Mehnah Ujian Dugaan  

Posted by Ahlia 'Ammar

Dalam duka ada bahagia. Mudahnya bibir mengungkap rasa namun hati jualah yang lebih menderita.

"Kenapa aku ditimpa ujian seberat ini?"
"Kerana kamu insan terpilih."
"Tapi kenapa mesti aku?"
"Bukan kamu seorang sahaja yang terpilih. Mereka mereka juga terpilih."
"Tapi kenapa mesti ujian yang sebegini?"
"Setiap insan diuji dengan bermacam jenis ujian. Kesenangan itu ujian, kepayahan itu juga ujian."
Kehidupan itu suatu ujian. Kebahagian itu suatu cubaan. Kesusahan itu suatu cabaran. Titik pertemuan adalah cinta.
Kerana cintaNYA, kita diuji. Kerana kasihNYA, kita diduga.
Kesenangan mengajar erti syukur. Sejauh manakah kita mensyukuri akan nikmat kurniaanNYA. Setinggi manakah rasa penghargaan kita kepada Maha Memberi Rezeki. Sekerap manakah rasa terima kasih itu kita ungkapkan buat Dia.
Kepayahan mengajar erti sabar. Sejauh manakah diri mampu bersabar atas dugaan yang menimpa. Setinggi manakah diri mampu bertahan meniti ujian yang melanda. Sekuat manakah bahu memikul beban yang menimbun.
Atas sebab itu, kita perlu kuat! Kuat menzahirkan rasa syukur dan kuat bertahan meniti dugaan dengan sabar yang acapkali rapuh.
Syukur alhamdulillah..

This entry was posted at Tuesday, October 12, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 nasihat dari sahabat

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ