim bunga. Amin!

This entry was posted at Wednesday, December 31, 2008 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

10 nasihat dari sahabat

God is great, God is unfair to all the biggest and unjust to all of God is enough, yes, yes to the agent must advise the reform so that our religion is in the things that God yes Dnjana Maulana Mula not have
We ask Almighty God to go with the victims of these martyrs in the Gardens of Delight, and the God we come and to Him we return

http://hamedelfayoumy.blogspot.com

December 31, 2008 at 8:20 PM

الله اكبر علي كل ظالم الله اكبر على كل ظالم وحسبنا الله ونعم الوكيل نعم لابد ان ننصح في امر ديننا حتى نصلح في امور دنيانا نعم أن الله مولانا ولا مولا لهم
ونسأل المولى عز وجل ان يدخل هؤلاء الضحايا مع الشهداء في جنات النعيم وإنا لله وانا اليه راجعون

http://hamedelfayoumy.blogspot.com

December 31, 2008 at 8:21 PM

seasons of Iman shows us that we are never great...But when we are down, someone will be there for me...

January 1, 2009 at 4:10 PM
Anonymous  

Salam..
Perumpaan yg sangat baik dgn bhs yg indah..
Salam kenalan

January 1, 2009 at 9:03 PM

iman kita sering naik turun..
sama2 lah kita jaga iman kita..
salam kenal jua.

January 2, 2009 at 2:03 AM

tulisan yang menarik. Yang penting sekali, kita harus senantiasa berusaha untuk mengukuhkan iman di setiap musim. tapi kadangkala kita tak sedar pun iman kita sudah berkurangan. Nauzubillah.

January 3, 2009 at 7:54 AM

utk pngetahuan..
bkn ana yg karang nie..
juz copy n paste..
edit cket2..huhu..

sama2lah mantapkan iman kita..insyaAllah..

January 4, 2009 at 3:27 PM

yeah....ley dijadikan ingatan utk muhasabah diri...

January 15, 2009 at 11:55 AM

Iman yang tetap hanya ada pada malaikat,
Iman yang sentiasa meningkat ada pada para nabi dan rasul,
Iman yang menjunam jatuh ada pada iblis dan syaitan,
Manakala manusia sentiasa turun dan naik,
Meningkatnya iman dengan bertaqwa kepada Allah, rendahnya iman dengan melakukan maksiat kepada-Nya..

January 17, 2009 at 8:42 AM

Maklumat yang berguna dan kreatif....Nanti anti edit-edit la skit biar ada hubung kait ngan musim-musim di dunia...Mesti budak-budak kalau belajar sais turut terbuka mindanya bahwa Sains juga tidak terpisah daripada Islam...

January 31, 2009 at 8:59 AM

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ