Bismillahirrahmanirrahim.
* Entri ini hanyalah ringkasan, jadi memang sangat pendek. Jika punya ruang waktu, akan diolah dengan lebih lengkap lagi inshaAllah :)
Ramai sahabat2 yg bertanyakan ttg tips kawin awal/kawin sewaktu belajar. Halangan utama adalah drpd ibu bapa sendiri. Halangan yg sama juga pernah saya dan suami hadapi suatu ketika dahulu. Namun, berkat kesabaran dan doa yg berterusan, hati ibu bapa kami dilunakkanNYA. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.
Kami bertunang 2 bulan dan di hari pertunangan, saya sendiri tiada di rumah, masih di universiti. Maka, saya tak perlu menyiapkan sebarang persiapan utk bertunang spt baju, hantaran, hias bilik dll. Hanya sebentuk cincin ditinggalkan oleh pihak lelaki kpd ibu saya. Setelah saya pulang sebulan kemudian, baru berpeluang menyarung cincin tunang itu. Dan berita pertunangan ini hanya dua keluarga ini shj yg tahu. Ringkas dan tiada belanja dikeluarkan.
Selepas 2 bulan bertunang, terus dilangsungkan pernikahan kami tanpa kami sangka secepat itu ianya berlaku. Semuanya adalah kuasa Allah. Sekiranya DIA menetapkan ia akan berlaku, maka berlakulah ia. Kun fayakun. Tiada belanja besar. Hanya majlis yg simple namun dihadiri ramai tetamu memandangkan ramai kenalan ayah dan emak dijemput. Tetamu pun tak dapat nak detect mana satu pengantinnya sbb simple sgt :P
Dan kini Alhamdulillah, perjalanan cinta kami bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata yg dinanti-nanti tidak lama lagi. Moga mujahid/mujahidah ini menjadi pembela adDeen kelak. Dan untuk pengetahuan semua, saya dan suami masih lagi belajar sekarang dan tiada sebarang masalah berlaku dalam study kami. Rezeki pula makin mencurah-curah datang tanpa henti. Semuanya kurniaan Ilahi.
Sesungguhnya kawin muda ini sungguh OSEM!!! Terpelihara segalanya. Hati, jasad, dakwah makin laju bergerak di atas landasan yang benar. ^^,
Di kala sepi menemani diri, maka terciptalah lirik bisu menterjemah segala gundah rasa yang bermain di jiwa. Tika tiada siapa yang mampu memahami rentak hati yang acapkali menjadi rahsia sukma, maka kepada Dia jiwa yang hampir kehabisan sumbu cahaya akan kembali berpaling, berlari laju mencari Dia. Kepada Dia ingin dirembeskan segala tangis hiba. Allahu rabbi. Hanya Dia yang ada di sisi di kala manusia lain sibuk me'lari'kan diri.
Namun, saat kaki goyah melangkah, Dia hadirkan insan sebagai 'ganti' Nya untuk menghiburkan jiwa yang kerap lara. Dihadiahkan rasa cintaNYA melalui insan itu. Disalurkan rasa kasihNYA melalui insan itu. Segalanya adalah kerana Dia tidak ingin melihat hamba yang Dia kasihi gundah gulana rebah di dunia persinggahan. Dia masih mahu hambaNYA untuk terus kuat melangkah sekalipun langkahan itu teramat perlahan untuk tiba ke perhentian yang paling akhir. Dia tidak jemu membantu dan menyalurkan cintaNYA. Tanpa jemu. Dia sentiasa ada. Dan dia hadiahkan 'dia' adalah untuk menemani hari-hari sepi agar subur kembali ruhul jihad yang hampir layu.
Allah. Ingin kukata betapa aku ingin sekali bertemuMU, bertemu kekasihMU. Ingin sekali. Namun apakah layak untuk bertemu. Allah..
Perit menaggung pahitnya rasa kembali dimanisi dengan adanya 'hadiah'NYA itu. Sesekali terjatuh, ada tangan yang sudi menghulur membawa bertatih menuju pengakhiran. Sekalipun banyak kali tergelincir namun Dia tetep menanti di hujung sana. Menanti dengan 'senyuman' untuk hambaNYA. Akan kuteruskan rentak langkah yang kian perlahan agar tetap tiba ke hujung sana sekalipun banyak tersungkur. Bersama 'dia' hadiah daripada Dia. Terima kasih Tuhanku.......
![]() |
| Warna : Hijau turquise Size : 40 Harga : RM 75 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| SOLD OUT! Warna : Maroon Size : 42 Harga : RM 75 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| Warna : Coklat Muda Size : 40 Harga : RM 75 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| Warna : Hijau Muda Size : 42 Harga : RM 75 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| Warna : Ungu Size : 44 Harga : RM 75 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() | ||||||||
| Warna : Coklat Size : 44 Harga : RM 75 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| Warna : Turquoise Size : 44 Harga : RM 75 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| Warna : Biru Size : 40 Harga : RM 75 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| Warna : Ungu Size : 42 Harga : RM 75 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| Warna : Coklat Size : 44 Harga : RM 75 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| Warna : Kelabu Size : 42 Harga : RM 75 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| Warna : Hijau Lumut Size : 40 Harga : RM 75 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() | |
![]() |
| Warna : Ungu Size : 40 Harga : RM 80 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| Warna : Coklat Size : 40 Harga : RM 80 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| Warna : Ungu Magenta Size : 40 & 42 Harga : RM 80 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| Warna : Kelabu Size : 44 Harga : RM 80 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawa |
![]() |
| Warna : Hijau Kekuningan Size : 38 Material kain : Licin + Berkilat Harga : RM 80 (tidak termasuk postage) Postage : RM5 ( semenanjung) & RM 7 (Sabah&Sarawak) |
![]() |
| corak sulaman jubah |
![]() |
| Saiz standard jubah |
Bismillahi manittaba'al huda
Hari ini sudah hari ahad. Dalam seminggu, hari ahad adalah hari yang paling menyedihkan kerana terpaksa berpisah sementara dengan zauj. Sedihnya tidak terkata. Terasa hilang semangat seketika kerana pemberi semangat tiada di sisi. :'(
Inilah yang dikatakan lumrah dalam hidup. Perpisahan sementara dengan pasangan itu juga suatu ujian. Menguji tahap cinta kita kepadanya, adakah ianya melebihi tahap cinta kepadaNYA? Rindu-rinduan memberi seri kepada sebuah hubungan halal yang dibina atas dasar iman dan taqwa. Indah sungguh rasa itu. Cinta, kasih, sayang, rindu dan ditambah rajuk dan pujuk menjadikan ianya suatu pengalaman yang amat istimewa.
Petang tadi seperti kebiasaannya zauj akan menghantar ke asrama terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah dan emak mertua pula akan menghantar zauj ke terminal bas. Tiap kali bersalaman dengannya, hati sentiasa menitipkan doa agar dirinya sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa. Biarpun dimana dia berada, moga Allah melindungi dirinya terutamanya iman hatinya. Doa diutus saban waktu tanpa jemu.
Dan seperti biasa, hari yang ditunggu-tunggu adalah hari rabu. Kerana zauj akan pulang semula hari rabu memandangkan tiada kelas hari khamis dan jumaat. Berpisah 3 hari je pun. Hehe.. 3 hari tu pun ibarat 3 tahun tau. Cuba lah rasa sendiri. Berpisah 1 saat pun dah terasa rindu yang amat sangat. Huhu.. Inilah hikmahnya cinta selepas pernikahan. Rasa cinta dan rindu yang bersemi kian merendang tiap hari menjadikan ianya makin utuh dalam perjalanan menuju negeri yang abadi dan pemilik cinta yang utama, Allahu Rabb.
Soalan paling femes sekarang ialah bila nak dapat baby? Errr.. Kelu lidah nak menjawab. Seperti biasa hanya mampu senyum dan ketawa sebagai jawapan kepada soalan yang diaju. Siapa yang taknak anak kan? Tambah lagi bila tiap-tiap hari tengok orang bersalin, sentuh baby yang baru lahir, dengar tangisannya, mimik mukanya, gerak tubuhnya yang baru sesaat menjengah dunia, terasa ya Allah diriku juga inginkan zuriat. Tapi Allah lebih tahu. PerancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan. Walau sedaya upaya kita berusaha namun jika belum waktunya tetap kan tiada hasilnya. Apa yang mampu dilakukan hanyalah memanjatkan doa saban waktu agar permintaan kami dikabulkan. Jika bukan sekarang, mungkin kelak.
Tambahan pula zauj dan saya tinggal berjauhan. Seorang di Kuantan, seorang lagi di KL. Bila difikir sekiranya Allah menhadiahkan zuriat itu sekarang, banyak perancangan kami yang kami terpaksa susun semula. memandangkan saya tinggal di asrama, mungkin jika saya pregnant, saya terpaksa tinggal di luar, di rumah mertua mungkin. Sebagai persediaan bila baby sudah lahir tidaklah kelam kabut nak cari rumah. Takkanlah nak bawa baby tinggal di asrama kan? Mau terganggu roomate2 saya nak study nanti. Hehe..
Teringat seorang sahabat yang sempat menjadi tetamu Allah waktu cuti dulu, dia ada mendoakan agar saya dikurniakan anak dengan cepat. Allah.. Terharu sangat. Semoga doamu itu dimakbulkan Allah sahabat yang kucintai.
Apapun, hidup ini penuh cabaran, ujian, dugaan. Tak lengkap hidup andai tiada batu yang menghalang perjalanan yang panjang ini. Andai kita jatuh dan rebah, ketahuilah Dia setiasa ada untuk membantu hambaNYA. Tanpa jemu. Setiap yang indah dalam hidup itu hargailah dengan jiwa yang penuh syukur dan redha. Terima seadanya setiap aturanNYA dengan ikhlas. InshaAllah hari-hari yang kita lalui walau sesukar mana pun, kita akan mampu tersenyum kerana kita ada Dia. Senyumlah :)
Allah... Rindunya nak menulis. Rindu dengan sangat. T_T
Mencari dan tercari-cari waktu dan idea untuk menulis sentiasa dan sentiasa. Bila ada waktu senggang idea dan mood untuk menulis hilang entah ke mana pula. Bila tiada masa, idea mencurah-curah datang mengasak-asak minda untuk diterjemahkan secara penulisan di sini. Err, alasankah?
Sekarang ana sedang posting Obstetric and Gynaecology (O&G) for about 11 weeks. Kemudian akan diikuti pula posting Paediatrics, Surgery dan Internal Medicine. Fuhh.. Baru tau realiti sebenar bila dah mula masuk ward dan clerking patient di samping kejar procedure yang amatlah banyak tu. Perlu banyak kesabaran dan ketabahan hati. [Tu lah, sapa suruh amek kos ni, kan dah rasa macam tak tertanggung 'azab'. =.=" ]
Dah masuk minggu ke 3 posting O&G, mula rasa seronok dan eager nak belajar benda baru. Its really fun and interesting! Its all about menyelamatkan 2 nyawa ; the mom and the baby. Especially bila tengok keadaan labour room yang kalut-kalut padahal kita tak tahu nak buat apa pun. Huu.. Bila tengok orang bersalin, rasa macam Ya Allah macam ni ke sakitnya mak nak melahirkan diriku dulu. Allah, kalau tengok sakitnya orang nak bersalin tu walaupun kita tak merasa dengan sendiri, secara naturally we will feel like tak nak bersalin. Takut. Takut sebab sakit. Sebab itu lah Rasulullah SAW memuliakan seorang ibu tiga kali lebih dari bapa. Kerana pengorbanan seorang ibu nak lahirkan seorang anak itu amat besar. Melahirkan seorang khalifah Allah itu bukan mudah.
Dan tahukah anda, baby yang keluar dari rahim ibunya adalah dalam keadaan sujud. Subhanallah! Hebat sungguh Allah mengatur setiap satu yang ditadbirNya. Ini adalah kerana posisi tersebut adalah posisi yang berdiameter paling kecil dan memudahkan proses kelahiran. Bila dengar doktor cakap macam ni, secara spontan puji-pujian tanpa henti buat Yang Maha Menciptakan terungkap laju.
Di dalam seorang manusia itu, Allah ciptakan sebuah alam. Alam perantaraan dari alam ruh ke alam dunia. Alam kecil tempat terbentuknya seorang hamba dan khalifatullah di dalam seorang manusia yang bergelar ibu. Hebat kan ciptaan Allah? Subhanallah. Hinalah seorang anak itu andai dirinya tidak menghargai pengorbanan ibunya sedangkan dirinya menumpang di dalam ibunya sebelum dia sampai ke dunia ini. Wal 'iyazubillah.
Banyak sangat kebesaran Allah yang tidak dapat terungkap dek kata. Hanya puja dan puji kepada Yang Maha Esa menzahirkan rasa kagum yang tidak putus-putus atas setiap aturanNYA yang sangat hebat dan indah sekali. Subhanallah, subhanallah, subhanallah.
Emak, terima kasih kerana sudi meminjamkan rahim emak untuk kakak terbentuk dengan elok selama 9 bulan lamanya sebelum kakak lahir ke dunia. Terima kasih juga kerana sanggup menanggung sakit ketika melahirkan kakak pd 23 Sya'aban 6.36am.
'Ala kulli hal, syukrulillah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.