perginya husnul khatimah..insyaALLAH..  

Posted by Ahlia 'Ammar

Bismillahirrahmanirrahim.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat olehNya untuk terus menghirup udara di atas muka bumi tempat persinggahan sementara ini. Masih lagi dikurniakan nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam. Alhamdulillah. Idea untuk menulis kali ini timbul apabila terkenangkan arwah adik junior yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah 16 jun lalu. Masih lagi terngiang-ngiang suaranya tika dirinya tinggal berhadapan dengan bilikku ketika di pusat asasi. Orangnya sangat periang. Gemar sekali mengusik teman-temannya. Dialah orangnya yang kerapkali menghidupkan suasana dengan gurauan yang pasti tidak kering dek gusi saat bersamanya. Masih lagi segar di ingatan dua tahun yang lalu menerima SMS darinya meminta sekeping gambar untuk simpanannya. Sengaja diri ini tidak segera memenuhi permintaannya lantaran ketika itu cuti semester. Sengaja ditunggu sehingga pulang semula ke asrama, baru akan dipenuhi permintaannya. Tawaku pecah saat membaca mesejnya yang akan menuntut janjiku itu. “nanti ‘gigi biru’ ye kak.owg tuntut nnt..” Pulang sahaja ke kampus, sengaja diriku mendiamkan sahaja akan hal itu. Berharap dia sudah terlupa. Tetapi tidak. Terkejut diriku saat disergah olehnya ketika sedang khusyuk menonton tv di ruangan tv. Mahu tidak mahu, terpaksa juga kupenuhi permintaannya. Hehe.. memang tak boleh lari darinya. Kami kerap solat berjemaah bersama di surau level 2. Tiap kali masuknya waktu solat, masing-masing saling tolak-menolak menyuruh mengimami solat. Hehe..last2 yantie jugak yang jadi imam. Kami semua menjadi makmum. Ada suatu masa, sengaja diriku melewatkan diri ke surau saat ternampak dirinya sudah bergerak ke surau. Dengan harapan dapat berimamkan dia. Hehe..menjadi jugak planku itu. Usai saja solat, mulalah sesi usik-mengusik, peril-memperli ( manja2 saja.hehe..) sambil beriringan ke bilik kami yang berhadapan. Itulah dirinya. Seorang yang sangat periang, ceria, penghibur suasana. Perkenalan kami hanyalah singkat. Dirinya kukenal sebagai seorang adik yang tinggal berhadapan dengan bilikku. Kami tidaklah serapat mana. Cuma biasa-biasa saja. Tetapi kenangan dengannya masih segar di ingatan. Dua semester tinggal se‘level’, sudah kenal benar akan sikapnya. Setahun di main campus, sebarang khabar berita sudah tidak sampai ke pengetahuanku. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Sehinggalah suatu hari, terbaca status teman rapatnya di facebook mengatakan dirinya kemalangan. Terkejut juga saat mengetahui akan hal itu. Namun, apa yang berada di fikiranku dia mungkin kemalangan biasa-biasa sahaja. Segera berdoa moga dirinya tidak apa-apa dan cepat sembuh. Pagi 16 jun, satu sms diterima daripada temanku Elina menyatakan bahawa dia sudah tiada. Tersentak diriku saat itu. Hanya Allah yang tahu. Tidak sangka dia pergi dahulu. Air mataku menitis mengenangkan dirinya yang sudah pergi. Sedang perjalanan diriku masih jauh, tidak diketahui bila akan tiba ke penghujungnya. Allahu Allah.. Beberapa hari kemudian, blog teman-teman rapatnya ada menceritakan peristiwa yang berlaku sepanjang dirinya di hospital. Tidak kusangka keadaannya yang sedahsyat itu. Dia koma. Tengkorak kepalanya retak. Wajahnya dipenuhi wayar-wayar. Lebam –lebam sana-sini. Jika diikutkan ilmu perubatan, sekiranya kecederaan melibatkan kepala dan organ dalamannya (otak), peluang untuk hidup sangat tipis. Ini kerana, otak merupakan pusat yang mengawal seluruh system di dalam badan termasuk system pernafasan. Akan tetapi, tidak ada mustahilnya sekiranya dengan izin Allah, peluang untuk hidup itu tinggi. Akan tetapi, Allah sangat sayangkan hambaNya itu, Dia rindukan hambaNya itu hinggakan Dia tidak sanggup membiarkan hambaNya itu menderita menanggung kesakitan itu. InsyaAllah, dia pergi dalam husnul khatimah. Bertuah sungguh dirinya menjadi tetamu Allah dalam bulan yang mulia ini. Adikku, ganjaranNya menanti dirimu disana. Setelah apa yang kau perjuangkan di sini, akan mendapat ganjaran yang setimpal dariNya. Berbahagialah dirimu di sana bersama ibumu. Akak tahu, dirimu seorang yang sangat hebat. Kau perjuangkan agamaNya dengan sebenar-benar perjuangan. Dirimu yang senantisa berusaha mengejar kebaikan, mengamalkan apa yang kau kutip sepanjang kembaramu di dunia yang singkat ini. Langkahmu sudah selesai. Rehatlah di alam sana adikku. Perjuanganmu akan kami teruskan. Moga dengan izinNya kita bersua di SyurgaNya kelak adikku. InsyaAllah.. Al-Fatihah.. nota hati, seorang teman

This entry was posted at Friday, June 25, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 nasihat dari sahabat

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ