C.A.N.T.I.K  

Posted by Ahlia 'Ammar in ,


Muslimah identity. Which one is yours?

Semuanya cantik-cantik belaka [gambar di atas]. Namun, mana satukah yang sering menjadi pilihan hati jua diredhai Ilahi? Sejauh manakah penghayatan nilai kecantikan itu dihayati dan diaplikasi seiring dengan kehendak Rabbi. Disebalik sebaris perkataan 'C.A.N.T.I.K' terselit beribu tafsiran. Definisi 'cantik'?


Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.



Wanita itu fitrahnya sukakan kepada kecantikan. Telah dikatakan bahawa lelaki itu nafsunya satu iaitu hanya kepada perempuan manakala perempuan itu nafsunya sembilan dan antaranya adalah suka kepada kecantikan.

Menjadi cantik dan suka kepada sesuatu yang cantik itu bukan merupakan suatu kesalahan. Sedangkan Allah itu cantik dan juga sukakan kecantikan.

"Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan."

Namun, kecantikan yang sebenar pada diri seorang muslimah itu seharusnya tersimpan rapi. Wanita merupakan makhluk istimewa diciptakan Allah dengan kelembutan dan dihiaskan oleh Allah dengan kecantikan.

Tanpa mengenepikan peranan lelaki, perempuan memang diciptakan istimewa oleh ALLAH, sejarah  bercerita bahawa saat akan menciptakan perempuan, ALLAH mengambil lingkaran bulan purnama, lenturan ranting pohon anggur, goyangan rumput yang ditiup angin, mekarnya bunga, kelangsingan dari buluh galah, sinar dari matahari, titiss embun dan tiupan angin.
ALLAH  juga mengambil rasa takut dari arnab dan rasa sombong dari merak, kelembutan dari dada burung dan kekerasan dari intan, rasa manis dari madu, panas dari api dan dingin dari salju, nyanyian dari burung bul-bul, kepalsuan dari burung bangau dan kesetiaan dari ibu singa.
Boleh disimpulkan,  perempuan diciptakan dari semua keunikan ciptaan ALLAH.

Jadi, apa gunanya jika cantik tetapi harus disembunyikan?
Sememangnya bukan menjadi suatu kesalahan untuk tampil cantik. Tetapi batasan syara' yang telah ditetapkan. 
Seorang isteri boleh tampil cantik dan menawan di depan suaminya. Dengan sedemikian, suami akan tenang dan senang memiliki isteri yang cantik pada pandangan matanya seiring dengan lafaz doanya saban waktu. Qurratul 'Aini [ penyejuk mataku ]. Jelas sekali, Islam tidak menghalang seorang wanita itu untuk tampil cantik namun harus berlandaskan hukum syar'ie yang telah sedia tetap.
Namun, hakikatnya cantik yang sebenarnya adalah cantik akhlak. Bilamana cantik dalaman itu terserlah maka secara automatiknya luaran akan turut terkena biasan kecantikan itu.
Tidak guna andai kini wajah yang dimiliki bak bidadari, rupa yang senantiasa menjadi pujaan ramai namun hakikat akhlak yang dimiliki tidak secantik lahiriah. Kerana yang pasti suatu hari nanti, segala kecantikan fizikal yang menjadi kebanggan itu akan pasti dimamah usia dan akan kembali ke tanah.
" Sesungguhnya wanita itu merupakan perhiasan dan seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah. "

Cantik itu ibarat mawar yang indah. Wardah yang seharum semerbak menghiasi alam sekeliling. Terang warna membaluti rupa. Namun dikelilingi duri yang tajam melindungi. 

Jadilah mawar yang memagari dirinya dengan duri. Selangkah melewati kawasan larangan akan pasti mengundang bahaya. Terluka dek tusukan duri nan bisa. 


Duhai mawar agama sekalian, hunuskan durimu! Kerana yang cantik itu sentiasa melindungi!

selingan : comel sangat..!! geram!! ^_~ [terjumpa gambar budak comel ni di fb sapa ntah]




Rujukan :  ada kata-kata yang dipetik dari laman Ukhti Jie dan ukhti syaeirah



Ummu Fathi
2106 pm
10 ZulQaeda 1431H

This entry was posted at Monday, October 18, 2010 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 nasihat dari sahabat

Post a Comment

Semangat Palestina yang takkan pernah padam!

Followers

ღ halawatul iman ღ